Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com

.....

.....

Sunday, August 29, 2010

Wahai Gadis...!!!


Wahai gadis telah berkali-kali di peringatkan bahawa teman lelaki atau kekasih anda tidak punya apa-apa hak ke atas dirimu. Sayangnya tidak ramai yang mengerti atau berpura-pura tidak mengerti. Padahal perkara ini senang di fahami. Sememangnya seronok berdua-duaan di buai ...nafsu.

 Tanyalah pada semua pengantin alangkah indahnya kalau fajar tidak menyinsing pada malam pengantin... Sesuatu yang tidak mungkin.Kekasihmu masih belum lagi menjadi suami yang sah. Simpanlah dirimu buat suamimu yang sah di masa depan. 

Jangan tertipu dengan janji manis dari lidah yang tak bertulang yang bijak mengatur kata-kata indah. Pun begitu ramai yang tertipu atau merelakan diri di tipu lagi dan lagi.Mungkin kerana ingin menguji diri sendiri atau merasa diri tidak mudah ditipu – lantas pengalaman orang lain tidak di jadikan iktibar.

 Walhal kita membaca akhbar, majalah, mendengar radio atau menonton filem berulang-ulang menceritakan perangai insan. Pelik sungguh perangai insan sering merelakan diri ke jurang kehinaan walaupun berpendidikan tinggi semata tewas melawan nafsu sendiri.Hujungnya, kebiasaannya kita melihat kekasih akan menghilangkan diri setelah mendapat apa yang terlalu berharga darimu. Sedihya tidak ramai yang menghargai harga dirimu sendiri. Tinggallah heroin seorang diri merintih sayu ditinggalkan hero. Mungkin diri di serahkan pula kepada kekasih lain yang bakal hinggap. Usia bertambah, pohon semakin luntur...,

 CINTA LEPAS KAWIN LAGI INDAH....!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kawan...??


Satu petang saya diaju soalan ini oleh seorang sahabat saya.

"Boleh ke lelaki dan perempuan berkawan?"

Terkejut juga apabila disoal dan diminta pandangan tentang ini (sebab saya mana pandai). Tapi jawab jugalah (sebab dia minta pendapat bukan jawapan). Justeru, ini pandangan saya, seorang insan yang masih belum mengerti banyak perkara.

Pertamanya, saya suka kalau tahu maksud kawan itu sendiri. Di bawah adalah jawapan/respon dari beberapa orang 'kawan' saya.

Apakah maksud 'kawan'?

Dr.Syafaah : Kawan tu kawan la.

Cikgu Dina : Apa-apalah.

Hayati : Seseorang yg sentiasa di hati..sentiasa disebut dalam doanya, sentiasa mengharap yang terbaik untuk teman, dan yang membuat kita tersenyum di bibir serta di hati...

Izzati : Salam. Pada pandangan saya, kawan itu ialah insan yang hadir dalam hidup seseorang tu. Yang mana adakala seseorang tu sedar atau tak, ada insan dalam hidup dia. Bagi saya, kawan ini lebih kepada seseorang yang gemar membantu dalam susah senang, terima kelebihan dan kekurangan kawan, dan sentiasa betulkan dan tegur kesalahannnya. Tapi kadang-kadang yang banyak membantu ada yang tak tau menjaga hati kawannya dan ada jugak yang bertopeng.

Sakinah : Mengikut kamus Sakeenah, kawan bermaksud sesiapa yang kita kenal dan dia kenal kita selain keluarga.

Afifah : Kawan tu up sikit la dari kenalan. Kita kenal orang tu, orang tu pun kenal kita dan kita buat sesuatu bersama dengannya. Contoh, kalau kita belajar sama-sama dengannya dalam kelas, kita panggil kawan sekelas. Kalau kita main sama-sama dengannya, kita panggil kawan sepermainan.

Yang sebenarnya...

Yang sebenarnya, tafsiran-tafsiran tentang maksud kawan ini tidaklah begitu penting. Tak kisahlah apa pun gelaran yang diberikan sama ada kenalan, kawan, teman, sahabat atau sodiq/sodiqah sekalipun, itu bukan satu masalah. Yang menjadi masalah ialah apa yang diisi dalam persahabatan atau 'perkawanan' itu (antara lelaki dan perempuan ajnabi). Sama juga macam bercouple, pada saya bercouple itu tak salah, yang salah ialah apa yang diisi dalam per'couple'an itu. Bergayut di telefon, mesej tak habis-habis, keluar shopping sama-sama, pegang-pegang sentuh-sentuh, mestilah salah sebab kamu berdua tu belum berkahwin!

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang amat jahat" (al-Israk(17) : 32)

Bagi memendekkan pandangan saya;

Cuba kira, berapa ramai kapel-kapel sekarang ni yang mulanya hanya kawan?
Berapa ramai kapel-kapel yang dah terlanjur (zina dan sebagainya) bermula sebagai kawan? Banyak kan?
Oleh itu tidaklah melampau kalau saya katakan 'berkawan' antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram juga menghampiri zina (kalau tidak menjaga batasnya).

Cukuplah berkawan sekadar perlu. Cukuplah bercakap atau mesej sekadar menyampaikan sesuatu seperti khabarkan homework atau assignment yang perlu dibuat (kalau memang tugas anda untuk mengkhabarkannya - ketua kelas, class represantative).

Tak perlulah nak kongsi-kongsi masalah, tak perlu caring-caring sangat....'Kawan' anda ada teman sejantinanya untuk berkongsi segala perkara. Jangan bagi peluang kepada syaitan untuk mencucuk jarumnya.

Kembali kepada niat...

"Saya ikhlas nak berkawan dengan kamu," kata seorang pemuda kepada seorang pemudi.

Betul ke? Sangat diragui...

Maksud Hadith: dari Abu Umamah r.h katanya: "Seseorang lelaki telah datang menemui Rasulullah s.a.w dan berkata, "Bagaimanakah pendapatmu mengenai seorang yang keluar di jalan Allah SWT semata-mata kerana mencari upah dan supaya terkenal, Apakah yang diperolehi oleh orang itu?" Rasulullah s.a.w bersabda: "Dia tidak mendapat apa-apa." Rasulullah s.a.w. mengulanginya hingga tiga kali dan kemudian berkata: "Sesungguhnya Allah SWT AzzawaJalla tidak akan menerima amalan melainkan yang dilakukan dengan ikhlas, semata-mata untuk mencari (kesukaan) keredhaanNya" ( HR An-Nasai.)

Adakah pemuda ini nak berkawan dengan pemudi ini kerana hendak mencari redha Allah? Fikirlah sendiri...fikir juga apa agaknya akan terjadi kalau si pemudi itu setuju untuk berkawan dengan si pemuda yang tidak dikenalinya (hanya kenal melalui telefon)...

Ada sesetengah orang katanya boleh 'berkawan untuk berdakwah'. Al-kisah, Boy ingin mendalami Islam, maka Boy pun minta bantuan Girl (berpendidikan agama yang baik) yang dikenali untuk mengajarnya (melalui mesej-mesej, tazkirah dan sebagainya)... Ada orang kata baik, boleh sebab nak dakwah, boleh didik Boy jadi baik. TETAPI....
Bukankah lebih baik Girl ini mencari seorang kenalan/kawan yang diyakini agamanya (kawan sekelas contohnya atau ustaz-ustaz) dan sejantina dengan Boy ini untuk membantunya mendalami Islam?

Niat memang baik, tapi caranya belum tentu..Kalau ada cara yang lebih baik, kenapa tidak dipilih cara yang lebih baik itu?

Kesimpulan saya, seelok-eloknya jauhilah perhubungan anatara lelaki dan perempuan (melainkan apabila perlu sahaja). Perkara yang perlu pun harus dijaga (bersangkutan persatuan, kelas, urus niaga atau sebagainya), tak perlu ada hehe.. huhu.. haha.. dalam mesej-mesej anda kepada kawan/kenalan anda yang berlainan jantina.

Ini sekadar pandangan saya. Terpulang kepada anda untuk menilainya bagaimana.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

5 Maksiat Yg Disegerakan Pembalasannya..

Bencilah kita pada maksiat!
Dari Ibnu Omar r.a bekata: berhadapan Rasulullah S.A.W kepada kami(pada suatu hari) kemudian beliau bersabda:"Wahai kaum Muhajirin,lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya(kalau kamu telah mengerjakannya) maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah S.W.T semoga kamu tidak menemui masa itu.


1.Tiada terzahir(nampak) penzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus-terang melakukannya kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha"un yang cepat merebak dalam kalangan mereka.Mereka juga akan ditimpa penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang lalu.


2.Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman dalam kalangan pemimpin meeka.


3.Dan tiada menahan mereka dari zakat harta benda kecuali ditahan dari mereka air hujan dilangit.Jikalau tiada binatang(yang juga terus hidup diatas muka bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah S.W.T.


4.Dan tiada mereka akan mungkir janji Allah dan rasulNya kecuali Allah akan menguasakan keatas mereka musuh mereka,maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada ditangan mereka.


5.Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melakanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan,maka (disaat itu) Allah akan menjadikan peperangan dalam kalangan mereka sendiri.

(hadis riwayat Ibnu Majah)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, August 23, 2010

Da' wah dan Islah

Its the only way!
Dengan nama Allah s.w.t Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ditujukan khas buat Rasulullah s.a.w, ahli-ahli keluarga dan para sahabat seperjuangan Baginda.

Definasi Dakwah Dan Islah:
Dakwah adalah bermakna 'panggilan' atau 'jemputan'; di mana ia bermaksud menjemput non-Muslim kepada Islam dan juga bermaksud mengajak Muslim memahami dan mengamalkan Islam yang sebenar. Secara dasarnya, dakwah ialah sebagai menjemput orang yang masih belum mempercayai atau menerima Islam sama ada non-Muslim atau Muslim supaya terbuka hati untuk menerima agama Islam.


‘Islah’ secara literalnya bermaksud 'membaikpulih' atau 'meningkatkan'. Dalam konteks Islam, ia merujuk kepada usaha untuk membaiki atau memperbetulkan amalan dan masalah dalaman umat Islam.



Perbezaan antara Dakwah dan Islah:

Dakwah di dalam bahasa Arab sebenarnya memberi maksud satu jemputan, dan jemputan ini hanyalah merujuk kepada 'orang luar'. Malah di dalam terminologi Islam, Dakwah Islamiah bermakna jemputan kepada Islam. Maka apabila kita bercakap mengenai Islam kepada non-Muslim dengan tujuan menjemputnya menganut agama Islam, ia disebut sebagai Dakwah.

Ramai yang menyangka apabila kita bercakap mengenai Islam kepada sesama Muslim, ia dipanggil sebagai Dakwah, dan mereka menggunakan istilah ini bagi kedua-dua jenis usaha (kepada Muslim dan non-Muslim). Sedangkan secara asasnya, apabila kita bercakap mengenai Islam sesama Muslim untuk tujuan mendekati atau mendalami Islam, istilah yang lebih sesuai digunakan adalah Islah.


Apakah yang menghalang kita untuk berdakwah?


ALASAN PERTAMA: Saya rasa, saya belum cukup ilmu lagi

Ini adalah salah satu daripada alasan yang paling utama diberikan untuk tidak melakukan Dakwah.
Nabi (saw) telah bersabda:
“Sampaikan (ajaranku) kepada yang lain walaupun hanya satu ayat”
(Sahih Bukhari, Vol.4, Hadis 667)


Pada waktu dahulu, keadaan adalah berbeza. Kemudahan untuk menerima maklumat (ilmu) adalah sukar. Manusia ketika itu tidak mempunyai media, malah buku-buku mengenai Islam masih belum wujud. Tetapi kini, keadaan amatlah berbeza di mana kemudahan menerima maklumat (ilmu) telah menjadi amat mudah. Buku-buku ilmiah mengenai Islam telah ditulis oleh Muslim dengan begitu banyak. Malah banyak website tentang Islam boleh ditemui. Juga banyak video/vcd mengenai Islam boleh diperolehi.
Maka, setiap Muslim pada zaman ini sekurang-kurangnya telahpun ketahui satu ayat (mengenai Islam), dan kita boleh meningkatkan keberkesanan (usaha Dakwah) dengan berusaha menguasai satu tajuk tertentu sebagai langkah permulaan (dalam berdakwah). Sebagai contohnya tajuk “Adakah Isa itu Tuhan?” atau “Nabi Muhammad (saw) di dalam Bible” atau ajaran agama-agama lain atau apa-apa tajuk lain bergantung kepada siapa orang yang hendak kita Dakwahkan. Jika kita berminat, ia bukanlah satu masalah besar. Bahan-bahan untuk tujuan Dakwah boleh diperoleh dalam website ini. (Insya-Allah, itulah yang akan cuba saya usahakan=).



ALASAN KEDUA: Diri saya sendiri pun masih teruk, jadi bagaimana saya nak Dakwah kepada orang lain?
Sememangnya, ini adalah satu kenyataan yang benar-benar ikhlas. Ia menunjukkan betapa Muslim itu secara umumnya adalah seorang yang amat suka merendah diri (macam saya, I guess so..Tp,tak bagus merendah diri dalam hal ini.). Ada baik dan buruknya sikap merendah diri bergantung pada situasi. Kita memang wajib merendahkan diri pada Allah s.w.t. Tetapi dalam hal berdakwah ini, jangan kita jadikan sikap merendah diri ini untuk tidak berdakwah.

Kepada para Muslim yang merasakan dirinya belum cukup sempurna, sedarilah bahawa usaha Dakwah akan membantu kita menjadi pengamal Islam yang lebih baik. Setiap kali kita berkongsi sesuatu maklumat dengan orang lain (yang didakwah), dalam masa yang sama kita akan cuba memastikan juga peningkatan dalam amalan kita sendiri. Kita sudah tentu tidak mahu menjadi seperti "ketam mengajar anaknya berjalan betul".


ALASAN KETIGA: Saya khuatir, dakwah saya tidak akan berkesan.


Seperti yang telah dinyatakan, tugas kita bukanlah untuk menukarkan agama seseorang. Tugas kita hanyalah menyampaikan peringatan Allah s.w.t. Hanya Allah s.w.t yang memberikan petunjuk dan hidayah. Al-Quran ada menyatakan :

“Oleh itu berikanlah sahaja peringatan, kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan. Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka.”
(Al-Quran Surah ke-88:21-22)

Pada hari pembalasan nanti, Allah s.w.t tidak akan bertanya sama ada kita berjaya mengislamkan mereka atau tidak. Sebaliknya Allah s.w.t akan menyoal kita sama ada kita telah menyampaikan peringatan atau tidak.


ALASAN KEEMPAT: Apabila kita melakukan dakwah, orang bukan islam menyatakan “ jaga urusan kamu sendiri”

Ini adalah alasan biasa yang diberikan oleh muslim. Jawapannya ialah, menjadi urusan setiap muslim untuk mengingatkan orang lain tentang kebenaran. Dakwah adalah menjadi tugas yang wajib bagi setiap muslim. Oleh itu, apabila ada yang berkata “ jaga urusan kamu sendiri” dia adalah betul, itu adalah apa yang kita sedang lakukan. Kita sedang menjaga urusan kita sendiri iaitu berdakwah.


