Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com

.....

.....

Thursday, September 8, 2011

"Buah itu bernama DAKWAH.."- Insan




Wahai sahabat-sahabat yang dikasihi…


Setelah sekian lama kita meneladani jalan ini…
Marilah sama-sama kita hayati dan renungi…

Renungi semula permulaan kembara ini…
Di sebuah mihrab nun jauh terpencil lagi sunyi…
Hanya ditemani unggas dan dedaunan pokok getah yang menari – nari…
Saujana indah sang Bukit Tunjung menjadi saksi…


Di sini…
Kita ibarat sebutir biji benih yang tidak mengerti…
Ditapak Biah Solehah itu ia disemai penuh murni…
Dipelihara rapi Murabbi Mithali…
Dengan siraman air Manhaj Rabbani…


Menghasilkan pokok yang subur dan teguh siasi…
Mengeluarkan ranting-ranting kasih sayang insani…
Menaungi hamba-hamba Rabbani…
Dari panas dan bahang sang mentari…


Hari demi hari…
Pokok itu kian teguh berdiri…
Mengejar cahaya Ilmu sang mentari…
Menggapai tinggi langit Cita-cita yang tak pasti…


Namun…
Adakah selamanya si pokok itu harus menaungi…
Tanpa menghasilkan sesuatu untuk dirasai…
Tanpa memberi buah yang manis memikat hati…


Yang mampu dilakukan hanyalah memerhati…
Hanyutnya insan dalam arus duniawi…
Terus berbangga dengan julang Ilmunya yang melangit tinggi…
Merasakan diri ini sudah Tarbawi…
Tanggungjawab menyeru bukanlah Prioriti…
Hingga manusia itu jauh dari Illahi…


Marilah kita sama-sama muhasabah diri…
Merasai gentingnya tugas ini…
Kerna kelak akan diadili…
Adakah tugas ini telah disudahi…


Ayuh…
Sudah tiba masanya menggerakkan diri…
Mantapkan lagi ilmu ukhrawi…
Ketepikan rasa malu dan segan di hati…
Praktikkan segala nutrient dan khasiat Tarbiyah yang diperolehi…
Dengan mengeluarkan buah Dakwah yang manis dan berkualiti…
Memikat dan memberkas di hati…
Biar semuanya merasai…
Indahnya hidup di bawah naungan Illahi…


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Post a Comment