Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

.....

.....

Saturday, October 19, 2013

Bila kita nak berubah..

بسم الله الرحمن الرحيم 

Bila kita nak berubah,

ada beberapa stage yang akan kita lalui.

 Stage pertama adalah stage yang menguji diri, iaitu stage dimana kita sudah MULA JATUH CINTA dengan suruhan ALLAH. Bila kita dah jatuh cinta , mesti kita nak buat apa yang orang kita cintai itu suka kan? Dan disinilah kita diuji ALLAH. Kadang-kadang kita rasa segan, malu, takut, x berani dan sebagainya nak buat apa yang ALLAH suruh.

“ Nanti orang kata aku ni bajet bagus pulak.”

“ Alamak, segan la pulak. Aku sorang je yang pakai tudung kat sini.”

“ Eh, aku je ke yang pakai stoking? Segannya. Mesti orang kata aku pelik.”

“ Malunya nak baca Quran lama-lama. Mesti roommates perasan. Ye la, aku kan xpernah lekat langsung dengan Quran ni. Adeh, segannya.”

Monolog ni semua, bukan enti saja yang rasainya ya ukhti. :)  Tapi saya, dia dan mereka semua pernah rasa. Trust me, you will find it awkward only at the beginning. Because once you are into it, there is no longer ‘segan, malu, takut’ tu semua. Inshaa ALLAH.

Stage kedua adalah ISTIQAMAH. Stage ni adalah stage yang paling mencabar! Eh, jangan takut. Sabar, dengar dulu. J

Saya akui, stage ini kadang-kadang saya pun tersasar. Perkara yang paling sukar bagi saya adalah utk istiqamah dalam sesuatu perkara. Tapi sebenarnya stage ni boleh jadi mudah, kalau kena caranya. Macam mana?

 Antara cara kita nak istiqamah dalam sesuatu ‘amal yang kita lakukan adalah dengan duduk dalam biah (suasana) solehah. Duduk dalam kalangan mereka yang sentiasa meletakkan perintah ALLAH sebagai priority dalam hidup mereka; especially when it comes to SOLAH ON TIME.  Pengalaman saya sendiri, bila duduk sebilik dengan roommate yang solatnya on time, secara automatic ‘penyakit’ tu berjangkit pada saya. Alhamdulillah ‘ala kulli hal.

Cari sahabat yang baik. Ini pun salah satu cara yang dapat membantu kita utk istiqamah. Sahabat yang baik ni sangat memainkan peranan dalam kehidupan kita.

Hadis Rasululah SAW yang bermaksud,
“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.”
(Hadis riwayat Abu Daud).

Hadis lain pula ada menyatakan tentang bagaimana ‘rupa’ teman yang baik itu.

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.” – al-hadis.

Inshaa ALLAH, jika kita pilih sahabat yang baik, maka baik jugalah kehidupan kita.

Usaha terakhir utk memastikan istiqamah adalah dengan BERDOA. Jika usaha dah dilakukan, maka berdoalah agar ALLAH tetapkan hati kita pada jalan kebaikan. Ni antara doa yang kita boleh ‘amalkan.

“ Ya muqallibal qulub, thabbit qalbi ‘ala deenik ”
(Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini di atas agama-MU.. )
“ Ya muqallibal qulub, thabbit qalbi ‘alal haqq ”
(Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini di atas kebenaran-MU..)
“ Ya muqallibal qulub, thabbit qalbi ‘ala to ‘atik ”
(Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini dgn taat pada-MU)

TAPI,
 “ hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah~” – Hijjaz : Lukisan Alam.

Ada masa kita diatas, ada masa kita dibawah. Iman kita ada turun naiknya. Saat turunnya iman, ia adalah saat yang paling sakit bagi orang yang beriman. Masa inilah kita diuji dengan dahsyat.

Tudung yang labuh, semakin singkat. Ada yang hilang terus tudung dikepalanya. Kaki yang dulu ditutupi stoking, kini tidak lagi. Handsock yang menjadi kemestian, kini tersimpan rapi didalam laci. Quran yang dulu boleh dihabiskan 30 pages dalam masa 1 hari, kini tinggal 2 page sehari, kadang-kadang langsung tiada. Kata-kata nasihat yang dulu sering dilontarkan, kini tiada lagi. Kerana bimbang nasihat itu terkena atas batang hidung sendiri.

Inilah saat diri terumbang-ambing. Hilang pedoman. Rasa bebas, tapi dalam masa yang sama rasa ‘something’ yang menyedihkan, yang sukar digambarkan dalam perkataan. Rasa tak tenteram. Bagi yang masih ada imannya, sedikit sebanyak dia akan lalui perasaan sedih ini, cuma dia akan rasa seolah x mampu nak lawan kemalasan utk beribadah. Hati pula cuba mengeluarkan ‘hujah2’ utk membenarkan apa yang salah.

Jika ini berlaku pada diri kita, cepat-cepat berhenti. Hentikan rasa malas nak beribadah. Berhenti keluarkan ‘hujah2’ yang membenarkan yang salah. Berhenti dimana saja kita sedang berdiri. Pandang belakang. Muhasabah. Tengok kembali apa yang telah kita tinggalkan dibelakang. Cakap pada diri, “ Bukankah apa yang dibelakang aku ini apa yang sangat aku cintai dulu?” Saat tu, saya berdoa semoga ALLAH permudahkan urusan saya, enti, dia dan mereka. Kheir inshaa ALLAH. J

NOTA TANGAN:
Bila seseorang tu dah berubah menjadi lebih baik, janganlah kita ungkit kisah lamanya yang banyak kekurangan. Kita x pernah tahu betapa dia bersusah-payah melupakan kisah lalunya.

Dan,

Bila seseorang itu sudah semakin jauh dari kebaikan yang sentiasa dia 'amalkan , antum tariklah dia kembali dengan mengingatkannya akan segala kebaikan yang dia pernah 'amalkan dulu. Ingatkan dia. Kita manusia, sering terlupa dan terleka.

"Dan berikanlah peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman." (Az-Dzariyat: 55)

Dan,

Bila kita terima teguran yang membina, janganlah kita rasa offended by it.

"When someone is correcting us, they are not to be accused of being judgemental  Its a simple reminder, and the truth hurts..’- Mufti Menk.


~Spread the peace, spread the love. ~

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed