Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

.....

.....

Friday, October 28, 2011

"Nah, ini buat engkau..."- 'abdillah



Ini kata hatiku buat engkau yang bergelar ikhwah…kerana aku seorang akhawat yang merasa keperitan ini…bahkan, ramai sahabat-sahabat seperjuangan ku turut merasai keperitan ini…Keperitan? Bunyinya terlalu hebat bukan? Seolah terlalu susah untuk menghadapi mehnah yang satu ini… YA, memang sukar!

Kau tahu apa mehnah yang aku maksudkan ini bukan? Ya, aku tahu kau mengerti…inilah kata hatiku…moga kau mengerti…




Duhai ikhwah…
Aku yang engkau lihat ini bukanlah sehebat yang engkau sangkakan…
‘alim itu bukan aku…
solehah itu bukanlah aku…
mujahidah itu juga bukanlah aku…
aku hanyalah seorang hamba yang terlalu banyak kekurangan…
seorang hamba yang sering terlupa akan peringatan dari Rabb-nya…

Duhai ikhwah…
Aku yang engkau lihat ini bukanlah sekuat yang engkau sangkakan…
jatuh bangun seolah menjadi teman setiaku…
pernah aku terjatuh dan hampir saja aku berputus asa untuk bangun semula…
mujur ALLAH mengingatkanku bahawa hanya orang kafir yang berputus asa dari rahmat-Nya…

Luka dan parut pula seolah sukar dielakkan lagi…
ku cuba rawat luka ini…
dan sering saja ia kembali terluka…
parut yang dijahit, seolah terbuka kembali…
aku tahu, ini semua salahku…
aku cuba bina kekuatan semula…
sukar…
tapi aku paksa diriku…
kerana aku tidak mahu terluka dan mendapat parut tatkala disana kelak…

Lemas ku dilautan maksiat ini juga sudah berkali…
sering kakiku ditarik oleh pusaran maksiat…
sehabis daya aku melawan…
aku hampir hilang kekuatan…
mujur ada orang yang kukasihi membantu menarikku keluar dari pusaran itu…
aku tahu, ALLAH menghantar mereka padaku…
DIA sudah terlalu banyak menolongku…
sedang tiada apa yang aku lakukan sebagai membalasnya…
kerana itu aku malu untuk berbuat sesuatu yang DIA tidak suka…

Tangisan pula bukanlah sesuatu yang asing lagi…
bahkan tangisan inilah yang menemani hari-hariku…
tahukah engkau mengapa?
kerana aku sentiasa rasa bersalah pada DIA…
SMS, chatting, atau berkongsi maklumat dengan engkau kurasakan satu bebanan…
tak tertampung dek bahuku…
kononnya berda’wah dan sekadar berkongsi…
mulanya aku menerimanya…
tapi saat masa berlalu, ku rasakan “ini semua nonsense!”
mungkin bagi sesetengah orang mereka merasakan sebaliknya…
tapi bagiku ia adalah sesuatu yang sangat besar…
Mursyid ku sering berkata tatkala dia diajukan soalan mengenai berda’wah pada yang berlainan jantina…
katanya, “dah habis ke semua akhawat disekeliling engkau di da’wah sehingga engkau berda’wah pada ikhwah?” …
aku terdiam…
tertunduk malu…
bukan saja pada diri sendiri, tapi aku juga malu pada ALLAH…
dan kata-kata inilah yang sentiasa bermain dibenakku…
tak pernah sekali aku lupakan…
hingga ke saat ini…

Duhai ikhwah…
tahukah engkau…
bebanan inilah yang sering membuatkan ku resah…
bebanan inilah yang sering membuatkan fikiranku kusut…
bebanan inilah yang sering membuatku hilang fokus pada amanah yang sedang aku galas saat ini…
dan kerana bebanan ini jugalah aku sukar menjalankan tugasku sebagai khalifah dan hamba…

Duhai ikhwah…
Dek bebanan dosa yang ku lakukan dimalam hari…
tanpa tangguh, aku meminta keampunan dari-Nya dikala pagi hari…
tapi aku hanya manusia biasa…
sekali lagi bebanan yang cuba ku hindari itu hadir…
dan aku seolah terlupa dan leka akan janjiku pada diri sendiri…
aku menerima bebanan itu…
walau hakikatnya aku bisa saja menolaknya jauh…
lantas, aku memohon keampunan dari-Nya di kala tengahhari menjelang…
dan itulah yang berlaku sehingga malam hariku setiap kali bebanan itu hadir…
aku menangis dan menyesal akan perbuatanku…
Jujur, saat ini kurasakan akulah hamba yang paling hina…
aku katakan tidak pada sesuatu itu, tapi aku masih melakukannya…
ibarat seorang perokok yang mengatakan “jangan merokok!” …
ah…aku terlalu hina…
aku malu pada DIA…

Duhai ikhwah…
semua ini meresahkan aku…
kurasakan aku semakin jauh dari DIA…
dan bukan ini yang aku pinta…
bukan ini yang aku mahukan dalam hidup ini...
sesaat DIA jauh dariku, kurasakan aku tidak bisa hidup lagi…
aku rela mati dari dibiarkan hidup terkapai-kapai keseorangan tanpa tempat untuk bergantung…
tanpa ada tempat untuk ku merintih tatkala aku kesedihan…
ah…bukan ini yang aku pinta…sungguh…

Bebanan ini terlalu merunsingkan aku…
bahkan ianya makin dalam memakan hati dan diriku…
aku kusut…
aku keliru…
aku takut…
aku mahu leraikan semua ini…
aku tidak mahu lagi menanggung bebanan…
kerana aku tahu aku tidak kuat untuk itu…
aku cuba mencari jalan keluar…
aku bermuhasabah…
lama…
lantas…
aku mencapai kata putus…
kata yang bakal menjadi penentu kemana akan ku langkahkan kakiku kelak…
aku tidak bersedia, bahkan tidak sedikitpun mahu melangkah dijalan yang membawa aku jauh dari-Nya…
tapi aku bersedia untuk menongkah arus didepan hanya untuk melangkah dijalan yang membawa aku kepada-Nya…

BEBANAN ini ingin ku campak sejauhnya…
KEKUSUTAN ini ingin ku leraikan…
KEKELIRUAN ini ingin ku buang jauh…
KETAKUTAN ini ingin ku kikis dari kamusku…

Hatiku kini ku simpan buat DIA…
dan aku akan ku berikan sedikit ruang buat ‘dia’ yang halal bagiku…
bukan untuk engkau yang belum pasti…
aku harap kau mengerti…
cukuplah segala bebanan yang aku tempa selama ini…
aku tidak mahu lagi menggalas bebanan itu kerana aku tahu aku bisa menghindarinya kerana ini satu pilihan...
dan jika kau masih dengan keputusan engkau, siapalah aku untuk menghalang…
kerana hati itu urusan yang sangat rumit…
cuma satu pesanku…
“Dekati walinya, bukan dia…”
aku tahu engkau mengerti…
dan andai engkau tidak berkeinginan untuk mendekati wali ini…
hanya satu ku pinta…
pergilah engkau jauh dari hidup insan ini…
dia tidak memerlukan engkau yang tidak halal baginya…


Duhai ikhwah…
tidaklah aku bimbang atau takut lagi saat ini…
kerana aku terbaca akan janji ALLAH didalam Qalam-Nya…
dan aku berpegang pada janji ALLAH ini…
kata ALLAH, “ Barangsiapa bertawakal kepada Ku, Aku akan membukakan jalan keluar baginya dan akan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka...”
dan aku tahu…
engkau juga tahu…
bahawa ALLAH itu, tidak akan sesekali memungkiri janji-Nya…

Moga ALLAH redha akan apa yang aku coretkan ini…
ini semua buat engkau yang bergelar ikhwah…
kerana engkau adalah ketua sedang akhawat ini adalah ma’mummu…
Jika engkau benar, maka akhawat ini juga turut benar…

p/s…wallahua’lam…hanya coretan dari hati yang sedang bertarung antara yang haq dan yang batil…

“Rahsiakanlah cinta di hatimu terhadap seorang AJNABI, kerana mungkin dia adalah jodohmu, mengharap untuk menjadi suri dan bidadari di sisi si dia tidaklah salah mahupun haram.. tapi, janganlah sampai terabai cinta hakiki dek nafsu duniawi, yakinlah bahawa si dia yang dikirimkan oleh-Nya sedang menunggumu, kerana yang pasti “wanita yang solehah untuk lelaki yang soleh juga sebaliknya…”


- aq hamba -
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 comments:

Abdi Ilahi said...

ANIS..T_T

Unknown said...

ye akak..salam 'alayki...<3~ :x!