Sahabat…
Saat pertama kali kita bertemu,
Aku masih tidak mengerti apa erti sahabat,
Aku masih tidak mengerti apa itu persahabatan kerana Ilahi,
Aku mencari-cari apa istimewanya persahabatan kerana Ilahi itu.
Sekian lama kita bersahabat,
Baru ku tahu betapa persahabatan kerana Ilahi itu terlalu indah,
Tidak bisa ku ungkap dengan kata,
Tiada kata indah yang mampu kugambarkan..
Sahabat..
Tatkala aku memahami apa itu persahabatan kerana Ilahi,
Aku sering menangis tatkala berseorangan,
Bertapa aku bersyukur kerana dipertemukan dengan engkau didalam hidup ini,
Aku berjanji pada diri,
Akan ku pegang persahabatan ini sehingga kita bertemu dengan-Nya kelak,
Tidak akan sekali aku lepaskan tangan ini..
Sahabat..
Tatkala teringatkan pengorbanan engkau padaku,
Hati sentiasa sebak,
Airmata gugur tanpa aku sedari,
Pengorbanan engkau terlalu indah bagiku,
Walau ia sekecil-kecil pengorbanan..
Sahabat..
Aku pasti engkau mengerti apa erti persahabatan kerana Ilahi,
Kau pasti tahu bahawa sahabat itu sentiasa ada untuk sahabatnya,
Tidak kira waktu senang atau susah,
Waktu gembira atau waktu duka..
Sahabat..
Sekali lagi air mata aku berguguran,
Tidak dapat lagi ku bendung perasaan ini,
Aku terasa gagal,
Gagal sebagai seorang sahabat,
Maafkan aku juga wahai sahabat yang aku cinta,
Terkadang aku berkecil hati dengan engkau,
Pernah dulu aku bertanya,
Mengapa engkau menyembunyikan kesedihan diri dariku,
Kau kata padaku,
Berita sedih tidak perlu dikongsi,
Yang perlu dikongsi adalah berita gembira,
Kau juga kata,
Yang engkau tidak tahu bagaimana mahu berkongsi berita duka itu denganku,
ALLAH,
Wahai sahabat yang aku cinta,
Tahukah engkau bertapa aku marahkan diri aku kerana hal ini?
Aku tahu kau sekadar nak melapangkan hatiku,
Tapi bukan ini yang aku mahu..
Sahabat yang aku cinta,
Aku tidak perlu berita gembiramu andai saat dukamu engkau sembunyikan dariku,
Bukan ini yang aku pinta dalam ukhwah ini,
Aku harap engkau mengerti..
Sahabat..
Maafkan aku,
Kerana dihati ini telah aku sediakan ruang,
Ruang yang mana namamu telah tertulis diatasnya,
Ruang yang akan sentiasa ada,
Sehingga saat kita bertemu dengan-Nya,
Akan kekal ku simpan engkau diruang hati ini,
Ini janjiku insyaALLAH..
Sahabat..
Telahku katakan,
Hati ini ada ruang buat engkau,
Aku tidak bisa mengabaikan engkau,
Hati sering rindu tatkala kita tidak bertemu,
Hati sering sakit tatkala engkau berduka,
Hati ini jugalah yang akan bergembira tatkala engkau juga bergembira..
Sahabat…
Jangan biarkan hati ini menangis lagi,
Aku pohon pada engkau,
Andai engkau punya kesulitan, khabarkan pada aku,
Andai engkau berduka, khabarkan pada aku,
Aku mahu suka duka kita dikongsi bersama,
Jangan kau berduka seorang diri sedang kau berada dalam kalangan sahabatmu,
Jangan kau menangis seorang diri sedang engkau ada sahabat utk meminjamkan bahunya..
Sahabat..
Kepada DIA kita meminta,
Agar diperteguhkan tali persahabatan ini,
Agar diberkati persahabatan ini,
Dan agar persahabatan ini bernilai disisi-Nya kelak..
Jadi duhai sahabat,
Saat nyawa masih dijasad,
Aku harap kita siram hidup ini dengan keindahan ukhwah ini,
Walau terkadang ada duri yang menikam,
Aku harap ikatan persahabatan ini utuh berpegang dengan janji-Nya..
Sahabat..
Sekian saja coretan cintaku buat engkau,
Ketahuilah duhai sahabat,
Aku sakit bila engkau sakit,
Dan aku gembira bila engkau gembira,
Semoga engkau sentiasa didalam rahmat-Nya,
Uhibbukifillah ya ukhti habibati…
-Aqhamba : saya dedikasikan buat sahabat saya, farhana, juga buat sahabat2 yg saya cinta kerana ALLAH..moga ALLAH redha..
No comments:
Post a Comment