Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

.....

.....

Tuesday, January 31, 2012

Smile



Abdullaah ibn Haarith [PBUH] said: "I never came across a person who smiled as much as Prophet Muhammad [PBUH]. Prophet Muhammad [PBUH] regarded smiling to a brother as an act of charity."
[Tirmidhi]


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, January 19, 2012

'Cincai' vs Hikmah

" Penerangan tentang Islam tidak boleh dibuat secara semberono atau ‘cincai’, apatah lagi makian dan hamunan. Sebaliknya hendaklah dengan kekukuhan hujah dan alasan serta memahami latar belakang sasaran dan keadaan. "
Apabila dakwah yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w begitu ditindas di Mekah, maka baginda mencadangkan supaya sebahagian para sahabahnya berhijrah ke Habsyah. Ketika itu yang memerintah Habsyah adalah Najasyi, seorang raja yang terkenal bersifat adil. Kerajaan Habsyah adalah kerajaan Kristian dalam ertikata agama tersebut menjadi teras kerajaan.

Apabila para pembesar Quraish Mekah yang memusuhi Islam mengetahui bahawa sebahagian orang Islam berhijrah ke Habsyah, mereka mengambil langkah menghantar dua tokoh mereka yang hebat ketika; ‘Amr bin al-‘As dan ‘Abd Allah bin Abi Rabi’ah. Tujuan agar dapat dipujuk Raja Najasyi supaya ditangkap orang-orang Islam yang berada di sana dan diserahkan kepada pembesar Mekah.

Hadiah-hadiah mewah dibawa oleh kedua tokoh tersebut sebagai umpan bagi membuka laluan agar mereka dapat bertemu dangan raja. Orang-orang besar juga telah menerima habuan mereka. Kata kedua tokoh Quraish tersebut kepada Raja Najasyi: “Wahai Raja! Telah datang ke negaramu budak-budak yang bodoh. Mereka telah memecah belahkan agama kaum mereka dan tidak pula memasuki agamamu. Mereka membawa agama yang mereka ada-adakan yang kami dan engkau tidak kenalinya. Pembesar kaum mereka yang terdiri daripada bapa-bapa mereka, paman-paman mereka dan kaum keluarga mereka telah menghantar kepadamu utusan agar engkau mengembalikan mereka kepada kaum mereka. Mereka lebih tahu keburukan mereka itu”. Namun Najasyi mengambil langkah yang berhati-hati. Dia ingin menyoal siasat terlebih dahulu. Lalu dipanggil para sahabah Nabi s.a.w yang berhijrah ke negaranya dan ditanya mengenai agama mereka.

Di sini saya ingin menonjolkan jawapan yang diberikan kepada Najasyi oleh jurucakap umat Islam di Habsyah ketika itu; Ja’far bin Abu Talib. Ja’far ialah seorang sahabah yang Rasulullah s.a.w. Benar-benar memahami hakikat dakwah Islam ini. Dalam situasi yang genting dan sukar beliau memilih jawapan yang terbaik. Kerana, sebarang penerangan yang tidak memuaskan akan mengorbankan sekian ramai yang berhijrah ke sana.

Apabila Najasyi berkata kepadanya: “Agama apakah ini yang kerananya kamu telah pecah belahkan kaum kamu dan tidak pulak kamu memasuki agamaku?”. Lantas Jaafar bin Abu Talib pun memberikan jawapan yang sangat terpilih lagi menyentuh hati nurani Najasyi yang merupakan seorang Kristian ketika itu.

Kata Ja’far: “Wahai Raja! Kami dahulunya adalah kaum jahiliyyah; kami menyembah berhala, memakan bangkai (binatang yang tidak disembelih), mendatangi perkara-perkara yang keji, memutuskan hubungan kekeluargaan, menyakiti hati jiran. Mereka yang kuat di kalangan kami menindas orang yang lemah. Begitulah keadaan kami, sehinggalah Allah menghantarkan kepada kami seorang Rasul.

Kami kenal akan keturunannya, kami kenal akan benar cakapnya, kami kenal akan amanahnya, kami kenal dia seorang yang memelihara diri dari keburukan. Lalu dia menyeru kami kepada Allah agar kami meng’tauhid’kanNya dan menyembahNya; dia juga meminta agar kami tanggalkan apa yang kami dan keturunan kami sembah selain Allah yang terdiri daripada batu-batu dan berhala-berhala. Dia perintahkan kami supaya bercakap benar, tunaikan amanah dan hubungkan silaturrahim.

Dia melarang kami dari membuat perbuatan keji, perkataan dusta, memakan harta anak yatim, menuduh zina wanita-wanita baik. Dia menyuruh kami agar hanya menyembah Allah yang esa, tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu, dia menyuruh kami agar bersolat, berzakat dan berpuasa –lalu Ja’far menyebut beberapa ajaran Islam yang lain lagi.

Lalu kami membenarkannya dan beriman dengannya, serta kami ikut agama Allah yang dia bawa. Maka kami hanya menyembah Allah, tidak mensyirikkanNya, kami haramkan apa yang dia haramkan dan kami halalkan apa yang dia halalkan. Tiba-tiba kaum kami memusuhi kami, mereka menyiksa kami, mengganggu kami dari agama kami.

Tujuannya, mereka mahu agar kami kembali menyembah berhala, menghalalkan segala kekejian yang pernah kami halalkan. Apabila mereka memaksa, menzalimi, menekan kami dan menghalang agama kami, lantas kami pun keluar menuju negaramu. Kami memilih engkau, dibandingkan yang lain. Kami ingin mendapatkan perlindungan engkau. Kami harap kami tidak dizalimi di sisi engkau, wahai Raja!”.

Lalu Najasyi bertanya: “Adakah bersamamu apa-apa yang datang daripada Allah?”. Jawab Ja’far: Ya!. Kata Najasyi: “Bacakan kepadaku”. Lalu Ja’far membaca Surah Maryam yang terkandung kisah Maryam dan Nabi ‘Isa a.s.. Bercucuranlah airmata Najasyi, juga para agamawan Kristian yang ada bersamanya. Maka Najasyi pun enggan menyerah orang-orang Islam kepada Quraish dan mempertahankan mereka. Bahkan dalam senyap, Najasyi menganut Islam. (lihat: Al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, 97-99, Riyadh: Uli al-Nuha).

Saya menukilkan kisah ini sebagai satu gambaran betapa Islam yang indah perlu dipasarkan secara yang indah juga. Kejayaan Ja’far bin Abu Talib dalam peristiwa ini adalah kejayaan membentangkan Islam kepada lain yang mempotensi menerima kebenaran. Isu-isu yang disentuh oleh Ja’far memaut hati nurani Raja Habsyah Najasyi yang beragama Kristian. Latar pengetahuan dan anutan Najasyi terhadap agama Kristian diambil ruang oleh Ja’far untuk menekan persoalan-persoalan yang dia nyatakan. Demikian juga ayat al-Quran yang dipilihnya.

Islam dan umatnya yang disalah fahami hari ini memerlukan pendekatan Ja’far bin Abu Talib. Memahami sasaran dan memilih isu yang mampu merubah keadaan. Maka, daripada ancaman salah sangka dan penindasan kepada kejayaan membawa isu dan meraih perasaan dan minda Najasyi. Isu-isu yang dibawa oleh Ja’far benar-benar memukul pewakilan pembesar Quraish Mekah, menggambarkan keindahan Islam dan keperluan umat manusia kepadanya. Sekaligus menolak isu pepecahan yang dibangkitkan di pihak Quraish kerana telah terlukis dalam minda Najasyi bahawa keperluan untuk agama ini muncul lebih besar dari segala isu sampingan.

Penerangan itu juga berjaya menukar keadaan daripada pihak muslimin yang berada di pihak yang didakwa kepada pihak yang mendakwa. Maka dua perwakilan Quraish itu seakan secara tidak langsung dimasukkan ke dalam kandang orang salah. Inilah kebijaksanaan atau hikmah dalam memenangi pertarungan pengaruh. Tidak memerlukan maki-hamun atau cacian, sebaliknya memerlukan hikmah.

Justeru, penerangan tentang Islam tidak boleh dibuat secara semberono atau ‘cincai’, apatah lagi makian dan hamunan. Sebaliknya hendaklah dengan kekukuhan hujah dan alasan serta memahami latar belakang sasaran dan keadaan. Sebab itulah Allah menyebut: 
" (maksudnya) Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan mauizah hasanah, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk " (Surah al-Nahl: 125)

Kata al-Sa’di (meninggal 1376H): “Hikmah maksudnya setiap individu diseru berdasarkan keadaan, kefahaman, penerima dan perlaksanaannya. Antara hikmah itu, berdakwah dengan ilmu bukan dengan kejahilan, memulakan dengan yang lebih penting dan apa yang berikutnya, menyampaikan apa yang lebih dekat kepada pemikiran dan kefahamannya, dengan cara yang lebih dapat diterima, dengan lunak dan lembut.

Adapun mauizah hasanah (nasihat yang baik) bermaksud dengan ungkapan yang baik yang dapat mengingatkan mereka. Antaranya dengan cara memberi amaran kepada mereka mengenai balasan Allah di akhirat dengan pendekatan yang dapat menginsafkan mereka. Sementara: berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik bermaksud cara yang paling memungkin mereka menerimanya secara akal dan nas ( Al-Sa’di, Taisir al-Karim al-Rahman, 452, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Ramai orang menganggap bahawa yang dikatakan hikmah dalam seruan dan dakwah itu bermaksud berlunak kata semata. Sebenarnya, hikmah kurang tepat untuk diterjemahkan sebagai lunak kata, atau lembut bicara semata. Hikmah dalam dakwah bermaksud perkataan atau tindakan yang sesuai dengan sasaran dakwah. Maka ia membabitkan persoalan ilmu perkara yang hendak didakwahkan, mengenali sasaran dakwah di sudut latarbelakang, suasana dan memilih pendekatan yang terbaik.

Boleh jadi pendekatan yang hikmah itu berlunak, mungkin juga bertegas. Mungkin pendekatan dakwah berhikmah seorang ayah kepada anak, tidak sama antara seorang anak kepada ayah, atau rakan kepada rakan. Juga mungkin tidak sama pendekatan dakwah pihak yang berkuasa dengan yang tidak berkuasa. Juga mungkin tidak sama pendekatan dakwah berhikmah kepada seseorang yang kita kenali dan yang belum kita kenali. Pendekatan bahasa dakwah kepada orang biasa, tentu tidak sama dengan kelompok intektual yang mempunyai kemampuan fikir yang tinggi. Sebab itu pendekatan Rasulullah s.a.w kepada masyarakat badawi tidak sama dengan orang kota.

Masyarakat berubah, bahasa dan pendekatan dakwah juga mesti berubah. Pendekatan zaman dahulu mungkin tidak sesuai untuk suasana yang baru. Maka kita tidak boleh menterjemahkan semua tindakan dakwah yang pernah dilakukan oleh jenerasi lalu. Ada orang umpamanya, ingin berdakwah secara tegas seperti yang dilakukan oleh Saidina ‘Umar, lalu apabila dia membaca Saidina ‘Umar pernah memukul orang tertentu maka dia pun memukul orang ketika berdakwah. Sedangkan dia tidak mengkaji suasana ‘Umar tidak sama lagi dengan suasana kita hari ini.

Tindakan yang dibuat oleh ‘Umar mampu menyebabkan orang ramai insaf. Apatah lagi dia seorang khalifah yang mempunyai kuasa dan umat Islam ketika itu berada pada zaman kegemilangannya. Sementara masyarakat kita tidak lagi lagi seperti masyarakat ‘Umar, kuasa kita juga tidak seperti ‘Umar. Sementara umat Islam kita pula sedang berada pada zaman kelemahannya.

Maka tuntutan dakwah dengan hikmah itu menuntut agar usaha dakwah dalam bentuk ucapan atau tindakan itu adalah yang diyakini paling berkesan terhadap sasaran. Setelah kita berusaha mencari jalan yang terbaik dan berkesan, namun dakwah tetap ditolak, maka kita telah pun menunaikan amanah Allah dalam dakwah ini. Soal memberi hidayah yang sebenar, tidak berada di tangan kita. Kita telah membuat yang terbaik yang kita yakin.

Maka, memahami latar keadaan dan sasaran amat penting. Sebab itu dalam hadis: Daripada Abd Allah bin ‘Amr: Suatu hari kami berada di sisi Nabi s.a.w., lalu datang seorang pemuda dan bertanya: Wahai Rasulullah! Saya mencium (isteri) sedangkan saya berpuasa?”. Jawab baginda: “Tidak boleh”. Datang pula seorang tua bertanya Saya mencium (isteri) sedangkan saya berpuasa?”. Jawab baginda: “Boleh”. Kami pun memandang antara satu sama lain. Sabda Rasulullah s.a.w: “Aku tahu mengapa kamu memandang antara satu sama lain. Sesungguhnya orang tua itu dapat mengawal dirinya” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).

Jawapan yang berbeza diberikan oleh Nabi s.a.w disebabkan oleh latar yang berbeza. Pemuda tersebut jika diberikan keizinan mungkin akan menyebabkan melakukan persetubuhan yang membatalkan puasa. Namun orang tua itu mampu menahan diri. Maka keduanya mendapat jawapan yang berbeza. Ini juga faktor yang menyebabkan sesetengah soalan-soalan yang sama yang ditanya oleh para sahabah diberikan jawapan oleh baginda berbeza-beza. Semuanya merujuk kepada persoalan kesan dan keperluan.

Maka pada zaman manusia ramai yang dfobiakan dengan Islam, atau disalahfahamkan tentang gambaran Islam, maka pendekatan yang paling berkesan perlu dikaji dan disemak secara yang bersungguh-sungguh. Penerangan-penerangan Islam secara kono dan kolot hendak dihapuskan. Islam tidak pernah kono dan kolot, ia sentiasa mengatasi sempadan zaman dan tempat. Namun yang membawa bendera agama itu ada yang kadang-kala menjadikan Islam ini seakan kelihatan ketinggalan zaman.

Program-program agama dalam media-media kita sepatutnya dibuat penilaian semula sejauh manakah ianya mampu menghadapi cabaran kerencaman pemikiran dan tanggapan yang berbagai terhadap Islam dewasa ini. Siapakah golongan yang menonton program-program tersebut? Sejauh manakah ianya mampu menampilkan kewibawaan Islam untuk generasi baru?


Kadang-kala para penyampai mesej atau risalah Islam atau penceramah agama itu lebih parah untuk dibetulkan daripada orang yang hendak disampaikan itu. Sehingga terkadang kita hairan, apakah tujuan atau mesej yang hendak disampai? Lawak jenaka ke? Jual ubat ke? Cerita kartun ke? Balas dendam ke? Atau keagungan risalah atau mesej Islam. Entah berapa banyak ayat al-Quran dan sunnah yang begitu indah menjadi hodoh atau tawar disebabkan tafsiran atau gaya penerangan golongan yang kononnya ingin menyampaikan Islam.
hikmah dalam berda'wah


MAZA..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, January 17, 2012

Hari Ini...



Hari ini pada tahun 2009 – 18 Jan 2009, setelah 22 hari melancarkan serangan ganas ke atas Gaza, Israel memanggil tenteranya pulang. Hampir 1500 rakyat Palestin menjadi korban dan hanya 13 tentera Israel terbunuh. Namun kedua-dua pihak mengaku menang.

Kalau angka korban menjadi piala kemenangan, tentunya Israel boleh mendabik dada. Tapi itukah ukurannya? Dalam sidang media sebaik saja serangan dilancarkan pada 27 Dis 2008, Menteri Pertahanan regim Israel, Ehud Barak menggariskan 3 objektif perang :
1. mengenakan `pukulan’ yang kuat kepada Hamas,
2. mengubah situasi di Gaza,
3. menghentikan serangan roket.

Matlamat pertama dan kedua boleh dibaca sebagai menjatuhkan kerajaan Hamas di Gaza. Manakala matlamat yang tidak disebut secara nyata tentunya untuk membebaskan Gilat Shalid yang sudah 2 ½ tahun tidak dapat dicari oleh Israel.

Apakah matlamat Israel tercapai? 3 tahun berlalu Hamas terus bertapak kuat bahkan semakin disokong oleh rakyat Gaza. Kekuatan ketenteraan Hamas juga terus bertambah selepas perang. Akhbar on-line World Tribune pada 18 Jan 2011 memetik laporan bahawa Hamas telah memilik roket Fajr-5 dari Iran dengan jarak 80km, meletakkan Tel Aviv dalam jangkaun Hamas. Pada Disember 2010, Hamas telah menggunakan peluru berpandu anti-kereta kebal AT-14 Kornet yang berjaya menembusi kereta kebal Merkava Israel.

Serangan roket dari Gaza juga berterusan kecuali oleh Hamas yang sengaja menahan diri (self-restraint). Website Kementerian Luar Israel melaporkan 261 roket dilancar sejak Perang Gaza hingga Mac 2011. Ini tidak termasuk serangan mortar.

Gilad Shalit pula hanya dibebaskan atas ihsan Hamas setelah lebih 1000 tahanan Palestin dibebas sebagai ganti, 3 tahun selepas Perang Gaza.
Tidak satu pun objektif Israel dalam perang keatas Gaza yang tercapai.

   Cuba kita bayangkan kalau pasukan bola terbaik dunia, Manchester United melawan pasukan bola kampung dari hulu Kelantan. Pasukan bola kampung itu tidak perlu membuat sebarang jaringan, cukup kalau dia mampu menahan sebarang gol dari MU sudah dikira begitu hebat dan boleh mendabik dada kemenangan. Menafikan matlamat lawan.

Kemampuan rakyat Palestin bertahan dan menafikan matlamat Zionis Israel walaupun terpaksa membayar dengan pengorbanan yang tinggi merupakan satu kemenangan yang besar dan memalukan satu angkatan tentera yang akui terhebat dan tercanggih didunia. Melawan `segerombolan' pejuang pembebasan berbekal AK47.

Ketika Sumayyah r.a. dan keluarganya disiksa, Abu Jahalkah yang menang kerana dapat menyiksa dan akhirnya membunuh mereka? Atau Sumayyah yang menang kerana mampu menafikan kehendak Abu Jahal dengan mempertahankan aqidahnya sehingga beliau syahid?

"Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar." Al Buruj : 10-11

[Sumber:Ar. Syed Mohd Radhi,Aqsa Syarif Gombak.]
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, January 15, 2012

Jangan Sombong

Enjoy this video..there is so many lessons that you should grab..;)


Kita anggap diri kita lebih mulia hanya kerana kita sering melakukan ibadah. Terkadang, kita memandang hina si fasik dan si pendosa kerana kita menganggap mereka kotor. Kita palingkan muka dari mereka hanya kerana kita rasakan mereka tidak setaraf dengan kita. Kita benci mereka kerana mereka hidup dalam kejahilan dan kesesatan. ALLAHU ALLAH, berhati-hatilah. Siapalah kita untuk mengiktiraf kedudukan seseorang disisi ALLAH hanya kerana dosa yang dia lakukan. Sedang seorang pelacur bisa ke syurga hanya kerana memberikan air kepada seekor anjing. Sama-sama kita muhasabah diri..

Wallahua’lam..



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Muhasabah~




Kita akan rasa malu untuk biar diri kita lemah,
Bila melihat kuatnya Rasul berjuang untuk ummah,
Diuji dengan pelbagai ujian dan mehnah,
Tetapi itu semua tidak menjadikannya lelah.

~ LangitIlahi ~

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, January 11, 2012

Blogger : Raih pahala atau tempah dosa?


Blogger yang baik tidak akan;
-        -  Post perkara yang hanya akan melalaikan dan menjauhkan pembaca dari mengingati ALLAH.

-        - Post perkara yang lagha (sia-sia) yang sedikitpun tidak memberi faedah kepada pembaca.

-       - Post yang mempromosikan perkara yang lagha.

-        - Post yang bersifat peribadi yang hanya membuka aib diri sendiri.

-        - Post yang berunsur dan mempromosikan maksiat.

-        - Post yang mempromosikan zina seolah ia adalah halal.

-        - Post peribadi yang ditujukan kepada seseorang yang tidak halal baginya.

(E.g. gf to bf, bf to gf)

-        - Tidak akan ada gambar gf atau bf mereka.

-        - Tidak akan menayangkan sebesar-besar gambar sahabat/kawannya yang berposing regardless gaya posing mereka, apatah lagi dengan tidak menutup auratnya.

-        - Tidak akan mengambil atau mempromosikan ads pihak yang mempromosikan produk mereka dengan menggunakan gambar yang tidak senonoh sopan.

-        - Tidak akan menggunakan kata-kata yang kesat kasar.

-           

Blogger yang baik akan;

-         - Mempromosikan ‘way of life’ sepertimana yang dianjurkan Islam.

-         - Membawa pembaca mengingati dan mendekatkan diri kepada ALLAH.

-         - Membawa pembaca ke alam muhasabah dan pembaikkan peribadi diri.

-         - Memotivasikan pembaca.

-        - Menyampaikan kebenaran yang benar.

-        - Melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar.

-        - Membantu pembaca dalam menghadapi dan mengatasi masalah atau mungkin dilema yang dihadapi dengan memberi pandangan.

-        -  Meleraikan kekusutan pembaca terutamanya dalam bab fiqh.

-       -  Berkongsi pengalaman-pengalaman yang dilaluinya terutamanya dijalan tarbiyah dan da’wah sebagai pengajaran..

-        - Bantu mempromosikan blogger yang menjadikan blog mereka sebagai medan da’wah.

-           

Tidak dinafikan ada saja blogger yang dalam blognya ada unsur yang positif dan negatif..apa pun, semoga kita semua dapat ‘check and balance’ semula apa yang kita ‘lakukan’ pada blog kita. Kalau unsur negatif itu lebih banyak dari unsur positif, usaha perlahan-lahan untuk kurangkan unsur negatif itu. Jangan pula dibiarkan unsur negatif terus bersarang sehingga menutup unsur positif yang sedikit itu. Selamat berblogging dan semoga kita sentiasa meletakkan ALLAH atas setiap urusan kita.


Berblogging ini bukan hanya urusan didunia dan ia habis disini, tapi ia akan dipersoal dan dipertanggungjawabkan kelak dihadapan ALLAH. Jangan memandang enteng ringan akan aktiviti berblogging ni. Benar, blog ini kita yang punya. Kita daftar dengan email kita, create password, edit sana sini nak biar cantik dan menarik, semua usaha kita. Tapi kita perlu ingat juga, blog inilah  yang akan menjadi samada saham kita ke syurga (redha) ataupun neraka (murka) ALLAH. Pilihan sentiasa ditangan kita kerana manusia ini dikurniakan ‘free will’ oleh ALLAH. Buatlah apa saja yang kita mahukan, tapi perlu  kita ingat bahawa pada ‘free will’ ini, ada accountability yang menanti.


wallahua'lam...


Salam muhasabah~




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, December 7, 2011

Calling people to ALLAH: Is it my job?


~ DAKWAH~

What does it mean?
-         -  Da’wah means to invite, to call.
-          - Specifically, to invite or to call the non-Muslim to Islam.

Is it compulsory to do Da’wah?
-        -   Yes, it is compulsory for every Muslim.
-          - It is not only the responsibility of Ustaz and Ustazah alone.

Does Da’wah to the non-Muslim important in Islam?
-          - Yes, it is important!

Why is it important?
-          - Because in the Day of Judgement (yaumul Qiyamah), we will be ask by ALLAH either we had conveyed and spread HIS messages to the non-Muslim or not.

 What if I do Da’wah to the non-Muslim and yet, they still doesn’t want to come to Islam even I’ve try my best?
-          - Our responsibility is only to invite and to call them to Islam, and it is ALLAH who converts them to Islam.

I’m not good in doing da’wah. So I don’t think I can do da’wah…
-         -  You’re wrong. You know what…? In order to be good in da’wah, you have to start it! Only then you know what is ok what is not ok...it will improve your skills..

But still, I don’t think I can make da’wah... I’m really not good in it…T_T
-          - Chill out my dear friend…take a look at the well-known preacher such as Dr Zakir Naik, Nouman Ali Khan, Ahmad Deedat, and Abdul Raheem Green…they start with a very little things and look at them today.. don’t be afraid to make the 1st step… ;)

How am I supposed to do da’wah? I have no knowledge…
-          - You have no knowledge? Are you sure? You don’t even know that ALLAH is The Almighty etc? You don’t even know that stealing is not good? You don’t even know that Islam love peace? You know don’t you? So spread it out! That is knowledge! And most importantly, that is ALLAH’s message in the Quran! ;)

-          And plus, Rasulullah SAW says that,

بَلِّغُوْا عَنيِّ وَلَوْ آيَةٍ…
"Convey from me even one verse."

I don’t do da’wah because I’m afraid if the non-Muslim ask me anything about Islam, and I don’t know the answer…
-         -  Let me tell you this…

:: if they ask you a question, you don’t know the answer, go find your ustaz and ask him… once you got the answer,  go back to that person and tell him the answer…its easy ;)

-          Looking at the positive side; you also gain the knowledge!

So what are you waiting for?
-          - Ah, really. I don’t think I can do da’wah.

If so, then do da’wah by;
-          - Practice all the good value that Islam has proposed.
-          - Show a good manner or akhlak, so that other can copy you.
-         -  Respect people although they are non-Muslim.
-         - To the non-Muslim, be kind to them so that they will be attracted to Islam as Islam itself means peace.
-          - Smile to them if you meet them and approach them with a proper way.

Wallahua’lam…

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, November 28, 2011

ALLAH, aku tidak terdaya...



Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pengasih


Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ampunilah dosa-dosaku, sama ada sedar atau tidak sedar. Hanya Engkaulah yang dapat mengampuni dosa-dosaku yang banyak ini Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang Maha Mendengar rintihan hamba-hambaNya.  Hiasilah hatiku, peribadiku dan seluruh kehidupanku dengan rasa kasih dan sayang serta mahabbah.  Baikilah tutur kataku, lisanku dan gerak lidahku supaya tidak mengaibkan orang lain.

Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang Maha Lembut.
Peliharalah akhlakku dan adabku di mana sahaja supaya aku dapat memelihara diriku sebaik-baiknya.  Pimpinlah aku untuk membentuk bunga-bunga akhlak yang harum tatkala orang lain memandang rendah dan membenci aku.

Ya Allah,
Dalam kesunyian malam ini, aku bangun untuk bersujud dan menghadap-Mu. Aku menyerahkan seluruh jiwaku kepada-Mu. Jiwa hamba mengharap perhatian dan ehsan daripada Tuhannya.
Ya Allah, hatiku amat resah, gelisah dan meronta-ronta kerana ujian kecil yang Engkau berikan ternyata umpama batu besar yang menimpa seluruh badanku. Tidak terdaya untuk aku menolak jauh-jauh batu besar itu.
Ya Allah, Tuhan yang Maha Mendengar, dengarkanlah....
Dengarlah rintihan hatiku ini. Bantulah aku Ya Allah. Aku tidak terdaya untuk berhadapan dengan ujian jiwa yang berat ini. Berilah jalan keluar, tunjuklah pintu-pintu penyelesaian yang terbaik buatku.

Ya Allah, barangkali ujian ini Engkau limpahkan kepadaku kerana aku mulai renggang dengan Engkau, maafkan aku Ya Allah. Tak payahlah Engkau menambah lagi beban hidupku ini. Engkau singkap sahaja penderitaanku supaya aku dapat kembali sujud dan memohon keampunan-Mu Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang Maha Pengampun.
Aku tidak mengerti apakah ujian Engkau kepadaku untuk kali ini. Sakitnya terasa hingga ke lubuk hati. Aku menanggung duka dan derita. Hanya Engkaulah tempat aku mengadu keluhan dan rasa hati.

Ya Allah, bantulah aku, tolonglah aku. Tunjukkan pintu hidayah-Mu kepadaku supaya aku dapat keluar dari ujian yang berat ini.Ya Allah, maafkan aku, ampunilah kesalahanku.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Memang 'special'...;))













Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, November 27, 2011

Rindu dan Cinta itu Utk Siapa?



Berbicara tentang rindu dan cinta, tidak dapat lari daripada soal hati dan rasa. Ya, rindu dan cinta letaknya di hati – raja dalam kerajaan diri manusia. Sabda Rasulullah saw:
“Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati.”
(Riwayat Al-Bukhari)
Ini bermakna, rindu dan cinta yang harus bersemi di hati mestilah rindu dan cinta yang ‘baik’. Barulah hati akan menjadi baik, dan seluruh anggota jadi baik. Tapi jika rindu dan cinta itu ‘jahat’ maka jahatlah hati. Akibatnya jahatlah seluruh anggota. Kata orang, “berhati-hatilah menjaga hati.” Jangan dibiarkan hati itu penuh dengan rindu dan cinta yang salah… akibatnya terlalu buruk.
Umpama menyerahkan kepimpinan negara kepada seorang yang jahat. Kita tentu tahu apa akibatnya bukan? Pemimpin yang jahat akan melakukan kemungkaran, penzaliman, rasuah dan lain-lain kejahatan yang akan menghancurkan sebuah negara. Maka begitulah hati yang jahat, akan menyebabkan seluruh diri kita terarah kepada kejahatan. Jadi, berhati-hatilah menjaga hati dengan berhati-hati memberi cinta dan rindu.  
Sebenarnya, pada siapa kita harus cinta? Pada siapa kita mesti rindu? Mungkin ada diantara kita yang tertanya-tanya. Pada kekasih hati? Atau si dia yang sentiasa diingati. Oh, bukan, bukan… Sebenarnya hati setiap manusia secara fitrahnya mencintai dan merindui Allah. Kenapa dikatakan begitu? Dan benarkah begitu? Baiklah, mari kita fikirkan dan renungkan bersama…
Setiap hati inginkan kasih-sayang, keadilan, kekayaan, keindahan dan lain-lain sifat yang mulia, baik dan sempurna. Tidak ada seorang manusiapun yang tidak inginkan kebaikan, kemuliaan dan kesempurnaan. Ketika dilanda kemiskinan, manusia inginkan kekayaan. Ketika dipinggirkan, kita inginkan kasih-sayang. Ketika dizalimi, kita inginkan keadilan. Baiklah, hakikat itulah bukti yang sebenarnya manusia cinta dan rindukan Tuhan. Justeru, Tuhan sahaja yang memiliki segala-gala yang diingini oleh manusia.
Bukankah Allah memiliki kekayaan yang diingini oleh si miskin? Allah mempunyai kasih sayang yang diidamkan oleh mereka yang terpinggir. Allah Maha Adil dan mampu memberi keadilan yang didambakan oleh yang tertindas. Oleh kerana itulah Tuhan mempunyai nama-nama yang baik (Asmaul Husna), yang menggambarkan keindahan, keadilan, kasih-sayang yang segala sifat kesempurnaan-Nya. Diantara nama-nama Allah itu ialah Al Adil (Yang Maha Adil)? Al Ghani (Maha Kaya)? Ar Rahman (Maha Pengasih)? Dan Ar Rahim (Maha Penyayang)?
Sebutlah… apa sahaja keinginan manusia tentang kebaikan dan kesempurnaan, maka di situ sebenarnya (secara langsung ataupun tidak), manusia sedang merindui dan mencintai Allah. Inilah rasa yang tidak dapat dihapuskan. Selagi manusia punya hati dan perasaan. Rasa bertuhan inilah yang menurut Imam Ghazali, tidak akan dapat dinafikan oleh hati sekalipun kerap dinafikan oleh sifat keegoan manusia.
Inilah benih rindu dan cinta yang telah dibina (‘install’) secara fitrah (tabie) dalam diri setiap manusia sejak di alam roh lagi. Firman Allah:


“Bukankah aku ini Tuhanmu? Maka semua (roh manusia) menjawab: ‘Benar, kami (Engkaulah Tuhan kami) menjadi saksi.” (Al-A’raf : 172)
Jadi sedarlah. Apabila hati kita resah dan gelisah inginkan pembelaan, hakikatnya pada ketika itu hati kita sedang merindui yang Maha Adil. Ketika kasih-sayang terputus atau cinta terkandas, kita inginkan sambungan… maka ketika itu sebenarnya kita sedang merindui Ar Rahman dan Ar Rahim (Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Ketika bersalah, kita merintih inginkan keampunan dan kemaafan, maka pada saat itu kita sebenarnya merindui Al Ghafar (Pengampun) dan mencintai Al Latif (Maha Lembut).
Semua keinginan itu hanya akan dapat dipenuhi apabila manusia merapatkan dirinya kepada Allah. Allah yang punya segala-galanya itu. Allah sentiasa mahu dan mampu memberi apa yang diinginkan oleh setiap manusia. Firman Allah:

“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku akan perkenankan. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan dimasukkan neraka Jahanam dalam keadaan hina.” (Al-Mukmin : 60)
Menerusi nama-nama Allah yang baik inilah seharusnya kita merintih, merayu dan memohon kepada Allah. Firman Allah:

“Allah memiliki Asmaa’ ulHusna, maka memohonlah kepadaNya dengan menyebut nama-nama yang baik itu…” (
Al A’raaf : 180)
Manusia hakikatnya tidak punya apa-apa yang diingini oleh manusia lain. Mereka mungkin mahu memberi, tetapi tidak mampu. Ada pula yang mampu memberi tetapi tidak mahu melakukannya. Mungkin hartawan punya harta, tetapi dia tidak punya sifat pemurah. Mugkin ada si miskin punya hati yang pemurah, tetapi tidak memiliki harta yang dipinta oleh si miskin yang lain. Tegasnya, manusia tidak sempurna. Hanya Tuhan yang mempunyai segala apa yang diinginkan oleh seluruh manusia.
Ya, ditegaskan sekali lagi bahawa keinginan manusia kepada satu kuasa yang Maha sempurna ini adalah lanjutan daripada ‘perkenalan’ dan ‘percintaan’ manusia dengan Allah di Alam Roh lagi (yakni alam sebelum alam dunia ini) . Bukankah sejak di alam roh lagi manusia telah mengetahui dan mengakui akan kewujudan dan keagungan Allah. Firman Allah:

“Bukankah aku ini Tuhanmu? Maka semua (roh manusia) menjawab: ‘Benar, kami (Engkaulah Tuhan kami) menjadi saksi.” (Al-A’raf : 172)
Itulah pertanyaan Allah sekaligus keakuran roh manusia atas pertanyaan itu. Ya, ketika itu semua roh manusia telah mengenali Allah. Bukan itu sahaja, bahkan roh manusia telah mengakui Allah sebagai pemilik, pentadbir dan pengatur alam ini. Inilah yang dimaksudkan cintakan Allah itu adalah fitrah setiap hati. Tetapi soalnya, mampukah cinta itu terus suci dan abadi di dalam hati setiap manusia?
Sungguhpun begitu, perkenalan dan percintaan manusia dengan Allah di alam roh itu kerap tercemar. Sebaik sahaja lahir ke alam dunia, manusia yang dulunya begitu mengenali dan mencintai Allah mula dipisahkan daripada kecintaan dan kerinduannya itu. Yang sejati luntur, yang ilusi muncul. Perkenalan dengan Allah mula dicemari. Manusia mula dipisahkan dari Tuhan. Dan amat malang, kerapkali yang memisahkan anak-anak daripada Allah ialah ibu-bapa anak-anak itu sendiri. :
“Setiap anak-anak dilahirkan putih bersih, kedua orang tuanyalah yang akan menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani.”
Justeru, untuk mengelakkan agar cinta yang suci itu tidak terus dikotori… maka awal-awal lagi apabila seorang bayi dilahirkan, dia terlebih dahulu diazankan dan diiqamatkan. Inilah usaha awal untuk meneruskan perkenalan bayi itu dengan Allah. Tidak cukup sekadar itu sahaja, malah para ibu-bapa juga wajib mengenalkan kepada anak-anak mereka segala sifat kesempurnaan Allah secara mudah tetapi konsisten. Sabda Rasululah:
“Awal-awal agama ialah mengenal Allah.”
Alangkah indahnya jika semua itu berjalan lancar. Sejak kecil lagi putik cinta dan rindu Allah itu tumbuh, berbunga dan akhirnya berbuah apabila menjelang dewasa. Malangnya, ramai anak tidak diperkenalkan kepada Allah oleh ibu-bapanya. Sebaliknya, didedahkan kepada unsur-unsur yang melindungi kebesaran Allah. Seringkali, didikan, ajaran, malah lagu, filem, bahan bacaan yang didedahkan kepada anak-anak menggugat perkenalannya dengan Allah.
Akibatnya, kerinduan dan kecintaan yang sedia ada di alam roh itu tidak bersambung, bahkan tercemar. Cinta terputus di tengah jalan. Setiap manusia memiliki hanya satu hati, tidak dua, tidak tiga. Bila cinta Allah dicemari, cinta yang lain datang mengganti. Dua cinta tidak akan berkumpul di dalam satu hati. Hanya satu cinta akan bertakhta di dalam satu jiwa. Bila cinta Allah terpinggir maka terpinggir jugalah segala kebaikan dan kesuciannya. Maka yang tumbuh selepas itu ialah cinta selain Allah seiring suburnya segala kejahatan dan kekejiannya!
Bagaimanakah caranyanya membersihkan semula hati yang telah dicemari dan diracuni? Cukupkah hanya dengan ucapan dan penyesalan? Ya, usaha untuk membersihkan hati adalah usaha yang sukar. Tetapi hanya itulah satu-satunya jalan. Tidak ada jalan mudah untuk mendapat cinta itu semula. Setiap cinta menagih pengorbanan. Begitulah jua cinta Allah. Sabda Rasulullah:
“Iman itu bukanlah angan-angan, bukan pula ucapan, tetapi sesuatu yang menetap di dalam dada, lalu dibuktikan dengan perbuatan.”
Perjuangan itu pahit, kerana syurga itu manis. Kecintaan kepada Allah terlalu mahal. Bayangkan untuk mendapat cinta seorang wanita yang rupawan, jejaka yang hartawan, putera yang bangsawan, itupun sudah terlalu sukar, maka apatah lagi untuk mendapat cinta Allah zat yang Maha Agung dan Maha Sempurna itu.
Siapa tidak inginkan kecantikan, harta, nama dan kuasa? Semua itu mahal harganya. Namun semua itu tidak ada nilainya jika dibandingkan dengan cinta Allah – sumber segala kekayaan, kecantikan, kuasa dan keagungan. Cintakan gadis yang cantik, kecantikan akan luntur. Cintakan harta yang banyak, harta akan musnah atau ditinggalkan. Cinta pada kuasa, suatu hari pasti dijatuhkan atau berakhir dengan kematian.
Namun cinta Allah, adalah cinta yang hakiki, sejati dan abadi. Keindahan Pencipta (Khalik) tidak akan dapat ditandingi oleh ciptaannya (makhluk). Keagungan, kekuasaan dan kekayaan Allah akan kekal abadi selamanya. Bila kekasih di kalangan manusia sudah berpaling, maka sedarilah bahawa Allah tetap melihat dengan pandangan rahmat-Nya. Apabila kita mencintai Allah, kita hakikatnya akan memiliki segala-galanya. Inilah cinta yang tidak akan terpisah oleh kejauhan, kematian dan kemiskinan. Sebaliknya bila kita kehilangan cinta Allah, kita sebenarnya telah kehilangan segala-galanya.
Sekiranya kita telah disukai oleh seorang raja, maka anda akan turut disukai oleh pelayan-pelayannya, dikurniakan pangkat, dijamin makan-minum, bebas di bergerak di istananya dan macam-macam lagi kurniaannya. Maka begitulah sekiranya seorang yang mencintai Allah. Para malaikat akan menjaganya. Orang-orang soleh turut mendoakannya. Rezkinya akan dipenuhi dengan segala kecukupan dan keberkatan. Apa nak dihairankan? Bukankah ‘talian hayat’ kekasih-kekasih Allah ini sentiasa terhubung kepada satu kuasa yang tiada tolok bandingnya!
Hadis Qudsi:
Allah swt berfirman: “Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil.”  
(Sahih Bukhari)
Namun begitu, seperti yang ditegaskan sebelumnya, cinta Allah yang begitu agung dan suci, pasti ada tagihannya. Jalan mencintai Allah tidak semudah yang disangkakan. Sudah adat, setiap yang mahal, sukar mendapatkannya. Bandingannya seperti pasir dengan permata. Pasir, murah harganya… kerana ia boleh dicari di merata-rata. Sebaliknya, permata begitu tinggi nilainya, maka perlu menyelam ke dasar lautan untuk mendapatkannya.
Tidak ada kesukaran, tidak ada ganjaran. Begitulah jua dengan cinta Allah yang hakikatnya jauh lebih tinggi nilainya daripada intan atau permata. Justeru, pasti ada ‘harga’ atau mahar yang mahal terpaksa dibayar untuk mendapatkannya.
Untuk mendapat cinta Allah kita perlu berkorban. Cinta dan pengorbanan sudah sinonim dan tidak sekali-kali dapat dipisahkan. Kita perlu membayar harga cinta itu dengan segala yang ada pada kita – masa, tenaga, harta bahkan nyawa. Namun apa yang lebih penting bukanlah masa, tenaga atau sesuatu yang berbentuk lahiriah. Itu cuma lambang sahaja. Yang lebih penting ialah hati di sebalik pengorbanan itu.
Lihat sahaja hati yang dimiliki oleh Habil berbanding Qabil dalam pengorbanannya untuk Allah. Hati yang bersih akan mengorbankan sesuatu yang terbaik untuk Allah. Lalu kerana ketulusan hatinya, Habil mengorbankan hasil ternakannya yang terbaik untuk Allah. Manakala Qabil pula menyerahkan hasil pertanian yang kurang bermutu untuk membuktikan cintanya yang tidak seberapa. Lalu ini menjadi sebab, Allah menolak pengorbanan Qabil, sebaliknya menerima pengorbanan Habil.
Kita bagaimana? Sudahkah kita mengorbankan segala yang terbaik hasil dorongan hati yang baik? Ke manakah kita luangkan masa, usia, tenaga, harta kita yang terbaik? Untuk kebaikan yang disuruh oleh Allah atau ke arah kejahatan yang dilarang-Nya? Tepuk dada tanyalah hati, apakah ada cinta yang mendalam di dalam hati itu?
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya ALLAH tidak melihat gambaran lahir amalan kamu dan rupa kamu tapi ALLAH melihat hati kamu”.
Riwayat Muslim
Pengabdian kita kepada Tuhan adalah bukti cinta kepada-nya. Pepatah Arab mengatakan:
“Setiap orang menjadi hamba kepada apa yang dicintanya.”
Maksudnya, pengabdian adalah umpama ‘hadiah’ yang kita ingin berikan kepada Allah sebagai bukti cinta kita. Ia mesti didorong oleh hati yang bersih. Tidak dicemari riyak dan syirik. Maha suci Allah daripada dipersekutukan oleh hamba-Nya dengan sesuatu. Jika amal itu dicemari oleh kekotoran hati – riyak (syirik kecil), sifat menunjuk-nunjuk, syirik besar – mempersekutukan Allah) maka amalan itu tidak bernilai walaupun ia seluas lautan atau setinggi gunung.
Sebaliknya, jika hati seseorang itu ikhlas, amalnya yang sekecil manapun akan menjadi besar dan bernilai di sisi Allah. Insya-Allah, ‘hadiah’ itu akan diterima oleh Allah. Firman Allah:
“Barang siapa yang ingin menemui Tuhannya, hendaklah dia beramal soleh dan tidak mempersekutukan Allah dengan amalannya itu." (Al-Kahfi: 110)
Hakikatnya Allah Maha Kaya dan DIA tidak mengkehendaki apa jua manfaat daripada hamba-hamba-Nya sekalipun amalan dan kebaikan yang mereka lakukan. Maha Suci Allah daripada bersifat miskin – punya keinginan untuk mendapat manfaat daripada para hamba-Nya. Amalan dan kebaikan yang dilakukan oleh manusia bukan untuk Allah tetapi manfaat itu kembali kepada manusia semula.
Bila kita solat misalnya, solat itu manfaatnya akan dirasai oleh kita juga. Firman Allah:
“Sesungguhnya sembahyang itu akan mencegah daripada kemungkaran dan kejahatan.:" (
Al-Ankabut: 45)
Ya, solat akan menyebabkan kita terhalang daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran. Itulah manfaat solat. Itu amat berguna kepada diri manusia. Manusia yang baik akan dikasihi oleh manusia lain. Hidup yang selamat daripada kemungkaran dan kejahatan, adalah hidup yang tenang, aman dan bahagia.
Begitu juga apabila Allah menyuruh kita melakukan sesuatu atau melarang kita melakukannya, itu adalah kerana Allah ingin berikan kebaikan kepada kita bukan untuk-Nya. Inilah rasionalnya di sebalik pengharaman riba, arak, zina, pergaulan bebas, pendedahan aurat dan lain-lain. Susah atau senangnya untuk manusia bukan untuk Allah. Tegasnya, jika patuh, manfaatnya untuk manusia. Jika engkar, mudaratnya juga untuk manusia.
Namun, walau sesukar mana sekalipun kita berusaha menghampirkan diri kepada Allah, kita akan merasa mudah jika Allah sendiri memberi bantuan-Nya. Jika Allah sudah permudahkan, walaupun seberat mana sekalipun, kita akan mampu mengatasinya. Allah akan permudahkan kita dengan mengurniakan sifat sabar, istiqamah, syukur dan redha kepada-Nya. Lihatlah sejarah perjuangan para Rasul dan nabi serta sahabat-sahabat Rasulullah… kita akan tertanya-tanya mengapa mereka sanggup menderita, tersiksa bahkan terkorban nyawa untuk mendapat cinta Allah?
Renungilah betapa Sumayyah rela mengorbankan nyawanya. Begitu juga Mus’ab bin Umair, Hanzalah, Jaafar bin Abi Talib, Abdullah ibnu Rawahah… mereka semuanya telah syahid di jalan Allah. Apakah itu susah buat mereka? Mereka sangat menghayati apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah SAW:

“Jagalah Allah, nescaya engkau akan temukan DIA di hadapanmu. Kenalilah Allah ketika dalam keadaan lapang nescaya DIA akan mengenalmu dalam keadaan sempit. Ketahuilah segala sesuatu yang luput daripadamu tidak akan menimpamu dan sesuatu yang menimpamu tidak akan dapat luput darimu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu menyertai kesabaran, kelapangan itu menyertai kesempitan dan kemudahan itu menyertai kesukaran.”
Riwayat Ahmad, Hakim, Thabrani, Ibnu Sunni, Ajiri dan Dhiya’
Mereka sesungguhnya merasa bahagia dalam mengharungi penderitaan, merasa mulia dengan mengorbankan nyawa. Ini semua mudah buat mereka kerana Allah telah melembutkan hati-hati mereka. Benarlah bila hendak seribu daya, bila mahu sejuta cara. Kemahuan dan keinginan mereka itu hakikat didorong oleh Allah. Untuk itu, mintalah simpati dari Allah untuk memudahkan kita mendekatkan diri kepada-Nya.
Bagaimana memohon simpati daripada Allah? Tidak lain dengan cara berdoa kepada-Nya. Doa itu adalah senjata orang mukmin. Maksudnya, doa ialah alat atau ubat yang paling mustajab dan mujarab untuk mendapat hati yang lunak dengan Allah. Namun harus diingat, doa bukanlah usaha ‘pemberitahuan’ kehendak-kehendak kita kepada Allah ( kerana tanpa diberitahupun Allah sedia mengetahui), namun doa hakikatnya usaha ‘penyerahan’ diri kita kepada-Nya.
Orang yang berdoa ialah orang yang mengakui segala sifat kehambaannya di hadapan kekuasaan Allah. Apakah sifat-sifat kehambaan itu? Antaranya, rasa lemah, hina, jahil, miskin, berdosa, hodoh dan segala sifat-sifat kekurangan. Berdoa ertinya kita menyerah pasrah kepada Allah. Kita nafikan segala kelebihan diri. Yang kita akui hanya sifat keagungan dan kebesaran Allah. Lalu kita inginkan hanya bantuan-Nya. Kita tagihkan simpati, kasihan dan keampunan-Nya sahaja.
Hanya dengan mengaku lemah di hadapan Allah kita akan memperolehi kekuatan. Hanya dengan mengaku miskin di hadapan Allah kita akan dikayaka-Nya. Tegasnya, hanya dengan merasai segala sifat kehambaan barulah kita akan mendapat kekuatan, kemuliaan dan kelebihan dalam mengharungi hidup yang penuh cabaran ini.
Bila Allah telah hadiahkan kasih dan rindu-Nya kepada kita, kita akan merasa kebahagiaan dan ketenangan yang tiada taranya lagi. Dalam apa jua keadaan kita akan mendapat ketenagan. Susah, kita sabar. Senang, kita syukur. Kita bersalah, mudah meminta maaf. Jika orang meminta maaf, kita sedia dan rela pula memaafkan. Alangkah bahagianya punya keikhlasan hati yang sebegini?
Itulah hakikatnya syukur – pada lidah, hati dan amalan. Syukur dengan lidah, mengucapkan tahmid (pujian) kepada Allah. Syukur dengan hati, merasakan segala nikmat hakikatnya daripada Allah bukan daripada usaha atau ikhktiar diri kita. Tadbir kita tidak punya apa-apa kesan berbanding takdir Allah. Dan akhirnya syukur dengan tindakan, yakni menggunakan segala nikmat daripada Allah selaras dengan tujuan Allah mengurniakan nikmat itu.
Jika Allah berikan harta, kita gunakan ke arah kebaikan dan kebajikan. Jika diberi ilmu, kita mengajar orang lain. Diberi kuasa, kita memimpin dengan adil dan saksama! Syukur itulah tujuan utama kita dikurniakan nikmat. Ertinya, kita kembalikan nikmat kepada yang Empunya nikmat (Allah).
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed