Diri yang terhijab ...
Wajah yang suram ...
Pakaian yang hambar...
Itulah duri-duri perisai....
Ya Allah, Ya Rabbul Izzati...
Aku tidak berdaya....
Aku lemah ...
Menangani bisikan-bisikan syaitan...
Menafsir segala ujian-Mu...
Aku mohon kekuatan ...
Tajamkan lah duri-duri perisaiku...
Ya Allah, Ya Rabbul Izzati ...
Biarlah aku menjadi sekuntum mawar yang sangat berduri...
Diherdik kerana duriku...
Dihina kerana duriku...
Dipandang rendah kerana duriku...
Kerana aku tahu duri-duri ini penyelamat api neraka ku...
Ya Allah, Ya Rabbul Izzati...
Biarkan aku kekal berduri...
Kerana tangan yang mampu memetikku...
Adalah tangan dari kalangan kekasih-Mu...
Yang akan membajai aku dengan agama-Mu..
semoga kita mampu..berikan kami kekuatan agar kami mampu utk istiqomah Ya Rabb... |
.
2 comments:
khair2 insyaAllah .
Hayyakillah ya ukhti . :D :D :D
comment lgi . :)
Post a Comment