Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

.....

.....

Sunday, August 29, 2010

Kawan...??


Satu petang saya diaju soalan ini oleh seorang sahabat saya.

"Boleh ke lelaki dan perempuan berkawan?"

Terkejut juga apabila disoal dan diminta pandangan tentang ini (sebab saya mana pandai). Tapi jawab jugalah (sebab dia minta pendapat bukan jawapan). Justeru, ini pandangan saya, seorang insan yang masih belum mengerti banyak perkara.

Pertamanya, saya suka kalau tahu maksud kawan itu sendiri. Di bawah adalah jawapan/respon dari beberapa orang 'kawan' saya.

Apakah maksud 'kawan'?

Dr.Syafaah : Kawan tu kawan la.

Cikgu Dina : Apa-apalah.

Hayati : Seseorang yg sentiasa di hati..sentiasa disebut dalam doanya, sentiasa mengharap yang terbaik untuk teman, dan yang membuat kita tersenyum di bibir serta di hati...

Izzati : Salam. Pada pandangan saya, kawan itu ialah insan yang hadir dalam hidup seseorang tu. Yang mana adakala seseorang tu sedar atau tak, ada insan dalam hidup dia. Bagi saya, kawan ini lebih kepada seseorang yang gemar membantu dalam susah senang, terima kelebihan dan kekurangan kawan, dan sentiasa betulkan dan tegur kesalahannnya. Tapi kadang-kadang yang banyak membantu ada yang tak tau menjaga hati kawannya dan ada jugak yang bertopeng.

Sakinah : Mengikut kamus Sakeenah, kawan bermaksud sesiapa yang kita kenal dan dia kenal kita selain keluarga.

Afifah : Kawan tu up sikit la dari kenalan. Kita kenal orang tu, orang tu pun kenal kita dan kita buat sesuatu bersama dengannya. Contoh, kalau kita belajar sama-sama dengannya dalam kelas, kita panggil kawan sekelas. Kalau kita main sama-sama dengannya, kita panggil kawan sepermainan.

Yang sebenarnya...

Yang sebenarnya, tafsiran-tafsiran tentang maksud kawan ini tidaklah begitu penting. Tak kisahlah apa pun gelaran yang diberikan sama ada kenalan, kawan, teman, sahabat atau sodiq/sodiqah sekalipun, itu bukan satu masalah. Yang menjadi masalah ialah apa yang diisi dalam persahabatan atau 'perkawanan' itu (antara lelaki dan perempuan ajnabi). Sama juga macam bercouple, pada saya bercouple itu tak salah, yang salah ialah apa yang diisi dalam per'couple'an itu. Bergayut di telefon, mesej tak habis-habis, keluar shopping sama-sama, pegang-pegang sentuh-sentuh, mestilah salah sebab kamu berdua tu belum berkahwin!

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang amat jahat" (al-Israk(17) : 32)

Bagi memendekkan pandangan saya;

Cuba kira, berapa ramai kapel-kapel sekarang ni yang mulanya hanya kawan?
Berapa ramai kapel-kapel yang dah terlanjur (zina dan sebagainya) bermula sebagai kawan? Banyak kan?
Oleh itu tidaklah melampau kalau saya katakan 'berkawan' antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram juga menghampiri zina (kalau tidak menjaga batasnya).

Cukuplah berkawan sekadar perlu. Cukuplah bercakap atau mesej sekadar menyampaikan sesuatu seperti khabarkan homework atau assignment yang perlu dibuat (kalau memang tugas anda untuk mengkhabarkannya - ketua kelas, class represantative).

Tak perlulah nak kongsi-kongsi masalah, tak perlu caring-caring sangat....'Kawan' anda ada teman sejantinanya untuk berkongsi segala perkara. Jangan bagi peluang kepada syaitan untuk mencucuk jarumnya.

Kembali kepada niat...

"Saya ikhlas nak berkawan dengan kamu," kata seorang pemuda kepada seorang pemudi.

Betul ke? Sangat diragui...

Maksud Hadith: dari Abu Umamah r.h katanya: "Seseorang lelaki telah datang menemui Rasulullah s.a.w dan berkata, "Bagaimanakah pendapatmu mengenai seorang yang keluar di jalan Allah SWT semata-mata kerana mencari upah dan supaya terkenal, Apakah yang diperolehi oleh orang itu?" Rasulullah s.a.w bersabda: "Dia tidak mendapat apa-apa." Rasulullah s.a.w. mengulanginya hingga tiga kali dan kemudian berkata: "Sesungguhnya Allah SWT AzzawaJalla tidak akan menerima amalan melainkan yang dilakukan dengan ikhlas, semata-mata untuk mencari (kesukaan) keredhaanNya" ( HR An-Nasai.)

Adakah pemuda ini nak berkawan dengan pemudi ini kerana hendak mencari redha Allah? Fikirlah sendiri...fikir juga apa agaknya akan terjadi kalau si pemudi itu setuju untuk berkawan dengan si pemuda yang tidak dikenalinya (hanya kenal melalui telefon)...

Ada sesetengah orang katanya boleh 'berkawan untuk berdakwah'. Al-kisah, Boy ingin mendalami Islam, maka Boy pun minta bantuan Girl (berpendidikan agama yang baik) yang dikenali untuk mengajarnya (melalui mesej-mesej, tazkirah dan sebagainya)... Ada orang kata baik, boleh sebab nak dakwah, boleh didik Boy jadi baik. TETAPI....
Bukankah lebih baik Girl ini mencari seorang kenalan/kawan yang diyakini agamanya (kawan sekelas contohnya atau ustaz-ustaz) dan sejantina dengan Boy ini untuk membantunya mendalami Islam?

Niat memang baik, tapi caranya belum tentu..Kalau ada cara yang lebih baik, kenapa tidak dipilih cara yang lebih baik itu?

Kesimpulan saya, seelok-eloknya jauhilah perhubungan anatara lelaki dan perempuan (melainkan apabila perlu sahaja). Perkara yang perlu pun harus dijaga (bersangkutan persatuan, kelas, urus niaga atau sebagainya), tak perlu ada hehe.. huhu.. haha.. dalam mesej-mesej anda kepada kawan/kenalan anda yang berlainan jantina.

Ini sekadar pandangan saya. Terpulang kepada anda untuk menilainya bagaimana.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments: