Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com

.....

.....

Wednesday, June 29, 2011

Monolog hati seorang Ikhwah...


Ukhti..
Tidakku mahu bertanya khabarmu,
Kerana ku menunggu,
Tibanya saat aku,
Merasai sendiri jiwamu.

Ukhti..
Tidakku mahu memandangmu,
Kerana ku menunggu,
Tibanya saat aku,
Halal memegang wajahmu.


Ukhti..
Tidakku mahu senyum padamu,
Kerana ku menunggu,
Tibanya saat engkau,
Halal bercanda denganku.

 Ukhti..
Engkau bagiku,
Umpama mawar kembang berduri,
Yang dipagari oleh jernihnya kilauan kristal,
Memancarkan sinar yang hebat,
Apabila sang mentari menyinari,
Dan bagaikan titisan-titisan permata,
Apabila hujan menyirami,
Membuat diriku terpaku,
Terpesona,
Tidakku berani untuk terus memandangnya,
Kerana ku tahu mataku pasti akan silau,
Dek kerana hebatnya sinaran,
Tidakku mahu menyentuhnya,
Walau hanya dengan hujung jari,
Kerana ku tak mahu sinarnya hilang,
Dek kerana bayang-bayang ku.
Jauh sekali untuk memegangnya,
Pagarnya sahaja sudah cukup mengagumkan,
Apatah lagi bunganya..

Ukhti..
Tidakku mahu meluahkan isi hatiku,
Kerana aku dan engkau,
Adalah lelaki dan wanita,
Yang ada batasannya,
Yang harus menjaga hati,
Kerana Islam itu suci.

Ukhti..
Tujuan hidup kita sama,
Teruslah berjuang,
Tulus hanya untuk ALLAH,
Mencintai ALLAH adalah tuntutan,
Cinta ALLAH cinta yang pasti.

Kerana..
Sesuatu yang ku sendiri tidak pasti,
Adakah engkau ditakdirkan untukku,
Semua hanya andai engkau milikku..


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, June 26, 2011

Mujahadah itu Pahit kerana Syurga itu Manis..!!


“Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis”

Satu ungkapan yang sering kita dengar.

Satu perkataan yang acapkali diungkapkan pada saat kita terasa lemah untuk terus berjuang di jalan Allah.

Bukan mudah untuk seorang daie tetap teguh berdiri di jalan Allah.

Bukan senang untuk istiqamah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah dan hamba Allah di muka bumi ini.

Terlalu banyak ujian yang perlu ditempuhi. Pahitnya sebuah mujahadah hanya orang yang melaluinya sahaja merasai.

Untuk meraih keindahan syurga, seseorang itu perlu berkorban. Dalam pengorbanan, seseorang perlu mujahadah. Kerana mujahadah itulah yang terbaik untuk kita.

“Dan barangsiapa berjihad , maka sesungguhnya jihadnya itu untuk dirinya sendiri. Sungguh , Allah Maha Kaya(tidak memerlukan sesuatu)dari seluruh alam.”
( Al-‘Ankabut:6)

Sesungguhnya jihad itu untuk diri kita sendiri. Allah telah sediakan syurga yang cukup indah sehingga tidak akan pernah terlintas di benak fikiran kita. Setiap kesusahan pasti ada kesenangan!

Tajuk kali bukanlah untuk menceritakan mengenai kepahitan sebuah mujahadah dan keindahan syurga, tapi ana tertarik sekali untuk berkongsi input yang ana dapat dari kuliah maghrib baru-baru ini. Bagaimana untuk mujahadah?


Rukun mujahadah

Sebagaimana solat dan puasa, mujahadah juga ada rukun-rukunnya. Dalam mujahadah ada empat rukun yang perlu kita amati dan insyaallah amalkan demi memperoleh kejayaan melawan nafsu dan syaitan.


1. Ber’uzlah

Yang bermaksud menyendiri. Walaubagaimanapun menyendiri di sini bukanlah bermaksud menjauhkan diri daripada masyarakat sepertimana yang dilarang di dalam Islam. ‘Uzlah di sini bertujuan bersendirian dan memuhasabah diri untuk membersihkan jiwa dan hati dari segala noda-noda hitam yang bertapak dalam hati.


2.Diam

Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bertemu Abu Zar r.a. Baginda S.A.W telah bersabda: “Abu Zar! Mahukah aku khabarkan kepadamu dua perkara yang mana mengamalkannya adalah terlalu mudah dan sangat berat pada neraca timbangan berbanding amalan lain?”
Abu Zar r.a telah berkata: “Ya Rasulullah S.A.W khabarkanlah.”
Baginda S.A.W bersabda: “Biasakanlah diri untuk berakhlak mulia dan berdiam diri. Demi zat jiwa Muhammad S.A.W ditangannya! Tidak ada amalan yang dilakukan oleh semua makhluk yang sebaik kedua-dua amalan ini.”[Hadis riwayat Baihaqi]


3.Menahan Lapar
Sabda Rasulullah S.A.W: “Ke atas kamu semua(digalakkan) dengan kesedihan sesungguhnya dengan kesedihan itu membuka (menyedarkan) hati. Maka mereka menjawab, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah sedih itu? Bersabda nabi S.A.W: “Tundukkan jiwa kamu semua dengan berlapar dan dahaga.”[Hadis riwayat At-Tabrani]


4.Berjaga malam

“Sesungguhnya bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa) dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan.” ( Al-Muzzammil:6)


Benar, bukan mudah untuk mujahadah. Bukan mudah untuk berperang dengan bisikan nafsu syaitan. Pelbagai ujian perlu ditempuh. Namun begitu, susah tidak bermakna kita tidak mampu. Allah tidak akan membebani hamba-hambaNya dengan sesuatu yang tak sanggup kita hadapi. Allah lebih mengetahui tentang diri kita. Allah selalu beri yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

Usah ragu, jangan berlengah lagi dan berhenti beralasan kerana syurga menanti kita di sana. Selamat berjuang!




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, June 22, 2011

Luahan Hati...?


Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.

Apalah gunanya aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.

“Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.”

Aku juga tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

“Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?”

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah.

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.

“Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.”

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.

Di mana saja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.

Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Ilahi.”

Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.

“Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.”

Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

“Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku kerana-Nya.”

Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga..


DAN,

InsyaALLAH, aku kini masih mampu lagi berhadapan dengan dilema yang hadir...kerana aku yakin pada cinta dan bantuan yg SATU...semoga hatiku juga hati antum semua sentiasa dipegang oleh-NYA...


Salam mujahadah buat akhi dan ukhti yang aku cintai kerana ALLAH..
wallahua'lam...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pembakar Semangat..!!


Berikut merupakan 10 serikandi agama tauhid yang wajar dijadikan contoh, khususnya oleh muslimah sekalian. Semoga keperibadian diri mereka menjadi pembakar semangat untuk kita memperbaiki diri kita dari semasa ke semasa, insya Allah.

1. Aminah binti Wahab Radhiyallahu 'Anha 
Seorang wanita suci yang dipilih untuk melahirkan penghulu sekalian manusia, yakni Nabi Muhammad SAW, nabi junjungan mulia. Beliau bukan sekadar ibu dan wanita biasa, tetapi seorang wanita pengukir sejarah yang menggoncang dunia, tatkala anak yang dilahirkannya mengubah pola pemikiran masyarakat Arab jahiliyah kepada masyarakat yang mengagung dan meng-Esakan Allah SWT. Kehilangannya buat selama-lamanya di dunia ini ternyata memberikan suatu kesan yang mendalam terhadap diri Muhamamad b. Abdullah yang masih kecil dan tidak mengenal erti kehidupan.

2. Saidatina Khadijah binti Khuwailid Radhiyallahu 'Anha 
Namanya dikenali oleh setiap muslim di muka bumi. Beliau merupakan wanita pertama yang beriman terhadap Allah dan Rasul-Nya. Beliau merupakan isteri pertama Rasulullah SAW yang berjuang bermati-matian untuk menegakkan kalimah Allah. Keharumankeperibadian mulianya harum dicium apabila sejarah mentintakan, beliau sanggup menghabiskan segala hartanya untuk Islam. Beliau juga menjadi penenang dan pendamping setia kepada Rasulullah SAW sewaktu Baginda SAW dalam keadaan tertekan akibat dicemuh dan dihina oleh kaum musyrikin Mekah. Beliau bukan sahaja seorang wanita yang cantik, beliau juga mengukir kejayaan dalam bidang perniagaan di Tanah Arab.

3. Saidatina 'Aisyah binti Abu Bakar Radhiyallahu 'Anha
 
Beliau merupakan isteri Baginda SAW yang paling romantik. Perasaan cemburu terhadap Saidatina Khadija radhiyallahu 'anha kadang-kala menyelebungi dirinya kerana kasih dan cinta terhadap Baginda SAW. Selepas kewafatan Saidatina Khadijah Radhiyallahu 'Anha, beliaulah yang menjadi penghibur kepada Rasulullah SAW dengan gaya lincahnya. Beliau sering berpenampilan kemas, cantik, dan memakai wangi-wangian yang disukai oleh Rasulullah SAW. Saidatina 'Aisyah Radhiyallahu 'Anha kembali ke rahmatullah pada hari Isnin malam Selasa, 17 Ramadhan tahun 58 Hijrah. Sebelum wafat, beliau sempat meninggalkan wasiat. Penuh sayu beliau membisikkan,

“Kuburkanlah aku pada waktu malam di Padang Baqi’, jangan di samping Rasulullah kerana aku sangat malu terhadap baginda.” 

4. Saidatina Fatimah binti Muhammad Radhiyallahu 'Anha 
Puteri Rasulullah SAW yang tinggi budi pekertinya. Beliau merupakan seorang isteri yang setia kepada Saidina Ali karramallahu wajhah walaupun suaminya adalah seorang lelaki yang miskin. Sanggup bersusah payah mengharungi hidup bersama suaminya. Kesanggupan untuk bersusah-payah untuk hidup bersama Saidina Ali r.a. jelas terpancar, apabila beliau sanggup melakukan kerja-kerja berat, tanpa pembantu, kerana Saidina Ali tidak mampu untuk mengupah pembantu untuk membantu Saidatina Fatimah. Beliau tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Saidina Ali r.a..

5. Saidatina Asma' binti Abu Bakar Radhiyallahu 'Anha
 
Bersusah payah menghantar makanan kepada Rasulullah SAW sewaktu Rasulullah SAW dan ayahandanya bersembunyi di gua Tsur. Pengorbanan ini bukanlah suatu pengorbanan yang calang-calang, kerana beliau sedang mengandung pada ketika itu dan sanggup bersusah payah mendaki bukit yang berbatu untuk menghantar makanan kepada Rasulullah SAW dan ayahandanya. Kebijaksanaanya terselah, apabila beliau menggembala kambing di belakangnya sepanjang perjalanannya menghantar makanan, supaya jejaknya dapat dihapuskan. Selain daripada menghantar makanan, beliau juga menjadi penyampai berita kepada Baginda SAW sewaktu Baginda SAW sedang bersembunyi di gua Tsur.

6. Saidatina Sumayyah binti Khubath Radhiyallahu 'Anha 
Namanya terkenal dengan ketegasannya mempertahankan aqidahnyawalaupun diseksa dengan amat kejam. Beliau pernah diseret bersama-sama keluarganya ke padang pasir yang amat panas sehingga menyebabkan kehausan, supaya beliau murtad daripada agama Allah. Namun, seksaan-seksaan yang diharungi tidak sedikitpun menggoyahkan imannya, bahkan menguatkan lagi keimanannya. Beliau gugur syahid setelah Abu Jahal Laknatullah menikamnya menggunakan tombak tepat di ulu hatinya.

7. Siti Muti'ah Radhiyallahu 'Anha
 
Namanya jarang dikenali oleh sebahagian daripada kita. Tetapi, Rasulullah SAW menyarankan Saidatina Fatimah Radhiyallahu 'Anha untuk bertemu dengannya disebabkan kemuliaannya yang memuliakan suaminya. Beliaulah pelayan kepada suaminya. Mulianya serikandi Islam ini sehingga beliau menyediakan rotan kepada suaminya, agar suaminya memukulnya sekiranya beliau memberikan layanan buruk kepada suaminya.

8. Saidatina Maryam 
Wanita suci yang sentiasa memelihara kehormatan diri daripada disentuh mana-mana lelaki. Rahimnya dipilih oleh Allah untuk mengandungkan Nabi Isa a.s. walaupun tiada benih yang disemai di dalam rahimnya.

9. Permaisuri Asiyah
 
Seorang serikandi agama Tauhid yang bermati-matian mempertahankan anak angkatnya, Nabi Musa a.s. daripada ancaman suaminya, Firaun Laknatullah. Beliau langsung tidak gentar terhadap ancaman Firaun dan konco-konconya. Akhir hayatnya, beliau diseksa oleh Firaun dengan satu seksaan yang kejam. Firaun mengarahkan orang suruhannya untuk memancangkan kedua-dua kaki dan tangannya dengan empat pancangan kemudian dibiarkan sinar mentari membakar tubuhnya. Firaun menyuruh mereka mencari batu besar untuk dihempap di atas badan Permaisuri Asiyah.

Kemudian, Asiyah berdoa, "Ya Tuhanku, bangunkanlah daku untukku rumah di syurga di sisi-Mu". Sebelum batu itu dihempap di atas badannya, malaikat telahpun mencabut nyawanya, dan beliau tidak merasai kesakitan seksaan Firaun. 

10. Kabsyah binti Rafi' Radhiyallahu 'Anhu 
Sahabiyyah ini adalah antara wanita mukminah yang menyajikan jalan-jalan tauladan dan termasuk salah seorang wanita yang memberikan kesaksian kebenaran bagi Rasulullah. Baginda Rasul turut menjanjikan imbalan kebaikan dan mendoakan barakah baginya. Ketika iklim iman menggantikan kegelapan jahiliyyah dan mentari hidayah mulai terpancar di tanah Madinah, sahabiyyah ini hidup dan tampil sebagai penolong bagi Islam, mencurahkan sekalian yang dimiliki dan menjadi ibu kepada dua orang anaknya yang gugur sebagai syuhada’; dua pahlawan Islam yang segar di dalam medan sejarah.

Beliaulah ibu yang Arasy Ar-Rahman pun bergoncang kerana kematian anak-anaknya. Beliaulah ibu yang memutuskan perkara dengan hukum Allah dari atas langit ketujuh. Anak beliau ialah penjaga Rasulullah ketika Perang Badar, yang juga pemegang panji dari golongan Ansar, serta salah seorang ahli majlis syura Rasulullah ketika itu. Anak beliau adalah As-siddiq kedua setelah Abu Bakar. Anak beliau jugalah wakil Rasulullah di saat Perang Buwath. Dari rumah pasangan Kabsyah bintu Rafi’ dan Muadz bin An-Nu’man inilah, lahirnya sosok-sosok peribadi Saad bin Muadz, Amru bin Muadz, Iyas, Aqrab dan Ummu Hizam. Maka, setelah mendengarkan nama-nama ini, masihkah kita menginginkan tambahan karamah untuk memuliakan beliau?




 http://hajiarshad.blogspot.com/
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, June 8, 2011

Melihat Calon Isteri Yang Ingin Dikahwini...




Disunatkan bagi seorang lelaki yang hendak melamar melihat wanita yang ingin dilamarnya, demikian juga sebaliknya jika keduanya tidak pernah melihat sebelumnya. Kerana pengecaman akan menenangkan hati kedua pihak, dimana mereka akan melihat bahawa pada masing-masing daripada keduanya terdapat perkara yang menarik untuk dikahwini dan membina mahligai kehidupan rumahtangga bagi selama-lamanya.

Berkenaan dengan perkara itu, telah diriwayatkan oleh Mughirah bin Syu'bah, dia bercerita : "Aku pernah melamar seorang wanita, lalu Rasulullah SAW bertanya : ”Apakah engkau telah melihatnya? Tidak,” jawabku. Maka Rasulullah SAW bersabda : 'Lihatlah dia, kerana yang demikian itu akan mengekalkan kasih sayang di antara kamu berdua." (Riwayat oleh Tirmizi dan Nasa'i)

Daripada Jabir, dia bercerita, Rasulullah SAW bersabda :

"Jika salah seorang di antara kamu melamar seorang wanita, sekiranya dia dapat melihat sesuatu daripadanya yang mampu menambah keinginan untuk menikahinya, maka hendaklah dia melihatnya."

Jabir menceritakan :

"Saya melamar seorang wanita, lalu secara sembunyi-sembunyi melihatnya sehingga saya melihat sesuatu yang mendorongku untuk mengahwininya, dan kemudian saya pun mengahwininya."(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Demikianlah pendapat jumhur ulama. Namun masih terdapat perbezaan pendapat mengenai bahagian yang boleh dilihat dari wanita yang dilamar. Jumhur ulama berpendapat bahawa seorang pelamar dibolehkan melihat wajahnya dan kedua tapak tangannya saja, kerana bahagian-bahagian tersebut bukan termasuk aurat. Sedangkan al-Auza'i berpendapat, bahawa dia boleh melihat bahagian-bahagian daging. Manakala Daud az-Zahiri mengemukakan : "Dibolehkan melihat seluruh bahagian tubuh wanita tersebut." Yang terakhir ini jelas ditolak kerana bertentangan dengan sebuah ayat dalam surah An-Nur.


Diperbolehkan pula melihat wanita yang dilamarnya itu baik dengan izinnya mahupun tidak. Imam Malik mengemukakan Seorang yang melamar wanita tidak boleh melihatnya kecuali dengan seizinnya. Namun hadis Jabir di atas menolak pendapat tersebut.

Bagi wanita yang dilamar juga mempunyai hak yang sama, iaitu melihat lelaki yang hendak mengahwininya. Umar pernah berkata : "Janganlah kamu menikahkan anak perempuan kamu dengan lelaki yang berperangai jahat, kerana dia akan menarik hati mereka melalui apa yang akan menjadikan dirinya tertarik kepada mereka."


Berkenaan dengan perkara tersebut, pandangan penulis di dalam buku ini pada zaman sekarang ini tidak ada larangan bagi orang yang melamar untuk duduk di suatu tempat dalam batas tertentu dengan wanita yang hendak dilamarnya, supaya mereka saling melihat dan mengenal, dengan disertai oleh beberapa orang keluarga mereka. Hendaklah wanita itu mengenakan pakaian yang disyariatkan, iaitu tidak terlihat daripadanya kecuali wajah dan kedua tapak tangan.


Yang dimaksud dengan duduk-duduk di sini adalah untuk mengenali sahsiah dan beberapa pandangannya, akhlak dan gaya bahasanya, dan lain-lain dari tuntutan zaman. Duduk berkumpul dalam pertemuan seperti itu tidak perlu dilakukan berkali-kali, kerana si pelamar wanita tersebut masih dianggap bukan mahram. Seringkali, si pelamar meminta pertemuan berkali-kali, dan itu jelas sebagai bentuk pemuasan nafsu semata-mata dan menikmati perkara-perkara yang tidak dihalalkan baginya.


Dalam kitabnya, al-Mughni, Ibnu Qudamah membahas panjang lebar mengenai perkara ini. Di sini, penulis bermaksud untuk menukilnya bagi para pembaca sekalian untuk menambah khazanah pengetahuan. Ibnu Qudamah mengemukakan, kami tidak mengetahui adanya perbezaan pendapat di kalangan para ulama yang membolehkan lelaki melihat wanita yang akan dikahwininya. Jabir telah menceritakan Rasulullah SAW bersabda :

"Jika salah seorang di antara kamu melamar seorang wanita, sekiranya dia dapat melihat sesuatu darinya yang mampu menambah keinginan untuk mengahwininya, maka hendaklah dia melihatnya."

Jabir menceritakan lagi : "Lalu aku melamar seorang wanita dan secara sembunyi-sembunyi melihatnya, sehingga aku melihat sesuatu yang mendorongku untuk mengahwininya, kemudian aku pun melamarnya."

Mengenai perkara tersebut telah banyak hadis yang mengangkatnya. Kerana pernikahan itu merupakan akad yang mengesahkan bahawa mereka sudah bergelar suami isteri yang sah. maka suami berhak untuk melihat isterinya walaupun bahagian yang dilihatnya sebelum ini adalah haram.

Diperbolehkan bagi si pelamar untuk melihat wanita yang dilamarnya, baik dengan izinnya mahupun tidak, kerana Rasulullah SAW telah memerintahkan perkara itu secara amnya. Dalam hadis Jabir disebutkan, "Aku secara sembunyi-sembunyi melihatnya." Sedangkan dalam hadis Syu'bah disebutkan : bahawa dia meminta izin terlebih dahulu kepada kedua ibu bapanya untuk melihat wanita yang akan dikahwininya, namun keduanya menolak memberikan izin, namun wanita itu sendiri yang mengizinkannya.

Namun tidak diperbolehkan baginya untuk ber-khulwah (berdua-duaan) dengan wanita yang dilamarnya, kerana dia masih bertaraf ajnabi (bukan mahram). Berkenaan dengan perkara tersebut Rasulullah SAW bersabda :

"Tidaklah seorang lelaki berkhulwah dengan seorang wanita melainkan ketiganya adalah syaitan." (Riwayat At-Tirmizi)

Tidak diperbolehkan baginya melihat wanita yang hendak dikahwininya dengan perasaan nafsu birahi.

Dalam riwayat Sahih, Imam Ahmad mengatakan, "Diperbolehkan baginya melihat bahagian wajah dengan tidak disertai nafsu birahi. Selain itu, dia juga boleh melihatnya berkali-kali dan memperhatikan kebaikan yang ada padanya, kerana tujuan tidak akan tercapai kecuali dengan cara seperti itu."


Tidak ada perbezaan pendapat di antara para ulama mengenai melihat bahagian wajah ini. Yang demikian itu kerana wajah bukan termasuk aurat, sekali gus sebagai tempat bersatunya kebaikan dan menjadi tumpuan perhatian. Namun begitu, tidak dibolehkan baginya melihat apa yang tidak biasa nampak darinya.


Diceritakan daripada al-Auza'i, bahawa seorang lelaki dibolehkan melihat bahagian daging. Sedangkan dari Daud, dia berpendapat dibolehkan melihat seluruh bahagian tubuhnya. Ramai ulamak yang menolak pendapat Daud kerana ia bertentangan dengan Firman Allah SWT :

"Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak darinya." (An-Nur: 31)


Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, dia mengatakan : "Wajah dan tapak tangan saja. Kerana melihat kepada wanita itu diharamkan, dan dibolehkan dengan sebab suatu keperluan, sehingga penglihatan itu dikhususkan pada bahagian-bahagian yang diperlukan saja, seperti yang telah kami nyatakan di atas.


Sedangkan mengenai bahagian-bahagian yang biasa nampak selain wajah, misalnya dua tapak tangan dan kaki serta yang seumpamanya yang biasa nampak pada wanita di rumahnya, maka terdapat dua pendapat :

Pertama, tidak diperbolehkan melihatnya, kerana perkara itu merupakan aurat. Bahagian-bahagian tersebut tidak boleh dilihat sebagaimana bahagian-bahagian yang tidak nampak. Abdullah bin Mas'ud pernah meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, "Wanita itu adalah aurat."


Kerana yang diperlukan adalah melihat wajah dan bahagian-bahagian lainnya tetap haram untuk dilihat.

Kedua, dibolehkan baginya melihat bahagian-bahagian tersebut. Imam Ahmad mengatakan, "Dibolehkan untuk melihat bahagian-bahagian yang diperlukan untuk tujuan perkahwinan seperti tangan, badan dan lain-lain."

Abu Bakar, seorang pengikut mazhab Hanbali, mengatakan, "Pada saat melamar, dibolehkan baginya melihat bahagian-bahagian yang sudah biasa terlihat ketika bekerja, seperti: kepala, leher, lengan dan bahagian bawah kedua betis."

Sedangkan Imam Syafi'i mengemukakan, "Dia hanya dibolehkan melihat wajah dan kedua tapak tangan saja."

Dibolehkannya melihat bahagian-bahagian yang biasa terlihat, ini berdasarkan ketika Nabi memberikan izin kepada kaum lelaki melihat wanita yang dilamarnya tanpa sepengetahuan dirinya (wanita yang dilamar), baginda mengetahui bahawa baginda memberi izin untuk melihat kepada apa yang biasa terlihat. Kerana tidak mungkin melihat bahagian wajah saja dengan adanya bahagian lain yang nampak. Dan kerana bahagian tersebut biasa terlihat, misalnya bahagian wajah sehingga perkara itu diperbolehkan untuk dilihat. 
Selain itu, kerana dia adalah seorang wanita yang boleh dilihat menurut ketentuan syarak, maka dibolehkan sebahagian dari tubuhnya untuk dilihat, sebagaimana wanita yang mahram. Sa'id telah meriwayatkan dari Sufyan, dari Amr bin Dinar, dari Abu Ja'far, dia bercerita, Umar bin Khatab pernah melamar anak perempuan Ali. Kemudian Ali berkata, "Akan kami kirim utusan untuk membawanya kepadamu sehingga engkau dapat melihatnya dan meredhainya." Lalu tersingkap bahagian kedua betisnya. sehingga puterinya itu berkata, "Kalau bukan kerana engkau seorang amirul mukminin, nescaya aku akan memukul kedua matamu." Demikian yang diriwayatkan oleh Abdurrazaq dan Sa'id bin Mansur.

http://www.ustaznoramin.com/2011/05/melihat-calon-isteri-yang-ingin.html
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, June 3, 2011

“Ya ALLAH, Selamatkan, Selamatkan.” - Para Nabi

Gambar Hiasan

Apakah Titian Sirat?

As-Sirat dari sudut bahasa bermaksud jalan. Manakala dari sudut syariat ianya merupakan satu jambatan yang dibentang merentasi Neraka Jahannam; untuk manusia menyeberanginya menuju ke Syurga.
Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya (Neraka Jahannam); (yang demikian) adalah satu perkara Yang mesti (berlaku) Yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu. (Maryam : 71)

Dalil: Tidak akan menyeberangi titian Sirat melainkan orang Mukmin.

Dari Abi Said Al-Khudriy r.a dari Nabi s.a.w : “…Maka orang mukmin akan melaluinya seperti kerdipan mata; (ada yang) seperti kilat dan taufan, seperti burung, seperti kuda dan tunggangan yang terbaik; maka yang berjaya selamat sampai, yang tersiat dihantar, yang terkait berada dalam neraka…” (Sebahagian dari hadith riwayat Muslim)

Dari hadith Abi Hurairah dan Huzaifah r.a : “…berjalan bersama mereka amalan mereka dan nabi kamu berada di atas titian sirat dalam keadaan berkata: “Ya Tuhan, selamatkan! Selamatkan!”, sehingga lemahnya amalan hamba-hamba dan sehingga datang seorang lelaki yang tidak mampu berjalan melainkan merangkak” Sebahagian dari hadith riwayat Muslim)

Dari Abi Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “…dibentangkan titian Sirat di antara Neraka Jahannam, maka akulah dan ummatku yang pertama menyeberanginya. Tidak berkata-kata pada ketika itu kecuali para rasul dan doa mereka ialah : “Ya Allah, selamatkan, selamatkan!” (Riwayat Bukhari)
Orang pertama melalui sirat ialah Nabi Muhammad SAW yang mengepalai umat lain.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Dan direntangkan sirat di antara dua jurang neraka jahanam, maka akulah Rasul pertama yang melaluinya bersama umatku yang lulus.”

Tahap kelajuan seseorang mukmin meniti titian itu bergantung kepada tahap keimanan dan amal masing-masing. Semakin tinggi keimanan dan amalan, kian laju menuju titian itu. Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah :

Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.
semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.

Diantara tips untuk melepasi Titian Sirat Mustaqim

Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud

“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”
Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”
Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,


“Ya ALLAH, Selamatkan, Selamatkan.”

Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini,
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.”
(Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil berpegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat selamatkan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :
~Banyakkan bersedekah 
~Melazimkan diri hadir ke masjid


Beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat:

1. Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.

Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”

*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.


Rujukan:
Petikan daripada Kitab Mahkamah di Padang Mahsyar m/s: 146
Artikel Umar M Noor, Majalah Solusi Isu-18
Disunting oleh Murabbiy

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed