Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

.....

.....

Friday, July 29, 2011

“Seutuh kasihmu sayang,adalah dambaan hatiku..syukur atas rahmat Tuhan Yang Satu..Ikhlas mencintaimu..."- Abang



“Seutuh kasihmu sayang,adalah dambaan hatiku….syukur atas rahmat Tuhan Yang Satu…
Ikhlas mencintaimu...
Abang….

 Air mataku mengalir lebat membasahi pipi…aku terkenang kembali nostalgia kisah suka dukaku bersama insan yang telah berjanji setia mengasihiku hingga ke akhir hayatnya...

Dalam debu-debu nipis yang membaluti sampul kecil tanda terakhir cintanya buatku, ada tersirat rasa kasih yang mendalam darinya untuk diriku ini dengan izin ALLAH Rabbul ‘Izzati….

Fikiranku kembali mengingati seraut wajahnya yang tenang setenang air di kali…tidak pernah hatiku di sakiti,jauh sekali menguji sedalam mana ikhlasnya cintaku dan setinggi mana kesabaranku menanti hadirnya sebagai raja dalam hidup ini….sentiasa dibibirnya mengungkap rasa rindu padaku sekalipun setelah kami berumah tangga…hidupku bahagia dengan hadirnya Hadi Hafis,suamiku dunia akhirat,insyaALLAH…

Bermulanya perkenalan kami di sebuah institusi pengajian tinggi luar negara…walaupun kami tidak sefakulti,namun jodoh menemukan hati ini…Hadi adalah kasih pertama yang hadir dalam hidupku….

Bermula dengan sebuah sajak  “Sesuci wajahmu Hawa” nukilannya, hatiku mula tertaut pada Hadi…sajak dalam risalah pelajar Muslim “an-Nas” itu kugunting dan kusematkan di dalam diari hijauku…(kebetulan warna kegemaran Hadi).Namun kusimpan rasa kasih itu dalam-dalam kerana kuyakin perasaan ini akan menjadi jihad yang tinggi nilainya di sisi seorang muslimah sepertiku…itu janji Tuhan buat insan bergelar perempuan dan aku tidak mahu ketinggalan merasai ganjaran itu walau aku akur,bukan mudah untuk menolak keinginan berterus-terang….Sesekali terdetik perasaan untuk aku memulakan perkenalan,namun imanku menepis rasa di hati dengan istighfarku kepada ALLAH..

Terkadang, apabila berselisih dengannya ,jantungku berdegup kencang…Ingin saja ku melemparkan senyuman yang paling manis buat insan yang telah menambat hati dan mewarnai hidup ini…namun maluku mengatasi segalanya…Alhamdulillah…sesekali aku diusik rakan-rakan,tapi aku tidak mengalah.Ego untuk membela akhlakku menyelamatkan diri ini dari terus menjadi usikan rakan-rakan….aku hanya membisu…tidak mahu aku layani telatah rakan-rakanku,kerana aku tidak mahu nafsu amarah ini kalah dengan jihad yang sedang kubina atas dasar kasihku pada Allah Yang Maha Satu.

Dikala mindaku bercelaru,aku pasti merehatkan diriku di bangku taman universiti.Kehijauan taman itu membuatkan benakku berfikir tentang keesaan Allah sekali gus meleraikan kesedihan jiwa .Bertemankan sebuah buku bertajuk “
Semanis Kesabaran”nukilan Syeikh Ahmad hadiah dari ayah sebelum aku berangkat ke sini. Aku duduk bermuhasabah memikirkan betapa lemahnya jiwaku.Tidak setanding mujahadah yang berjuang membela Islam di serata dunia, berjuang dengan syahadah yang jitu dan matlamat yang satu…Bertunjangkan keimanan dan ketauhidan terhadap ALLAH...

Pernah satu ketika,mindaku buntu memikirkan ujian Tuhan yang tidak pernah putus mendambakan kesabaranku menunaikan kifayah ini..Mengenang nasib ibu dan ayah di kampung yang semakin tua dimamah usia,dengan pendapatan yang tak seberapa menyara kehidupan kami 3 beradik…dan kerana ini jualah sebenarnya kubenamkan rasa cinta yang berputik buat Hadi.aku mahu menjadi seorang anak yang dapat membela masa depan keluarga dan membalas jasa orang tua yang telah mencurahkan sepenuh kasih sayang mereka buatku hingga ke hari ini…..

Tiba-tiba kedengaran ucapan salam dari seorang lelaki…lamunanku tersentak..Namun aku tidak mendongak…rasa malu sudah datang menerpa…Tapi mengapa??Ya,suaranya seperti pernah kudengar sebelum ini.Suara yang selalu menggamit mindaku untuk berpindah ke alam khayalan…Suara yang selalu datang dalam mimpiku…Suara yang sering mengimami jemaah solah di surau universiti…Ikhlas dan penuh rasa rendah diri…Kusambut salamnya dengan penuh debaran …

Seketika itu aku terasa mahu lari dari tempat itu….Balik ke bilik dan menelekupkan mukaku ke bantal…aku tahu mukaku tidak merah,kerana kulitku bukannya putih ..Tapi,hitam manis…Hmmmm..satu advantage buatku…aku hanya menguntum senyum dibibir …Muncul satu perasaan yang sukar aku gambarkan… Senyumku berbalas.Bahagia….

Cepat-cepat aku membetulkan posisiku,supaya aku tidak terus hanyut dalam perasaan itu…aku tunduk dan lelaki itu melabuhkan punggungnya di bangku kayu jati bersebelahan tempat rehlahku…Hadi…Namun dia tidak lama di situ…setelah menghulurkan sebuah bungkusan hijau kepadaku, Hadi berlalu pergi…Sekali lagi ucapan salamnya kedengaran….Beserta bungkusan itu ada sekeping kertas putih bercoret tinta biru…Mujur sebentar saja pertemuanku dengan hadi petang itu…aku tak mahu di salah erti…Dan aku tahu hadi juga begitu…

aku melangkah pulang kebilik….Kugenggam pemberian Hadi sekemas mungkin …dengan penuh tanda tanya….

Setelah selesai menunaikan fardhuku kepada ALLAH dan memohon doa pada-Nya ,aku berbaring di katil…segera kubuka warkah Hadi yang belum sempat kubaca….hatiku terharu dengan warkahnya yang pertama buatku itu…..

“Assalamu ‘alaikum..buat kenalanku Sakinah…”
Maaf sekiranya warkah ini mengganggu saudari ketika ini….persoalan yang terbuku di minda membuatkan Hadi ingin sekali mengetahui apakah permasalahan di minda saudari yang sering Hadi lihat duduk berseorangan dan berduka dibangku taman universiti…bukan sekali hadi lihat saudari di situ,tapi hampir setiap petang….niat Hadi bukan untuk menyibuk tentang hal saudari,cuma mahu mengetahui mungkin ada sesuatu yang boleh Hadi bantu untuk meringankan beban di hati dan mengembalikan keriangan yang pernah Hadi lihat di wajah Sakinah ketika dulu…..Maaf sekali lagi andai warkah Hadi ini tiba pada waktu yang tidak sepatutnya ….Sekian dulu dari Hadi,maas salamah…”

aku melipat kemas warkah itu dan kusimpan di dalam diari hijauku….aku tahu bibirku sekali lagi menguntum senyuman yang paling manis…Kali ini,menampakkan baris gigiku yang putih bersih…Hasil pengamalan sunnah Rasulullah untuk bersugi setiap kali sebelum solah….

aku menghela nafas panjang….kuletakkan diariku disisi…dan seketika itu aku di buai mimpi…..

Semenjak dari itu,aku semakin akrab dengan Hadi…namun keakraban kami bukan seperti yang selalu digambarkan dalam kaca tv…akrab yang aku maksudkan adalah dari segi peringatan yang selalu Hadi beri buatku,dalam bentuk sajak,cerpen dan puisi…Hadi memang pandai menulis…hasil karangannya sungguh terkesan dihati ini…setiap kali membaca coretan penanya,mindaku terasa ringan dari bebanan masalah…berpesan-pesan kepada kebenaran,dan berpesan-pesan pada kesabaran…Dengan firman ALLAH itulah,hatiku semakin yakin menundukkan rasa tekanan yang sering datang menggoyahkan sabarku terhadap cubaan yang diberi-Nya….

Pada setiap bulan puasa,Hadi tidak pernah lupa mengirimkan berkotak-kotak kurma buatku…katanya berseloroh dalam warkah yang disertakan bersama sekotak kurma yang dikirimnya melalui Hafizah rakan sekuliahku ,
“ Kurma ini ‘pemanis muka’ buat saudari Sakinah di sana.Segar Hadi petik dari tanah suci.Bila kita berumah tangga nanti, bolehlah kita menunaikan haji bersama-sama ya”…Dalam hatiku,aku mengaminkan selorohnya…

Pernah jua Hadi mengirimkan nota-nota fotostat yang dikumpulnya dari rakan-rakan fakulti perubatan dan memberinya kepadaku…dia berpesan supaya berusaha untuk menunaikan kifayah ini dengan sebaik-baiknya.sudah pasti harapan itu tidak kuhampakan…Harapan dari seorang lelaki yang sungguh istimewa dalam hidupku, namun dia tidak pernah tahu.Hasilnya,Alhamdulillah, aku cemerlang dalam setiap peperiksaan tahunanku…….

Hadi selalu mengirimkanku doa-doa yang didapatinya dari kitab-kitab ulama terkemuka…katanya doa itu senjata umat Islam…usaha itu datang bersamanya dan tawakkal mengiringi setiap usaha yang tidak pernah mati…

6 tahun berlalu….akhirnya aku berjaya meraih ijazah yang kuidam-idamkan selama ini….air mata kesyukuranku tumpah ke bumi …aku bergelar doktor kini….cintaku Hadi(walau dia tidak pernah tahu sehingga kini) bergelar professor di salah sebuah universiti di tanah air..warkahnya yang hadir setiap bulan menemani hidupku dan membakar semangatku untuk terus berjaya ke akhirnya….Harapanku untuk menjadi insan yang istimewa dalam hidup Hadi,tidak pernah padam,seawal tahun pertama kami disini….Ibu dan ayah tidak menyertaiku pada hari bahagia itu…Namun kutahu,doa merekalah yang menjadi tunggak kejayaan yang kuperoleh…Dalam hatiku,kupanjatkan kesyukuran yang teramat sangat kepada ALLAH…aku tidak mungkin dapat merasai kegembiraan ini tanpa izin-NYa…

Kepulanganku disambut ibu dan ayah…kedut-kedut di dahi ibu kucium sepuas-puasnya…urat hijau yang timbul ditangan ayah kukucup dengan penuh kerinduan…tidak sabar rasanya untuk aku berjumpa dengan adik-adik yang telah kutinggalkan 6 tahun dahulu…pastinya mereka sedang menunggu kepulanganku dengan gembira…

Setibanya di rumah, Ahmad berlari mendapatkankku,adikku yang paling kecil sekali…sudah pasti dia mengenaliku dari gambar yang kukirimkan kepada keluarga setiap tahun sejak tahun pertama lagi…adikku Jannah menunggu di halaman rumah dengan senyuman yang penuh ceria…masih kuingat lagi,sewaktu aku meninggalkannya,Jannah menangis mahu mengikutku bersama-sama…kini jannah sudah remaja…berkain batik, anak dara sunti lagaknya….dia menyambut tanganku lantas mengucupnya dengan titisan air mata…dia memang tidak pernah berubah….mudah sekali mengalirkan air mata..memang dia manja denganku….kehangatan inilah yang kutunggu selama 6 tahun ini,untuk bersama keluarga yang telah lama aku tinggalkan demi sebuah impian untuk menjadi doktor…

Malam itu ayah menyuarakan sesuatu yang mengejutkan aku…seseorang telah datang merisik diriku…Jannah menyiku sambil tersenyum simpul… “Hadi Hafis,” kata ayah…mahu saja aku menjerit kesyukuran ketika itu…tapi ku tahan…ku tahan perasaanku…kutundukkan muka dan tiba-tiba saja refleksku mengambil alih pergerakkanku…aku bingkas bangun dan meninggalkan ayah,ibu dan adik-adik di meja makan selepas meminta diri…terasa bodoh pula tindakanku ketika itu….aku berlari mendapatkan diari hijauku di bawah bantal..kubuka surat hadi yang dikirimkan dalam bentuk sajak
‘Pabila tiba masanya’…

Aduhai Hawa,
Pabila tba masanya. Aku pasti berlari mendapatkanmu,
Mendapatkan kasihmu yang seindah pelangi alam,
Yang setenang air di muara kasih,
Yang sesuci hamparan cinta kau simpan dalam ketaqwaan…

Wahai Hawa,
Bila gerimis menyelimuti pawana,
Petir menjalar di langit hitam,
Dan bila sengsara datang bertandang,
Bermunajatlah dengan penuh rasa kehambaan,
Agar syahadahmu kukuh bertautan….

Bersabarlah Hawa,
Kerana kesabaran itu seindah mutiara
Tercipta didasar lautan,
Walau sebesar mana gelombang mendatang,
Sinarnya tetap gemilang,
Dan begitulah hakikatnya sabar,
Yang pasti menyelamatkan kewarasanmu dari hilang….

Sungguh wahai Hawa,
Dihati ini ada perasaan yang sukar kuungkapkan kepadamu,
Kerana wajahmu yang penuh rahsia,
Kerana wajahmu yang membuatkan ingatanku pulang,
Pada yang maha Esa,
Menjadikan lidahku kelu berkata-kata…..

Kugenggam erat warkah itu dan ku baca berulang kali….seolah-olah mimpi jadi kenyataan….Hadi bakal suamiku….kedengaran pintu bilikku diketuk berulang kali….emak masuk dan melemparkan senyuman yang selalu aku rindu suatu ketika dahulu….kata emak,semuanya terpulang padaku….”Mahu atau tidak…emak tak kisah,asalkan anak emak gembira”……kuberbisik di telinga emak tanda memberikan kata setuju….kukucup jemari kurus emak lantas emak membalas dengan belaian yang penuh kasih …..walau emak sudah semakin berusia….segar kasihnya masih lagi seperti dulu….

Hadi Hafis dan Faiz Sakinah selamat diijab kabulkan……….

Banyak yang aku pelajari dari perkongsian hidupku dengan Hadi….rajukku di pujuk…lembut dan tenang….sedihku di redakan dengan kemanisan wajahnya dan belaiannya cintanya padaku…dan begitu juga aku,menyayanginya dengan sepenuh jiwa…dialah lelaki pertama dan terakhir yang akan menjadi raja hidupku ini…aku cuba menjadi isteri yang solehah walau kelemahan ku tetap muncul di sana sini….namun suamiku tidak pernah menyuarakan ketidak puasan hatinya…tidak pernah sekalipun lakunya menampakkan kekuranganku…tidak pernah sekali,keluhan terhembus dari bibirnya ….kelemahanku dibaikinya dan diganti dengan kekuatan…Ya,kekuatan sebagai seorang wanita Islam yang perlu berjuang menegakkan agama dalam setiap geraklakunya….

Begitulah pesan Hadi yang kini kupanggil ‘abang’….

Setiap kali selesai solat, abang  akan memberikan tazkirah buat peringatan kami dunia akhirat…tidak pernah sekali abang terlepas dari menjadi imam solat fardhu ketika kami sama-sama dirumah…Tahajjud pun kami lakukan berjemaah…sungguh aku rasa bahagia manisnya berumah tangga yang cintanya berlandaskan syiar Islam….masih aku ingat lagi,sewaktu malam pertama aku dan abang,kami solat hajat dan sujud syukur bersama-sama…..kata abang,biarlah landasan dan tapak masjid yang kami bina ini atas dasar ibadah ,bukan nafsu semata-mata……hingga ke hari ini….pesan abang bersemadi di hati….

Setelah 6 tahun berumah tangga,kami dianugerahkan 3 cahaya mata…Malam itu,abang hadi menyuarakan hasratnya padaku,tentang menunaikan rukun Islam yang kelima bersamaku dan anak-anak… Ya,seperti dalam selorohnya yang ku aminkan dulu….aku tersenyum sendirian ……..pastinya aku setuju dengan cadangan itu…. abang Hadi menanggung perbelanjaan ibadah itu…hasil simpanan sejak di universiti lagi katanya…aku terharu…..kata Abang Hadi, umrah dan haji biarlah dilakukan bersama-sama sementara waktu mengizinkan…seperti yang selalu diingatkannya…. ‘hidup sebelum mati’…….

Setelah tamat kursus haji kami berangkat ke Tanah Suci….Ibadah yang kami lakukan berjalan lancar ..cuma abang Hadi kelihatan tidak begitu sihat seperti sebelumnya…apabila ditanya…hanya kuntuman senyum yang diberikan kepadaku,seperti selalu….Di Tanah Suci kupanjatkan kesyukuran kepada ALLAH yang telah memakbulkan pinta hajatku selama ini…hanya Dia yang tahu sedalam mana cintaku kepada abang Hadi ….Hanya ALLAH lah tempat aku bermohon selama ini…hanya Dialah yang berkuasa memberi dan menarik balik rezeki………….aku bersujud kepada ALLAH malam itu dengan penuh rasa rendah diri….kudoakan hidup dan mati kami sekeluarga serta keturunan kami dalam iman dan taqwa serta redha-Nya…Biarlah hidup dan mati kami dalam limpah kurnia-Nya……………….

Malam itu abang Hadi batuk tidak berhenti-henti…..badannya panas dan mukanya merah seperti menahan kesakitan…..sebagai seorang doktor,bukan mudah bagiku memeriksa tubuh itu….tambahan pula, itu suamiku…Cintaku…Kasihku…..Doktor yang bertugas memberi tahu bahawa abang Hadi diserang demam panas….abang Hadi mungkin tidak dapat mengikuti kami bertawaf keesokan hari….jadi abang Hadi terpaksa tinggal di apartment….aku sebagai isteri tidak mungkin sanggup meninggalkan abang Hadi seorang diri….sepanjang hari aku menemani suamiku…….aku hanya mengalirkan air mata di sisinya….aku fahami kesakitannya…namun hanya dengan izin ALLAH abang Hadi akan sembuh semula…segala medikasi yang disediakan ku berikan kepada Hadi dengan penuh harapan agar dia sihat seperti sedia kala….pipiku diusapnya…lemah…tidak bermaya….namun,kehangatan kasihnya masih terasa…..dalam nafasnya yang lemah,abang Hadi berpesan kepadaku….

“Sayang…..terima kasih abang ucapkan buat dirimu… Terima kasih atas kasih sayang yang tak pernah padam darimu buat abang…terima kasih kerana memberikan abang anak-anak yang soleh dan solehah,insyaALLAH”…..Abang Hadi menarik nafas panjang dan menyambung kata-katanya…kulihat air mata kasihnya berjuraian disisi…ini kali kedua kulihat abang menangis …kali pertama adalah sewaktu melihat aku melahirkan anak sulungku…Miftahus Solihin bin Hadi Hafis…..

“Sayang,ingatlah tautan kasih yang terjalin antara kita dengan izin ALLAH….Panjatkanlah syukurmu buat-Nya sayang…jangan pernah lupa…teruskan mendidik anak-anak kita mendalami Islam dan menjaga iman mereka dengan sepenuh jiwa….berjuanglah membela Islam dan jangan berhenti sebelum menang….buat dirimu sayang,abang sejak dulu tidak pernah lupa berdoa agar kau menjadi milik abang suatu hari nanti…Alhamdulillah,hajat abang termakbul……maafkan kesalahan abang andai kata abang pernah melukan hatimu”……dan aku lihat Abang terlena…….manik-manik putih dimatanya berjuraian lagi…kukucup pipi abang…sendu semakin terpahat di hati ini…

Malam itu,abang memanggilku dan anak-anak supaya berada di sisinya….Abang berpesan kepada anak-anak kami supaya menjagaku sebaik-baiknya…dan bersikap mengikut sunnah Rasululullah….pesan abang,jadikanlah sabar itu sebagai asas perjuangan hidup kami dalam dunia yang semakin mencabar keimanan ini……anak-anakku terus menerus membaca Al-fatihah….itulah yang dipesan oleh Hadi kepada anak-anak kami…
“Al-Fatihah itu sedekahkanlah kepada emak dan ayah…tak kiralah dimana pun kamu semua berada…utuhkanlah ikatan kekeluargaan kita dan tanggungjawab yang terpikul dengan iman di dada…selesaikanlah semua permasalahan antara kita dengan merujuk kepada kitabNya”….

Anakku yang sulung membelai rambut ayahnya. Ku lihat anak-anakku membeningkan tangisan di mata mereka….. Abang memandangku dengan mata yang sayu … “assalamu ‘alaikum”….kata abang....walau matanya tak bersinar seperti dulu,namun keikhlasannya tetap kurasai…tanganku digenggamnya seerat mungkin…kubisikkan syahadah ditelinga abang…. “asyhadu alla ilaa ha illallah”….Abang mengulangnya…perlahan-lahan,tetapi jelas….hembusan terakhir nafas abang melepaskan perlahan tanganku dari genggamannya……Abang pergi menyambut panggilan Ilahi….sebelum kuselimuti seraut wajah manis abang yang pernah menceriakan hidupku dulu,menepis segala kepahitan jiwaku,kukucup dahi abang sekali lagi dan kusedekahkan Fatihah buat dirinya….walau hati ini tersayat luka….namun aku gembira kerana pernah menjadi seorang isteri kepada lelaki yang soleh dan telah membimbingku kejalan bahagia ini…Terima kasih abang…..

Jenazah abang Hadi kami kuburkan di tanah suci….itulah harapan yang pernah disuarakannya satu ketika dulu…sebelum kami sampai disini..Sewaktu bermulanya perkenalan kami lagi…
“Insya Allah,saya teringin sangat mengakhiri riwayat hidup saya di Tanah Suci” itulah jawapannya bila kuajukan soalan tentang impian hidupnya…..

Warkah terakhir darinya kubuka dan kubaca sekali lagi…Warkah yang diminta supaya aku membacanya apabila kami selesai menunaikan ibadah haji dan pulang ke tanah air…..

Sayang,
Bila bumi memanggilku kembali,
Bila jasad ini tidak bernyawa lagi,
Ketahuilah hanya engkau pernah menjadi permaisuri hati,
Melengkapkan citaku selama ini….

Bila kita saling terleka,
Atau semakin ditelan usia,
Atau terpisah oleh ketentuan-Nya,
Tetapkan hatimu pada kasih abadi,
Kasih Allah Rabbul Izzati….

Sejak dulu wajahmu menjadi ratu hatiku,
Doaku menginginkanmu,
Kutahu doamu pun begitu,
Tapi kau simpan suara hatimu demi jihad itu,
Ini yang membuatkan hatiku semakin tertawan padamu…..

Syukran temanku,suriku,cahaya hidupku,
Abadikanlah kenangan dan kasih kita bersama keakhirnya,
Walau antara kita terpisah jasad dan nyawa……
Iman,amal dan taqwa tetap bersemi di hati selamanya….

Seutuh kasihmu sayang,adalah dambaan hatiku….syukur atas rahmat Tuhan yang satu… ….assalamu ‘alaikum….

Ikhlas mencintaimu...
Abang….


Kulipat kemas warkah abang dan kusimpan dalam diari hijaunya..Ya,warna kegemaran kami berdua…ada lakaran wajahku pada muka terakhir diari itu….aku tersenyum…kukucup wajah abang dalam gambar yang kulekatkan dalam diariku….wajah manis itu seakan menyambut kucupanku…..

“Mak”….Lamunanku tersentak….Soleh menghampiriku…6 tahun berlalu….anak-anakku sudah membesar semuanya….membesar dengan kasih sayang dan pesan ayah mereka supaya selalu menegakkan Islam walau dalam apa jua perkara….bahagia inilah yang pernah kurasai dulu… “Mak,adik tanya,jihad tu? apa maksudnya mak….”kata soleh menggaru-garu kepala…Kubelai rambut anakku dengan penuh kasih sayang,”Sekejap lagi mak datang”,balasku….Anakku mengangguk-ngangguk dan menyimpulkan senyuman..Seiras wajah ayahnya..Akan ku jelaskan maksud jihad sejelasnya kepada anak-anakku kerana ANUGERAH JIHAD INIlah yang telah membawa sinar kebahagiaan dalam kehidupan kami sekeluarga hingga ke detik ini….………………..Amin….


~ ada bahagian2 artikel  diatas telah diedit sendiri oleh saya...semoga mesej yg ingin disampaikan berjaya sampai pada pembaca tanpa terjejas mana2 kandungannya~
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, July 24, 2011

Ya Allah, gembirakan kami dengan redha-Mu..-abdillah


Nak jadi mcam mereka...semoga mampu..


"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh....
Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...”

Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaALLAH.
”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya menjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati. Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh ibu dan ayah. Tiada harta untuk kupersembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s, sama seperti mu.
 ”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah Islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hamba-Nya kepada Penciptanya yang agung.


Pendirianku...pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini, aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,
" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)
Renungilah Firman-Nya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.
“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”
(An Nisaa’ : 1) "

Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".
(An-Nissa':34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam Qalam-Nya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaan-Nya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaALLAH.

Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, dan hadis-hadis Nabawi kerana aku meyakini bahawa Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Jua tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi. Selaras jua dengan hadis Nabi, aku mahu jadi wanita yang punya barokah.
 “Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya”

Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.

Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.
.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu.::.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, July 20, 2011

Marhaban Ya Ramadhan!


Terasa indah pada hari ini mampuku berdiri, menghadiahkan seribu kali kesyukuran, di bulan Syaa'ban yang mulia. Ini bermakna aku semakin menghampiri Ramadhan Al Mubarak yang ku tunggu-tunggu demi cintaku pada yang Esa. Ya, masih tinggal cuma beberapa hari lagi sebelum Ramadhan tiba. Namun, tatkala teringat bahawa ajal datang umpama kilat memanah bumi, malah lebih laju dan tepat detiknya, aku menjadi sayu.
Bagaimana andainya Ramadhan kali ini tidak dapat ku temui? Mungkinkah nyawaku ditarik sebelum sempatnya Ramadhan kembali? Segala persoalan ku tahu tidak akan terjawab namun, aku kembali memohon kepada Dia, Allah S.W.T, panjangkanlah usia hambamu ini, dan berikanlah kesempatan memenuhi Ramadhan-Mu lagi. Kerana Ramadhan dahulu aku telah mengecewakan Mu, Ya Allah. Kerana Ramadhan dahulu aku telah banyak mensia-siakan Ramadhan dengan kealpaan dan kemungkaran.
Ramadhan, bulan penuh keberkatan. Mengapa ia dikatakan begini? Sudah tentu semua telah maklum bahawa Ramadhan merupakan satu-satunya bulan yang kita diuji dengan pelbagai corak ujian untuk mengukur kesabaran demi memperoleh seribu kebaikkan daripadanya. Masya-Allah!
Jika ada antara yang bukan Islam bertanyaku, 'Tidak lapar kah kamu semua berpuasa selama 30 hari? Kalau aku di tempat engkau, sudah tentu aku tidak dapat memenuhi tuntutan puasa tersebut'.
Maka aku selalu nyatakan pada mereka bahawa, 'aku berpuasa bukanlah bermakna aku sedang kebuluran. Sedangkan di setiap pelusuk dunia masih ramai yang tidak menemui makanan dan minuman. Adakalanya berhari-hari mereka kelaparan namun mereka tetap cuba untuk hidup sehingga sisa-sisa nafas yang terakhir. Aku berpuasa demi mengingati Allah dan ciptaan Allah yang ditakdirkan kekurangan serba-serbi dalam kehidupan, di malam hari aku beribadah memuji Allah kerana aku bersyukur, ditakdirkan hidup dalam golongan manusia yang sederhana. Masih mampu meraih nasi dan lauk pauk. Masih mampu meneguk air berwarna warni lengkap berais. Tapi mereka? Ada yang sekadar meneguk air lumpur. Ada yang menangis, meneguk air longkang. Mengapa tidak kita yang serba cukup ini masih tidak bersyukur?'
Aku teringat mengenai kisah sahabat Nabi yang dikasihi mengharungi bulan Ramadhan:
Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib, apabila masuk bulan Ramadhan, dan ketika malam telah melabuhkan tirainya, beliau mengadap mihrabnya (tempat ibadat) sambil memegang janggutnya lalu ia mengangis sambil berkata: Wahai dunia! Samada kamu menghadap kepada ku atau berpaling dariku, aku telah ceraikan kamu dengan talak tiga, dan tidak mungkin lagi aku kembali kepadamu. Sesungguhnya umur kamu pendek, urusun kamu (menipu daya manusia) sangat hina dan tipu daya sangat besar. Ohh! Alangkah sedikitnya bekalan (ku), sedangkan perjalanan sangat jauh dan jalan pula sukar!
Masya-Allah, Saidina Ali sahabat Baginda S.A.W yang dijamin syurga pun merasakan dirinya mempunyai bekalan amalan yang sedikit, inikan lagi kita yang nyata-nyata sering melakukan dosa besar dan kecil kepada Allah S.W.T? Sekali lagi hati ini bertukar sayu dan hiba. Aku mungkin bijak menyatakan kepada mereka tentang fadhilat berpuasa di bulan Ramadhan, tetapi aku sendiri masih banyak melakukan dosa yang sedar dan tidak di bulan Ramadhan dan bulan-bulan lain selain Ramadhan. Sedangkan aku tahu aku tidak semulia Saidina Ali. Ampunkanlah dosaku Ya Allah!
Allah menciptakan manusia dengan tujuan, iaitu untuk menguji samada kita baik atau sebaliknya.
Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:
"Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat)." [Al-Mulk : 2]
Setiap permulaan pasti ada pengakhiran bukan? Pengakhiran ujian itulah yang dinamakan Mati/Maut.
Firman Allah ta'ala yang bermaksud:
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya." [Ali-Imran:185]
Ramadhan adalah bulan penuh dengan kebaikan, keberkatan dan rahmat Allah yang Allah sediakan untuk hamba-hamba-Nya. Ia ibarat seperti pasar-pasar perniagaan yang kesemua barang-barangnya yang di jual adalah yang terbaik dan dijamin kekal selama-lamanya. Inilah perniagaan yang sangat menguntungkan.
 Firman Allah ta'ala lagi mengenai kehidupan yang bermaksud:
"Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya)." [Al-Saf : 10-11]
**
Oleh kerana aku merupakan manusia yang sering terlalai dan membuat dosa, maka Ramadhan ini lah sebenarnya merupakan waktu untuk aku menghapuskan dosa-dosaku agar aku dikembalikan kepada-Nya tanpa noda-noda dosa.
1)Sabda Rasulullah SAW:

"Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan ganjaran pahala, maka di ampunkan dosa-dosa yang lepas dan akan datang." [HR Al-Bukhari]

2)Sabda Rasulullah SAW lagi:

"Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat yang lain dan puasa Ramadan ke Ramadan yang lain,semuanya adalah penghapus dosa-dosa di antara kedua-duanya selagi mana ia menjauhi dosa-dosa besar." [HR Muslim]
Insya-Allah dengan kehadiran Ramadhan kali ini aku akan berusaha merebut peluang ini untuk berpuasa dengan penuh keimanan kepada-Mu, bukan sahaja menahan diri daripada lapar dan dahaga malah turut menahan diri daripada godaan syaitan dan hawa nafsu.
3)Sabda rasulullah SAW tentang kebaikan Ramadhan lagi:

"Semua amalan anak Adam akan di ganda pahalanya, setiap amalan baik sama dengan sepuluh kebaikan dan diganda lagi sehingga tujuh ratus melainkan puasa. Maka firman Allah ta'ala: Maka sesungguhnya ia adalah untuk-Ku dan Aku sendiri akan membalasnya, ia meninggalkan syahwatnya dan makan demi kerana-Ku." [HR Muslim]
Lantas aku teringat kisah Rasulullah S.A.W bahawa Baginda pernah bercerita kepada sahabat-sahabat Baginda, mengenai perihal syurga Rayyan, iaitu syurga yang dikhaskan untuk orang-orang yang ikhlas berpuasa,
4)Sabda Rasulullah SAW mengenai Syurga Rayyan:

"Sesungguhnya di syurga ada satu pintu di namakan Ar-Rayyan, akan masuk melalui pintu ini pada hari qiamat mereka yang berpuasa , tidak akan masuk melaluinya selain daripada mereka. Di katakan: Di manakah orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka yang berpuasa memasukinya, setelah mereka masuk pintu ini pun ditutup dan tidak akan masuk lagi seorang pun selepas itu." [HR Al-Bukhari]
Baginda S.A.W juga pernah menyatakan bahawa bukan sahaja pintu syurga Rayyan yang akan dibuka malah semua pintu-pintu syurga akan memperlihatkan isinya( terbuka) dan pintu-pintu neraka akan tertutup selama sebulan.
5)Sabda Rasulullah SAW:

"Apabila masuk Ramadhan, pintu-pintu syurga akan di buka, di tutup pintu-pintu neraka dansyaitan-syaitan di gari." [HR Al-Bukhari]
Apabila membaca hadis ini, aku sering berasa lega. Alhamdulillah, tiada syaitan yang akan menganggu ibadahku ketika bulan Ramadhan, sudah pasti ibadah ku akan menjadi tip-top dan sempurna! Tetapi aku sering lupa bahawa hawa nafsu itu masih ada dalam diri. Aku berazam, Ramadhan kali ini aku akan tundukkan hawa nafsuku agar ia patuh menunaikan arahan dan perintah Allah S.W.T.
Di akhir Ramadhan, Allah kurniakan pula satu malam yang tiada tandingannya dengan malam-malam yang lain. Benar bahawa Allah itu Maha Penyayang dan Pengampun. Seboleh-bolehnya Dia menciptakan hari dan bulan untuk manusia-manusia bertaubat dan mensucikan diri daripada dosa. Jika Allah itu zalim, sudah tentu Dia tidak akan menciptakan penghulu keindahan Ramadhan ini yakni malam lailatul qadar dipengakhir Ramadhan! Pepatah inggeris mengatakan, Save The Best for The Last.
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan." [Al-Qadr : 1-3]

6)Rasulullah juga turut bersabda mengenai keistimewaan Lailatul Qadar:

"Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, Allah telah fardukan ke atas kamu puasa ramadhan, di buka padanya pintu-pintu langit (pintu syurga) dan di tutup pintu-pintu neraka Jahim, di ikat syaitan-syaitan yang paling jahat, bagi Allah satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa yang di haramkan dari kebaikannya, maka ia di haramkan dari segala kebaikan." [Hadith sohih-Riwayat al-Nasa'i]
Sesungguhnya begitu mulia Ramadhan Al-Mubarak. Begitu besar dan banyak kebaikannya. Malah tidak terhitung jumlah dosa-dosa yang terhapus kerananya! Ya Allah Ya Rabbi, jauhkanlah aku daripada kelalaian menyambut bulan-Mu Ramadhan. Tingkatkanlah usaha ku ke arah mencapai rahmah-Mu. Amin
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

"Ketahuilah wahai Mujahidku..." -Insan


Untukmu Bakal 'Imam'ku yang tiada siapa mengenali termasuklah diri ini, dirimu masih rahsia penciptamu…rahsia yang telah ditentukan untukku, yang perlu kusingkap dengan segunung taubat dan sepenuh sungguhan sujudku, cuma jambatan istikharah jua yang bisa merungkai rahsiaku ini…

Ketahuilah wahai mujahidku…Ketahui namamu tidak menjadi idamanku, apa lagi untuk menatap wajahmu...Menggeletar diri ini apabila terfikirkan azab Allah, justeru diri ini amat bersyukur kerana masih tidak di takdirkan sebarang pertemuan sedar  antara kita..ku bimbang andai terjadi pertemuan itu sebelum lafaz akad darimu, sungguh kita menempah siksaan Allah. Ya Tuhan kami lindungi kami...

Biar bertahun lama yang ku tunggu bukan dirimu, tetapi yang ku tunggu adalah lafaz akad yang akan membimbing diri ini ke Jannah ALLAH... apalah ertinya perasaan kasih yang bersemi untukmu suamiku andai maharnya bukan kemampuanmu untuk mendidikku menjadi mujahidah yang mencintai DIA lebih dari segala...

Tiada yang lebih bahagia suamiku, melainkan didikanmu yang akan membuatkan diri ini mencintai perjuangan menegakkan Deen ini… berikan ku sepenuh kekuatanmu dalam mendidik iman ku agar syahidmu ku damba…berikanku segala kasihmu jua agar sujudku kan tegar pada-Nya dalam memohon dikurniakan pada kita mujahid-mujahid yang akan menyambung perjuangan bapa mereka…

Berikanku sepenuhnya sebahagian hati yang kau sediakan untuk diriku agar sebahagian hati mu itu akan menjadi inspirasi padaku untuk menghantar satu persatu mujahid kita ke medan jihad…mungkin kau hairan suamiku, mengapa diri ini hanya mahukan sebahagian hatimu dan bukan sepenuhnya… Suamiku, hatimu itu milik Robbul Jaleel, dan ku pohon sebahagian itu sebagai semangatku wahai suamiku... Dari awal lagi sudah ku didik hati ini, bahawa dirimu suami ku bukan milikku dan juga mujahid-mujahidku itu bukan milikku…kalian milik ALLAH, dan diriku hanya medan  yang diciptakan-Nya untuk menyambung generasi jihad dari rahim ini…

Wahai suamiku, seadanya diri ini sekarang, hanyalah dalam mujahadah mentarbiyyah jiwa agar diriku bisa menjadi sayapmu mengenggam syahid... Tersangatlah bimbang diri ini andai ku gagal mendidik hati, kerana yang kuimpi seorang pejuang untuk menyambung jihad yang terbentang dengan melahirkan para mujahid...

Wahai suamiku, walau dimana jua dirimu dan siapa jua dirimu.. yang pasti, mari bersama kita mendidik hati mencintai SYAHID demi redha-Nya, sebagai hamba yang menikmati kurniaan yang tidak terkira dari Rafiul a'la…bersamalah kita bersyukur, bersyukur dengan mencintai DIA lebih dari segala isi dunia dan dunia ini...kerana hilang erti pada sebuah kehidupan andai cinta dari ALLAH tidak kita balas…andai cinta sementara bisa melukakan hati  sedang sepatutnya hati-hati kita robek kerana gagal membalas segunung cinta dari DIA Maha Esa...

Semoga semuanya terjawab dalam sujud yang kita labuhkan demi redha-Nya...biarlah seribu malam berlalu…tapi pastikan ianya berlalu dengan alunan sendu dalam sujud kita diatas lembaran tahajjud dan istikharah...InsyaALLAH inilah pencarian kita...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Aku dan 9 Julai- Insan


Bismillahirrahmanirrahim…

Disaat aku menyatakan hasrat untuk menyertai perhimpunan BERSIH bersama dengan seorang kakak, ayah dan emak ku lihat lebih banyak termenung..entah kenapa…dalam hati aku berkata “mungkin mak dan ayah takut nak lepaskan aku pergi”..serba salah juga aku dibuatnya, tetapi aku cuba juga menenangkan hati mereka..dan aku katakan pada mereka apa saja yang berlaku, mak dan ayah kena redha…mereka tersenyum..

9 July..

Malam itu, semua ahli keluargaku sudah melelapkan mata..sedang mataku, ku rasakan masih segar..puas kucuba untuk melelapkan mata, tapi tidak berjaya..ku lihat jam,3 pagi..aku mengeluh sendirian..mungkin kerana terlalu ‘excited’ utk ke KL keesokkannya..ku paksa juga diri untuk tidur kerana aku tahu “esok adalah hari yang panjang dan aku memerlukan tenaga yang banyak”..

Saat yang dinantikan telah tiba..jam 7.45 pagi, aku bersiap untuk bertolak ke Perhentian bas di Tampin..mulanya ayah agak bising kerana terpaksa menunggu lama untuk kami bersiap..ayah kata; “kalau ada roadblock silap haribulan tak dapat kejar bas”..(nak buat macam mana,memang kalau keluar rumah kita kaum hawa akan pastikan sehabis baik bahawa apa yang perlu ditutup dan dijaga seharusnya dilakukan sedemikian). Tiket bas dah dibeli awal-awal lagi..alhamdulillah, bas kami akan bertolak dari Tampin pada jam 9.30 pagi..perjalanan dari rumah ke Tampin disirami dengan hujan yang sangat lebat sehingga mengganggu pemanduan ayah..tapi alhamdulillah, selepas mengharungi hujan lebat, kami sampai juga ke Perhentian Bas Tampin lebih kurang jam 8.40 pagi..

‘Misi’ mencari kak Rin tidaklah sesukar mana..dengan adanya’handphone’, ia jadi lebih mudah..alhamdulillah, hampir 5 minit mencari akhirnya kami bertemu buat pertama kalinya..walaupun baru berjumpa ‘face-to-face’ buat kali pertama, kami tidak sedikitpun rasa janggal..alhamdulillah..

Sementara menunggu bas yang dijangka tiba dan bertolak pada jam 9.30 pagi, kami habiskan masa untuk berbual-bual..kami berdua mengatur stategi kami..
Seperti yang dirancang, kami menaiki bas pada jam 9.30 pagi dengan diiringi doa mak dan ayah kami..dalam bas hanya ada 5 penumpang..3 lelaki dan 2 perempuan..tempat duduk dibahagian paling belakang menjadi sasaran kami..lebih senang untuk kami lihat apa yang terjadi diluar sana..

Perjalanan dari Tampin ke terminal Bandar Selatan kami rasakan sangat panjang..kami tersedar sesuatu..sebab dari mula2 kami naik bas tadi, pemandu bas itu memandang kami dengan pandangan yang ‘lain’…hmm…tekaan kami betul bila semua kenderaan lain memotong bas kami dan si pemandu bas pula masih sempat berhenti di Perhentian yang kami tak tahu perhentian mana..tapi yang kami ingat, perhentian itu tidak jauh dari USIM..

Entah pukul berapa, kami akhirnya sampai ke Terminal Bandar Selatan..suasana yang sangat lengang membuatkan kak Rin menyatakan ‘kepelikkannya’.. “tak pernah akak tengok TBS ni lengang macam ni”..(aku pula, itulah kali pertama sampai ke Terminal tu)..sampai di atas,seorang pemandu teksi menyapa kami, “teksi dik?” dan kami menjawab “xpe bang…trima kasih..” , lalu kami pun berlalu pergi..turun dan naik tangga bukanlah pilihan bagi kak rin…dia lebih selesa memilih lif..sedang aku pula seorang yang agak trauma bila dengar perkataan lif dan lebih suka menggunakan tangga sebagai jalanku..tapi nak buat macam mana, itukan kali pertama aku di Terminal tu,nanti sesat satu masalah pula..kami pun berdiri menunggu pintu lif dibuka..Didalam lif, seorang mak cik yang agak tidak setuju dengan perhimpunan BERSIH meluahkan perasaannya kepada seorang wartawan berbangsa cina,perempuan..kami berdua hanya mampu tersenyum mendengar keluhan mak cik itu..

Keluar dari lif, kami mencari tempat menunggu yang sesuai..kami ambil keputusan untuk berdiri bila kami lihat tiada lagi tempat kosong untuk kami duduk..secara tidak sengaja, kami telah berhenti dibelakang seorang anggota polis yang berpakaian preman, lelaki..aku yang masih tidak perasan akan polis itu, dicuit oleh kak Rin..sedar kami berdiri hampir dengan polis, kami berganjak ke kawasan yang agak jauh dengan polis itu..sedang kami menunggu ‘train’ tiba, kami dikejutkan dengan pengumuman bahawa train akan terlewat sedikit memandangkan perhimpunan BERSIH yang sedang dijalankan..terasa membuang masa, kami ambil keputusan untuk menggunakan LRT..kelakarnya, bila kami nak keluar dari tempat menunggu KTM itu, kami sekali lagi berhenti dibelakang ‘abg polis’ tadi..masa berhenti tu kak Rin kata pada aku; “xpelah..kita naik KTM je”..tidak pasti pilihan mana yang harus dibuat, aku akur dengan keputusan kak Rin..kami berdiri dibelakang polis tu sambil membuka topic ‘toilet’..( nak cover yang kami sebenarnya nak lari ke stesen LRT, tapi xjadi..)

Selamat menaiki train, kami berpaling keluar..benar tekaan kami, ‘abg polis’ yang duduk didepan kami tadi tidak menaiki train..sebaliknya bangun untuk berjumpa seorang lagi ‘abg polis’..kami tergelak-gelak didalam train memikirkan “ kalaulah kena cekup tadi,xdan la nak sampai ke tempat demonstrasi..”

Alhamdulillah, kami selamat sampai ke stesen KL Central. Bertemu dengan beberapa ikhwah kenalan ‘Facebook’ dan kami merancang strategi bersama-sama. Malangnya, kawalan polis yang sangat ketat menyebabkan hampir mustahil bagi kami meninggalkan KL Sentral.. walaupun aku dan kak Rin nekad ingin keluar dari KL Sentral, tapi kami dinasihatkan oleh ikhwah2 supaya bersabar..kami akur..

Waktu zohor sudah masuk..semua menuju ke surau...sebaik saja kami kembali dari surau, kami membuat keputusan untuk berjumpa dengan seorang ukhti yang datang seorang diri..memang kami merancang untuk berjumpa sambil mengambil peluang untuk merapatkan lagi ukhwah..tapi kita merancang, dan ALLAH juga merancang..sedang kami menunggu ukhti itu sampai, kami dikejutkan dengan laungan takbir, laungan BERSIH dan laungan reformasi…tanpa membuang masa, kami berlari kearah datangnya laungan-laungan itu..rupanya laungan itu datang dari tingkat atas bangunan KL Sentral...segera kami berlari dan menyelit diantara orang ramai..misi kami masa tu, “lari keatas dan turun bersama pimpinan!”..sampai saja di atas, kami bertembung dengan beberapa pimpinan seperti Tuang Guru Hadi Awang (Presiden PAS), Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR), Izzah Anwar, dan Tian Chua (DAP)..

Merasakan ini peluang untuk keluar dari ‘penjara’ KL Sentral (sebab kami disitu hampir 3 jam) dan berada di medan sebenar, kami tanpa lengah-lengah lagi segera masuk kedalam gelombang dan turut serta menyahut laungan takbir, dan laungan-laungan lain..
Kami akhirnya berjaya keluar dari KL Sentral..sebaik tiba di luar KL Sentral, kami telah ‘disambut’ oleh FRU..kak Rin menarik tanganku untuk berlari keluar dari gelombang itu memandangkan keadaan sudah mula kelam-kabut dan kami pula berada ditempat yang mudah untuk dicekup oleh polis..menggunakan laluan pejalan kaki, kami lari kedepan dan berdiri berhampiran dengan FRU…beberapa gambar berjaya kami ‘snap’ sebagai bukti betapa ‘baiknya’ layanan yang para demonstran dapat dari kerajaan melalui FRU dan polis yang diarahkannya..

Suasana bertambah tegang apabila FRU melepaskan gas pemedih mata..para demonstran lari bertempiaran..melarikan diri sejauh mungkin dari tempat yang penuh dengan gas pemedih mata..kami turut merasa ‘keenakkan’ gas pemedih mata itu..jujur aku katakan, rasanya tidaklah sesakit mana…kerana bagiku sakit lagi hati ini tatkala mengenangkan kekejaman sang pemerintah..

Pertarungan para demonstran dan FRU berlangsung selama hampir 30 minit..kami menunggu dikawasan yang berdekatan..menunggu gelombang seterusnya terbentuk..sementara menunggu, kami mendapat berita bahawa beberapa pimpinan telah ditahan dan ada juga yang di pukul sehingga berdarah..marah dan kebencian kami meluap-luap..semakin kami rasa ingin menentang pemerintah yang zalim ini..! kemudian, kami melihat ramai yang berjalan menuju ke satu arah (LRT Pasar Seni).. kami pun turut serta…sepanjang perjalanan yang entahkan berapa KM jauhnya, kami sempat ‘snap’ beberapa gambar sebagai tanda kenangan..perjalanan yang jauh itu benar-benar menguji kekuatan kami..berbekalkan semangat (sebab pagi tu kami berdua memang xmakan apa2..huhu) , kami melangkah mara ke hadapan..sedang kami berjalan, kami terpandang seorang pakcik yang bertongkat turut serta dalam perarakan ini..sambil melihat pakcik itu bersusah-payah melangkah, hati aku tersedar..dalam hatiku aku bermonolog; “nah, pakcik yang cacat  itupun mampu melangkah demi menuntut keadilan,sedang aku yang normal ni?”.. aku rasa seperti disuntik dengan 1 semangat yg bagiku ia adalah sangat luar biasa, lantas kami melajukan langkah kaki..(mulanya kami bercadang untuk berjalan dengan pakcik tu, tapi kami batalkan hasrat itu..)
Sampai saja di LRT Pasar Seni, kami mendengar laungan takbir,BERSIH, reformasi, tolak rasuah dan banyak lagi..sangat menaikkan semangat kami yang berada disitu… sedang para demonstran menyahut laungan itu,  seorang lelaki ditengah-tengah gelombang itu melaungkan ‘1 Malaysia’ (tapi tiada yang menyahut laungan itu)..

Entah berapa lama kami disitu, kami kemudian berjalan menuju ke Central Market…terpaksa meredah abang-abang posmen dan abang-abang polis yang sedang ‘lepak’ disitu,,tujuan kami melangkah ke CM adalah untuk mencari kedai kasut…sebab kasut kak Rin dah tercabut gara-gara berlari dalam hujan tatkala dikejutkan dengan lontaran gas pemedih mata.. sayangnya, semua kedai-kedai yang ada ditutup..hasrat untuk mencari kasut terpaksa dibatalkan..(masa di CM, trak-trak polis bersusun..kalau tidak silap, ada 4 ke 5 trak..dengan polis yang berkeliaran merata-rata..ada juga polis yg berpakaian preman yang turut ‘rehat’ ditempat kami menunggu gelombang seterusnya..)

Kami duduk menanti gelombang seterusnya bagi meneruskan perjalanan..dan ketika itu kami dikejutkan dengan azan Asar yang berkumandang..kami putuskan untuk solat bila sampai ditempat ‘rehat’..kami terus menanti gelombang..dan beberapa minit selepas itu, kami dikejutkan dengan pengunduran FRU dari benteng yang mereka bina..entah kenapa, kami pun tidak pasti..untuk bertanya tentangnya, kami tidak jumpa orang yang sesuai untuk ditanya..jadi, kami terus menunggu.. tapi sayangnya, gelombang tamat di Pasar Seni..kami kemudian mengambil keputusan untuk menaiki LRT Pasar Seni untuk kembali ke KL Sentral..

Di stesen LRT itu, kami saksikan beratus para peserta demonstran sedang menunggu untuk masuk ke  stesen itu..(pengurusan kata akan dibuka pada jam 5 ptg..tapi masa tu dah pukul 5 lebih..pintu masih tidak dibuka..)entah berapa lama kami menunggu (sebab saya dan kak Rin masing-masing tiada jam) pintu akhirnya dibuka atas desakan orang ramai..ada seorang mak cik tua (seorang cina) menjerit sambil mengetuk pintu itu agar ia dibuka cepat…disambung pula dengan desakan-desakan para demonstran yang sedang keletihan tapi masih mampu tersenyum dan ‘bergurau’ dengan abang polis yang mengawal pintu masuk itu…(macam2 telatah mereka semua ni..kami hanya mampu tersenyum kerana rasa seronok dengan telatah mereka2 semua..terasa hilang segala keletihan yang melanda..) atas desakan, akhirnya pintu dibuka juga..sempat aku memandang kepada 2 anggota polis lelaki yang berdiri dipintu masuk..mata mereka kelihatan merah..seolah baru menangis..aku tertanya-tanya juga mengapa…fikiranku mengagak.. aku rasa anggota polis itu terharu dengan ucapan2 TERIMA KASIH dari para demonstran… sebab aku yang berada selang 4 5 baris dari mereka yang paling awal masuk, sempat menangkap ucapan TERIMA KASIH mereka-mereka yang didepanku..dalam hati, aku rasa bangga dengan mereka semua…

Perjalanan kami lancar ke KL Sentral..dan sampai saja di KL Sentral, kami mengambil keputusan menaiki KTM untuk menuju ke tempat ‘rehat’ kami sementara.. sedang kami menunggu train, kami dikejutkan dengan laungan REFORMASI  oleh ikhwah2 (yang juga sedang menunggu train) yang masih bersemangat..ALLAHUAKBAR..aku benar-benar kagum dengan semangat mereka..! selang beberapa minit selepas itu, train yang ditunggu pun sampai…koc wanita menjadi sasaran kami..dan alhamdulillah, kami  akhirnya selamat sampai ke destinasi yang ingin  dituju…

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah…

Wallahua’lam..

( Cerita diatas adalah rekaan semata-mata..tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia…;) )

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

ALLAH..Hatiku sedang diuji!- Insan


Kesedihan ialah penyakit jiwa (hati) yang boleh mengundang bahaya. Namun rasa kesedihan, kebimbangan, susah hati banyak melanda manusia pada waktu ini. Sedihnya, kebanyakan manusia menemui jalan buntu untuk mengubati penyakit ini sehingga ada yang berputus asa.

Bagaimana mengatasi kesedihan?

Hmm..bukankah orang yang beriman itu ada Al-Quran untuk diambil panduan, ada doa yang boleh dipohon, ada solat yang dapat menghampirkan diri kepada ALLAH yang sekaligus dapat menghilangkan kesedihan itu...? selain itu amalan bersedekah, perbuatan baik, dan amalan lain boleh memberi manfaat daripada terus bersedih..Nah! sebab itulah kita jangan bersedih..ia tidak mendatangkan apa manfaat pada kita selain membuat kita terus rasa ‘down’...dari kita bersedih tu, baik kita lakukan perkara yang boleh beri manfaat atau kebaikan pada orang lain..

Adakah jalan bahagia?

Jawapannya, ada! Kita ada banyak pilihan untuk mendapatkan kebahagiaan yang diidam..antaranya:


Beriman

Sebuah hadith riwayat Muslim, daripada Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.aa berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

“ Memang sangat menakjubkan keadaan orang Mukmin kerana segala urusannya mendatangkan kebaikan baginya dan ini tidak akan berlaku kecuali bagi orang yang beriman. Apabila memperolehi kesenangan dia bersyukur, maka yang demikian itu kebaikan baginya. Apabila ia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka yang demikian itu juga kebaikan baginya.”


Lupakan masa lalu

Semua yang telah berlaku disebabkan perhatian yang terpaku kepada peristiwa silam, merupakan kebodohan dan kegilaan.. Bayangkan, kita hanya berdiri didepan pintu yang sama sedang pintu lain sebenarnya telah terbuka.. Bukankah ia suatu perkara yang sia-sia? Kenapa perlu kita membuang masa kita menunggu pintu yang telah terkunci itu dibuka sedang banyak pintu lain telah sedia terbuka? Renungkan..


Jangan sibukkan diri dengan masa depan

Masa depan masih berada dialam ghaib.. Jangan terlalu risau memikirkannya, ia akan datang jua dengan sendirinya.. ALLAH  berfirman dalam surah Yunus ayat 62 yang bermaksud:

“Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali ALLAH tidak ada kebimbangan (daripada sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka tidak pula berdukacita.”
“Tiada Kebimbangan” adalah tiada kebimbangan tentang perkara-perkara yang belum berlaku. Manakala “Tidak Berdukacita”  pula adalah tidak  susah hati pada perkara-perkara yang sudah berlalu..


Berzikir

Berzikirlah kepada ALLAH dengan sebanyak-banyaknya, nescaya anda akan memperoleh ketenangan dan kedamaian  sebagaimana dalam firman ALLAH dalam surah al-Ra’d ayat 28:
“ Orang yang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah, dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”


Sedar

Perlu sedar bahawa tiap sesuatu yang berlaku adalah ketentuan qada’ dan qadar dari ALLAH.. Dan setiap yang terjadi itu berhikmah, andai saja kita memikirkannya..


Jangan mengharap

Apabila anda memberikan sesuatu, jangan anda terlalu mengharapkan ucapan terima kasih dari orang lain.. Bimbang andai anda tidak mendapat ucapan terima kasih, anda akan berasa sedih sekaligus membuatkan anda rasa putus asa atau hilang semangat untuk terus melakukan sesuatu kebaikan kerana anda merasakan seolah-olah ia tidak dihargai..


Berfikir

Andai saja kita tahu bahawa setiap yang berlaku itu hakikatnya adalah baik untuk kita.. Bukankah DIA tidak akan sesekali menzalimi hamba-NYA? Hanya DIA Mengetahui apa yang baik dan apa yang tidak untuk hamba-NYA..


Ingat

Terkadang kita rasa kesusahan atau kesedihan yang melanda kita itu akan berpanjangan dan ia tidak mendatangkan kebaikan melainkan hanya mendatangkan perkara-perkara buruk yang lain.. Kita akan rasa kesulitan ini tiada penghujungnya, tiada penamatnya, dan tiada penyelesaiannya.. Tapi bukankah telah dijanjikan DIA bahawa disebalik setiap kesusahan itu ada kemudahan? Andai saja kita ingat..


Jangan Putus asa

Kita begitu mudah berputus asa bila ditimpa sesuatu masalah.. Kita mudah mengeluh dan tidak cuba sehabis baik untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan.. Andai kita mencari jalan penyelesaian pun, jika ia gagal, kita akan tetap berputus asa.. Kebanyakan kita manusia, sering berputus asa waima ia adalah perkara remeh-temeh.. Inilah apa yang dikatakan sebagai satu pembaziran masa.. Bukankah lebih baik masa yang di ‘luangkan’ untuk bersedih itu, kita gunakan untuk mengulangkaji pelajaran, berbakti pada ibubapa, membantu sahabat-sahabat yang memerlukan, atau mendekatkan diri dengan ALLAH? Fikir dan renungkan..


Ada Jalan Keluar!

Jalan keluar dari setiap kesusahan dan kesedihan itu ada.. Tapi ia bersyarat! Jika kita mahukannya, kita hendaklah bertqwa kepada ALLAH! Sebagaimana firman ALLAH dalam surah al- Talaq ayat 2 dan 3 yang bermaksud:

“ Dan sesiapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas dihatinya.”


Jom doa agar dihilangkan segala kesedihan kita!

“Ya ALLAH, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat lemah dan malas. Aku berlidung kepada-Mu daripada pengecut dan bakhil. Aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan seseorang.”

Kisah Abu Umamah yang diceritakan dalam hadis yang  diriwayatkan oleh Abu Daud bisa dijadikan sebagai satu iktibar. Dimana Abu Umamah pada suatu hari kelihatan begitu sedih. Lalu ditegur oleh Rasulullah SAW apa punca kesedihannya. Abu Umamah kemudian menjawab, “Aku sedih kerana aku banyak hutang wahai Rasulullah! ” Kemudian Rasulullah bertanya, “Mahukan engkau aku ajarkan kata-kata yang jika engkau mengucapkannya nescaya ALLAH menghilangkan segala kesedihananmu dan menyelesaikan hutangmu?”. Abu Umamah menjawab, “Sudah tentu Ya Rasulullah.” Lalu Baginda SAW terus mengajarkan doa diatas dan berpesan agar ia dibacakan pada waktu pagi dan petang.

Abu Umamah berkata, “ Lalu doa itu aku amalkan dan ALLAH pun menghilangkan kesedihanku juga melangsaikan hutangku.”


Wallahua’lam...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed