Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com

.....

.....

Thursday, March 29, 2012

Calon zauji : Yang macam mana?


Calon zauji : Yang macam mana?
Sering juga diri ini dilontarkan persoalan yg sedemikian. Ada saja yang bertanya, “anis, calon suami nanti nak yang macam mana?” , “ Apa kriteria2 yg anis lihat pada calon suami?” dan etc. Terkadang rasa malas mahu menjawap soalan yang dilontarkan. Tapi bila di diamkan, bertambah pula sahabat yang datang  bertanya. Jadi, untuk meleraikan segala kekusutan persoalan yang timbul, saya akan senaraikan kriteria2 calon suami yang saya inginkan. Sebenarnya bukanlah  apa sangat kriteria yang saya lihat, cuma paling tidak pun calon suami saya mesti mempunyai at least 80 % karakter ayah saya.

Ayah saya insan yang macam mana pula? Kalau nak tahu, ayah saya;

Tegas pada tempatnya, bertanggungjawab, rajin, kerja keras demi survival keluarga, kelakar, suka share ilmu, suka bagi tazkirah, akan menegur andai ada yang buat silap, suka baca dan huraikan hadis kepada kami, berebut main game pc dgn anak-anak dia  suka cabaran dan sesuatu yang mencabar, pandai bertomoi, nakal romantic, boleh buat semua kerja berat atau ringan, tidak pernah putus asa, tidak kenal erti lelah, tidak pernah mengungkit, mudah bertolak ansur, tidak suka perselisihan, rational, tidak suka meminta bahkan memberi, cemerlang gemilang terbilang   kreatif dan inovatif, suka bagi teka-teki yang susah, rajin belikan aiskrim utk kami, repair basikal kami yang rosak, seorang yang tidak berkira, berjuang dijalan ALLAH insyaALLAH, lebih memilih utk berdiam andai ada yang menyakiti, selalu nyanyi lagu p.ramlee utk mak sahabat yang baik dan mesra, sukar menolak jika ada yang datang meminta bantuannya, tidak suka membazir, pandai urus kewangan keluarga, kuat berpegang pada prinsip, and last but not least seorang yang skema tapi hensem, macho dan bergaya..

Ini bukan jawapan bagi persoalan yang dilontarkan..huhu..sebenarnya bukan kriteria calon suami yang saya nak list-kan.. tapi saja nak cerita tentang ke-awesome-an seorang ayah..(kan dah terkena)..=b

 In my heart, one can never be him except him. Hargai harta yang paling berharga ini, ayah hanya seorang, dan tiada siapa yang dapat menggantikan ayah didalam hati seorang anak.

Tentang calon suami, insyaALLAH, tidak perlu di-list-kan panjang2 apa kriteria yang dicari. Cukuplah memandang pada diri dan muhasabah. Kerana ALLAH itu tidak pernah mengingkari janji-NYA as stated in Suratun Nisa’ ayat 26.

Wallahua’lam..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Post a Comment