Friday, November 19, 2010

Segalanya Terjawab...


Soalan : Adakah Aku Sudah Dikira Beriman?
Jawapan : “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman, “ sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta.". (Surah al-Ankabut : 2-3)

Soalan : Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idamkan???
Jawapan : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui". (Surah al-Baqarah:216)

Soalan : Kenapa Susah Sangat Ujian Ini???
Jawapan : "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya" (Surah al-Baqarah : 286)

Soalan : Aku Rasa Frust?Tension?Lemah Semangat?
Jawapan : "Janganlah kamu bersikap lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang beriman." (Surah ali-Imran : 139)

Soalan : Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?Huh
Jawapan : "Wahai orang2 beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertqwalah kamu kepada Allah supaya kamu lebih berjaya (mencapai kemenangan). "(Surah al-Imran : 200)
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembanhyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusuk". (Surah al-Baqarah : 45)

Soalan : Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ini???
Jawapan : "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.(Surah At-Taubah : 111)

Soalan : Kepada Siapa Aku Berharap???
Jawapan : "Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah : 129)

Soalan Terakhir : Arghhh..Aku Tak Tahan!!!! Aku Dah Bosan!!!
Jawapan : "....dan janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari Rahmat Allah melainkankaum yang kafir." (Surah Yusuf : 12)

P/S : Semuanya ada dalam al-Quran. cari dan terus mencari kerana di situlah lubuk ilmu sebenarnya.

5 comments:

Kita akan terlupa akan jalan yang telah jauh kita tinggalkan di belakang kerana memandangkan jalan yang lebih jauh merentang di hadapan. Nikmat dunia akan kita lupakan sebaik sahaja melihat azab di akhirat. Dan azab di dunia akan kita lupakan setelah melihat nikmat di akhirat.