Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

.....

.....

Sunday, June 26, 2011

Mujahadah itu Pahit kerana Syurga itu Manis..!!


“Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis”

Satu ungkapan yang sering kita dengar.

Satu perkataan yang acapkali diungkapkan pada saat kita terasa lemah untuk terus berjuang di jalan Allah.

Bukan mudah untuk seorang daie tetap teguh berdiri di jalan Allah.

Bukan senang untuk istiqamah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah dan hamba Allah di muka bumi ini.

Terlalu banyak ujian yang perlu ditempuhi. Pahitnya sebuah mujahadah hanya orang yang melaluinya sahaja merasai.

Untuk meraih keindahan syurga, seseorang itu perlu berkorban. Dalam pengorbanan, seseorang perlu mujahadah. Kerana mujahadah itulah yang terbaik untuk kita.

“Dan barangsiapa berjihad , maka sesungguhnya jihadnya itu untuk dirinya sendiri. Sungguh , Allah Maha Kaya(tidak memerlukan sesuatu)dari seluruh alam.”
( Al-‘Ankabut:6)

Sesungguhnya jihad itu untuk diri kita sendiri. Allah telah sediakan syurga yang cukup indah sehingga tidak akan pernah terlintas di benak fikiran kita. Setiap kesusahan pasti ada kesenangan!

Tajuk kali bukanlah untuk menceritakan mengenai kepahitan sebuah mujahadah dan keindahan syurga, tapi ana tertarik sekali untuk berkongsi input yang ana dapat dari kuliah maghrib baru-baru ini. Bagaimana untuk mujahadah?


Rukun mujahadah

Sebagaimana solat dan puasa, mujahadah juga ada rukun-rukunnya. Dalam mujahadah ada empat rukun yang perlu kita amati dan insyaallah amalkan demi memperoleh kejayaan melawan nafsu dan syaitan.


1. Ber’uzlah

Yang bermaksud menyendiri. Walaubagaimanapun menyendiri di sini bukanlah bermaksud menjauhkan diri daripada masyarakat sepertimana yang dilarang di dalam Islam. ‘Uzlah di sini bertujuan bersendirian dan memuhasabah diri untuk membersihkan jiwa dan hati dari segala noda-noda hitam yang bertapak dalam hati.


2.Diam

Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bertemu Abu Zar r.a. Baginda S.A.W telah bersabda: “Abu Zar! Mahukah aku khabarkan kepadamu dua perkara yang mana mengamalkannya adalah terlalu mudah dan sangat berat pada neraca timbangan berbanding amalan lain?”
Abu Zar r.a telah berkata: “Ya Rasulullah S.A.W khabarkanlah.”
Baginda S.A.W bersabda: “Biasakanlah diri untuk berakhlak mulia dan berdiam diri. Demi zat jiwa Muhammad S.A.W ditangannya! Tidak ada amalan yang dilakukan oleh semua makhluk yang sebaik kedua-dua amalan ini.”[Hadis riwayat Baihaqi]


3.Menahan Lapar
Sabda Rasulullah S.A.W: “Ke atas kamu semua(digalakkan) dengan kesedihan sesungguhnya dengan kesedihan itu membuka (menyedarkan) hati. Maka mereka menjawab, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah sedih itu? Bersabda nabi S.A.W: “Tundukkan jiwa kamu semua dengan berlapar dan dahaga.”[Hadis riwayat At-Tabrani]


4.Berjaga malam

“Sesungguhnya bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa) dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan.” ( Al-Muzzammil:6)


Benar, bukan mudah untuk mujahadah. Bukan mudah untuk berperang dengan bisikan nafsu syaitan. Pelbagai ujian perlu ditempuh. Namun begitu, susah tidak bermakna kita tidak mampu. Allah tidak akan membebani hamba-hambaNya dengan sesuatu yang tak sanggup kita hadapi. Allah lebih mengetahui tentang diri kita. Allah selalu beri yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

Usah ragu, jangan berlengah lagi dan berhenti beralasan kerana syurga menanti kita di sana. Selamat berjuang!




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

3 comments:

Syabab Muhsin said...

Apa salahnya kalau kite 'susah sedikit' kerana Allah...

Unknown said...

ye,betul tu..susah sikit kat atas dunia ni apalah sgt jika nak dibandingkan dgn susah kat sana nanti...=)jadi, selamat bersusah2 di atas dunia ini,smoga senang disana..insyaALLAH...

Mohar Yahya said...

berpahit pada lidah bermanis pada hati...insyaAllah.