Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

.....

.....

Saturday, August 20, 2011

"Grab this opportunity! Don't miss it...!" - Abdillah





“Carilah malam lailatul qadar pada sepuluh hari yang terakhir. Namun jika salah seorang dari kamu tidak mampu, maka jangan sampai terlepas pada hari ketujuh yang terakhir.” (Hadith Riwayat Muslim)

Aisyah r.a mengatakan : " Rasulullah SallAllahu 'alaihi wa sallam beri'ktikf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda, yang ertinya: "Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan" " (Hadith Riwayat Bukhari 4/225 dan Muslim 1169)


InsyaALLAH, mari kita perhebatkan langkah kita...

“ Memang sangat menakjubkan keadaan orang Mukmin kerana segala urusannya mendatangkan kebaikan baginya dan ini tidak akan berlaku kecuali bagi orang yang beriman. Apabila memperolehi kesenangan dia bersyukur, maka yang demikian itu kebaikan baginya. Apabila ia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka yang demikian itu juga kebaikan baginya.”
(Muslim)

..........................................................................



Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri dan sebagainya.Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :

1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.

2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.

3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.

4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.

5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.

6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.

7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.

8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut. Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, August 19, 2011

" Dunia ku rasakan gelap..."- Abdillah



Kala senja itu tiba…
Kutermenung sendirian…
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan…
Dosa yang aku lakukan…
Menerjah ruang fikiran…
Masihkah ada untukku keampunan…

Gelap rasa dunia ini…
Tanpa cahaya Ilahi…
Baru kini kusedari…
Jalan yang aku lalui…
Memusnah pedoman hidup…
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan…

Dalam kegelapan itu…
Terbit cahaya dari-Mu…
Memandu hamba-Mu menuju iman…
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran…

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu…
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu…
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri…
Mohon keampunan…

Wahai Yang Maha Pengasih…
Bantulah hamba-Mu ini…
Yang kian terumbang-ambing…
Di dalam arus duniawi…
Kuberdoa kepada-Mu…
Memohon limpah rahmat-Mu…
Mentari hidupku kan bersinar kembali…
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, August 18, 2011

" Tentang jodoh..."- Abdillah



Firman ALLAH yang bermaksud.“ Perempuan yang keji adalah utk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah utk perempuan yang keji, sedangkan perempuan yang baik utk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik adalah utk perempuan yang baik.” (An-Nur : 26 )


Yakinlah dengan janji DIA… ‘dia’ yang kalian tunggu itu ada, telah ditetapkan oleh DIA…dan ketahuilah, peribadi ‘dia’ itu adalah seperti mana peribadi kalian..semoga dipermudahkan ALLAH segala urusan kita, insyaALLAH…


note: bila dah tak tahu isu apa nak dibangkitkan utk entry terbaru..smoga bermanfaat...=)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, August 13, 2011

" Engkau...Kesabaran hanya di sini..."-Insan


Ehsan dari seorang sahabat..membawa diri kembali kepada hakikat kehambaan…fitrah kehambaan…juga hakikat bahawa setiap ujian yg diberikan-Nya tidak lain, supaya hamba-Nya itu bisa merintih dan mencari-Nya dikala dia keseorangan..tatakala dirinya kesedihan..tatkala kesusahan...tatkala diri terasa tiada daya lagi utk meneruskan langkah...mengharap hanya pada-Nya..mengejar cinta hanya demi DIA...benarlah seperti firman-Nya…


“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?”  (al-Ankabut :2)

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(al-Baqarah : 286)

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

"Orang yang sangat banyak mendapat ujian itu adalah para nabi,kemudian baru orang yang yang lebih dekat darjatnya kepada mereka.Orang diuji menurut tingkat ketaatannya kepada agamanya.Jika sangat kuat dalam beragama maka sangat kuat pula ujian yang menimpanya,bila lemah dalam agamanya,maka diuji pula oleh Allah sesuai dengan tingkatan ketaatannya kepada agamanya.Demikianlah ujian itu sentiasa ditimpakan kepada seorang hamba sampai ia dibiarkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan tidak berdosa."
(Hadis riwayat at-Tarmizi)
……………………………………………………………………………………………………………………………………

Kemari engkau hampir denganku. Biarku rangkul pergelanganmu, menepuk bahumu, agar kau tabah dan teguh. Ambillah yang sedikit ini, nanti engkau mendapat yang banyak. Ini nukilku untukmu...Sudi-sudikanlah.

Kelirulah sedikit untuk hidupmu yang sebentar, tidak mengapa. Apa salahnya, engkau dibawa meninjau alam yang luas, lalu kau dapati kerdilnya dirimu. Engkau kan seorang yang menawan benakku. Cetek tahumu itu, pastilah menghelakan nafas-nafasmu yang gusar.        

Sementara engkau terus mencari siapa dan apalah dirimu sekadarnya, engkau dikurniakan pandangan belas ihsan-NYA. Itulah jaminan,bahawa engkau adalah watak seorang pemenang di pentas perlawanan ini.   

Engkau, gundahmu yang kiranya membahang itu, hanyalah sejuzu’ dari onak maya yang penuh fantasi. Engkau pun tahu, “Hidup ini mimpi, nanti di barzakh engkau pun berjaga.’’ Semuanya akan menjadi sejarah. Sekiranya engkau terpilih, engkau akan merasai betapa calarmu ringan cuma, bahkan tiada berbekas apa.       

Nun di barzakh sana, ada segolongan manusia yang sepertimu. Dari esak haru kehambaan, semahunya mereka dihidupkan semula, agar dapat berhempas lagi jerih-perih kehidupan lalu.  

Engkau,kesabaran hanya di sini. Sesudahnya, tiada lagi pahit. Yang ada, hanyalah kesyukuran pada Yang Maha. Begitulah engkau diabadikan selamanya. Pejamkan matamu sebentar. Kemudian, tajamkan pula basirahmu. Dengannya, engkau pandanglah dirimu yang paling dasar. Binasakah engkau dengan secalit itu..?   

Engkau,perasaan hanyalah makna-makna yang majazi. Wujudnya bukanlah hakiki. Ia seperti fatamorgana di hujung pandangan. Berpijaklah di bumi. Lihat yang nyata,dan engkau akan dikurniakan “akur yang bukan kalah, pasrah yang tidak tewas.'' Pasti senyumanmu akan menguntum manis. Berbisiklah dengan kebenaran. Katakan engkau merindui-NYA. Nyanyikan lagu-lagu berirama dirimu. Indahkan kata-katamu bersama alunan “serah”. Tangismu pasti bersahut. Akan dibalas-NYA dengan sebaik-baik harapan orang yang berharap.

Yakinlah. Engkau menderita, luka, pahit, letih dan katakan apa saja yang engkau mahu. Semua itu akan lenyap, hanya kerana sedetik sakinah yang kau peroleh dalam munajah rayuanmu. Mungkin, itulah antara maksud-NYA. Dia menarikmu menjadi pengadu yang setia di hadrah-NYA yang kudus. Azimnya dahagamu. Bejana permata yakut pun tidak sedarjah hausmu walau setitis dari isinya. Hanya dengan secebis perasaan dari fasa hayahmu yang ini, Dia menghadiahkan engkau kefakiran. Itulah pangkat kehambaan yang akan membawamu ke puncak naluri fitrahmu. 
        
Walau apa pun, percayalah, dihatimu itu masih lagi tersimpan sejuta rahsia dari gudang-gudang perasaan yang belum engkau lalui. Engkau janganlah bimbang, kerana engkau tidak keseorangan. Di sini, aku persembahkan seluas bentangan bumi dari perkongsian dan kasih-sayangku, sebagai sokongan dan dorongan buatmu. Harap, engkau tenang dan tetap menongkah.Justeru ,akulah yang membelamu di sana nanti…
...................................................................................................................................
Ketahuilah…apabila manusia merasai dirinya adalah hamba ALLAH,  dia akan merasai perasaan memiliki dan dimiliki…apa yang dimiliki? AMANAH...siapa pula yang memiliki dirinya? Sudah tentu, ALLAH...maka dengan perasaan ini, akan timbul sifat IHSAN..apakah itu sifat IHSAN?

“IHSAN ialah kamu beribadah kepada ALLAH seolah-olah kamu melihat-Nya dan jika tidak dapat melihat-Nya yakinlah bahawa Dia melihatmu.”
(Riwayat al-Bukhari)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, August 8, 2011

"Dengarlah rintihanku duhai Kasih..."- Abdillah



Entah mengapa...
saat aku dikelilingi manusia, aku terasa keseorangan...
dan aku saat aku bersendirian pula, aku terasa kesunyian...
saat manusia disekelilingku bergelak ketawa, aku terasa ingin menangis...
saat manusia disekelilingku menikmati makanan yang enak, seleraku seolah mati...
saat manusia disekelilingku kulihat hidup dalam dunia ciptaan mereka, aku terasa ingin meraung...
apakah semua ini...?
aku kebingungan...


Entah mengapa...
saat aku memandu, aku terfikirkan "mungkin aku akan ditimpa kemalangan lantas nyawaku melayang"...
saatku berada didalam kenderaan yang memecut laju, aku terfikirkan "andai kata kenderaan ini terbabas"...
hanya kematian didepan yang kufikirkan...
ah...apa yang berlaku padaku...? 


keseorangan dalam ramai...kesunyian tatkala bersendirian...tangisan disebalik keceriaan ramai...kematian disebalik kehidupan...


aku terduduk...
keliru...
sungguh, aku keliru...
apa yang sedang berlaku...?
sakitkah aku…?
tapi penyakit apakah ini…?
apa ini penyakit hati…?
penyakit yang sesiapa saja bisa terkena jika hidup mereka berjauhan dengan Sang Khaliq….?
atau apa ini penyakit yang sering dihidapi tatkala dunia yang sering dikejari?
atau ini adalah penyakit yang sesiapa saja bisa hidapi tatkala mereka berjauhan dengan kekasihnya…?
ah..aku benar-benar  keliru…
aku takut…


Duhai Kau yang ku cinta…
Andai ini kerana cintaku pada-Mu…
Kau pimpinilah hati ini…
agar cinta ini bisa bertahan sampai ajal menjemputku…
Kau pimpinilah hati ini…
agar tika ia sedang melangkah dijalan-MU…
ia tidak berbolak-balik…
Kau pimpinilah hati ini…
agar tiada lagi kekosongan yang mengisinya…


Duhai Kau yang ku cinta…
jangan Kau abaikan diri ini walau sesaat…
kerana Kau tahu aku biasa mati kerana itu…

Duhai Kau yang ku cinta…
maafkan aku andai aku terlupa akan Engkau walau sesaat…
ku harap Kau tahu bahawa bukan itu niatku…
bukan itu yang aku mahukan…
tapi apakan daya…
aku hanya insan yang Kau cipta…
yang sering benar tenggelam tatkala arus deras datang menerjah…
yang sering gagal untuk berpaut pada tali yang telah Engkau hulurkan…


Duhai Kau yang ku cinta…
sering airmataku mengalir tatkala mengingati-Mu…
segalanya berputar dengan pantas…
dosaku…
silapku…
kelemahanku…
dan betapa hinanya aku sebagai hamba-Mu…
telah diberi segala panduan…
tapi masih…
aku kehilangan….


Duhai Kau yang ku cinta…
tahukah Engkau setiap kali aku duduk memikirkan diri ini…
aku rasa aku perlu membuat perubahan…
bukan perlu, malah WAJIB…
tapi Engkau yang ku cinta….
entahkan mengapa…
terkadang aku marah pada diri sendiri…
seolah aku tidak punya kekuatan untuk mujahadah…
selangkah aku bermujahadah, bertalu rintangan menerpaku…
dan aku pula terus merasa lemah…
ah…saat ini airmataku tumpas lagi…
entah yang keberapa kalinya…
pada siapa lagi dapat ku adukan kesedihan hatiku ini…


Duhai Kau yang ku cinta…
aku tahu betapa aku tidak layak untuk meminta…
tapi Engkau yang ku cinta…
hanya Engkau mampu membantuku…
walau beribu manusia datang menghulurkan bantuan…
aku pasti mereka tidak akan dapat membantuku…
hanya dengan izin-Mu duhai Kau yang ku cinta…
bisa membuat hati ini kembali tenang…
bisa membuatkan diri ini terus kuat untuk bermujahadah…


Duhai Kau yang ku cinta…
ku pohon kekuatan dari-Mu…
pinjamkan aku sedikit kekuatan-Mu…
ku pohon Kau tetapkanlah hatiku ini…
agar ia tetap dan kejap hanya pada-Mu…
ku pohon kau bimbingilah diri ni…
agar ia kekal berada dijalan-Mu…
agar ia kekal memegang tali-Mu walau apa jua badai yang melanda…


Duhai Kau yang ku cinta…
sering aku mengintai maghfirah-Mu dibalik rimbunan…
“ah..apa aku layak..?”
itulah yang bermain-main didalam fikiranku…
walau aku tahu Engkau itu Maha Pengampun…
tapi aku bimbang…
 aku bimbang andai maghfirah yang ku pohon dari-Mu itu tidak hadir dari hatiku…
aku bimbang maghfirah yg kupohon itu hanya pada bibirku…
duhai Kau yang ku cinta…
peliharalah aku kerana Engkaulah sebaik-baik Pemelihara…


Duhai Kau yang ku cinta…
andai saja Kau bisa merasa getaran hatiku ini...
Kau akan tahu betapa aku sangat merindui-Mu...
disegenap ruang hatiku hanya ada Engkau...
andai saja Kau bisa menadah airmataku...
Kau akan tahu betapa aku takut akan kehilangan-Mu...
setiap desah nafasku, hanya kepada Engkau aku abdikan...
andai saja Kau jauh dari diriku...
Kau akan lihat betapa kosongnya hidupku...
walau jasadku kelihatan, ia pasti sangat tidak bermaya...
jiwaku pula, pasti akan sentiasa merintih kesedihan...
andai saja Kau hilang dariku...
tiada ertinya lagi hidupku ini...
sia-sia segalanya bagiku...
dan pasti disana kelak aku akan merana...


Duhai Kau yang ku cinta...
tanpa Engkau aku mati...
berjuta nyawa sekalipun yang cuba digadaikan agar aku bisa hidup kembali...
ia masih tidak mampu untuk menghidupkan jiwaku ini...


Duhai Kau yang ku cinta…
cukup bagiku cinta-Mu...
tiada lain yang aku perlukan dalam hidup ini…
cinta-Mu, itulah pelindung yang akan memeliharaku...
cinta-Mu, itulah ketenangan yang seringkali mententeramkan aku...
cinta-Mu, itulah kebahagiaan yang  sentiasa menyinariku...


Duhai Kau yang  ku cinta…
andai saja aku mampu berjanji pada-Mu…
tapi aku bimbang…
aku bimbang andai janji ini tidak mampu untuk aku kotakan…
kerana aku tahu…
sebelum aku wujud di dunia ini saja aku sudah pun berjanji untuk setia pada-Mu…
tapi lihatlah apa yang aku telah lakukan…
aku gagal menepati janji itu…
duhai Kau yang ku cinta…
apa masih ada keampunan buatku untuk itu…?


Duhai Kau yang ku cinta…
berjanji sesuatu yang kurasakan tidak mampu untuk ku kotakan…
hanya akan membuatkan aku lebih jauh dari-Mu…
apa yang aku mampu…
sedaya aku…
akan ku terus berjihad demi cinta ini…


Duhai Kau yang ku cinta…
maafkan aku andai cinta yang ku semai ini rapuh menanti dan tewas pada dugaan…
maafkan aku jika aku tidak berdaya untuk berdiri teguh…
kerana bukan itu niatku…
andai saja Kau tahu…
meski aku rapuh dalam setiap derap langkahku..
namun cintaku tidak akan pernah pudar…
apatah lagi hilang…



Pintaku…
Kau peliharalah nadiku agar sentiasa mengingati-Mu…
Kau peliharalah  hatiku agar ia sentiasa beriman pada-Mu…
Kau peliharalah langkahku agar ia kekal dijalan-Mu…
Kau peliharalah diriku agar aku dapat  terus mengabdikan diri pada-Mu…
dan, jika kematian itu Kau rasakan baik buatku…
Kau matikanlah aku dalam iman…
Kurniakanlah aku kesudahan yang baik…
Hanya itu pintaku duhai Kau yang ku cinta…

Tanpa-Mu duhai Kasih, aku mati….


:: aqhamba ::

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, August 1, 2011

Coretan Buat Saudariku An-nisa’ dan Saudaraku Ar-rijal....


Wahai saudariku An-nisa'
Engkau hendaklah maklum, kerana engkaulah hiasan dunia,
Lantaran fitrah itu,
Engkau seringkali menjadi fitnah bagi para lelaki,
Dan memang itu bukan kesalahanmu, tetapi itulah hakikat kejadianmu.


Wahai saudaraku Ar-Rijal,
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
Yang seringkali memimpikan seorang teman di sisi,
Dan tentulah temanmu yang diimpi, seorang srikandi.


Wahai saudariku An-nisa',
Aku mengetahui halusnya perasaanmu,
Engkau ingin disayangi, ingin dimanjai,
Engkau juga ingin menyayangi, juga ingin dimanjai..
tetapi saudariku An-nisa',


Ketahuilah engkau,
Bercinta itu memang fitrah tetapi janganlah engkau menodainya dengan fitnah,
Kalau benar engkau mengasihinya,
Kasihi dia kerana Pencipta Fitrah,
Dan jika engkau benar mengasihinya kerana Allah,
Engkau tak akan melemparkan panahan menggodamu,
Kerana engkau tahu,
Itu akan menggoyahkan iman seorang Ar-rijal !


Dan engkau juga mengetahui,
Dia punya 9 akal dan 1 nafsu,
Namun nafsu itu sentiasa meraja di dalam dirinya,
Nafsunya bagai seorang raja yang menggila!
Kerana engkau tahu saudariku an-nisa',
Dia akan terjerumus ke dalam api yang membara andai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila.

Adakah benar engkau mengasihinya kerana Allah??


Wahai saudaraku Ar-rijal,
Andai engkau mencintainya,
Cintailah dia kerana Allah,


Letakkanlah Allah melebihi cintamu kepada dia,
Andai engkau mengasihinya kerana Allah,
Engkau tidak akan mengajaknya berkhalwat di taman sepi,
Kerana engkau tahu, dia punya 9 nafsu 1 akal,
Tetapi mampukah 1 akal menguasai 9 nafsu?
Andai engkau memang mengasihinya kerana Allah,
Engkau tidak akan sesekali cuba menyentuhnya,


Walaupun yang ringan-ringan, kerana engkau tahu,
Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA,
Dan engkau tahu bukan? Zina tempatnya di neraka jahanam yang kekal abadi?

NaudzubiLLAHi min dzalik…

Apakah engkau benar mengasihinya andai kau relakan dia terjun ke NERAKA?


Saudariku An-nisa', Saudaraku Ar-rijal,
Aku mengasihimu, lantaran itu,
Dengarlah sedikit pesan ikhlas ini,
Manusia mana yang mampu hidup tanpa cinta?
Kerana itulah Hawa tercipta dari rusuk Adam,
Bercinta memang tak salah,
Tetapi letakkan cintamu kepada Rabb yang hakiki,
Dan engkau akan merasa cinta manusia… sedikit cuma…
Andai Allah yang engkau dahului,


Engkau takkan gelisah, 
Andai dia tidak mengirim sebarang sms,
Engkau takkan cemas, 
Andai suaranya tidak didengar walau teknologi di depan mata,
Engkau takkan rindu,
Andai sehari tak bersua,
Engkau tidak akan kecewa andai dia terlupa mengatakan I LOVE U,
Kerana engkau percaya… Allah lah yang terbaik..Pecinta yang Maha Setia,
Lantaran Allah yang terbaik, DIA akan menentukan yang terbaik untukmu.


DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya…dan itulah yang dinamakan PERNIKAHAN.
Dan itulah yang terbaik buat kalian, Kalau ada jodoh tak kemana… Yakinlah! Apakah benar engkau meyakini takdir Allah??


Maafkan aku para saudara dan saudari seimanku, bicaraku mungkin penuh ketegasan,
Aku tidak membencimu, tetapi aku membenci munkar itu,
Dan kerana aku takut akan api jahanam yang bergolak itu, aku menegur yang mana mampu,
Kerana aku takut,
Andai aku tidak menegurmu,
Kita akan sama-sama terbaring disana, sebagai bahan bakarNya…
Yang terlalu pedih, yang terlalu siksa, yang terlalu AZAB...

Nauzubillahi min dzalik…


Sama-samalah wahai sahabat terkasih,
Pagarilah imanmu,
Agar si iman itu tidak terlepas,
Cintailah DIA,
Kerana DIA lah penjaga iman kita..
 




Akhirul kalam…letakkan Allah dalam hatimu,
Engkau akan merinduiNYA,
Andai harimu tiada ingatan kepadaNYA,
Engkau akan gelisah,
Andai DIA tidak mendengar rintihanmu,
Engkau akan rindu,
Dan sesungguhnya itulah cinta hakiki…
Kerana engkau yakin, di sana adanya sebuah pertemuan di taman SYURGA yang indah,
Pertemuan dengan Sang Pencipta Maha Segala...SubhanAllah.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed