Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

.....

.....

Monday, February 14, 2011

Kesederhanaan Rasulullah SAW (Salam Maulidur Rasul)


KEHIDUPAN Nabi Muhammad s.a.w. sangat sederhana. Pada suatu hari Baginda sedang berehat di rumahnya sambil berbaring di atas tikar yang diperbuat daripada daun-daun tamar. Tiba-tiba, seorang sahabatnya yang bernama Ibn Mas`ud datang menziarahi Baginda. Oleh kerana pada masa itu Rasulullah tidak memakai baju, maka Ibn Mas`ud melihat bekas anyaman tikar itu melekat di tubuh Baginda. Melihat keadaan yang demikian, Ibn Mas`ud bersedih dan menitiskan air mata. Beliau berkata di dalam hatinya: Tidak patut seorang kekasih Allah, seorang pemimpin negara dan seorang panglima tentera hidup dengan cara demikian.

Ibn Mas`ud pun berkata: "Ya Rasulullah, bolehkah saya membawakan tilam ke sini untuk Tuan?''
Rasulullah menjawab, "Wahai Ibn Mas`ud, apalah erti kesenangan hidup di dunia ini bagiku. "Hidup di dunia ini bagiku bagaikan seorang musafir dalam perjalanan jauh, lalu dia singgah sebentar berteduh di bawah pohon kayu yang rendang untuk berehat. Kemudian dia harus berangkat meninggalkan tempat itu untuk meneruskan perjalanan yang sangat jauh dan tidak berpenghujung.''

Dalam suatu peristiwa lain pula, ialah ketika Rasulullah menikahkan puterinya, Fatimah dengan Ali bin Abi Talib. Pada masa itu Baginda menjemput Abu Bakar, Umar dan Usamah untuk membawakan 'persiapan' Fatimah. Mereka tertanya-tanya apakah yang disiapkan oleh Rasulullah untuk puteri tercinta dan menantunya yang tersayang itu? Ternyata, Rasulullah hanya menyiapkan gandum yang telah digiling, kulit binatang yang disamak, cerek dan sebiji pinggan. Apabila mengetahui hal itu, Abu Bakar menangis.

"Ya, Rasulullah, hanya inikah persiapan untuk Fatimah?'' tanya Abu Bakar tersedu-sedan."Ini sudah cukup bagi orang yang berada di dunia,'' jawab Rasulullah menenangkannya. Kemudian Fatimah keluar dari rumah dengan memakai pakaian pengantin yang cukup bagus, tetapi mempunyai 12 tampalan! Tiada perhiasan yang berharga mahal.

Setelah bernikah, Fatimah sentiasa menggiling gandum, membaca al-Quran, mentafsirkan kitab suci dengan hatinya, dan menangis. Itulah sebahagian daripada kemuliaan diri Fatimah. Majlis pernikahan puteri Rasulullah itu memang sederhana kerana kesederhanaan adalah sebahagian kehidupan Rasulullah sendiri. Sebenarnya, Baginda mampu membuat majlis besar-besaran untuk pernikahan puterinya itu dengan meminta bantuan para sahabat yang kaya. Namun, sebagai manusia agung, `kemegahan' tidaklah bermakna kebendaan. Rasulullah ingin menunjukkan kesederhanaan dan sifat qanaah (puas hati), yang merupakan kekayaan yang hakiki.

Baginda pernah bersabda: "Kekayaan yang hakiki adalah kekayaan iman dan dicerminkan dalam sifat qanaah.'' Bersifat qanaah bererti menerima ketentuan Allah dengan sabar, dan menarik diri daripada kecintaan kepada dunia. Iman, kesederhanaan dan qanaah adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan. Seorang mukmin akan bersikap sederhana dalam hidupnya, dan kesedehanaan itu ditunjukkan daripada sifat qanaahnya.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Qanaah adalah harta yang tidak akan hilang dan simpanan yang tidak akan lenyap.''

Dari Abu Hurairah r.a katanya: "Nabi saw. bersabda yang maksudnya: "Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripadamu dan jangan melihat kepada orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu.” (Riwayat Bukhari)

Berkata Ibnu Umar r.a bahawasanya Nabi s.a.w telah bersabda : Allah telah berfirman : "Wahai anak Adam! Bukankah apa yang ada padamu itu sudah mencukupi? Mengapa masih minta kelebihan yang akan membinasakan engkau? Dengan sedikit, engkau tak pernah puas. Dan dengan banyaknya engkau tak pernah kenyang! Kalau bangun pagi, sedang engkau sihat walafiat jiwamu pun tenang dan tenteram, makan minum hari itu pun sudah tersedia, apa lagi mahu dengan dunia? Biarlah ia terlungkup!" (Riwayat Ibnu ‘Adi dan Baihaqi)

Sifat qanaah itu sangat dijunjung oleh agama. Nabi s.a.w sentiasa menganjurkan supaya kita sentiasa berqanaah dalam kehidupan, yakni sentiasa merasa puas dan cukup dengan apa yang ada saja. Apa yang telah ditentukan oleh Allah dari rezeki sehari-hari, syukur dan alhamdulillah. Tetapi usaha mestilah diteruskan. Jangan sampai kita berdukacita akan kekurangan rezeki atau penderitaan hidup, kerana itu adalah bahagian kita yang telah ditakdirkan oleh Allah Ta’ala. Segala takdir dan ketentuan dari Allah Ta’ala itu ada hikmatnya. Dia Maha Mengetahui, Maha Adil lagi Bijaksana.

Sebab itu Allah s.w.t menerusi hadith Qudsi ini menyuruh kita berfikir dua kali sebelum kita bersungut. Mungkin penambahan yang kita minta-minta itu akan menyebabkan kita menyeleweng dari jalanNya, menyebabkan kita melampaui batas dalam perintah dan laranganNya. Dengan kelebihan kurnia dariNya itu mungkin kita akan melupakan Tuhan, lalu kita melakukan perkara-perkara yang dimurkaiNya sehingga kita ditimpakan bala dan bencana. Sebab itulah, kita tidak diberikan kurnia itu, disebabkan Allah masih mengasihi kita dan memelihara kita dari penyelewengan yang dipimpin oleh hawa nafsu kita yang jahat itu.

Allah ada berfirman yang maksudnya:"...boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Selain itu, memang tabiat manusia, jika diberi sedikit sentiasa tidak pernah cukup dan puas, sentiasa meminta tambahan yang banyak. Dan bila diberi banyak pula, tidak pernah tahu berterima kasih dan bersyukur, malah terus meminta ditambah dan ditambah lagi terus menerus. Kemudian firman itu mengingatkan kita; bukankah sudah bagus, kalau kita bangun pagi dari tidor dalam keadaan sihat walafiat, badan kita baik-baik belaka, jiwa kita tenang dan tenteram, tidak ada yang mengganggu. Di samping itu, rezeki yang diberikan sudah pula tersedia dan cukup untuk hari itu. Apalagi yang hendak difikirkan tentang dunia ini! Apalagi yang hendak difikirkan tentang kemewahan dan kesenangan hari esok! Sedang hari esok belum tentu lagi datangnya. Kalau datang pun, bukankah Tuhan telah menjamin rezekinya.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang 
yang bertaubat.” (Riwayat Ahmad)

insyaALLAH..mari kita selami Surah Al-Ahzab ayat 21...moga ada hati-hati yang terkesan..=)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, February 11, 2011

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah!! ALLAHUAKBAR!!



Hosni  down!  Malaysian,  it is  now  our  turn..! Bring  the  dictator to  the  place  where  they  deserve  to  be..! Salam Mujahadah...! =)


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, February 9, 2011

Bercerita Tentang Jodoh!


Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.
Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.
Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.
“Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya,” kata seorang abang yang sangat saya hormati.
“Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?”
“Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya,” jawabnya pendek.
“Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada ruangan sosial seperti Facebook danTwitter?” gurau saya.
“Memang belum ada. Tetapi ada cara lain. Gambar dan cara-cara yang lain ada, tetapi sebenarnya ada sebab lain…”

Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan kepimpinannya sangat menawan hati. Tentu ada sebab yang solid untuk dia bersikap demikian.
“Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama sejak di sekolah rendah lagi,” jelasnya dengan tenang.
“Habis mengapa putus?”
“Kami putus kerana dia ada jalan tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta.”
Wah, ini kisah cinta yang  dramatik! Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta.

Isteri Amanah
“Itu kisah sebelumnya. Tetapi bagaimana dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?” kata saya beralih kepada maksud asal pertanyaan.
“Setelah putus, abang terus pinta guru agama carikan jodoh. Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa diganggu gugat lagi oleh emosi cinta.”
“Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru? Tidak dibenarkan?”
“Itu keputusan personal saya. Guru memberi kebebasan. Mahu melihat dulu, silakan. Tidak mahu, tidak mengapa.”
“Dan abang memilih untuk tidak melihat. Kenapa?”
“Eh, kamu masih tegar dengan soalan asal? Begini, bekas kekasih abang dulu sangat cantik. Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan. Takut-takut, bakal isteri tidak secantik kekasih lama. Jadi abang tekad, nikah terus tanpa melihat wajahnya.”
Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali, “Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan? Setelah nikah, abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga.”
Sekali lagi dia senyum. Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia memang bercakap dari hatinya.
“Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang telah kita nikahi…”
Pendek dia menjawabnya, namun terus menusuk ke hati saya. Tanpa saya pinta dia menyambung, “Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua.”


Cantik Itu Relatif dan Subjektif
“Abang tidak takut, kalau tiba-tiba wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang? Maksudnya, er… er… kita masih manusia bukan?” saya menduga hatinya.
Dia ketawa tiba-tiba.
“Ya, kita masih manusia. Tetapi kita bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya, akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya.”
“Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?”
“Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu?”
“Bukan yang cantik?” jolok saya lagi.
“Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya,” balasnya dengan yakin.
“Maksud abang?”
Dia diam. Termenung sebentar. Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjermahkan bahasa rasa.
“Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual.”
Ketika saya ingin menyampuk, dia menambah lagi, “Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami.”
“Oh, betul juga tu!” kata saya. Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya, “Sedap di mata tetapi sakit di hati…”

Wasilah Memilih Jodoh
“Bagaimana sebaik selepas berkahwin? Tak terkilan?” ujar saya dengan soalan nakal.
“Memang dari segi kecantikan, isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja.”
“Maksudnya yang dulu lebih cantik?”
“Kamu ni, fikirannya masih berkisar dan berlegar-legar di situ juga. Ingat, yang biasa-biasa akan jadi luar biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya. Itulah pengalaman abang. Hari ke hari, kecantikan isteri semakin terserlah. Entahlah, apa yang Allah ubah. Wajah itu atau hati ini?”
Wah, dia seakan berfalsafah! Kata-katanya punya maksud yang tersirat.
“Apa kaitannya dengan hati?” layan lagi. Ingin saya terus mencungkil mutiara hikmah daripadanya.
“Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!”
‘Ah, tentu dia bahagia kini!’ bisik hati saya sendiri.
“Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?”
“Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.”

Jadi Orang Baik dan Pilihan Orang Baik
“Tapi bang, ramai yang menolak kaedah kedua. Kata mereka, mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh sendiri kepada ibu bapa, guru atau individu-individu lain sekalipun mereka orang yang baik-baik.”
“Tak mengapa. Kalau begitu, cuna cara pertama, jadilah orang yang baik.”
“Itu susah bang. Bukan mudah hendak menjadi orang yang baik. Ia satu proses yang panjang dan sukar menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum.”
Abang tersenyum lantas berkata, “Kamu menyoal bagi pihak orang lain bukan?”
Saya diam. Dalam senyap saya akui, inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana.
“Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!”
Wah, kedengaran berbelit-belit ayatnya, namun jika diamati ada kebenarannya.
“Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik bukan?”
“Kerana mereka bukan orang baik,” jawabnya pendek.
“Bukan, bukan begitu. Bolehkah terjadi orang baik menolak pilihan orang yang baik?”
“Ya, tidak mengapa. Tetapi mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah s.a.w.”
“Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?”
“Kita boleh melihat persoalan ini dari dua dimensi. Pertama, mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak pilihan ibu bapa yang baik. Hikmahnya, Allah tidak mengizinkan orang yang baik menjadi pasangan orang yang tidak baik. Bukankah Allah telah berjanji, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya?”
Saya terdiam. Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.

Jodoh Urusan Allah
“Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya. Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya. Ya, itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat.”
“Bagaimana pula jika anak itu baik, dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik, tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai. Apa maknanya?” tanya saya inginkan penjelasan muktamad.
“Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan ‘orang baik’ lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!”
Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh ayahnya Sayidina Umar tetapi ditolak. Akhir Hafsah bernikah dengan Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang yang baik!
“Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah.”
“Apa hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?”
“Eh, abang bukan pakar hikmah! Tetapi mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjah dan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi.”
“Hikmah untuk kita?”
“Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya  pasangan kita bermasalah… bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah.”
Tok, tok, tok. Tiba-tiba pintu bilik tulis saya diketuk. Wajah watak “abang bayangan” saya pergi tiba-tiba. Tersedar saya daripada lamunan yang panjang. Wajah isteri terserlah di sebalik pintu. Sebalik melihatnya terdetak dalam hati sendiri, apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya?
Ah, hati dilanda bimbang mengingatkan makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu: “Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!”
P/S
Nota hati: Pulang dari Kelantan hujung minggu lalu dengan badan yang sarat dengan keletihan. Namun hati dan fikiran sarat dengan iktibar dan pengajaran.
Berlegar di sekitar kuliah Hari Jumaat di bandar KB, mendengar. merasa dan melihat. Yang indah, bukan tanahnya, tetapi manusia yang menegakkan hukum Allah di atasnya.
Mungkin sesuatu yang kelihatan sederhana pada pandangan mata, tetapi sangat cantik bila dipandang dengan mata hati. Begitulah rasa hati… semoga kita semua kembali kepada Ilahi, kerana di sana ada keindahan yang hakiki dan abadi.
Berfikir tentang jodoh anak-anak, adalah satu cabaran yang dipenuhi pelbagai misteri. Ia sukar ditebak dan diduga. Namun, pesan saya cuma satu… untuk anak sendiri dan anak-anak di luar sana, ikutlah syariat, pasti selamat. Islam itu sejahtera. Tidak ada kebahagiaan tanpanya.
Ya, kesalahan dan kesilapan boleh berlaku -  ada ampun, maaf dan taubat di situ. Namun mukmin sebenar tidak akan jatuh dalam lubang yang sama dua kali. Cukup hanya sekali… pertama, kerana kejahilan. Maka belajarlah. Kalau kedua, itu kerana kedegilan. Hubaya-hubaya, kekadang harga yang ditagih untuk ‘membetulkannya’ terlalu pedih dan menyakitkan.
Belajarlah melakukan yang benar dan betul buat pertama kali. Itu yang terbaik. Tetapi jika tidak, cubalah membetulkannya buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Jangan jemu untuk cuba melakukan yang terbaik, kerana kata bijak pandai: Kebaikan itu perlu dimulakan berkali-kali!

http://genta-rasa.com/2011/02/09/bercerita-tentang-jodoh/

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, February 7, 2011

Wahai orang-orang yang beriman!



“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada ALLAH dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali ALLAH (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat ALLAH kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu ALLAH menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat ALLAH itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu ALLAH selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah ALLAH menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.”


(Ali-Imran:102-103)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Yakin! ALLAH di Sisi!


Iman itu indah,
andai kau menghiasinya dengan taqwa dan taat..

Islam itu indah,
andai kau tahu bagaimana untuk menghormatinya,
dan menuruti segala perintah-Nya serta meninggalkan larangan-Nya..

Teman itu mulia,
jika dia mengetuai perjalanan kita menuju kepada-Nya dengan benar..

Wanita itu cantik,
andai akhlaknya mulia, mempunyai peribadi yang tinggi,
menjaga maruahnya dan suci hatinya daripada noda..

Jika satu hari kau rasa kau akan terjatuh,
ingatlah bahawa ALLAH ada disebelahmu,
dan sentiasa memberikan kau semangat untuk terus dan terus bangun..
Jika satu hari kau rasa kau akan gagal,
ingatlah bahawa kegagalan itu adalah satu ujian.

Jika satu hari kau rasa kau tidak akan lulus ujian Tuhan ini,
janganlah kau berputus asa,
ujian Tuhan memanglah berat,
tetapi hasilnya adalah untukmu,
dan tiada lain, hanya untukmu,
kau akan mendapat darjat yang tinggi disisi-Nya..

Jika satu hari kau rasa kau tidak punya teman untuk mendengarkan masalahmu,
ingatlah bahawa ALLAH itu Maha Mendengar,
ceritakanlah segala apa yang kau mahu,
Dia pasti mendengar rintihan hatimu
dan membantumu dalam apa jua bentuk bantuan..

Jika satu hari kau rasa bosan dengan hidup,
bacalah Al Quran, hayatilah maksud disebaliknya,
sesungguhnya umat sebelummu,
lebih dasyat hidup mereka dari kehidupanmu...

Jika satu hari kau sudah bertaubat,
tetapi kau dicela, difitnah, aibmu diceritakan di mana mana,
dan memburuk-burukkan mu,
sabarlah.. tenanglah..

Kerana ALLAH Maha Mengetahui dan Maha Memahami..
endahkan mereka kerana mulut manusia tidak boleh ditutup..
biarkan mereka mengambil alih dosamu..
dan kau ambillah pahala mereka seperti yang dijanjikan...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, February 4, 2011

Duhai Syabab!




Ya hayyun ya Qoyyum!
dimanakah syabab yang gagah berani..?
menebar suaranya..
melantunkan kebenaran..
bahawa..
umat ini sedang di gubuk derita!
penghancuran jiwa di mana-mana..
umat ini di racun otaknya..
di ambil haknya..
di carik-carik kehormatannya..


ya Hayyun ya Qoyyum!
di sana..
jauh di pendalaman yang tak terjangkau pandangan..
jauh di pendalaman yang tiada kemewahan..
saudara-saudaraku..
aqidahnya di goyah..
aqidahnya di gadai..
demi sebutir beras..
demi sebungkus mee..
demi setin susu..
demi wang..
lalu di manakah syabab yang mengaku pejuang??

ya Hayyun ya Qoyyum!
sedang apakah para syabab ini..?
tidak sedarkah mereka tanggungjawab yang dibebankan oleh-Mu?

hanya segelintir dari mereka..
berjuang menggunakan pena..
berjuang mengangkat senjata..
berjuang dengan lisannya..
berjuang dengan hartanya..
itu hanya segelintir..
tidak sampai separuh dari syabab ini yang prihatin!

Oh alangkah enaknya..
tidur di permaidani yang empuk..
beralaskan jalinan benang dari tangan-tangan mereka yang tidak mengenal Islam..

Oh alangkah enaknya..
menikmati kemudahan teknologi..
yang dibuat dari tangan-tangan mereka yang membenci Islam..

Oh alangkah enaknya..
menikmati makanan-makanan segera KPC, McD, Pizza dan Cola-cola..
yang hasilnya buat melenyapkan umat ini!

Oh alangkah enaknya..
enaknya semua kenikmatan yang ada..
nikmat yang perlahan-lahan menutupi mata hati kita..

ya Hayyun ya Qoyyum!
apakah para syabab ini menunggu di hancurkan..?
menjadikan penderitaan dan kekalahan ini sebagai tontonan..?

ya Hayyun ya Qoyyum!
biarkanlah mereka terleka, lena dan alpa..
namun..
bangkitkan mereka yang siaga..
masukkanlah mereka yang tidak sampai setengah dari hamba-Mu ini..
yang mahu berjuang dan terbuang..
ke dalam golongan yang menjadi sebahagian dari janji-Mu..
mereka yang berjuang dengan hati, lisan dan tangannya..
demi izzah deen-Mu yang mulia..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, February 3, 2011

Menjadi Pemuda Pemudi Islam yg Unggul!


Matlamat utama persiapan pemuda pemudi Islam hari ini ialah untuk melaksanakan matlamat tercapainya qawamah(penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia. Ini memerlukan para pemuda pemudi Islam bagi memindahkan pimpinan umat dari tangan jahilliyah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam. 

Menurut
as-Syeikh Fathi Yakan, pada hakikatnya usia muda seorang pemuda pemudi ialah:-

1) Usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi 

2) Usia yang mengalir darah yang gemuruh

3) Usia yang tinggi idealisme yang luas 

4) Usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula 

5) Usia yang menabur jasa, memberi kesan dan emosional. 


Menurut
Syeikh Yusuf Al-Qardawi pula, tanda-tanda pemuda pemudi Islam yang unggul itu adalah suatu generasi yang mempunyai sifat-sifat yang dinyatakan dengan jelas bagi sesiapa yang membaca al-Quran atau mempelajari sunnah Nabawiyyah. Di antara sifat-sifat unik generasi ini adalah:-

1) Generasi yang percaya kepada realiti dan ilmu 

2) Generasi amal dan membina jama'iy 

3) Generasi rabbani dan ikhlas 

4) Generasi yang bernasabkan Islam 

5) Generasi da'awah dan jihad 

6) Generasi dagang dan hidup bersama orang ramai 

7) Generasi gagah dan agung 

8) Generasi seimbang dan sederhana


Manakala menurut
Syeikh Mohammad Ahmad ar-Rasyid, terdapat beberapa kesilapan dan fitnah kehidupan yang perlu diberi perhatian wajar oleh para pemuda pemudi Islam. Ini adalah kerana kita sentiasa terdedah kepada pelbagai tekanan luaran dan peristiwa yang mempengaruhi secara beransur-ansur keatas iman terhadap amal dan da'awah. Pengaruh luar ini ada dalam pelbagai bentuk yakni ada yang mengugat aqidahnya, akhlaknya, keluarganya dan sebagainya. Di antara pengaruh-pengaruh ini adalah:

1) Gerakan dan propaganda yang menyebarkan keraguan dan salah faham terhadap Islam dan keunggulannya 

2) Fitnah rakan sebaya yang jahat dan persekitaran yang tidak sihat 

3) Fitnah harta dan keluasan rezeki yang melimpah ruah 

4) Fitnah ijazah dan pangkat 

5)Fitnah wanita, isteri dan anak-anak


Beberapa
langkah bagi meningkatkan kecemerlangan pemuda pemudi Islam bagi mencapai qawamah (penguasaan) Islam terhadap diri, keluarga, masyarakat dan dunia ialah:-

1) Kenalpasti tahap kemampuan ada yang sebenar 

2) Beri tumpuan kepada kekuatan-kekuatan ada 

3) Tanamkan rasa percaya kepada diri sendiri 

4) Sediakan diri anda untuk menjadi orang yang terbaik 

5) Ambil pelajaran daripada kesilapan yang telah anda lakukan 

6) Belajar menerima teguran yang membina dan hiraukan kritikan y
ang remeh 

7) Perakui kejayaan anda 

8) Tetap merendah diri 

9) Terus memperluaskan pengetahuan dan pemikiran ada 

10) Bersyukur kepada Allah di atas apa yang diberikanNya
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Malu!


Hadith Pertama

Daripada Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:

“Malu itu adalah sebahagian daripada iman.” [Muttafaqun alayh]

Hadith Kedua

Daripada Ibnu Masud r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya antara perkara yang orang ramai telah pelajari daripada para Nabi yang terdulu ialah: Apabila engkau tidak malu, maka buatlah apa yg kamu suka.” [Riwayat Bukhariy]

Hadith Ketiga

Daripada Ibnu Mas’ud, ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang malu kepada Allah dengan sebenar-benarnya, maka ia akan menjaga kepalanya beserta isinya, menjaga perut dan kandungannya serta selalu mengingati maut dan kebinasaan. Sesiapa yang menginginkan akhirat, maka ia meninggalkan kemewahan dunia. Sesiapa yang melakukan ini, maka ia telah malu kepada ALLAH dengan sebenar-benarnya.” [Riwayat al-Hakim]

  • *      Malulah untuk buat kejahatan, kerana ianya tidak memberi sebarang pahala.
  • *      Malulah untuk buat kemungkaran, kerana ianya hanya mendatangkan dosa.
  • *      Malulah untuk menderhakai kedua ibu bapa, kerana tanpa mereka siapalah kita.
  • *      Malulah untuk mengherdik golongan yang tua dan muda, kerana Nabi tidak mengaku sebagai umat pada golongan ini.
  • *      Malulah untuk menyakiti orang lain, kerana mereka mempunyai hati dan perasaan.
  • *      Malulah untuk tinggalkan solat, kerana ianya merupakan perintah daripada Tuhan yang telah menciptakan kita.
  • *      Malulah untuk membuka aurat, kerana aurat adalah maruah dan perhiasan yang paling berharga bagi manusia.
  • *      Malulah untuk melihat perkara maksiat, kerana ianya merupakan antara panahan syaitan.
  • *      Malulah untuk mendengar perkara lalai, kerana lalai merupakan sifat yang dibenci ALLAH.
  • *      Malulah untuk bercakap perkara yang buruk, kerana segala percakapan kita akan direkod oleh malaikat.
  • *      Malulah untuk bersikap buruk dalam setiap perkara yang kita lakukan, nescaya kamu akan dapat manfaatnya.


Benarlah kata Rasulullah SAW: “apabila seseorang itu tidak ada sifat malu, semua perkara baginya adalah boleh, boleh dan boleh.”


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed