Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

.....

.....

Friday, October 28, 2011

"Nah, ini buat engkau..."- 'abdillah



Ini kata hatiku buat engkau yang bergelar ikhwah…kerana aku seorang akhawat yang merasa keperitan ini…bahkan, ramai sahabat-sahabat seperjuangan ku turut merasai keperitan ini…Keperitan? Bunyinya terlalu hebat bukan? Seolah terlalu susah untuk menghadapi mehnah yang satu ini… YA, memang sukar!

Kau tahu apa mehnah yang aku maksudkan ini bukan? Ya, aku tahu kau mengerti…inilah kata hatiku…moga kau mengerti…




Duhai ikhwah…
Aku yang engkau lihat ini bukanlah sehebat yang engkau sangkakan…
‘alim itu bukan aku…
solehah itu bukanlah aku…
mujahidah itu juga bukanlah aku…
aku hanyalah seorang hamba yang terlalu banyak kekurangan…
seorang hamba yang sering terlupa akan peringatan dari Rabb-nya…

Duhai ikhwah…
Aku yang engkau lihat ini bukanlah sekuat yang engkau sangkakan…
jatuh bangun seolah menjadi teman setiaku…
pernah aku terjatuh dan hampir saja aku berputus asa untuk bangun semula…
mujur ALLAH mengingatkanku bahawa hanya orang kafir yang berputus asa dari rahmat-Nya…

Luka dan parut pula seolah sukar dielakkan lagi…
ku cuba rawat luka ini…
dan sering saja ia kembali terluka…
parut yang dijahit, seolah terbuka kembali…
aku tahu, ini semua salahku…
aku cuba bina kekuatan semula…
sukar…
tapi aku paksa diriku…
kerana aku tidak mahu terluka dan mendapat parut tatkala disana kelak…

Lemas ku dilautan maksiat ini juga sudah berkali…
sering kakiku ditarik oleh pusaran maksiat…
sehabis daya aku melawan…
aku hampir hilang kekuatan…
mujur ada orang yang kukasihi membantu menarikku keluar dari pusaran itu…
aku tahu, ALLAH menghantar mereka padaku…
DIA sudah terlalu banyak menolongku…
sedang tiada apa yang aku lakukan sebagai membalasnya…
kerana itu aku malu untuk berbuat sesuatu yang DIA tidak suka…

Tangisan pula bukanlah sesuatu yang asing lagi…
bahkan tangisan inilah yang menemani hari-hariku…
tahukah engkau mengapa?
kerana aku sentiasa rasa bersalah pada DIA…
SMS, chatting, atau berkongsi maklumat dengan engkau kurasakan satu bebanan…
tak tertampung dek bahuku…
kononnya berda’wah dan sekadar berkongsi…
mulanya aku menerimanya…
tapi saat masa berlalu, ku rasakan “ini semua nonsense!”
mungkin bagi sesetengah orang mereka merasakan sebaliknya…
tapi bagiku ia adalah sesuatu yang sangat besar…
Mursyid ku sering berkata tatkala dia diajukan soalan mengenai berda’wah pada yang berlainan jantina…
katanya, “dah habis ke semua akhawat disekeliling engkau di da’wah sehingga engkau berda’wah pada ikhwah?” …
aku terdiam…
tertunduk malu…
bukan saja pada diri sendiri, tapi aku juga malu pada ALLAH…
dan kata-kata inilah yang sentiasa bermain dibenakku…
tak pernah sekali aku lupakan…
hingga ke saat ini…

Duhai ikhwah…
tahukah engkau…
bebanan inilah yang sering membuatkan ku resah…
bebanan inilah yang sering membuatkan fikiranku kusut…
bebanan inilah yang sering membuatku hilang fokus pada amanah yang sedang aku galas saat ini…
dan kerana bebanan ini jugalah aku sukar menjalankan tugasku sebagai khalifah dan hamba…

Duhai ikhwah…
Dek bebanan dosa yang ku lakukan dimalam hari…
tanpa tangguh, aku meminta keampunan dari-Nya dikala pagi hari…
tapi aku hanya manusia biasa…
sekali lagi bebanan yang cuba ku hindari itu hadir…
dan aku seolah terlupa dan leka akan janjiku pada diri sendiri…
aku menerima bebanan itu…
walau hakikatnya aku bisa saja menolaknya jauh…
lantas, aku memohon keampunan dari-Nya di kala tengahhari menjelang…
dan itulah yang berlaku sehingga malam hariku setiap kali bebanan itu hadir…
aku menangis dan menyesal akan perbuatanku…
Jujur, saat ini kurasakan akulah hamba yang paling hina…
aku katakan tidak pada sesuatu itu, tapi aku masih melakukannya…
ibarat seorang perokok yang mengatakan “jangan merokok!” …
ah…aku terlalu hina…
aku malu pada DIA…

Duhai ikhwah…
semua ini meresahkan aku…
kurasakan aku semakin jauh dari DIA…
dan bukan ini yang aku pinta…
bukan ini yang aku mahukan dalam hidup ini...
sesaat DIA jauh dariku, kurasakan aku tidak bisa hidup lagi…
aku rela mati dari dibiarkan hidup terkapai-kapai keseorangan tanpa tempat untuk bergantung…
tanpa ada tempat untuk ku merintih tatkala aku kesedihan…
ah…bukan ini yang aku pinta…sungguh…

Bebanan ini terlalu merunsingkan aku…
bahkan ianya makin dalam memakan hati dan diriku…
aku kusut…
aku keliru…
aku takut…
aku mahu leraikan semua ini…
aku tidak mahu lagi menanggung bebanan…
kerana aku tahu aku tidak kuat untuk itu…
aku cuba mencari jalan keluar…
aku bermuhasabah…
lama…
lantas…
aku mencapai kata putus…
kata yang bakal menjadi penentu kemana akan ku langkahkan kakiku kelak…
aku tidak bersedia, bahkan tidak sedikitpun mahu melangkah dijalan yang membawa aku jauh dari-Nya…
tapi aku bersedia untuk menongkah arus didepan hanya untuk melangkah dijalan yang membawa aku kepada-Nya…

BEBANAN ini ingin ku campak sejauhnya…
KEKUSUTAN ini ingin ku leraikan…
KEKELIRUAN ini ingin ku buang jauh…
KETAKUTAN ini ingin ku kikis dari kamusku…

Hatiku kini ku simpan buat DIA…
dan aku akan ku berikan sedikit ruang buat ‘dia’ yang halal bagiku…
bukan untuk engkau yang belum pasti…
aku harap kau mengerti…
cukuplah segala bebanan yang aku tempa selama ini…
aku tidak mahu lagi menggalas bebanan itu kerana aku tahu aku bisa menghindarinya kerana ini satu pilihan...
dan jika kau masih dengan keputusan engkau, siapalah aku untuk menghalang…
kerana hati itu urusan yang sangat rumit…
cuma satu pesanku…
“Dekati walinya, bukan dia…”
aku tahu engkau mengerti…
dan andai engkau tidak berkeinginan untuk mendekati wali ini…
hanya satu ku pinta…
pergilah engkau jauh dari hidup insan ini…
dia tidak memerlukan engkau yang tidak halal baginya…


Duhai ikhwah…
tidaklah aku bimbang atau takut lagi saat ini…
kerana aku terbaca akan janji ALLAH didalam Qalam-Nya…
dan aku berpegang pada janji ALLAH ini…
kata ALLAH, “ Barangsiapa bertawakal kepada Ku, Aku akan membukakan jalan keluar baginya dan akan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka...”
dan aku tahu…
engkau juga tahu…
bahawa ALLAH itu, tidak akan sesekali memungkiri janji-Nya…

Moga ALLAH redha akan apa yang aku coretkan ini…
ini semua buat engkau yang bergelar ikhwah…
kerana engkau adalah ketua sedang akhawat ini adalah ma’mummu…
Jika engkau benar, maka akhawat ini juga turut benar…

p/s…wallahua’lam…hanya coretan dari hati yang sedang bertarung antara yang haq dan yang batil…

“Rahsiakanlah cinta di hatimu terhadap seorang AJNABI, kerana mungkin dia adalah jodohmu, mengharap untuk menjadi suri dan bidadari di sisi si dia tidaklah salah mahupun haram.. tapi, janganlah sampai terabai cinta hakiki dek nafsu duniawi, yakinlah bahawa si dia yang dikirimkan oleh-Nya sedang menunggumu, kerana yang pasti “wanita yang solehah untuk lelaki yang soleh juga sebaliknya…”


- aq hamba -
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

"Ya Rabbi Sallimna! Wasallim Imanana! Wasallim Tauhidana!"- 'abdillah



Lagu yg baik…sedikit sebanyak, lagu ini dapat  membakar semangat  agar kita umat Islam  berpadu  tenaga dan  mengerahkan seluruh tenaga kita utk bangkit menentang segala kemungkaran juga menentang segala serangan-serangan musuh-musuh ALLAH…dan  tiadalah  sesuatu bangsa itu lebih mulia dari bangsa lain,  kerana apa yg membezakan setiap kita adalah taqwa…dan sesungguhnya, hanya taqwa itu yg diterima oleh ALLAH….wallahua’lam….



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, October 22, 2011

"Oh ALLAH, bisakah aku selamat dilautan maksiat yg memuncak kini.. "- 'abdillah


jangan sekali kau dekati!

Dalam sesaknya sebuah kehidupan,
nafas seakan tak terhela…
kaki berlari pantas menjalani hari,
seakan tak terpijak dibumi yang penuh lumpur-lumpur dosa…

Saatnya mata menyapa helaian kertas,
hati bak ditusuk belati!

Wajah penuh darah itu,
seakan mengamit…
mutiara putih tak mampu dibendung…
Ya Rasulullah…
inilah hadiah umatmu atas kasih dan sayangmu…
dunia jahiliyah yang serba canggih…

Mata-mata mula memandang pelik…
Ya! Semua yang baik kini kelihatan pelik dan ganjil…


Kaki pantas mengatur langkah…
Walau mutiara putih itu sudah kering,
namun hujan disudut taman hati mula melebat.
‘Oh Tuhan, bisakah aku selamat dilautan maksiat yang memuncak kini…’

Di kedinginan pagi, dalam tadahan doa…
esakkan tak mampu dibendung…

‘Ya Rabbi…
entah mengapa diri ini bagai dihunus dek belati,
sedih dan gelisah merajai jiwa…
hati sayu tak bertepi…
bimbang Kau kan murka,
takut dengan maksiat yang akan mengheret seisi penghuninya bak kisah-kisah yang terbentang di dada kalamullah-Mu…
Seolah lambaian syurga itu makin menjauh dariku,
tenggelam bersama palitan-palitan dosa yang terlakar penuh…
Bantu aku yang tak terdaya ini Ya Tuhan…’

Dalam lesu,
jasad terlena…
Lelah yang berlegar,
seolah terawat…

Tangisan halus itu membingungkan…
Pelik menyelubingi diri…
Kaki pantas menghampiri,
‘Subahanallah!’ Hati beristighfar pantas, sederas mutiara jernih yang mula mengalir membasahi pipi…
Wajah mulus itu ku sentuh syahdu…
Jasad yang berlumuran darah itu,
ku pangku sayu…
‘Tuhan…’

Air mata yang melebat,
diseka jemari kecil itu…
Raut wajahnya yang memerah,
tersenyum indah…
‘Subahanallah…’

 Terima kasih untuk air matamu,
yang tak mungkin ku raih dari ibu dan bapa kandungku…
Terima kasih untuk hatimu…
yang tertoreh luka melihat nasibku…
walau ibu dan bapa kandungku berpesta ria saat ini…

Andai kau temui mereka…
khabarkan ucapan terima kasihku…
Aku tak bersedih dengan nasibku ini,
kerana inilah suratan takdir-Nya…
Aku tak pernah menyesal,
tak berpeluang bernafas dibumi-Nya,
kerana mungkin saja aku kan menjadi lebih hina dari mereka…sesungguhnya DIA Maha Mengetahui…

Sampaikanlah berita sedih,
buat manusia-manusia yang megah dengan maksiat mereka…
Sesungguhnya azab neraka itu pedih, tak tertanggung!

Dan kini…
aku tak henti menangis sendirian..
bimbang akan nasib kedua ibu bapa ku…
Sedih dengan kejahilan yang mereka megahkan,
sayu dengan kemewahan yang mereka kejarkan…
Bisakah aku menatap wajah mereka disana nanti,
aku tak henti tertanya sendiri…

Di daerah ini,
berjuta ceritera terlakar…
beribu air mata yang menghias…
Kisah kejam yang tak terbela,
hanya dipandang seolah masalah kenaikan harga minyak…
Sedang bumi hanya menunggu masa dari-Nya…
Sedang Dia tak putus memberi peluang,
mengharap hamba-Nya pulang ke pangkal jalan…

Sejuk bibirnya yang mengucup pipiku,
menghadirkan esak…
Jasad itu ku peluk erat ke dada…
‘Ya Tuhan…peliharalah mereka ini…’

Merdu alunan kalamullah bersyair indah…
Jasad kecil yang tadinya berlumuran darah ,
kini putih bak kapas…
Tersenyum penuh indah…
dan mula menghilang bersama alunan memuji kebesaran-Nya…

Aku tersentak dari lena…
Kedengaran sayup azan subuh berkumandang…
Pipi yang basah disentuh,
bibir bergetar lembut…
‘Subahanallah…Maha Suci-Mu Ya Allah…’

..Dazz..

bermula dgn pergaulan yg bebas...jadi, berhati-hatilah duhai akhi dan ukhti fillah...jangan kau terpedaya dgn keindahan yg sementara ini sdg kau mengetahui kau akan merana disana kelak akibat dari perbuatan engkau...pilihlah utk menderita di dunia, dan berbahagia diakhirat...dan ingatlah, dunia ini hanyalah permainan..andai saja engkau mengerti...


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, October 21, 2011

"Jangan ganggu kami.."- Pelajar UIA

We Love UIA and We Unite for Islam!
















































































Alhamdulillah, akhirnya memorandum berjaya diserahkan kepada Puan Rektor melalui timbalannya….


buat yg tertanya-tanya ttg hal sebenar, boleh baca disini dan disini ...;)


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, October 9, 2011

"Malulah pada ALLAH..."- Abdillah





Malulah wahai da’ie,

kata mata sering membaca Quran,
tapi mengapa masih mata kau gunakan,
melihat wayang yang merosakkan,
membaca komik yang melalaikan?

Malulah wahai da’ie,
kata telinga sering mendengar peringatan,
tapi mengapa masih telinga kau gunakan,
mendengar lagu yang hanya untuk keseronokan,
mendengar bersama fitnah dan umpatan?

Malulah wahai da’ie,
kata kaki sering menapaki jalan perjuangan,
tapi mengapa masih kaki kau gunakan,
menuju tempat yang jelas melalaikan,
bahkan jarang ke masjid kau langkahkan?

Malulah wahai da’ie,
kata tangan sering menulis kebaikan,
tapi mengapa masih tangan kau gunakan,
menekan capaian (link) yang merosakkan,
menaip di ruang sembang tiada batasan?

Malulah wahai da’ie kata hati ingin kau bersihkan,
tapi mengapa masih hati kau gunakan,
mengiyakan segala dosa kemaksiatan,
menyokong hasutan nafsu dan syaitan?

Sedarlah wahai da'ie,
cukuplah pengkhianatan kita lakukan,
cukuplah menghampiri sifat kemunafikan,
walau ku tahu da’i bersifat kemanusiaan,
 terkadang sering melakukan kesilapan,
tapi jangan jadikan itu alasan,
untuk berterusan mengulangi kesalahan,
namun jadikannya satu sumber kekuatan,
 menanam azam untuk mengambil pengajaran,
ayuh da’ie sejati perlu kita buktikan!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, October 1, 2011

"Jom bina taqwa..."- Abdillah



Apa guna ketaqwaan di Facebook setinggi gunung…? 
Apa guna keimanan di Facebook selautan atlantik, andai tidak membina thiqah dan sahsiah diri?

‘Amal itu berteraskan hati yg yakin dan takut kepada ALLAH…

Pendakwah bukan hanya perlu hebat berkata-kata, namun perlukan kekuatan hati dan rohani yang hebat dalam membina sahsiah diri…

Istiqomahlah dalam mencari cinta-NYA sehingga saat roh dan jasad terpisah didunia… 

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, September 30, 2011

"Yakin saja pada ALLAH..insyaALLAH khair.."- Abdillah

Nah, amaran buat sang da’ie…


“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci disisi ALLAH jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan… ” (as-Saff: 2-3)


Dan andai kau takut akan kehilangan ‘sesuatu’ hanya kerana engkau cuba melaksanakan apa yang engkau serukan (kebaikan),  maka dengarkanlah ayat ALLAH ini…

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH, nescaya DIA akan membukakan jalan keluar baginya, dan DIA memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada ALLAH,  nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya ALLAH  melaksanakan urusan-NYA. Sungguh, ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu…”
(at-Thalaq:2-3)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

"Tidak mengapa...=) "- Abdillah


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

" Ikhlas..."- Abdillah


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, September 17, 2011

"Saya rasa teruk bila memikirkannya..ALLAHUAKBAR.."- Abdillah



Ada hijab yang lebih utama dari hijab wajah kamu...yakni, hijabkanlah hati kamu dengan rasa malu kepada ALLAH, pasti ALLAH akan memelihara kamu...insyaALLAH...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

"Sabarlah..."- Abdillah




Fasobrun jameel…raih dulu cinta ALLAH, insyaALLAH, ALLAH akan hantar pada kita ‘dia’ yg melabuhkan cintanya pada ALLAH…

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

"Dah sedia ke..? ;)) "- Abdillah



dah sedia untuk berangkat ke?kalau dah sedia, jom kita…! ;))


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed