Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

.....

.....

Saturday, June 5, 2010

Kapal Bermandi Darah

KTIVIS yang berada di atas Mavi Marmara yang dalam misi bantuan ke Gaza menyifatkan kapal itu bertukar menjadi tasik berdarah ekoran serangan tidak berhati perut komando Israel.

Warga Jerman, Morman Paech, 72, berkata, sesetengah aktivis membentuk perisai manusia.

Ada yang melawan dan ada yang tidak berdaya hanya menyorok di bawah sambil berdoa supaya keganasan dan pembunuhan itu berakhir.

Semua mangsa yang terselamat menyifatkan serangan oleh komando rejim Zionis sebelum subuh itu cukup tangkas dan ganas membabitkan senjata pembunuh ke atas satu misi bantuan kemanusiaan.

Paech berkata, dia terjaga dari tidur selepas terdengar bunyi letupan ketika serangan itu bermula di atas Mavi Marmara.

"Saya bangun dan memakai pakaian dan rakan saya berkata kita telah diserang. Askar Israel telah tiba.

"Serangan itu bermula dari langit, helikopter yang menurunkan askar melalui tali. Kami hanya menanti dalam bilik.

"Saya melihat ramai yang cedera - mungkin 10 - penumpang yang cedera teruk dan berlumuran darah.

"Saya tidak naik ke atas kerana keadaannya terlalu merbahaya," jelasnya.

Aktivis Turki, Nilufer Cetin dan bayi lelakinya bersembunyi di bilik air ketika letupan grenad, tembakan peluru hidup dan gas pemedih mata berdentum-dentam di atas geladak kapal.

"Kapal itu bertukar menjadi tasik darah. Kami berada dalam kabin apabila berlaku serangan.

"Saya lindungi anak saya dengan duduk dalam kabin. Kemudian bersembunyi dalam bilik air. Saya pasangkan topeng gas dan jaket keselamatan pada anak saya.

"Mereka menggunakan bom asap dan gas pemedih mata. Serangan dimulakan menggunakan helikopter dan cukup ganas," jelasnya.

Pembuat filem dari Brazil, Lara Lee berkata, tentera Israel menyerang kapal itu dan memotong semua bentuk komunikasi serta mula menembak ke arah pro aktivis.

Lee ialah salah seorang daripada 600 aktivis asing termasuk 40 warga Britain yang ditahan tentera Israel. Dia dibebaskan dan terus dihantar pulang ke Brazil.

Bercakap kepada televisyen Brazil. TV Globo, Lee berkata: "(Serangan itu) mengejutkan kerana ia berlaku pada tengah malam dalam kegelapan dan di perairan antarabangsa. Kami tahu akan ada konfrontasi tetapi bukannya di perairan antarabangsa.

"Apa yang saya saksikan dengan mata saya ialah mereka menembak. Mereka naik ke kapal dan menembak ke arah orang. Mereka kata kami pengganas.

"Ini tuduhan mengarut kerana mereka berada di kawasan yang menempatkan aktivis wanita. Mereka ramai berpakaian hitam bersama senjata berat seolah-olah mereka di medan perang," cerita Lee.

Katanya, mereka menjangka tentera Israel akan menembak para aktivis di kaki dan ke udara untuk menakut-nakutkan, tetapi sebaliknya tembakan itu terus ke sasaran.

Ada yang ditembak di kepala yang mana ia menggambarkan tentera Israel itu memang bertujuan untuk membunuh.

Itu antara gambaran keganasan oleh tentera Israel dalam serangan ke atas konvoi bantuan antarabangsa ke Gaza.

Namun ia tidak menghentikan usaha pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa untuk terus berusaha menghulurkan bantuan kepada penduduk Gaza.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments: