Saturday, September 17, 2011
"Saya nak masuk syurga..tapi macam mana..?"- Abdillah
Segala puji bagi ALLAH SWT, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah SWT, Syurga adalah tempat tinggal yang abadi di hari akhirat disediakan oleh Allah SWT untuk orang-orang mukmin.
Anas bin Malik r.a berkata: "Nabi Muhammad SAW. bersabda maksudnya : "Siapa yang minta kepada Allah SWT syurga sampai tiga kali, maka syurga berdoa: "Ya ALLAH, masukkan ia ke syurga" dan siapa berlindung kepada ALLAH SWT dari neraka tiga kali maka neraka berdoa: "Ya ALLAH, hindarkan ia dari neraka."
Seorang ahli hikmah berkata: "Condong kepada dunia setelah mengetahui pahala bererti satu kebodohan dan tidak bersungguh-sungguh beramal setelah mengetahui besarnya pahala bererti lemah malas dan di syurga ada masa istirehat tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang tidak pernah istirehat di dunia dan ada kepuasan yang tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang meninggalkan berlebihan di dunia, dan cukup dengan kesederhanaan yang ada di dunia."
Terdapat 21 soalan dan jawapannya telah diberikan oleh Rasulullah SAW untuk kalian mendekatkan diri kepada ALLAH, mendapat balasan pahala dan jalan menuju ke syurga ALLAH.
1. Adakah kalian ingin mendekatkan diri kepada ALLAH?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Seorang hamba itu paling hampir dengan ALLAH adalah ketika dia sujud, hendaklah kamu banyak berdoa sewaktu sujud".( Hadith Riwayat Muslim)
2. Adakah kalian inginkan pahala seperti mengerjakan haji?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Mengerjakan umrah pada bulan Ramadhan adalah seperti mengerjakan haji bersama-samaku". (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
3. Adakah kalian inginkan sebuah istana di dalam syurga?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membina masjid, ALLAH akan membina sebuah istana didalam syurga untuknya". (Hadith Riwayat Muslim)
4. Adakah kalian inginkan keredhaan ALLAH setiap masa?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya ALLAH redha kepada hamba-Nya yang mengucapkan syukur di waktu makan dan minum". (Hadith Riwayat Muslim)
5. Adakah kalian mahu doa dimakbulkan oleh ALLAH?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "ALLAH tidak menolak doa hambanya diantara waktu azan dan waktu qamat". (Hadith Riwayat Abu Daud)
6. Adakah anda inginkan pahala seperti orang yang berpuasa setahun?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Puasa tiga hari pada setiap bulan adalah sama pahalanya seperti puasa setahun". (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Adakah kalian inginkan pahala sebesar gunung?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang menziarahi dan solat jenazah, pahalanya seperti sebuah gunung dan sekiranya dia juga menghantar jenazah ke kubur maka dia akan mendapat pahala seperti dua gunung". (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
8. Adakah kalian ingin bersama-sama Nabi dalam syurga?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Aku akan bersama-sama dengan orang yang telah menjaga anak yatim didalam syurga". (Hadith Riwayat Bukhari)
9. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang berjihad di jalan ALLAH atau orang yang berpuasa atau orang yang mendirikan solat?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Orang-orang yang berusaha dan menolong ibu tunggal dan orang miskin pahalanya seperti orang yang berjihad di jalan ALLAH atau seperti pahala orang yang mendirikan solat atau seperti pahala orang yang berpuasa".(Hadith Riwayat Muslim)
10. Adakah kalian ingin mendapat jaminan Nabi untuk masuk ke syurga?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang dapat memelihara mulutnya dan diantara dua pehanya maka aku akan memberi jaminan kepadanya untuk masuk syurga".(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
11. Adakah kalian inginkan pahala amalan walaupun selepas mati?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Tiga perkara yang akan berterusan mendapat pahala walaupun seseorang itu meninggal dunia adalah sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat yang diberikan kepada orang lain dan anak yang soleh yang berdoa kepadanya".(Hadith Riwayat Muslim)
12. Adakah kalian ingin mendapat satu daripada hazanah syurga?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca " LAHAULAWALA QUWATA ILLABILLAH" dia akan mendapat satu daripada hazanah syurga".(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
13. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang mendirikan solat sepanjang malam?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang solat isyak dan subuh berjemaah dia akan mendapat pahala seperti mereka yang mendirikan solat sepanjang malam".( Hadith Riwayat Muslim)
14. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang membaca 1/3 Al-Quran?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca " QUL HUWA ALLAHU AHAD... " dia akan mendapat pahala seperti membaca 1/3 al-Quran".(Hadith Riwayar Muslim)
15. Adakah kalian ingin menambah pahala dalam timbangan untuk masuk ke syurga?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Dua kalimah yang ALLAH sangat suka kita membacanya dan sangat banyak pahala untuk memberatkan timbangan kebajikan di akhirat adalah 'SUBHA NALLAH WABIHAM BIHI... ' dan 'SUBHA NALLAH HAL A'ZIM.."(Hadith Riwayat Bukhari)
16. Adakah kalian mahu supaya dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang selalu menghubungkan silaturrahim dia akan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki".(Hadith Riwayat Bukhari)
17. Adakah kalian mahu dipelihara oleh ALLAH sepanjang masa?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang sentiasa solat subuh dia akan sentiasa dilindungi oleh ALLAH ". (Hadith Riwayat Muslim)
18. Adakah kalian ingin ALLAH mengampunkan semua dosa kalian?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca ' SUBHA NALLAH WA BIHAM DIHI.' sebanyak 100x sehari ALLAH akan mengampunkan dosanya walaupun sebanyak buih dilaut". (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
19. Adakah kalian mahu dijauhkan daripada azab api neraka?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa satu hari ikhlas kerana ALLAH dia akan dijauhkan daripada azab api neraka". (Hadith Riwayat Bukhari)
20. Adakah kalian ingin dirahmati oleh ALLAH?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca satu kali selawat kepada Nabi Muhammad , ALLAH akan memberi sepuluh kali rahmat kepadanya".(Hadith Riwayat Bukhari)
21. Adakah kalian ingin ALLAH mengangkat darjat kalian?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang merendah diri kepada ALLAH, ALLAH akan menangkat darjatnya dan memuliakannya". (Hadith Riwayat Muslim)
Sahabat yang dimuliakan, marilah kita beramal dengan amal soleh, beribadah dengan ikhlas dan khusyuk kepada ALLAH SWT, melaksanakan jihad dan kerja-kerja kebajikan di dunia ini semata-mata mencari keredhaan ALLAH SWT. Balasan untuk mukmin yang istiqamah dengan Islam adalah kebaikan di dunia dan kebaikan dihari akhirat dan dijauhi daripada seksaan api neraka. Hayatilah 21 perkara amalan di atas untuk menuju ke syurga Allah SWT.
:: jom kita…insyaALLAH, kita boleh…kalau tak boleh buat semua, jangan ditinggalkan semua….=)
Thursday, September 8, 2011
"Buah itu bernama DAKWAH.."- Insan
Wahai sahabat-sahabat yang dikasihi…
Setelah sekian lama kita meneladani jalan ini…
Marilah sama-sama kita hayati dan renungi…
Renungi semula permulaan kembara ini…
Di sebuah mihrab nun jauh terpencil lagi sunyi…
Hanya ditemani unggas dan dedaunan pokok getah yang menari – nari…
Saujana indah sang Bukit Tunjung menjadi saksi…
Di sini…
Kita ibarat sebutir biji benih yang tidak mengerti…
Ditapak Biah Solehah itu ia disemai penuh murni…
Dipelihara rapi Murabbi Mithali…
Dengan siraman air Manhaj Rabbani…
Menghasilkan pokok yang subur dan teguh siasi…
Mengeluarkan ranting-ranting kasih sayang insani…
Menaungi hamba-hamba Rabbani…
Dari panas dan bahang sang mentari…
Hari demi hari…
Pokok itu kian teguh berdiri…
Mengejar cahaya Ilmu sang mentari…
Menggapai tinggi langit Cita-cita yang tak pasti…
Namun…
Adakah selamanya si pokok itu harus menaungi…
Tanpa menghasilkan sesuatu untuk dirasai…
Tanpa memberi buah yang manis memikat hati…
Yang mampu dilakukan hanyalah memerhati…
Hanyutnya insan dalam arus duniawi…
Terus berbangga dengan julang Ilmunya yang melangit tinggi…
Merasakan diri ini sudah Tarbawi…
Tanggungjawab menyeru bukanlah Prioriti…
Hingga manusia itu jauh dari Illahi…
Marilah kita sama-sama muhasabah diri…
Merasai gentingnya tugas ini…
Kerna kelak akan diadili…
Adakah tugas ini telah disudahi…
Ayuh…
Sudah tiba masanya menggerakkan diri…
Mantapkan lagi ilmu ukhrawi…
Ketepikan rasa malu dan segan di hati…
Praktikkan segala nutrient dan khasiat Tarbiyah yang diperolehi…
Dengan mengeluarkan buah Dakwah yang manis dan berkualiti…
Memikat dan memberkas di hati…
Biar semuanya merasai…
Indahnya hidup di bawah naungan Illahi…
Saturday, September 3, 2011
Wednesday, August 31, 2011
"Mujahadah~.." - 'abdillah
Usah kalian khuatir, yakinlah dengan janji-NYA...mungkin ini jalan yang terbaik bagi menjamin ‘keselamatan’ semua pihak...ada hati yang perlu dijaga...ada iman yang perlu di ‘upgrade’...ada jiwa yang kekosongan dan perlu pada pengisian...dan pengisian itu tidak dapat saya perolehi dari kalian, kerana hanya DIA sahaja yang mampu mengisinya...walaupun bunyinya agak ‘cliche’ bagi kalian, tapi tidak pada saya... (“I ought to make a move now or else,,,”)...semoga tiada yang berkecil hati atas keputusan ini...semoga kalian semua tenang dalam menghadapi gelora dunia...jangan kalian jatuh kedalam arus, sepertimana aku jatuh...percayalah, sakitnya tidak tertanggung, sehingga hampir saja membuat diri putus asa jika tiada iman didada...mujur ALLAH ada berfirman yang bermaksud,
"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf: 12)
Dan tatkala bersendirian, aku teringat pula firman-NYA yang bermaksud,
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." ( Al-Ankabut : 2-3)
Ah..tiada alasan lagi utk aku menafikannya...kerana benarlah apa yg difirman-NYA...
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." ( Al-Baqarah: 216)
Salam Ukhwah fillah...moga tiada hati dan iman yg dicuri, tercuri, mahupun mencuri...
ALLAHUAKBAR~
Note: asif jiddan sbb post kali ni agak peribadi..apa pun, moga sahabat2 masih mampu mencari ibrah disebaliknya...=)
Tuesday, August 30, 2011
" Saat ratib cinta bergema..."- Abdillah
Saat Ratib Cinta bergema,
Aku tertunduk kaku,
Memikul labuhan dusta dan dosa semalam,
Merenung mencari kembali lambaian kasih-Nya,
Setelah melewati silam yang kelam suram.
Saat Ratib Cinta bergema,
Titis-titis air mata rindu mengalir lesu,
Terhimpit antara keluh kesah dunia yang tidak pernah sudah,
Merenung mencari kembali lambaian kasih-Nya,
Setelah silam durjana mematikan hatiku.
Saat Ratib Cinta bergema,
Terpaku aku di hamparan sejadah rindu,
Meniti sepertiga malam yang kaku bisu,
Menanti sinar cahayaNya menyuluh,
Suram hati yang gersang tanpa kasih-Nya.
Ratib Cinta akan terus bergema,
Tanpa jemu dan lelah,
Menanti pengampunan-Nya,
Kerana aku tahu Dialah segalanya.
Ya Allah,
Andai ini Ratib Cinta terakhirku,
Ampuni segala khilaf semalamku,
Ya Rabbi.
Ya Rabbi.
iluvislam..
Monday, August 29, 2011
Saturday, August 27, 2011
" Dilamar, tapi masih ragu kerana..."- Abdillah
Alhamdulillah, hampir 3 hari dilanda badai, kini mulai tenang…semoga ketenangan ini kekal demi kelangsungan hidup sebagai hamba-NYA yang faqir…semoga saja,insyaALLAH…
Hati…ia adalah raja dalam diri kita…jika ia rosak, maka rosaklah kesemuanya…hati sinonim dengan ujian kerana selain dari ujian berbentuk musibah, ujian hati adalah ujian yang besar dan sangat mencabar…
(Disempitkan…)
Ujian hati itu antaranya adalah, apabila seorang nisa’ itu dilamar oleh seorang rijal…maka bermula ‘sesi’ yang mana hati akan memainkan peranannya…hati yang suci, baik dan bersih, adalah mudah baginya utk ‘survive’ dalam ujian ini..sedang hati yang lalai dan kotor, ujian ini ibarat batu yang menghempap diri…dan susah sekali ingin ‘survive’...tapi tidak pula ia mustahil…cuma perlu pada mujahadah yang kuat…
Dalam situasi diatas, ada 2 golongan yang boleh kita klasifikasikan..golongan pertama, golongan yang apabila dilamar, dia sudah bersedia utk itu…dan golongan kedua pula adalah golongan yang masih tidak bersedia dan sentiasa beralasan…(macam,,,lupakan..huhu)
Perbincangan kali ini lebih menjerumus kearah memberi peringatan, menyedarkan, juga memujuk golongan yang kedua ini...Hmm…jom kita selami kerunsingan2 ini, juga penyelesaiannya…
Hadis Rasulullah yg berbunyi,
Wahai Ali, ada Tiga perkara jangan ditunda-tunda; apabila Solat telah tiba waktunya,Jenazah apabila telah siap penguburannya, dan Perempuan apabila telah datang lelaki yang sepadan meminangnya." – (HR Ahmad)
"Apabila datang kepadamu seorang lelaki datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaqnya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi." – (HR Tarmidzi dan Ahmad)
Mungkin ini hukum alam, wallahua’lam, tapi jika kita mempersulitkan apa yang dimudahkan ALLAH, akhirnya kita akan benar-benar mendapati keadaan yang sulit dan nyaris tak menemukan jalan keluarnya...kita menunda-nunda pernikahan tanpa ada alasan Syar'ie dan akhirnya kita benar-benar takut melangkah di saat hati sudah sangat menginginkannya...
Kadang-kadang kita takut utk walimah..takut tersalah pilih pasangan..benar, perlu pada istikharah..tapi terkadang dengan istikharah pun masih ada yang ragu..takut benar kalau dapat pasangan yang tak ‘ok’...jadi, mari kita selami ayat ini...
ALLAH berfirman yang maksudnya,
. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Kadang-kadang kita takut utk walimah bila memikirkan apa yang akan terjadi dimasa hadapan...takut nanti tiada tawaran pekerjaan, macam mana nak sara keluarga..yang dah ada pekerjaan pula masih ragu-ragu kalau2 kelak dibuang kerja..pendek kata, masalah ekonomi...dan banyak pula yang bermain difikiran tatkala memikirkan hal walimah ni..jadi, mari kita selami pula ayat ini,
ALLAH berfirman yang maksudnya,
“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
DAN,
“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad, Nasaie, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim )
Jangan khuatir, pertolongan ALLAH itu pasti datang..yakinlah dengan janji-NYA kerana hanya DIA saja yang sentiasa benar dan menunaikan janji-NYA...
JADI,
Perbanyakkanlah berdoa..sesuai dengan firman-NYA yang bermaksud,
‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
DAN INGATLAH,
Andai kesulitan itu hadir tika berusaha mencari jodoh atau setelah bernikah, maka,
“Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
DAN ANDAI,
Penantian kita ibarat tiada kesudahan, bahkan makin sulit, maka ingatlah
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
DAN JIKA
Anda tergolong dalam golongan mereka yang sedang dalam penantian utk di ijabkabulkan, maka
:: Jangan dilupakan tujuan kita ini diciptakan, yakni untuk mengabdikan diri pada ALLAH, jadi perbanyakkan amal ibadah…
:: Jangan dilupakan juga konsep berdoa dan tawakkal, disamping itu persiapkan diri… bekali diri dengan ilmu, terutamanya ilmu agama…
Ada madah yang berbunyi,
“Menantimu ibarat menenun songket kasih… pedih bersengkang mata, sepuluh jari terluka, namun hasilnya menjadi penawar manis….”
Semoga perkongsian kali ini sedikit sebanyak membantu dan menenangkan hati-hati yang gusar, bimbang, atau ragu…yakinlah dengan janji-NYA kerana janji DIA itu benar dan DIA tidak pernah memungkirinya…
Ilal mardhotillah...destinasi cinta terakhir dan teragung~
Thursday, August 25, 2011
"Let's have a Cup of Coffee..."- Abdillah
![]() | |
|
In life, we want everything to be perfect… a perfect family, a perfect wife, a perfect jobs, a perfect education so on and so forth… and I’m pretty sure in this situation, you’ll be kinda stress when you fail to make one thing to be perfect, as you wished it to be one…hmm…we tend to be sad when what we want, we can’t have it… what we wanna do, we fail to do it…
Another thing is, we LOVES to eyeing other’s life and compare it to our life… we saw our neighbor buy a new expensive car, a new set of sofa, a new television set and we become like, “arghh, I want to have it too!”…unfortunately, we can’t have it due to the fact that we can’t afford it, and that will certainly make us frustrated…this frustration will make us always be in stress and it can also leads to few problems in future…nauzubillah…
As we look back and make self-reflection, we will find that we don’t really appreciate what we have in hand…and when we lose it, then, we’ll feel horrible… and the saddest thing is, it’s already too late for us to be regretful because that things has already gone and we have nothing now…so, do appreciate what you have in your hand! and be grateful for that!
It is about being grateful actually …being grateful of who and what we are… and also what we have and what we don’t have…because ALLAH says in Quran that,
“…And few of My servants are grateful.” (Saba’ : 13)
ALLAH had says so…“Qolilamma tasykurun….” …so, are we one of the ungrateful servants of ALLAH? once again, take a few minutes to make self-reflection!
I’d love to ask questions rather than mumbling… I wanna ask you something… ALLAH has given us almost everything, isn’t it? HE gives us life and soul…HE gives us ‘aqal so that we can differentiate what is good, what is bad and what is right, what is wrong...HE gives us O2, water, foods, shelters and many other things that we can’t imagine how much it is….and the most important is, HE gives us for FREE! HE ask nothing as a return, except to worship HIM and take a good care of all things that HE gave…my question is, how much do we thank HIM for that? and do we really take a good care of all HIS gift? The responsible that HE give us, do we really work on it?
Enough for today I think… hope you’ll enjoy the vid and really hope it can motivate you, a lot! ;) insyaALLAH…
Note: sorry for the broken English… it seems like I have to practice more…
(oh ALLAH, do ease every single thing that I do… )
Note: I’ve tried to upload this video to my Facebook … but it seems like it won’t work out… I’ve been uploaded it 3 times and not 1 of them succeed… so I decided to share it
here…sorry for the inconvenient…
Subscribe to:
Posts (Atom)

