ALASAN KELIMA: The person gets hurt if I do Dawah, it affects the friendship, and I do not want to hurt anybody. Orang akan sakit hati jika saya berdakwah. Ini hanya akan memberi kesan kepada hubungan persahabatan. Saya tidak mahu menyakiti sesiapa.

The Question arises, does it hurt you when you see your friend or anyone doing blasphemy? Don’t you realize that these people are going to hell? Kita patut simpati pada mereka kerana, kebanyakan mereka tidak mengetahui kebenaran..percayalah.. Boleh jadi mereka tidak mengetahui.. Malahan, percayakah sahabat-sahabat semua jika saya katakan bahawa mereka tidak dapat menjelaskan "Trinity" secara jelas dalam agama mereka.

Persoalan yang timbul, adakah ianya menyakitkan kita apabila kita lihat kawan kita atau sesiapa melakukan kekufuran? Adakah kita sedar bahawa mereka akan ke neraka?
Doesn’t it hurt you when they say that God has a son?


Tidakkah ianya menyakitkan kita apabila mereka memberikan perjanjian yang salah dengan Allah s.w.t?
Al- Quran menyatakan bahawa jika gunung-ganang mempunyai perasaan yang sama seperti sahabat-sahabat dan saya sendiri, nescaya gunung-ganang akan runtuh ranap, bumi pula nyaris terbelah dan langit nyaris-nyaris pecah lantaran anggapan mereka bahawa Tuhan mempunyai anak.

Tambahan lagi, adalah menjadi salah tanggapan apabila kita bahawa berfikir melakukan dakwah akan memutuskan hubungan persahabatan. Apa yang penting, kita mestilah mengambil pendekatan yang betul. Jika kita memulakan dengan persenda agama mereka, itu boleh menyebabkan perselisihan, tapi jika memulakan dengan pendekatan lemah lembut, Insya-Allah kita tidak akan menyakiti hati sesiapa dan hubungan kita dengan Allah s.w.t itu lebih penting daripada hubungan kita dengan kawan bukan Islam. Sememangnya menjadi tanggungjawab kita untuk membetulkan salah tanggapan mereka terhadap Islam dan menerangkan gambaran yang sebenar tentang Islam. It all depends upon how strong your Eeman (faith) is.

Dan..janganlah terburu-buru... Sedikit-sedikit, tetapi kerap...Tenang... InsyaALLAH...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Aurat

Aurat wanita semasa solat ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Hal ini disepakati fuqaha’ berdasarkan dalil-dalil berikut;

Allah berkata,

وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا
dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.
An-Nur 24:31



Maksud ‘kecuali yang zahir’ dalam ayat ini sebagaimana yang ditafsirkan Ibnu Abbas r.a. ialah wajah dan dua tapak tangan wanita.

Aisyah melaporkan,

أَنَّ أَسْمَاءَ بِنْتَ أَبِي بَكْرٍ دَخَلَتْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهَا ثِيَابٌ رِقَاقٌ فَأَعْرَضَ عَنْهَا رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ يَا أَسْمَاءُ إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتْ الْمَحِيضَ لَمْ تَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلَّا هَذَا وَهَذَا وَأَشَارَ إِلَى وَجْهِهِ وَكَفَّيْهِ
Asma’ bint Abu Bakr telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.”

Hadis direkodkan olah Abu Dawud.



Hadis di atas menunjukkan bahawa kaki termasuk aurat tatkala Nabi s.a.w mengecualikan hanya wajah dan tangan.

Dalil lain yang menunjukkan dua kaki adalah aurat ialah hadis yang dilaporkan oleh Ummu Salamah. Dia pernah bertanya Rasulullah s.a.w ,

Apakah seorang wanita boleh menunaikan solat di dalam pakaian labuh dan tudungnya jika dia tidak mempunyai sarung? Nabi s.a.w menjawab,


إِذَا كَانَ الدِّرْعُ سَابِغًا يُغَطِّي ظُهُورَ قَدَمَيْهَا
“Asal pakaian labuh (jubah) itu sempurna dan menutupi zahir kedua kakinya.”

Hadis direkodkan oleh Abu Dawud.



Abu Dawud menyatakan sesetengah perawi hadis ini tidak menyebut ia daripada Rasulullah s.a.w tetapi dari Ummu Salamah sendiri.

Jika ia lafaz Ummu Salamah sekalipun, ia tetap menjadi dalil yang kuat memandangkan Ummu Salamah adalah isteri Rasulullah s.a.w. Sudah tentu Ummu Salamah mengamalkan perkara yang telah diketahui benar dari Rasulullah s.a.w itu sendiri.

Abu Dawud dan Al-Tirmizhi merekodkan hadis daripada Aisyah r.a yang mengatakan, bahawa Rasulullah s.a.w berkata,

لَا يَقْبَلُ اللَّهُ صَلَاةَ حَائِضٍ إِلَّا بِخِمَارٍ
“Allah tidak menerima solat wanita yang telah haid kecuali dengan mengenakan tudung”.



Hadis ini menunjukkan wanita yang telah baligh wajib menutup seluruh kepalanya ketika mahu solat.

Imam Tirmizi mengulas hadis ini di dalam Jami’nya (kitab karya beliau), “Apabila wanita yang telah baligh dan mukallaf melakukan solat dan ada bahagian rambutnya terdedah, maka solatnya dianggap tidak sah”.

Berdasarkan rasional yang telah dikemukakan, adalah jelas aurat wanita ketika solat ialah seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Fuqaha’ sepakat menyatakan demikian kecuali kaki, ada fuqaha’ yang mengatakan ia dimaafkan jika terbuka.

Rasional pendapat yang mengatakan kaki bukan aurat ialah,

“Menutup dua kaki semasa solat adalah disunatkan (digalakkan) serta bukan kewajipan yang tiada tawaran (rukhsah). Ini adalah kerana dua kaki bukan aurat yang wajib ditutup. Takwilan seperti ini dikuatkan oleh sebab adanya keperluan wanita membuka kedua kaki jika wanita berjalan. Sekiranya mereka menutup kaki, maka keadaan itu akan menyusahkan. Disamping itu, sesungguhnya kaki wanita bukan merupakan daya tarik bagi lelaki ketika dia melihat kakinya, tidak seperti ketika melihat wajahnya. Kalau wajah sahaja bukan aurat, walhal ia lebih banyak menjadi daya penarik lelaki, maka apatah lagi kaki. Justeru itu, kaki bukanlah aurat wanita”.



Secara peribadi, saya melihat hujjah yang mengatakan kaki bukan aurat agak lemah dibandingkan dengan hadis-hadis yang telah dinyatakan di atas. Hujjah yang digunakan lebih kepada lojik akal. Sedangkan lojik akal bila bertembung dengan nas, maka nas perlu diutamakan.

Berapa banyak perkara agama yang tidak boleh disandarkan kepada lojik akal semata-mata disebabkan terbatasnya akal manusia untuk berfikir. Alasan sukar berjalan jika menutup kaki tidak boleh lagi dipakai pada zaman sekarang. Lebih-lebih lagi di zaman teknologi moden semakin berkembang, wanita masih boleh memakai stokin yang pelbagai fesyen sekarang.

Saya pernah membaca kisah seorang wanita yang meremehkan menutup kaki semasa menunaikan haji. Banyaklah rungutannya akibat terpaksa memakai stokin, lebih-lebih lagi ketika stokinnya basah terkena air. Akibatnya dia ditimpa bala oleh Allah swt. Setelah sedar punca bala tersebut, wanita itu bersungguh-sungguh menjaga aurat kakinya.

 insyaALLAH,kita sudah cukup matang untuk memikirkan baik buruk sesuatu perkara...halal haram sesuatu perkara...Jadi pilihlah untuk tetap memelihara aurat kaki. Biar stokin dibasahi air asalkan diri tidak dibasahi dosa.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Apakah Ciri-Ciri Wanita Syurga?


1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.

7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.

15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sifat Sabar...Subhanallah..


Pejuang hidup kerana berjuang.

Penat berjalan melalui rutin dan hidup hari demi hari. Terasa sakit dan pening kepala memikirkan semua benda yang perlu dilangsaikan. Itu hanya sakit lahiriah, bukan pada batinnya pula! Memikirkan diri sendiri dan ummah lebih membimbangkan. Apakah kesudahan.

Hah. Begitulah hidup kita dalam dunia ini. Allah sering sapa diri kita dengan ujian. Tidak dinamakan seseorang itu hamba Allah jika tidak menerima ujian yang Allah berikan. Dan tidak dapat dikatakan seseorang itu beriman jika tiada sifat sabar. Dan tiadalah dikatakan seseorang itu SABAR jika tiada dugaan yang akan menguji kesabarannya.

Kadang-kadang, kita cepat sangat untuk mengeluh dan merasa lelah atas semua apa yang telah menimpa dan apa yang telah kita lakukan. Lambat laun, keluhan yang keluar dari bibir dan penat yang dituturkan akan membuahkan sifat malas dan rasa putus asa dalam diri seseorang.



Ujian Allah = Kasih Sayang-Nya



Dalam menempuh hidup disertai dengan ujian daripada Allah, perlu kita ingat, ujian dan dugaan itu adalah tarbiah Allah. Cuba ingat kembali apakah hikmah selepas ujian Allah itu, adakah kita merasa lebih tenang dalam kesenangan? Atau merasa lebih susah dalam kesusahan? Saya yakin deh! Kita semua boleh berfikir dan renung sejenak, disetiap ujian yang Allah turunkan, ada kebaikan akhirnya. Cuma, mahu tidak mahu sahaja untuk kita berfikir.

Ujian yang Allah berikan itu datang daripada pelbagai arah. Sama ada kita dipermainkan, dihina, dimaki dan dikhianati oleh hamba Allah yang kita kasihi, cintai, sayangi dan yang kita kenali, juga suatu penyakit yang Allah turunkan. Itu semua adalah kasih sayang Allah.

Allah sebenarnya ingin mengajar kita untuk lebih tabah dan tetap teguh dengan pendirian kita yang kita pegang. Allah ingin memberitahu kita banyak sangat perkara yang boleh membuat kita mendapat tiket untuk ke syurga-Nya.

Apabila ujian datang menimpa, kadangkala, kita terasa ujian yang Allah berikan itu datangnya seperti hujan, tidak henti-henti sudahnya. Dan juga, kadangkala terasa seperti diri kita sahaja yang Allah berikan ujian seperti itu.

Kita sering terlupa, bahawa setiap manusia telah dan akan Allah uji dengan cara yang lain. Kita terlupa, bahawa ada hamba Allah yang lain yang lebih teruk dan hebat ujian diri mereka. Begitulah sifat kita sebagai manusia. Seringkali terlupa. Rasanya ungkapan Tun Mahathir yang berbunyi 'Melayu Mudah Lupa' patut digantikan dengan ungkapan 'Hamba Allah Mudah Lupa'.

Hamba Allah Mudah Lupa



Sabar : Orang-orang Yang Hebat

Seringkali, apabila kita teruji dan mungkin menangis menumpang adu kepada sahabat, ungkapan SABAR seringkali kedengaran dan menunjukkan bahawa kekuatan sabar itu adalah KUAT. Ada orang yang sudah lali dengan perkataan sabar yang diungkapkan oleh orang lain.. Ada orang akan mendapat semangat daripada perkataan sabar yang disebut oleh orang lain.

Dan bagi diri saya sendiri, apabila saya memujuk diri saya untuk bersabar, seakan-akan ada suatu semangat yang sukar untuk saya gambarkan. Begitu juga apabila sahabat-sahabat yang lain memberikan sedikit semangat untuk diri saya.

Perlu kita renung sejenak dan tanam dalam hati. Sifat SABAR itu adalah salah satu sifat yang paling tertinggi di sisi Allah. Bukan semua orang boleh bersabar dengan dugaan yang dihadapi, boleh bertenang sambil tersenyum dalam menjalani kehidupan hari demi hari. Tiada sifat seorang muslim yang paling tinggi di sisi Allah melainkan sifat sabar. Sabar adalah kekuatan. Ia tidak mengira keturunan atau darjat yang ada pada diri seseorang itu.

Pesanan buat diri saya sendiri. Saya seringkali memujuk diri. Saya yakin dengan janji Allah.

Allah tetap akan memandang hamba-hamba yang sabar itu lebih dari segalanya. Allah akan tetap memandang dengan pandangan yang penuh kasih sayang melalui pandangan rahmat-Nya. Malah, para malaikat juga akan turut mendoakan hamba yang sabar, Insyaallah.

Percaya dan yakinlah dengan Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan menimpakan sesuatu cubaan kepada kita melainkan kita mampu untuk menanggungnya. Allah tidak zalim untuk menyeksa kita dengan ujian yang Allah memang tahu kita tidak mampu untuk memikul ujian itu. Cuba renungkan kembali, atas dasar apa kita dilahirkan ke dunia dan apa niat kita di atas muka bumi ini.

Dengan sifat yang sabar, kita boleh menjadi seperti seteguhnya karang yang ada di laut. Tidak akan goyah walau dihempas badai yang melanda. Kita tetap akan menjadi lemah-lembut sepertimana rumput akur dengan belaian angin, tetapi kita tidak akan luruh dan tumbang akibat ditampar dengan ribut taufan yang sengaja datang untuk menyapa kekuatan SABAR yang kita ada.

Apabila sebarang musibah datang melanda, cepat-cepat bersuci dan menghadap Tuan Punya Dunia. Mengadulah, menangislah. Memang sifat kita lemah apabila berada di hadapan-Nya. Pujuk jugalah hatimu untuk melunturkan ego agar dirimu lembut untuk menitiskan airmata dihadapan-Nya. Ingatlah wahai diriku, secubit ujian yang Allah berikan, bergumpal-gumpal pahala sebagai ganjaran Allah kepada hamba-Nya. Syaratnya adalah dengan BERSABAR.



Kita Semua Adalah Pejuang

Kita semua adalah askar! Kita semua adalah pejuang! Dan seorang pejuang itu ada perjuangan yang wajib untuk dia selesaikan hingga ke akhir hayat. Hamba Allah, perjuangan kita sebagai hamba Allah adalah untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi sepertimana perjuangan Rasulullah s.a.w dahulu. Dan dengan perjuangan inilah kita akan mendapat keredhaan Allah.

Ingatlah, dalam barisan perjuangan kita ini memerlukan semangat yang tinggi, pengorbanan yang banyak. Semua itu tidak akan dapat kita selesaikan seandainya kita tiada sifat sabar dalam diri. Maka dengan itu, suburkanlah sifat sabar dalam jiwa.

Buangkan sejauh-jauhnya sifat amarah, jauhilah dendam jika dikhianat orang, dan maafkanlah kesalahan orang walaupun perbuatan itu sesuatu yang tidak dapat kita lupakan. Sesungguhnya, Allah juga sangat kasih kepada hamba yang pemurah dengan memaafkan kesalahan orang lain.





Pejuang Hidup Kerana Berjuang!

Seorang pejuang tetap wajib tegar di jalan perjuangan. Seorang pejuang tidak boleh berputus asa dengan perjalanan hidup yang masih panjang walaupun umur kita hanya Tuan Punya Dunia. Apabila seorang pejuang itu rebah kerana berputus asa, bermakna kita memberi peluang kepada iblis dan syaitan untuk bersorak kegembiraan kerana ada anak Adam yang lemah padahal syurga telah Allah janjikan bagi mereka yang penyabar.

Rebah seorang pejuang itu, memang keinginan syaitan laknatullah. Ketahuilah wahai diriku, seisi alam ini, haiwan-haiwan, tumbuh-tumbuhan dan para malaikat turut mendoakan kesejahteraan manusia yang baik-baik, yang tetap teguh seperti seteguh karang di jalan perjuangan ini.

Moga qalam ini dapat membuat diri saya berfikir kerana ku menulisnya untuk peringatan diriku sendiri. Aku perlu untuk tetap berdiri di jalan yang penuh duri yang berbisa. Aku perlu. Aku wajib! Kerana, aku hanya mendambakan redha Allah. Dan untuk mendapatkan redha Allah, aku perlu bersabar seiring melalui rintangan perjuangan yang tidak terduga.

Aku sayang Allah~ Aku sayang Rasulullah~

Semoga Allah merahmati.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Apa Perasaan Mereka..?

RENUNG-RENUNGKANLAH...

BAYANGKAN PERASAAN IBU BAPA KITA JIKA...

seorang polis datang ke rumah, lalu dia berkata
"mak cik dan pak cik diminta ke balai. anak pak cik kene tangkap kerana menjual dadah or bla bla bla...."

BAYANGKAN PERASAAN IBU BAPA KITA KALAU...

pihak jabatan agama islam telefon,
"makcik pakcik, anak makcik kena tangkap @$#&% or bla bla bla..."

BAGAIMANA PERASAAN IBU BAPA KITA SEANDAINYA...

org kampung datang menyerang ke rumah sambil membawa perkakasan( ala-ala samseng)
"woi!!! tak reti jaga anak ke? abis semua barang kami di kebas or bla bla bla..."

BAYANGKAN PERASAAN IBU BAPA KITA SEANDAINYA...

pihak hospital menelefon mereka,
"kami tak dapat selamatkan anak makcik pakcik. dia mati ditempat kejadian(khas buat pulan yg merempit)

tetapi BAYANGKAN JIKA...

pihak sekolah/university dtg/telefon...
TAHNIAH! anak makcik pakcik merupakan pelajar trbaik.

BAYANGKAN PERASAAN MEREKA....

Ketika kita pulang dan membawa segulung ijazah. sambil berlari mendakap mereka....mak kakak(saya anak sulung perempuan ye, hehe) mumtaz(cemerlang).

BAYANGKAN PERASAAN MEREKA...

"ish x 1000....anak sapa la tu kan? dah la pandai, cantik, berbudi bahasa berjaya pulak tu"
"tu hah, anak si pulan dan pulanah...sejuk perut si pulanah tu kan melahirkan ank mcm tu"

BAYANGKANLAH KAWAN-KAWAN. APA YANG IBU BAPA KITA RASA...

kerana jika anda bernasib baik, anda akan merasa perasaan ini juga suatu hari nnti.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jenis Dosa- Dosa Besar

Mengikut imam Azzahabiyy dalam kitabnya "Al-Kabaair" beliau menghimpunkan jenis dosa-dosa besar sebanyak 70 perkara seperti berikut:

01 - Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan
02 - Bersaksi palsu
03 - Berjudi

04 - Bersumpah palsu dan bohong
05 - Berbohong
06 - Bergambar di baju (bila sembahyang)
07 - Perempuan pelacur
08 - Berbuat buruk terhadap yang lemah
09 - Berdebat dan memusuhi
10 - Bersifat dayus
11 - Bercakap kasar dengan orang tua
12 - Dusta nama Allah dan rasulnya
13 - Derhaka pada suami
14 - Derhaka pada hamba Allah, anggap baik dirinya
15 - Hakim derhaka
16 - Homosek (seagama/sejenis)
17 - Mengurangi timbangan
18 - Lari seorang hamba dari tuannya
19 - Lelaki menyerupai wanita
20 - Lari dari medan perang di jalan Allah
21 - Membunuh manusia
22 - Membunuh diri sendiri
23 - Mengamalkan sihir
24 - Meninggalkan sembahyang lima waktu
25 - Meninggalkan sembahyang jumaat
26 - Menderhaka kepada kedua ibu bapa
27 - Memutuskan hubungan silaturrahim
28 - Melakukan zina
29 - Makan harta anak yatim secara tidak betul
30 - Makan dari kekayaan haram
31 - Memberi dan menerima rasuah
32 - Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong
33 - Makan riba
34 - Minum arak 

35 - Mencuri
36 - Merompak
37 - Melakukan kezaliman
38 - Melakukan pengkhianatan
39 - Menyebut-nyebut pemberian
40 - Mengingkari janji
41 - Memfitnah
42 - Mengutuk orang islam
43 - Merasa aman dari kemurkaan Allah
44 - Menipu harta rampasan
45 - Melampaui batas
46 - Menuduh zina terhadap orang baik
47 - Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)
48 - Mempercayai nujum dan sihir
49 - Menjadi bapa sanggup
50 - Mencari kesalahan orang lain
51 - Menganggu orang lain
52 - Menganggu tetangga
53 - Menyakiti dan memaki orang islam
54 - Mengintip dan membuka rahsia orang
55 - Mencaci sahabat Nabi
56 - Mengurangi wasiat
57 - Mengingkari takdir
58 - Putus asa dari rahmat Allah
59 - Penipuan dan kezaliman terhadap rakyat
60 - Riak dan mempamerkan diri
61 - Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain
62 - Sombong serta angkuh
63 - Sembelih untuk selain Allah
64 - Tidak mengeluarkan zakat
65 - Tidak berpuasa di bulan ramadhan
66 - Tidak mengerjakan haji jikalau mampu
67 - Tidak istinjak selepas kencing
68 - Tidak mendengar cakap ibu bapa
69 - Tipu daya
70 - Wanita menyerupai lelaki

wallahua'lam....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wasiat Baginda SAW

Dalam satu wasiat Nabi Muhammad s.a.w. kepada Ibnu Umar (Abdullah) r.a. berbunyi: "Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang musafir atau pun sebagai pengembara".

"Huraiannya:
Hadis ini menganjurkan kepada kita supaya sentiasa mengingatkan mati dan mengurangkan cinta keterlaluan terhadap dunia yang fana ini.

Ibnu Umar pernah berkata: Jika anda masih hidup pada waktu pagi, jangan tunggu hingga ke petang dan jika anda masih hidup pada waktu petang, jangan tunggu hinga ke pagi, sediakan dirimu pada masa hidup untuk bekalan waktu mati, dan pada masa sihat untuk bekalan waktu sakit.

Justeru, wasiat Nabi di atas sentiasa mengingatkan kita betapa kita bagaikan musafir yang sedang berlalu sementara di dunia ini, maka apakah persiapan bekalan yang telah kita buat bagi menghadapi Allah SWT pada hari yang penuh dengan persoalan di padang Mahsyar?

Kita tidak akan hidup kekal dan lama di dunia, oleh itu, jangan sekali-kali kita melakukan kejahatan. Jika kejahatan yang dilakukan boleh menyebabkan kita tidak mati, maka lakukanlah, tetapi kejahatan yang kita buat semasa hidup di dunia, kesemuanya akan ditayangkan semula di hadapan Allah oleh para jururakam di kalangan para Malaikat, walaupun kita telah melupakannya, tetapi Allah sekali-kali tidak demikian.

Mereka yang telah pun meninggal dunia dan mendapat seksa kubur, meraung-raung minta pertolongan daripada orang yang masih hidup, terutamanya ahli keluarga terdekat, apakan daya, kita tidak mendengarnya, maka yang dibawa oleh seseorang dalam alam kubur bersamanya ialah amalannya semasa hidup di dunia satu ketika dahulu, maka fikir-fikirlah. ..


Manusia hari ini enggan bercakap tentang mati.

Ia terjadi kerana manusia pada hari ini tidak berapa mahu meletakkan urusan agama itu lebih penting daripada segala-galanya. Sebagai contoh, terkadang-kadang kita dapat lihat seorang Muslim itu dari agenda hariannya sebagai seorang yang beragama Islam, tetapi tidak berusaha untuk menampilkan diri dengan Islam itu sendiri.

Sejak mencelikkan mata bangun daripada tidur, paling tidak menunaikan solat Subuh, itupun bukan dalam keadaan berjemaah, sama ada di masjid, surau ataupun menjadi imam di rumah bersama isteri dan anak-anak.

Kalau pada hujung minggu, lepas solat tidur semula, tidak berapa terikat dengan kuliah subuh, pembacaan al-Quran, membaca zikir Ma thurat, kaunseling diri, isteri dan anak-anak, atau apa sahaja yang boleh meningkatkan peristasi iman kepada Allah SWT.

Bangun selepas itu bersarapan pagi, kemudian ke pasar atau berjalan-jalan bersama keluarga ke tempat yang boleh menghilangkan rasa gundah seminggu di pejabat. Tetapi persoalannya di sini, kenapa elemen-elemen agama tidak termuat dalam diari atau agenda harian hidup seseorang Muslim. Apakah kita sudah rasa cukup dengan ilmu yang ada di dada mengenai ilmu-ilmu yang boleh mengingatkan kita kepada alam kematian?

Ilmu agama terakhir yang dipelajari mungkin semasa menduduki peperiksaan SPM beberapa tahun lalu di sekolah menengah, kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat M.A. atau PhD. Selepas daripada itu, menjawat jawatan mantap dengan gaji yang lumayan, sibuk dengan tugas harian yang akhirnya menjadikan diri teramat sibuk. Kuliah di pejabat pun tidak boleh hadir dan begitulah kuliah-kuliah yang disediakan di surau atau masjid berdekatan di rumah.

Hati menjadi keras.

Rasulullah s.a.w. pada penghujung hayatnya, pernah memanggil menantu merangkap sepupu baginda iaitu Sayidina Ali bin Abi Talib. Baginda mewasiatkan kepadanya: Wahai Ali! Jika berlalu di kalangan orang Islam 40 hari (sahaja), mereka tidak hadir dan duduk dalam majlis ilmu (fardu Ain), maka orang itu akan menghadapi dua akibat buruk. Pertama hatinya menjadi keras (sukar untuk menerima petunjuk llah atau segala kebaikan) dan kedua berani pula melakukan dosa-dosa besar.

Insan bernama Muslim hari ini tidak berapa mempedulikan persoalan agama mereka sendiri. Sudahlah tidak mahu jadi orang yang faham agama, melakukan dosa-dosa pula. Si suami membiarkan isteri keluar rumah tanpa berhijab (tudung kepala). Si ayah pula membiarkan anak gadis tidak berhijab dan menampakkan pusat-pusat mereka. Anak lelaki tidak mengnal huruf-huruf al-Quran dan ada yang tidak tahu mandi junub (hadas besar atau mandi wajib).

Kesemua itu adalah implikasi daripada tidak hadir dan duduk dalam majlis-majlis ilmu.

Ada antara para ibu bapa Muslim seronok melihat anak-anak mereka berjaya dalam bidang hiburan, daripada menyertai bidang nyanyian peringkat dewasa hinggalah ke peringkat bakat bintang kecil. Apa yang pasti penampilan anak-anak ini dengan pakaian yang tidak dibenarkan oleh hukum syarak, tetapi semua itu tidak dipedulikan oleh mereka yang bernama Islam.

Seolah-olah Islam tidak boleh dicakap-cakap jika hendak maju dalam pelbagai bidang dalam kehidupan dunia. Tetapi mereka lupa, bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda maksudnya, Sesiapa yang mahukan kejayaan di dunia, mestilah dengan ilmu (agama), jika dia mahu kejayaan di akhirat juga mestilah dengan ilmu, dan jika mahu kedua-duanya sekali mestilah dengan ilmu.

Apabila ilmu agama tidak menjadi teras dan sandaran dalam kehidupan orang Islam pada zaman ini. Maka mereka sebenarnya telah mengundang pelbagai masalah seperti terlibat dengan rasuah, keruntuhan moral serta harga diri, tidak berakhlak, meninggalkan solat, penagihan dadah, mentadbir negara bukan dengan hukum Allah, dan semua masalah itu tidak akan dapat diselesaikan kecuali menerima penyelesaiannya daripada Allah juga, iaitu pelaksanaan hukum-hukum Islam dan Sunnah (hadis) Nabi Muhammad s.a.w.

Tanpa pelaksanaan hukum-hukum Islam itu menandakan bahawa manusia menolak Allah yang telah menawarkan yang terbaik buat diri, keluarga, masyarakat dan negara mereka.

Mereka tidak akan bercakap mengenai mati, bekalan untuk hari akhirat, persoalan alam kubur apatah lagi mengenai nasib di penghujung hayat, sama ada boleh mengucap dua kalimat syahadah atau pun tidak, semua ini tidak ada dalam kamus kehidupan manusia hari ini, kerana mereka sudah semakin jauh daripada Allah walaupun mereka dilahirkan sebagai seorang muslim.


Penyelesaian masalah.

Justeru bagi menyelamatkan diri selagi terdaya untuk dilakukan, maka renungilah empat perkara di bawah ini seperti yang pernah diperingatkan oleh Imam Al-Ghazali:

Pertama: Berurusanlah dengan Allah sepertimana kamu suka orang bawahanmu berurusan denganmu dengan cara yang terbaik.

Kedua: Setiap kali kamu bekerja dengan orang lain, perbuatlah sepertimana kamu mahu diperbuat ke atas diri kamu. Kerana tidak sempurna iman seseorang selagi mana dia tidak suka orang lain memperolehi sesuatu yang dia sendiri menyukainya.

Ketiga: Jika kamu mahu mempelajari sesuatu, pilihlah untuk mempeljari ilmu yang dapat memperbaiki hati dan memperbaiki jiwa dan sanubarimu. Sekiranya kalau kamu tahu umurmu hanya tinggal seminggu sahaja lagi, sudah pasti kamu tidak akan memilih untuk mempelajari ilmu fiqh, tahudid, sirah, akidah dan sebagainya. Dan mungkin juga kamu akan mengawasi hatimu dan berusaha melepaskannya dari belenggu dunia. Kamu akan memperbaiki akhlakmu dan sibuk untuk beribadat kepada Allah SWT (selaku Penciptanmu) setiap saat. Justeru, kamu mestilah sentiasa berakhlak mulia, kerana sesungguhnya kematian itu akan datang pada bila-bila masa sahaja. Begitulah cuba kamu bayangkan, jika seorang pemimpin negara akan datang menziarahimu, sudah tentu kamu akan lakukan persiapan yang mantap, menghias rumah, memperbaiki mana-mana yang tidak betul dan bermacam-macam lagi.

Keempat: Janganlah mengumpul harta dunia lebih daripada keperluanmu untuk satu tahun.Rasulullah s.a.w. sendiri menyediakan bekalan yang sebanyak itu sahaja untuk isteri-isteri baginda yang lebih kukuh imannya hanya dengan disediakan bekalan untuk sehari setengah sahaja. Bagi orang yang suka mengumpul harta hingga tidak sempat untuk menjenguk rumah Allah tujuan untuk beribadat kepada-Nya, maka orang itu akan disibukkan Allah SWT. 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

If the Prophet Visited You

I wonder........................

If Prophet Muhammad visited you
Just for a day or two,
If he came unexpectedly,
I wonder what you would do?
Oh I know you would give your nicest room,
To such an honored guest,
And you would serve him your very best.

You would be the very best,
Cause you're glad to have him there,
That serving him in your home
Would be a joy without compare.

But...when you see him coming,
Would you meet him at the door
With your arms outstretched in welcome,
To your visitor?

Or...would you have to change your clothes
before you let him in?
Or hide some magazines and put
The Qur’an where they had been?

Would you still watch those movies,
Or your T.V. set?
Or would you switch it off,
Before he gets upset.

Would you turn off the radio,
And hope he had not heard?
And wish that you did not utter
your last loud hasty word?

Would you hide your worldly music,
And instead take out Hadith books?
Could you let him walk right in,
Or would you rush about?

And I wonder...if the Prophet (saw) spent, a day or two with you,
Would you go on doing the things you always do?
Would you go right on and say the things You always say?
Would life for you continue
As it does from day to day?

Would your family conversations,
Keep up their usual pace?
And would you find it hard each meal,
To say a table grace?

Would you keep up each and every prayer?
Without putting on a frown?
And would you always jump up early,
For Fajr at dawn?

Would you sing the songs you always sing?
And read the book you read?
And let him know the things on which,
Your mind and spirit feed?

Would you take the Prophet with you,
Everywhere you plan to go?
Or, would you maybe change your plans,
Just for a day or so?

Would you be glad to have him meet,
Your very closest friends?
Or, would you hope they stay away,
Until his visit ends?

Would you be glad to have him stay,
Forever on and on?
Or would you sigh with great relief,
When he at last was gone?

It might be interesting to know,
The things that you would do.
If Prophet Muhammad came,
To spend some time with you

By Living Shari`ah Staff
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

10 Panggilan Bumi..

 Bahawasanya bumi ini setiap hari memanggil insan dengan 10 panggilan:

1. Wahai anak Adam, kamu berjalan di atasku akhirnya kamu akan kembali ke dalam perutku.

2. Kamu melakukan maksiat di atas belakangku, nanti kamu akan diseksa di dalam perutku.

3. Kamu bergurau di atas belakangku, nanti kamu akan diseksa di dalam perutku.

4. Kamu memakan makanan yang haram di atas perutku, nanti mayat kamu akan dimakan oleh ulat di dalamnya nanti.

5. Kamu bergembira di atas belakangku, nanti kamu akan merasa susah di dalam perutku.

6. Kamu sombong dalam kehidupanmu di atas belakangku, tetapi kamu akan hina di dalam perutku.

7. Kamu berjalan di dalam cahaya di atas belakangku, tetapi kamu akan duduk dalam kegelapan di dalam perutku.

8. Kamu mengumpul barang yang haram di atasku, tetapi kamu akan hancur di dalam perutku.

9. kKamu berjalan dengan sukaria di dalam kehidupan duniamu, tetapi kamu akan jatuh kesedihan di dalam perutku.

10. Kamu berjalan untuk berjemaah di atas belakangku, akan tetapi kamu akan bersendirian di dalam perutku."

indahnya saat bermuhasabah.....
salam ukhuwah....
sama2 kita ambil peringatan..insyaAllah..mudah-mudahan dgn lembaran ini ada hati-hati yang dipilih ALLAH untuk merasai nikmat hidayahNya...=)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Juan Galvan ajak keluarga kepada Islam..

JUAN Galvan, berkongsi pengalamannya pulang ke rumah buat pertama kali setelah bergelar muslim dan bagaimana penerimaan ahli keluarganya yang kebanyakannya berdarah Mexico- Amerika.

Ikuti pengalaman Juan Galvan yang telah menghasilkan buku terbarunya, What's Old is New Again : Latinos Revert to Islam bersama Samantha Sanchez.

Dalam penerbangan pulang ke Austin, Texas, minda saya sering berputar mengingati hari-hari sebelum saya bergelar muslim. Pertemuan dengan Armando, seorang muslim Latin adalah titik permulaan yang membawa saya mengenali agama suci Allah ini.

Semasa menudingkan jarinya ke arah selatan dan kemudiannya barat, dia berkata kepada saya bahawa semua yang ada di atas muka ini adalah ciptaan Allah SWT Maha Penguasa.

Pada waktu itu, dia baru selesai mengerjakan solat Maghrib dan keindahan matahari terbenam masih lagi terbayang di minda saya.

Ketenangan

Hati saya berdetik, memang benar dengan mengingati Allah, hati kita akan menemui ketenangan seperti mana yang dinyatakan dalam al-Quran surah al-Ra'd ayat 28 yang bermaksud: (Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.

Saya menjenguk ke luar tingkap kapal terbang dan tidak dapat menolak untuk melihat apa yang terbentang luas di depan mata. Saat itu, saya menyedari hakikat kehidupan sebenar.

Sebagai orang Islam, kita mesti menerima kewujudan Allah SWT sebagai Maha Pencipta yang mencipta segala di langit dan bumi. Dengan itu, secara tidak langsung, dapat mendalami tujuan kehidupan sebagai hamba di sisi-Nya.

Kali pertama bersua ahli keluarga, selepas memeluk agama Islam, saya diterpa dengan pelbagai persoalan mengenai Islam.

Semua ahli keluarga termasuk adik-beradik yang menetap di Pampa, Texas, mengajukan soalan mengenai adakah Muhammad itu Tuhan.

Malah, ayah pernah mempersoalkan kepada saya kenapa perlu bersembahyang di atas tikar.

Kemudiannya saya menjawab dengan baik: "Kenapa pula menyembah patung orang yang sudah mati di dinding itu," sambil tangan saya menunjukkan ke arah salib dan patung Jesus yang besar di ruang tamu.

Pada hari pertama di rumah keluarga, saya mendirikan solat di bilik adik perempuan saya, Cathy yang berusia 14 tahun. Ini kerana, biliknya tidak mempunyai simbol-simbol keagamaan dan yang ada hanyalah poster besar kumpulan kegemarannya, Backstreet Boys.

Boleh dikatakan, setiap dinding di rumah keluarga saya tergantung gambar-gambar Jesus dan Mary serta tanda salib. Saya mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarga. Sememangnya bagi keluarga Amerika dari Mexico, mereka mempunyai hubungan yang erat dengan ahli keluarga dan turut mementingkan anutan agama.

Ketika lawatan saya ke Pampa, saya turut meluangkan masa berdiskusi mengenai Islam. Bagi Mexico-Amerika, mereka lebih suka berfikir bahawa keturunan mereka berasal dari Roman Katolik.

Saya tidak mahu terus-menerus menjadi pengikut yang buta kepada kepercayaan tradisi sebegini. Kini, saya adalah orang Islam kerana percaya bahawa agama Islam yang sebenar-benarnya.

Maka, saya jelaskan perkara ini kepada ahli keluarga yang lain. Saya berharap dengan cara ini, saya tidak menderhaka kepada mereka sebaliknya menjelaskan perkara yang betul kepada orang yang saya disayangi.

Saya sempat menghadiahkan senaskah al-Quran kepada adik saya dan sebuah buku mengenai pengenalan kepada Islam.

Di samping itu, saya turut meletakkan alamat laman web www.LatinoDawah.org dan www.HispanicMuslims.com di komputer milik keluarga saya.

Untuk menyatakan keadaan sebenar mengenai Islam, saya tidak ketinggalan membuat banyak salinan fail ke komputer dengan harapan mereka akan terbuka hati untuk membacanya.

Pada pendapat saya, hanya dengan mendalami Islam sahaja dapat menjawab banyak persoalan dan kemusykilan yang timbul, antaranya siapakah Tuhan dan adakah Jesus adalah Tuhan?

Saya meluangkan banyak masa untuk menjelaskan mengenai kekeliruan yang timbul mengenai agama suci ini. Dalam aspek lain, saya turut mempersoalkan kenapa masyarakat Amerika kurang didedahkan dengan pemahaman yang tepat mengenai Islam.

Apa yang saya harapkan agar adik saya dapat memahami agama Islam dengan lebih terbuka dan ia bukanlah agama yang menindas kaum wanita.

Saya jelaskan kepadanya bahawa Islam tidak mahu wanita menjadi objek seks dan atas sebab itu, mereka diwajibkan menutup aurat bagi mengelakkan wanita menjadi tatapan umum.

Sepanjang bergelar Muslim, saya bukan sahaja perlu menjelaskan mengenai Islam kepada ahli keluarga malah tidak terlepas melalui pengalaman-pengalaman pahit.

Antaranya, ketika ditahan pengawal sekuriti di lapangan terbang dalam perjalanan ke Pampa. Ketika membuka beg saya, mereka terkejut apabila mendapati terdapat senaskah al-Quran, sejadah dan pita rakaman mengenai ceramah agama di dalamnya.

Ini kerana, saya bercadang untuk mendirikan solat di lapangan terbang di Austin sebelum memasuki kapal terbang kembali tetapi saya tidak mahu mengejutkan penumpang yang lain.

Selepas menceritakan perkara tersebut kepada abang saya, dia mencadangkan agar saya pulang ke rumah dengan menaiki penerbangan lain.

Tidak berapa lama selepas tragedi 11 September 2001, ayah saya pernah bertanya kepada ibu mengenai hal ini. Ibu menangis ketika memeluk saya untuk mengucapkan selamat tinggal. Tetapi saya cuba melindungi kesedihan dengan harapan ibu akan merindui saya dan bukannya kerana bimbang saya akan menyertai Taliban.

Selepas menaiki kapal terbang, saya menjenguk ke luar tingkap dan ternampak Texas Panhandle, jurang dan lembah serta ladang-ladang. Tidak ketinggalan, jalan raya yang bersimpang siur.

Sejenak, saya bertakafur mensyukuri nikmat Allah SWT di atas segala-galanya yang diciptakan untuk kita di langit dan bumi.



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Mana milik kita..??




Suatu hari sang guru bertanya kepada murid-muridnya.


Siapa yang jadikan mata kita ?

Mereka menjawab : Allah

Lalu sang guru katakan : Lalu apakah yang telah kita perbuat dengan dua biji mata ini ? Adakah sebagai alat untuk melihat perkara yang baik ataupun perkara yang jahat ?

Mereka : (terdiam)

Sang guru tambahi lagi : Apa yang akan jadi sekiranya penglihatan ini diambil olehNya? Selama ini Allah memberi nikmat mata untuk melihat pemandangan yang cantik dan indah. Alam ini dilimpahi dengan pelbagai warna yang menarik hati serta pelbagai hidupan yang menghiasinya.

Suatu hari nanti... jika kita bangun. Alam ini terasa gelap dan pekat. Rupa-rupanya sudah hilang nikmat penglihatan yang diberikan. Sedangkan selama ini kita tidak bersyukur dengan pemberianNya. Adakah selepas ini baru hendak menyesal ?

----------------------------------------------------------------------


Cuba awak rasa lidah dengan menggunakan jari.



Mereka : (memegang lidah masing-masing)

Sang Guru berkata : Allah memberi rasa masam, masin, manis, pahit dan pelbagai lagi rasa yang berlainan melalui lidah.

Mereka kata : Ya Ustaz.. benar (masing-masing menganggukkan kepala)

Sang Guru berkata : Tetapi mengapa kita gunakan lidah untuk berkata kesat, memaki hamun, berkata bohong ? Bukankah dengan lidah ini kamu pernah menghina guru-guru yang mengajarkanmu ? Bukankah dengan lidah ini kamu telah membentak dan menjawab kata-kata ibu dan ayahmu serta berkali-kali membohongi mereka berdua ?

Bukankah sudah diperingatkan oleh RasuluLlah agar menjaga lidah ? Bukankah kita perlu menjaga apa yang ada di antara 2 rongga mulut manusia iaitu lidah ? Dengan lidah ini juga boleh menyebabkan kita tercebur ke dalam neraka ?

Mereka : (tertunduk dan perlahan-lahan mengalirkan air mata)

-----------------------------------------------------------------



Cuba lihat dua tangan yang Allah beri, dan lihat baik-baik alangkah cantiknya kurniaan Allah.
Dia memberi tangan agar kita dapat merasa, memegang, menyentuh dan sebagainya.

Mereka : (melihat tangan masing-masing, diperhati telapak tangan sambik berfikir)

Sang guru berkata : Adakah kita sudah menggunakan tangan dengan betul ? Bukankah ada tangan-tangan yang merosakkan meja sekolah ? memukul kawan ? menulis surat cinta ? mencuri ?

Mereka : benar ustaz... Ya Allah... ampunkanlah dosa kami....

Sang Guru : Allah memberi sepuluh jari tangan, sepuluh jari kaki dalam keadaan yang sempurna. Sudahkah kita menengadahkan tangan meminta keampunan kepadaNya ? Menyatakan syukur terhadapNya atas segala nikmat yang tidak mampu ditulis hatta kering 7 lautan ?

Mereka : (air mata semakin meluncur laju). Ya Allah... Aku sudah banyak buat dosa kepadaMu.. Aku sombong padaMu Ya Allah.....

-----------------------------------------



Lihatlah pula kedua kaki yang dikurnia oleh Allah. Kita boleh berjalan, berlari, bergerak dengan mudah ke sana sini.

Mereka : (memegang kaki masing-masing sambil mengusap-usap jejari kaki)

Sang Guru : Lalu apa yang kita perbuat dengan kaki yang ada ? Kita gunakan untuk ponteng sekolah, pergi ke tempat-tempat maksiat, menendang kawan dan sebagainya. Adakah itu tujuan kaki kita dijadikan ?

Mereka : (menutup mata sambil teresak-esak, semakin kuatlah jerit tangis memikirkan kesalahan yang telah dilakukan selama ini).

Sang Guru : Jika Allah ambil balik mata kepunyaanNya ? Jika Allah tarik balik kaki yang dipinjamkanNya? Jika Allah hilangkan rasa pada lidah ? Jika Allah ambil satu jari dari apa yang kita ada ?

Wahai diri... engkau faqir dan Allah itu Maha Kaya. Maka mengapa engkau masih menyombongkan diri kepadaNya?
Credit to :  
http://u-jam.blogspot.com/2010/06/jika-semuanya-milik-allah-apakah.html
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed