Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com

.....

.....

Friday, November 19, 2010

Baru Semalam Aku Tersedar....

Baru semalam aku tersedar..
Hakikat malapnya ‘imanku'..
Umpama sinaran rembulan..
Samar menyuluh gelita..
Malap bagaikan tiada..
Walau sering ‘dia' menemani..
Namun aku tetap tersungkur..
Datangnya ‘dia'..
Perginya ‘dia'..
Namun aku tetap begitu..
Apakah perlunya ‘dia'..
Datang bagaikan purnama?
Agar aku mengikuti jejaknya...

Baru semalam aku tersedar..
Hakikat rapuhnya ‘taqwaku'..
Umpama nipisnya cengkerang..
Nipis menanti rekah..
Retak menunggu belah..
Walau waspada itu pasti..
Namun rebah tetap menanti..
Datangnya laknat..
Perginya nikmat..
Namun ‘dia' kekal begitu..
Masih ku biar berkecai..
Apakah perlunya ‘dia'..
Datang bagaikan mutiara?..
Agar aku lebih menghargainya...

Baru semalam aku tersedar..
Hakikat kerasnya ‘hatiku'..
Umpama ketulan batu..
Kebal tanpa berubah..
Kaku tanpa berganjak..
Walau sering ‘dia' diketuk..
Namun aku tetap menuli..
Datang kepadanya..
Pergi daripadanya..
Namun aku tetap begitu..
Masihku biarkan kaku..
Apakah perlunya ‘dia'..
Datang bagaikan pasir?..
Agar aku lembut menerimanya...


Baru semalam aku tersedar..
Hakikat lemahnya ‘dakwahku'..
Umpama desiran ombak..
Lemah tidak berkudrat..
Longlai memukul pantai..
Walau ombak sering bertandang..
Namun pasir tetap utuh. Datangnya ‘aku'..
Perginya ‘aku'..
Namun kau tetap di situ..
Masih enggan mengikutiku..
Apakah perlunya ‘aku'..
Datang bagaikan badai?..
Agar kau datang bersamaku...

Dihantar Oleh: insan taqwa
Editor: niahani

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Post a Comment