Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

.....

.....

Saturday, April 16, 2011

15 Perkara yang Mengundang Bencana..!



Ali r.a. berkata, Nabi S.A.W bersabda:

Apabila umatku telah melakukan lima belas macam perkara, maka pasti tiba bala bencana atas mereka:

1-Apabila kekuasaan digunakan untuk mencari keuntungan.
 ::: mmg terbukti, tengok saja di Negara kita… Rasuah berleluasa, projek yg tidak didaftarkan berlambak2. Harta kekayaan Negara hanya berlegar di kalangan penguasa & kroni2nya.

2-Amanat dianggap sebagai keuntungan mencari kekayaan duniawi.
  ::: mmg terbukti apabila amanah yg diberikan diselewengkan. Ramai manusia sudah tidak mengerti pengertian amanah. Amanah terhadap saudara, amanah terhadap ALLAH, amanah terhadap Agama, amanah terhadap Negara dan sebagainya…

3-Zakat dianggap sebagai kerugian.
 ::: Dirujuk kepada badan2 pemungut zakat di Negara kita, memang ramai yang masih tidak menunaikan zakat.

4-Orang lelaki berada di bawah kekuasaan isteri atau wanita. (Queen control).
 ::: mmg banyak berlaku dan ada juga kes2 yang mana isteri menceraikan suami.

5-Menderhakai ibunya.
 ::: Ramai individu sekarang, tidak lagi mempedulikan kata2 ibunya. (mengutamakan kawan)…

6-Menurut kehendak temannya melakukan kemungkaran.
 ::: Teman yg baik tidak diikuti, tetapi sebaliknya.

7-Membenci ayahnya.
 ::: Ramai yg menderhakai ayahnya.

8-Masjid dijadikan tempat permainan dan tempat menjerit-jerit.
 ::: Masjid2 menjadi tidak tenteram untuk dijadikan sebagai medan menunaikan ibadat dan medan penyebaran ilmu. Di mana, banyak ceramah2 agama disekat. Masjid2 dijadikan medan menyelewengkan agama dan penyebaran ilmu kebenaran disekat.

9-Pemimpin terdiri daripada kalangan yang rendah budi pekertinya serta agamanya.
 ::: Pemimpin2 tidak dipilih dari kalangan yg berkelayakan dan boleh menjadi contoh yg baik. Lihat saja… para menteri kita…

10-Orang ditakuti dan dimuliakannya kerana kejahatannya dan bukan dihormati kerana kemuliaannya.
 ::: Byk berlaku, byk kes2 suap minta menyokong. Dan di badan2 tertentu, setiap individu dikehendaki menyokong walaupun tindakannya (pemimpin) tidak betul, dan jika tidak menyokong, pelbagai jenis tindakan akan dikenakan.

11-Berleluasanya kaum lelaki berpakaian dengan sutera.
 ::: mmg berlaku, baju lelaki daripada kain sutera dijual bebas termasuklah tali leher yg dipakai tanpa mengetahui yg ianya drpd sutera.

12-Bermaharajalelanya penari-penari dan penyanyi wanita.
 ::: secara umumnya, semua tahu. Tapi… kita terus leka dan asyik. Penyanyi2 dipuja dan dijulang. Penyanyi dijadikan kebanggaan negara. Byk medan2 baru utk melahirkan penyanyi professional. Malaysian idol, akademi Fantasia… Hampir satu juta individu mendaftar ujibakat nak jadi penyanyi seperti yg pernah dipaparkan di akhbar.

13-Bermaharajalelanya alat-muzik.
 ::: kat mana pun skrg… semua tempat kita boleh dgr muzik (muzik dunia & melalaikan). Sehinggakan di masjid pun…

14-Arak berleluasa.
 ::: Lihat saja, di kota2 raya… manusia meminum arak semakin berleluasa dan ia dilakukansecara terbuka… bahkan juga di kampung2. Tempat yang menjual arak semakin meningkat (bertambah & ditambah). Industri arak dijadikan antara pendapatan utama negara. Si peminum arak minum arak tak kira tempatnya (bukan lagi di tempat2 tersembunyi) dan dijadikan acara terang-terangan.

15-Semakin ramai yang mengutuk umat-umat terdahulu.
 ::: Ulama2 silam dikutuk, ulama2 muktabar dikutuk dan dipertikaikan. Dituduh salah membuat tafsiran. Dan dianggap dirinya lebih baik dan sempurna, padahal ilmu tak seberapa. Lihatlah di akhbar2 dan majalah, brp banyak kes2 yg boleh menyelewengkan agama oleh pihak yg mengaku bijak… Teguran mufti2 diketepikan dan dihina.

(Hadith Riwayat at-Tirmidzi)


 wallahua'lam... 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments: