Bismillahirrahmanirrahim…
Disaat aku menyatakan hasrat untuk menyertai perhimpunan BERSIH bersama dengan seorang kakak, ayah dan emak ku lihat lebih banyak termenung..entah kenapa…dalam hati aku berkata “mungkin mak dan ayah takut nak lepaskan aku pergi”..serba salah juga aku dibuatnya, tetapi aku cuba juga menenangkan hati mereka..dan aku katakan pada mereka apa saja yang berlaku, mak dan ayah kena redha…mereka tersenyum..
9 July..
Malam itu, semua ahli keluargaku sudah melelapkan mata..sedang mataku, ku rasakan masih segar..puas kucuba untuk melelapkan mata, tapi tidak berjaya..ku lihat jam,3 pagi..aku mengeluh sendirian..mungkin kerana terlalu ‘excited’ utk ke KL keesokkannya..ku paksa juga diri untuk tidur kerana aku tahu “esok adalah hari yang panjang dan aku memerlukan tenaga yang banyak”..
Saat yang dinantikan telah tiba..jam 7.45 pagi, aku bersiap untuk bertolak ke Perhentian bas di Tampin..mulanya ayah agak bising kerana terpaksa menunggu lama untuk kami bersiap..ayah kata; “kalau ada roadblock silap haribulan tak dapat kejar bas”..(nak buat macam mana,memang kalau keluar rumah kita kaum hawa akan pastikan sehabis baik bahawa apa yang perlu ditutup dan dijaga seharusnya dilakukan sedemikian). Tiket bas dah dibeli awal-awal lagi..alhamdulillah, bas kami akan bertolak dari Tampin pada jam 9.30 pagi..perjalanan dari rumah ke Tampin disirami dengan hujan yang sangat lebat sehingga mengganggu pemanduan ayah..tapi alhamdulillah, selepas mengharungi hujan lebat, kami sampai juga ke Perhentian Bas Tampin lebih kurang jam 8.40 pagi..
‘Misi’ mencari kak Rin tidaklah sesukar mana..dengan adanya’handphone’, ia jadi lebih mudah..alhamdulillah, hampir 5 minit mencari akhirnya kami bertemu buat pertama kalinya..walaupun baru berjumpa ‘face-to-face’ buat kali pertama, kami tidak sedikitpun rasa janggal..alhamdulillah..
Sementara menunggu bas yang dijangka tiba dan bertolak pada jam 9.30 pagi, kami habiskan masa untuk berbual-bual..kami berdua mengatur stategi kami..
Seperti yang dirancang, kami menaiki bas pada jam 9.30 pagi dengan diiringi doa mak dan ayah kami..dalam bas hanya ada 5 penumpang..3 lelaki dan 2 perempuan..tempat duduk dibahagian paling belakang menjadi sasaran kami..lebih senang untuk kami lihat apa yang terjadi diluar sana..
Perjalanan dari Tampin ke terminal Bandar Selatan kami rasakan sangat panjang..kami tersedar sesuatu..sebab dari mula2 kami naik bas tadi, pemandu bas itu memandang kami dengan pandangan yang ‘lain’…hmm…tekaan kami betul bila semua kenderaan lain memotong bas kami dan si pemandu bas pula masih sempat berhenti di Perhentian yang kami tak tahu perhentian mana..tapi yang kami ingat, perhentian itu tidak jauh dari USIM..
Entah pukul berapa, kami akhirnya sampai ke Terminal Bandar Selatan..suasana yang sangat lengang membuatkan kak Rin menyatakan ‘kepelikkannya’.. “tak pernah akak tengok TBS ni lengang macam ni”..(aku pula, itulah kali pertama sampai ke Terminal tu)..sampai di atas,seorang pemandu teksi menyapa kami, “teksi dik?” dan kami menjawab “xpe bang…trima kasih..” , lalu kami pun berlalu pergi..turun dan naik tangga bukanlah pilihan bagi kak rin…dia lebih selesa memilih lif..sedang aku pula seorang yang agak trauma bila dengar perkataan lif dan lebih suka menggunakan tangga sebagai jalanku..tapi nak buat macam mana, itukan kali pertama aku di Terminal tu,nanti sesat satu masalah pula..kami pun berdiri menunggu pintu lif dibuka..Didalam lif, seorang mak cik yang agak tidak setuju dengan perhimpunan BERSIH meluahkan perasaannya kepada seorang wartawan berbangsa cina,perempuan..kami berdua hanya mampu tersenyum mendengar keluhan mak cik itu..
Keluar dari lif, kami mencari tempat menunggu yang sesuai..kami ambil keputusan untuk berdiri bila kami lihat tiada lagi tempat kosong untuk kami duduk..secara tidak sengaja, kami telah berhenti dibelakang seorang anggota polis yang berpakaian preman, lelaki..aku yang masih tidak perasan akan polis itu, dicuit oleh kak Rin..sedar kami berdiri hampir dengan polis, kami berganjak ke kawasan yang agak jauh dengan polis itu..sedang kami menunggu ‘train’ tiba, kami dikejutkan dengan pengumuman bahawa train akan terlewat sedikit memandangkan perhimpunan BERSIH yang sedang dijalankan..terasa membuang masa, kami ambil keputusan untuk menggunakan LRT..kelakarnya, bila kami nak keluar dari tempat menunggu KTM itu, kami sekali lagi berhenti dibelakang ‘abg polis’ tadi..masa berhenti tu kak Rin kata pada aku; “xpelah..kita naik KTM je”..tidak pasti pilihan mana yang harus dibuat, aku akur dengan keputusan kak Rin..kami berdiri dibelakang polis tu sambil membuka topic ‘toilet’..( nak cover yang kami sebenarnya nak lari ke stesen LRT, tapi xjadi..)
Selamat menaiki train, kami berpaling keluar..benar tekaan kami, ‘abg polis’ yang duduk didepan kami tadi tidak menaiki train..sebaliknya bangun untuk berjumpa seorang lagi ‘abg polis’..kami tergelak-gelak didalam train memikirkan “ kalaulah kena cekup tadi,xdan la nak sampai ke tempat demonstrasi..”
Alhamdulillah, kami selamat sampai ke stesen KL Central. Bertemu dengan beberapa ikhwah kenalan ‘Facebook’ dan kami merancang strategi bersama-sama. Malangnya, kawalan polis yang sangat ketat menyebabkan hampir mustahil bagi kami meninggalkan KL Sentral.. walaupun aku dan kak Rin nekad ingin keluar dari KL Sentral, tapi kami dinasihatkan oleh ikhwah2 supaya bersabar..kami akur..
Waktu zohor sudah masuk..semua menuju ke surau...sebaik saja kami kembali dari surau, kami membuat keputusan untuk berjumpa dengan seorang ukhti yang datang seorang diri..memang kami merancang untuk berjumpa sambil mengambil peluang untuk merapatkan lagi ukhwah..tapi kita merancang, dan ALLAH juga merancang..sedang kami menunggu ukhti itu sampai, kami dikejutkan dengan laungan takbir, laungan BERSIH dan laungan reformasi…tanpa membuang masa, kami berlari kearah datangnya laungan-laungan itu..rupanya laungan itu datang dari tingkat atas bangunan KL Sentral...segera kami berlari dan menyelit diantara orang ramai..misi kami masa tu, “lari keatas dan turun bersama pimpinan!”..sampai saja di atas, kami bertembung dengan beberapa pimpinan seperti Tuang Guru Hadi Awang (Presiden PAS), Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR), Izzah Anwar, dan Tian Chua (DAP)..
Merasakan ini peluang untuk keluar dari ‘penjara’ KL Sentral (sebab kami disitu hampir 3 jam) dan berada di medan sebenar, kami tanpa lengah-lengah lagi segera masuk kedalam gelombang dan turut serta menyahut laungan takbir, dan laungan-laungan lain..
Kami akhirnya berjaya keluar dari KL Sentral..sebaik tiba di luar KL Sentral, kami telah ‘disambut’ oleh FRU..kak Rin menarik tanganku untuk berlari keluar dari gelombang itu memandangkan keadaan sudah mula kelam-kabut dan kami pula berada ditempat yang mudah untuk dicekup oleh polis..menggunakan laluan pejalan kaki, kami lari kedepan dan berdiri berhampiran dengan FRU…beberapa gambar berjaya kami ‘snap’ sebagai bukti betapa ‘baiknya’ layanan yang para demonstran dapat dari kerajaan melalui FRU dan polis yang diarahkannya..
Suasana bertambah tegang apabila FRU melepaskan gas pemedih mata..para demonstran lari bertempiaran..melarikan diri sejauh mungkin dari tempat yang penuh dengan gas pemedih mata..kami turut merasa ‘keenakkan’ gas pemedih mata itu..jujur aku katakan, rasanya tidaklah sesakit mana…kerana bagiku sakit lagi hati ini tatkala mengenangkan kekejaman sang pemerintah..
Pertarungan para demonstran dan FRU berlangsung selama hampir 30 minit..kami menunggu dikawasan yang berdekatan..menunggu gelombang seterusnya terbentuk..sementara menunggu, kami mendapat berita bahawa beberapa pimpinan telah ditahan dan ada juga yang di pukul sehingga berdarah..marah dan kebencian kami meluap-luap..semakin kami rasa ingin menentang pemerintah yang zalim ini..! kemudian, kami melihat ramai yang berjalan menuju ke satu arah (LRT Pasar Seni).. kami pun turut serta…sepanjang perjalanan yang entahkan berapa KM jauhnya, kami sempat ‘snap’ beberapa gambar sebagai tanda kenangan..perjalanan yang jauh itu benar-benar menguji kekuatan kami..berbekalkan semangat (sebab pagi tu kami berdua memang xmakan apa2..huhu) , kami melangkah mara ke hadapan..sedang kami berjalan, kami terpandang seorang pakcik yang bertongkat turut serta dalam perarakan ini..sambil melihat pakcik itu bersusah-payah melangkah, hati aku tersedar..dalam hatiku aku bermonolog; “nah, pakcik yang cacat itupun mampu melangkah demi menuntut keadilan,sedang aku yang normal ni?”.. aku rasa seperti disuntik dengan 1 semangat yg bagiku ia adalah sangat luar biasa, lantas kami melajukan langkah kaki..(mulanya kami bercadang untuk berjalan dengan pakcik tu, tapi kami batalkan hasrat itu..)
Sampai saja di LRT Pasar Seni, kami mendengar laungan takbir,BERSIH, reformasi, tolak rasuah dan banyak lagi..sangat menaikkan semangat kami yang berada disitu… sedang para demonstran menyahut laungan itu, seorang lelaki ditengah-tengah gelombang itu melaungkan ‘1 Malaysia’ (tapi tiada yang menyahut laungan itu)..
Entah berapa lama kami disitu, kami kemudian berjalan menuju ke Central Market…terpaksa meredah abang-abang posmen dan abang-abang polis yang sedang ‘lepak’ disitu,,tujuan kami melangkah ke CM adalah untuk mencari kedai kasut…sebab kasut kak Rin dah tercabut gara-gara berlari dalam hujan tatkala dikejutkan dengan lontaran gas pemedih mata.. sayangnya, semua kedai-kedai yang ada ditutup..hasrat untuk mencari kasut terpaksa dibatalkan..(masa di CM, trak-trak polis bersusun..kalau tidak silap, ada 4 ke 5 trak..dengan polis yang berkeliaran merata-rata..ada juga polis yg berpakaian preman yang turut ‘rehat’ ditempat kami menunggu gelombang seterusnya..)
Kami duduk menanti gelombang seterusnya bagi meneruskan perjalanan..dan ketika itu kami dikejutkan dengan azan Asar yang berkumandang..kami putuskan untuk solat bila sampai ditempat ‘rehat’..kami terus menanti gelombang..dan beberapa minit selepas itu, kami dikejutkan dengan pengunduran FRU dari benteng yang mereka bina..entah kenapa, kami pun tidak pasti..untuk bertanya tentangnya, kami tidak jumpa orang yang sesuai untuk ditanya..jadi, kami terus menunggu.. tapi sayangnya, gelombang tamat di Pasar Seni..kami kemudian mengambil keputusan untuk menaiki LRT Pasar Seni untuk kembali ke KL Sentral..
Di stesen LRT itu, kami saksikan beratus para peserta demonstran sedang menunggu untuk masuk ke stesen itu..(pengurusan kata akan dibuka pada jam 5 ptg..tapi masa tu dah pukul 5 lebih..pintu masih tidak dibuka..)entah berapa lama kami menunggu (sebab saya dan kak Rin masing-masing tiada jam) pintu akhirnya dibuka atas desakan orang ramai..ada seorang mak cik tua (seorang cina) menjerit sambil mengetuk pintu itu agar ia dibuka cepat…disambung pula dengan desakan-desakan para demonstran yang sedang keletihan tapi masih mampu tersenyum dan ‘bergurau’ dengan abang polis yang mengawal pintu masuk itu…(macam2 telatah mereka semua ni..kami hanya mampu tersenyum kerana rasa seronok dengan telatah mereka2 semua..terasa hilang segala keletihan yang melanda..) atas desakan, akhirnya pintu dibuka juga..sempat aku memandang kepada 2 anggota polis lelaki yang berdiri dipintu masuk..mata mereka kelihatan merah..seolah baru menangis..aku tertanya-tanya juga mengapa…fikiranku mengagak.. aku rasa anggota polis itu terharu dengan ucapan2 TERIMA KASIH dari para demonstran… sebab aku yang berada selang 4 5 baris dari mereka yang paling awal masuk, sempat menangkap ucapan TERIMA KASIH mereka-mereka yang didepanku..dalam hati, aku rasa bangga dengan mereka semua…
Perjalanan kami lancar ke KL Sentral..dan sampai saja di KL Sentral, kami mengambil keputusan menaiki KTM untuk menuju ke tempat ‘rehat’ kami sementara.. sedang kami menunggu train, kami dikejutkan dengan laungan REFORMASI oleh ikhwah2 (yang juga sedang menunggu train) yang masih bersemangat..ALLAHUAKBAR..aku benar-benar kagum dengan semangat mereka..! selang beberapa minit selepas itu, train yang ditunggu pun sampai…koc wanita menjadi sasaran kami..dan alhamdulillah, kami akhirnya selamat sampai ke destinasi yang ingin dituju…
alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah…
Wallahua’lam..
( Cerita diatas adalah rekaan semata-mata..tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia…;) )
No comments:
Post a Comment