Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com

.....

.....

Wednesday, January 5, 2011

Ketenangan Hanya Pada-NYA..

Dan tinggalkanlah dosa yang nampak dan yang tersembunyi. Sesungguhnya orang yang mengerjakan dosa, kelak akan diberi pembalasan (pada hari kiamat), disebabkan apa yang mereka telah kerjakan.”
(Surah Al-An’aam: 120)

Jodoh, ajal, maut rezeki semuanya telah pun tertulis di Luh Mahfuz. Kita mengimpikan hari esok yang indah namun, belum pasti kita sempat mengecapinya. Mati itu pasti. Setiap yang bernyawa itu akan merasakan mati. Kematian yang bagaimanakah akan kita hadapi?

Terlalu banyak dosa-dosa yang telah dilakukan sepanjang hidup ini. Seseorang dipandang baik belum tentu dijamin masuk syurga dan sebaliknya kerana pandangan manusia mungkin meleset dan bersifat luaran sahaja.

Penilaian ALLAH bersifat holistik dan adil. Seseorang itu akan dibalas dengan setiap apa yg dikerjakan. Segala apa yang ada di dalam hati manusia tidak terhijab dari pandangan ALLAH. Manusia boleh berlakon baik di depan ribuan manusia , namun tidak kepada ALLAH.

Jagalah hati ini, agar tiada dosa yang akan kita lakukan secara tersembunyi ataupun secara terang-terangan. Bisikan syaitan itu terlalu halus sehingga kadang-kadang diri yang lemah ini tertewas.

Marilah kita perbanyakkanlah zikir dan tilawah serta mentadabbur al-Quran. Kerana dari situ kita memperoleh ketenangan di samping menyedarkan diri dengan segala kesilapan yang dilakukan.

Dan tidak ada suatu pun yang akan dikecualikan daripada perhitungan di padang Mahsyar kelak. Jika kita memandang padang mahsyar itu masih jauh daripada kita cuba kita fikirkan tentang kematian.

Kematian itu semakin menghampiri. Sedar atau tidak bertambahnya umur kita bermakna bertambah hampirlah kita dengan detik kematian kita..

Amatilah ayat-ayat ini agar kita lebih mengerti….

“. Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat kedustaan terhadap ALLAH  atau yang berkata:


“Telah diwahyukan kepada saya”, padahal tidak ada diwahyukan sesuatupun kepadanya, dan orang yang berkata:


“Saya akan menurunkan seperti apa yang diturunkan ALLAH.” Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim berada dalam tekanan sakratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya, (sambil berkata): “Keluarkanlah nyawamu” .Di hari ini kamu dibalas dengan siksa yang sangat menghinakan, kerana kamu selalu mengatakan terhadap ALLAH (perkataan) yang tidak benar dan (kerana) kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya.
(al-An’aam:93)

Akhir kalam,insyaALLAH  sama-samalah kita amalkan doa ini seusai kita menunaikan solat..

“Rabbana, zolamna anfusana, waillam taghfirlana, watarhamna, lanakunanna minal khosirin”

- “Wahai Tuhan Kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri! dan jika kamu tidak mengampuni kami dan merahmati kami, jadilah kami di kalangan orang-orang yang rugi!”

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, January 2, 2011

Jom Refresh Balik..

Makna bacaan2 dalam solat


Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha Suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagi-Nya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagi-Nya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk
Maha Suci Tuhan-ku Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memuji-Nya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkau-lah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha Suci Tuhan-ku yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapa pun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, January 1, 2011

10 Wasiat Imam Syafie...

Sebelum Imam Syafie kembali ke rahmatullah, Beliau sempat berwasiat kepada muridnya dan UMAT ISLAM amnya..Berikut adalah kandungan wasiat tersebut..:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat,maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara berikut..."

1- Hak kepada diri.
     Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2- Hak kepada Malaikat maut.
     Mengqada kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH.

3- Hak Kepada Kubur
     Membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajud dan membantu orang yang dizalimi.

4- Hak kepada munkar nankir
    Tidak berdusta, sentiasa berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5-Hak Kepada Mizan(neraca timbangan amal pada hari akhirat)
    Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6-Hak kepada Sirat(Neraca timbangan amal pada hari akhirat)
   Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7-Hak kepada Malik(penjaga Neraka)
    Menangis lantaran takutkan ALLAH  s.w.t., berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperbaiki akhlak.

8. Hak kepada Ridhwan (Malaikat penjaga syurga)
   Berasa redha dengan Qada' ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9-hak kepada Nabi Muhammad S.A.W
    Berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan ALLAH.

10-Hak kepada ALLAH  s.w.t
 Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

10 Wasiat Imam As-Syahid Hassan al-Banna...

Sekadar mahu berkongsi mahupun me'refresh' kembali kotak minda yang kian berdebu;

*       Apabila mendengar azan, segeralah mendirikan solat walau dalam keadaan apa sekali pun.

*       Bacalah al-Qur'an, tatapilah buku-buku, pergilah mendengar perkara-perkara yang baik, amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.

*       Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu, adalah satu-satunya syiar Islam.

*       Janganlah banyak bertengkar kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan kebaikan.

*       Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

*       Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

*       Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring adalah resmi yang sia-sia dan boleh menyakiti hati orang.

*       Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan mengecam sesebuah; dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

*       Berkenal-kenalanlah dengan setiap Ikhwan Muslimin yang ditemui walaupun dia tidak meminta saudara berkenalan dengannya… asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

*       Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada; oleh itu tolonglah saudaramu agar mereka dapat menggunakan masa dengan berfaedah; dan jika anda mempunyai tugas sendiri, ringkaskanlah pelaksanaannya.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

5 Maksiat yg ALLAH Segerakan Pembalasannya..

Dari Ibnu Omar r.a bekata: berhadapan Rasulullah S.A.W kepada kami(pada suatu hari) kemudian beliau bersabda:"Wahai kaum Muhajirin,lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya(kalau kamu telah mengerjakannya) maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan ALLAH S.W.T semoga kamu tidak menemui masa itu.



1.Tiada terzahir(nampak) penzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus-terang melakukannya kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha"un yang cepat merebak dalam kalangan mereka.Mereka juga akan ditimpa penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang lalu.


2.Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman dalam kalangan pemimpin mereka.


3.Dan tiada menahan mereka dari zakat harta benda kecuali ditahan dari mereka air hujan dilangit.Jikalau tiada binatang(yang juga terus hidup diatas muka bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh ALLAH S.W.T.


4.Dan tiada mereka akan mungkir janji ALLAHdan rasul-Nya kecuali ALLAH akan menguasakan keatas mereka musuh mereka,maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada ditangan mereka.


5.Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum A LLAH yang terkandung dalam Al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan,maka (disaat itu) ALLAH akan menjadikan peperangan dalam kalangan mereka sendiri.

(hadis riwayat Ibnu Majah)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jangan, Jangan dan Jangan..(Jangan banyak tanya)

*    Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini ALLAH tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

*    Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.


*    Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

*    Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.


*    Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

*    Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


*    Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

*    Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.


*    Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

*    Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.


*    Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

*    Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita, hilang bahagia.


*    Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

*    Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.


*    Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

*    Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.


*    Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

*    Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

*    Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih Tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaan-Nya.

*    Jangan...jangan..jangan!! Tiada alasan lagi untuk kita ingkar akan suruhan-Nya...Jangan biarkan hidayah-Nya hilang dalam hidup kita...

~~~Muhasabah bersama dan Salam Mujahadah...!! ~~~

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sekadar Hamba atau Merasai 'title' itu?




Apa bezanya antara manusia yang mengetahui dirinya hamba dan manusia yang merasai dirinya hamba? Manusia pertama sekadar tahu, dan manusia kedua pula bahkan merasa dirinya hamba. Tentu besar bezanya bukan? Marilah kita semua mengajak diri kita merenung sejenak, sekadar 5 minit daripada 1440 minit masa harian kita.

Manusia yang mengetahui dirinya hamba

Boleh dikatakan, semua orang yang mengaku islam mengtahui dirinya hamba. Sebagai contoh, apabila kita menderma kepada mana-mana agensi agama dan kebajikan, nama sang pemberi ditulis sebagai ‘hamba Allah’. Begitu juga di masjid-masjid, apabila ada kehilangan barang, pengumuman pastinya berbunyi ‘kepada mana-mana hamba Allah yang kehilangan ….. sila berjumpa tuan imam utnuk menuntutnya kembali’ .begitulah lebih kurang. Saya juga kadangkala apabila ingin menyembunyikan ‘identiti’saya, saya sekadar mengaku sebagai Abdulllah (hamba Allah dalam bahasa Arab). Oleh itu, bolehlah saya menyatakan bahawa semua orang mengetahui perkara ini.

Tetapi persoalannya, mengapa masih banyak maksiat yang terang, nyata lagi bersuluh sengaja dilakukan oleh kita si hamba Allah ini? Adakah hamba yang sebenar kan melanggar arahan dan suruhan Tuannya sesuka hati, namun apabila ditanya, dia menjawab dia adalah hamba Tuannya itu. Pelik bukan? Sebagai contoh, seseorang amah a.k.a pembantu rumah, tidak selayaknya digelar amah jika segala arahan majikannya a.k.a tuan rumah dilanggar sewenang-wenangnya. Disuruh memasak, dia menonton TV, disuruh membasuh kain, dia membaca komik, disuruh menjaga anak, dia terajang anak, dan apabila cukup bulan , gaji sentiasa mahu. Jika begini gelagat pembantu rumah, tak hairanlah ada yang di’ajar’. Pasti syarikat yang membawa amah jenis ini cepat gulung tikar.Tentu saja tuanya tidak muhu mengaku yang amah itu, ialah amahnya, Manakan tidak? disuruh , ingkar .Sekadar mengaku tidak cukup.

 Apa agaknya perasaan kita jika Allah tidak mengaku kita ini adalah hamba-NYA? pasti sedih tak sudah, kita hanya ada SATU TUHAN dan Allah-lah Tuhan kita itu. Tiadalah dua baginya.Nauzubillah min zaalik.

Tetapi, semua amah sepatutnya bukan sekadar tahu dia adalah aman tuannya, tetapi juga merasai dirinya adalah amah tuannya. dengan itu, barulah dia dapat bekerja dengan lebih tekun dan amanah. Bukan sahaja mendapat gaji, bahkan disenangi oleh tuannya.

Manusia yang merasai dirinya hamba

Apabila manusia merasai dirinya adalah hamba Allah, dia akan merasai perasaan memiliki dan dimiliki. Apa yang dimiliki? Amanah.Siapa pula yang memiliki dirinya? Allah tentunya. Maka dengan perasaan ini, akan timbul sifat IHSAN. Apakah itu sifat IHSAN?

“IHSAN ialah kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya dan jika tidak dapat melihat-Nya yakinlah bahawa Dia melihatmu”
(Riwayat al-Bukhari)

Bukan mudah untuk berasa sebegini. Perasaan ini memerlukan kita untuk merasai dan mengetahui tujuan asal kita kesini, dan ke mana kita seterusnya. Saya tidak bercadang untuk memberatkan fikiran dengan perkara-perkara ‘tasawuf’ seperti ini, tetapi ingatlah, Awal agama ialah mengenal Allah. Dan soalan seterusnya ialah, adakah kita berusaha untuk mengenal Allah, Tuan kita?

Jika jawapannya ya, maka teruskanlah wahai saudara, semoga Allah mengizinkan untuk kita mengenali-NYA (Makrifatullah)  . Dan jika jawapannya tidak, beristighfarlah, kembalilah, mari ke sini semula, selagi mana matahari tidak terbit daripada Barat dan nyawamu tidak sampai di kerongkongmu, masih ada harapan untuk bertaubat kembali. Semua orang adalah pendosa, maka sebaik-baik pendosa ialah mereka yang selalu bertaubat.

Pilihlah yang mana satu.

Adakah anda memilih untuk sekadar tahu kita semua adalah hamba Allah? , Atau merasai kita adalah hamba Allah? Saya akan memilih yang kedua, dan saya akan berusaha untuk merasai diri saya adalah hamba Allah. Marilah kita bersama-sama berusaha, bukannya banyak, sekadar berusaha untuk MERASAI DIRI KITA ADALAH HAMBA ALLAH Manusia yang mengetahui dirinya hamba..smoga ALLAH redha..


http://khalifah1412h.blogspot.com/2010/12/sekadar-untuk-menjadi-seorang-hamba.html
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Nukilan Seorang Da'ie Penggemar Facebook..

  Dengan nama Allah swt yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,,,,


Wahai tuhanku lapangkanlah dadaku,,,
Permudahkanlah segala urusanku,,,
Lepaskanlah segala simpulan yang berada di lidahku,,,
Agar mereka faham kata-kataku,,,

Andai patah sayap rajawali, bertongkat jua ana ..ana kemari, bukan kerana ingin mencari populariti, tapi ingin membawa kita semua agar bersama kita menghayati serta menyelurusi yang akan kita bawakan pada kali ini..

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera  ana ucapkan..

Tidak dinafikan bahawa Facebook semakin menjadi kegilaan ramai pada zaman ini hatta kanak-kanak pada umur 8 tahun pun sudah mempunyai Facebook.
Namun sedarkah kah kalian bahawa zaman kini tidak mengira kaum dan bangsa semuanya semakin menggemari laman social tersebut. Untuk itu, di sini ana melampirkan sebuah situasi yang membawa diri anda merasakan jiwa penulis yang juga seorang daei dan juga penggemar Facebook.

1.       PANDANGAN PERTAMA

Aku seorang pemimpin bagi sebuah badan dakwah di institusi aku dan juga boleh dikatakan setiap kali para penuntut mempunyai masalah berkaitan agama dan sebagainya sememangnya mereka akan menghadap padaku. Oleh sebab itu aku amat disegani kerana ilmu agama yang ada padaku. sehinggalah pada suatu hari, temanku memperkenalkan padaku laman social yang dipanggil Facebook. Pada mulanya aku menolak kerana laman itu seolah-olah akan melalaikan aku dan akan menjatuhkan tsiqah aku pada pandangan penuntut di institute yang aku duduki tambahan pula aku memgang jawatan besar dalam badan dakwah. Namun secara tiba-tiba hati syaitanku membisik, “ apalah kau ni, dalam Facebook begitu ramai orang berikhtilat tau, kau pun kenalah join jugak untuk menghalang puak-puak ni,” aku hanya menurut kata hatiku itu dan terus meminta tolong rakanku untuk membuat satu akaun Facebook untukku.

2.       DATING

Baru sebulan aku membuat akaun Facebook ku dan seramai beratus-ratus friend yang aku telah ‘confirm’ kan, “rupanya ramai jugak peminat aku,” bisik hati ujubku. Hinggalah pada suatu hari aku mengenali seorang muslimat yang ‘add’ aku. Pada mulanya aku tidak menghiraukan muslimat tersebut biarpun dia selalu menghantar mesej islamik melalui Facebook ku kerana waktu itu aku masih menyedari jawatan apa yang aku sandang dan aku runsing perangai ku ini akan menjadi contoh kepada anak-anak buahku kelak. Sehinggalah pada suatu hari, si dia menghantar mesej,,,

"Assalamualaikum,,,maaf lah jika mesej ana ni menganggu enta,,tapi ana sebenarnya hanyalah seorang insan yang hina yang memerlukan bimbingan bagi menyelusuri jalan hidup yang penuh dugaan ini,,,n ana merasakan hanya enta yang boleh membimbing ana kearah jalan yang betul,,,,asif sekali lagi coz selama ni ana mengganggu enta,,,,ni no fon ana 014-xxxxxxx,,,,wallahualam."

Aku termenung sejenak apabila membaca mesej tersebut. “aku kena tolong dia ni, sebagai seorang daie aku tak boleh menolak pertolongan dia walau dia seorang muslimat,” bisik hatiku dan bermula ketika itu lah aku mula dating di hadapan laptopku dengan Facebook dengan si dia tanpa menyedari syaitan sedaqng ketawa terbahak-bahak di belakangku.

3.       KETAGIHAN YANG BERTERUSAN DAN LUASNYA HAMPARAN KE PINTU ZINA

Aku semakin lali dengan Facebook tambahan lagi dengan kehadiran si dia dalam hidupku, aku mengagumi sikapnya yang amat menjaga auratnya dalam Facebook namun dia tanpa segan silu menghantar gambarnya padaku apabila aku meminta daripadanya dan kami saling bertukar-tukar gambar tanpa menghiraukan lagi dosa pahala, ukhwahfillah lah katakan. Rakan ku juga hanya tersenyum melihat aku bila aku sedang asyik melayari Facebook sambil tersenyum-senyum sendirian, “ haa baru kau tau betapa nikmatnya main facebook,” katanya padaku. Aku hanya mengangguk dan asyik melayan muslimatku yang telahpun married denganku melalui Facebook tanpa akad nikah, wali mahupun mas kahwin. Pernah satu ketika aku melayari Facebook bermula pada pukul 9.00 malam hingga 3.00 pagi, akibatnya aku bersolat subuh pada pukul 8.15 pagi keesokannya. Qiamullail yang dulunya aku dirikan juga telah lama aku tinggalkan dek kerana Facebook.

4.       SAYONARA DAKWAH

Aku semakin hanyut dengan Facebook hinggakan
      ::: Jawatan yang kusandang kulepaskan
      ::: Mad’uku telah ku tinggalkan
      :::  Ibadah sebagai amalanku  telahku sengaja lalaikan
      :::  Al-Quran sebagai perlembagaanku aku permainkan
      :::  Selawat ke atas Nabi Muhammad saw ku lupakan
     :::  Tsiqah juga ku hindarkan dari kamus hidupku

Semua ini terus berlanjutan tanpa kusedari dan aku terus lalai dan lalai.

*tatkala nafsu menguasai diri, peranan sebagai seorang daei dilepaskan hanya di hujung jari sahaja. Hebatnya Yahudi.


p/s..inilah hakikatnya..apa kata anda?anda rasa anda mampu menafikannya?jika mampu,tahniah...jika tidak,mari sama2 kita dduk dan muhasabah diri kita...bercakap melalui pengalaman..ye,saye juga pernah jadi seorg penggemar fb..dan kesannya, ia benar2 merosakkan..masih belum terlmbat utk kite muhasabah diri..alhamdulillah,saye dah cube..skarang,giliran anda pulak..smoga ALLAH bantu permudahkan..insyaALLAH,moga ia menjadi satu mujahadah dalam mnentang kerosakan pada diri..salam mujahadah..!! =)





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Mukmin dan Kafir...


Pada zaman dahulu ada seorang mukmin dan seorang kafir, kedua-dua mereka pergi menjala ikan. Si kafir mengangkat jala dengan menyebut nama berhalanya lalu dia mendapat banyak ikan manakala si mukmin mengangkat jala dengan menyebut nama Allah, tetapi tidak mendapat satu ikan pun. Orang mukmin itu pun menjala sehingga waktu maghrib maka dia pun dapatlah seekor ikan, tapi malangnya ikan itu telah jatuh kembali ke dalam sungai. Maka kembalilah orang mukmin tanpa mendapat apa-apa ikan dan si kafir pula mendapat banyak ikan.

Melihat hal yang demikian, maka malaikat yang menjaga orang mukmin itu pun sangat kesal dan apabila malaikat itu naik ke langit maka Allah menunjukkan kepada malaikat tersebut tempat yang disediakan oleh Allah untuk oraang mukmin itu, iaitu syurga. Sehingga malaikat itu berkata, “Tidak bererti apa-apa pun penderitaan di dunia ini, apabila dia mendapat tempat di syurga”. Allah juga menunjukkan tempat orang kafir kepada malaikat itu, dan berkatalah malaikat, “Demi Allah tidak berguna apa yang didapatinya di dunia pada hal tempat kembalinya adalah neraka jahanam”.

Pada hari Kiamat Allah tetap akan menolak empat alasan atas empat sebab:

Menolak alasan orang yang kaya jika orang kaya itu berkata, “Kekayaan itu telah menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat melakukan amal ibadat”. Maka Allah akan berkata, “Kekayaan kamu itu tidak sampai dengan kekayaan Nabi Sulaiman, tapi Nabi Sulaiman tidak lalai dari melakukan ibadat”.

Apabila hamba sahaya berkata, “Oleh kerana aku hamba sahaya, maka aku tidak bebas, oleh itu aku tidak dapat beribadat kepadamu”. Lalu Allah berfirman, “Nabi Yusof juga pernah menjadi hamba sahaya, tapi tidak pula dia lalai dari melakukan ibadah”.

Apabila orang miskin berkata, “Kemiskinan inilah yang menyebabkan kami lalai dari beribadat kepadaMu”. Lalu Allah berfirman, “Kamu tidaklah semiskin Nabi Isa tapi Nabi Isa tidak pula lalai dari beribadat kepadaKu”.

Apabila orang yang sakit memberikan alasan dengan mengatakan, “Penyakit itulah yang telah menghalang aku dari beribadat kepadaMu”. Maka Allah berfirman, “Penyakitmu itu tidaklah seteruk seperti penyakit yang dihidapi oleh Nabi Ayub dan penyakit itu tidak menghalangnya dari beribadat kepadaKu”.

Sehinggakan tiada orang lagi dapat memberikan alasan kepada Allah kelak di hari Kiamat.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed