ada beberapa stage yang akan kita
lalui.
Stage pertama adalah stage yang menguji diri,
iaitu stage dimana kita sudah MULA JATUH
CINTA dengan suruhan ALLAH. Bila kita dah jatuh cinta , mesti kita nak buat
apa yang orang kita cintai itu suka kan? Dan disinilah kita diuji ALLAH. Kadang-kadang
kita rasa segan, malu, takut, x berani dan sebagainya nak buat apa yang ALLAH
suruh.
“ Nanti orang kata aku ni bajet bagus
pulak.”
“ Alamak, segan la pulak. Aku sorang
je yang pakai tudung kat sini.”
“ Eh, aku je ke yang pakai stoking?
Segannya. Mesti orang kata aku pelik.”
“ Malunya nak baca Quran lama-lama. Mesti
roommates perasan. Ye la, aku kan xpernah lekat langsung dengan Quran ni. Adeh,
segannya.”
Monolog ni semua, bukan enti saja
yang rasainya ya ukhti. :) Tapi saya, dia dan mereka semua pernah rasa. Trust me, you will find
it awkward only at the beginning. Because once you are into it, there is no
longer ‘segan, malu, takut’ tu semua. Inshaa ALLAH.
Stage kedua adalah ISTIQAMAH. Stage ni adalah stage yang
paling mencabar! Eh, jangan takut. Sabar, dengar dulu. J
Saya akui, stage ini kadang-kadang
saya pun tersasar. Perkara yang paling sukar bagi saya adalah utk istiqamah
dalam sesuatu perkara. Tapi sebenarnya stage ni boleh jadi mudah, kalau kena caranya.
Macam mana?
Antara cara kita nak istiqamah dalam sesuatu ‘amal
yang kita lakukan adalah dengan duduk dalam
biah (suasana) solehah. Duduk dalam kalangan mereka yang sentiasa
meletakkan perintah ALLAH sebagai priority dalam hidup mereka; especially when
it comes to SOLAH ON TIME. Pengalaman saya
sendiri, bila duduk sebilik dengan roommate yang solatnya on time, secara automatic
‘penyakit’ tu berjangkit pada saya. Alhamdulillah ‘ala kulli hal.
Cari sahabat
yang baik. Ini pun salah satu cara yang dapat membantu kita utk istiqamah. Sahabat
yang baik ni sangat memainkan peranan dalam kehidupan kita.
Hadis Rasululah SAW yang bermaksud,
“Seseorang itu adalah mengikut agama
temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi
temannya.”
(Hadis riwayat Abu Daud).
Hadis lain pula ada menyatakan
tentang bagaimana ‘rupa’ teman yang baik itu.
“Teman yang paling baik adalah
apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya
menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.” – al-hadis.
Inshaa ALLAH, jika kita pilih sahabat
yang baik, maka baik jugalah kehidupan kita.
Usaha terakhir utk memastikan
istiqamah adalah dengan BERDOA. Jika usaha dah dilakukan, maka berdoalah agar ALLAH
tetapkan hati kita pada jalan kebaikan. Ni antara doa yang kita boleh ‘amalkan.
“
Ya muqallibal qulub, thabbit qalbi ‘ala deenik ”
(Wahai
Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini di atas agama-MU.. )
“
Ya muqallibal qulub, thabbit qalbi ‘alal haqq ”
(Wahai
Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini di atas kebenaran-MU..)
“
Ya muqallibal qulub, thabbit qalbi ‘ala to ‘atik ”
(Wahai
Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini dgn taat pada-MU)
TAPI,
“ hidup tidak selalunya indah, langit tak
selalu cerah~” – Hijjaz : Lukisan Alam.
Ada masa kita diatas, ada masa kita
dibawah. Iman kita ada turun naiknya. Saat turunnya iman, ia adalah saat yang
paling sakit bagi orang yang beriman. Masa inilah kita diuji dengan dahsyat.
Tudung yang labuh, semakin singkat. Ada
yang hilang terus tudung dikepalanya. Kaki yang dulu ditutupi stoking, kini
tidak lagi. Handsock yang menjadi kemestian, kini tersimpan rapi didalam laci. Quran
yang dulu boleh dihabiskan 30 pages dalam masa 1 hari, kini tinggal 2 page
sehari, kadang-kadang langsung tiada. Kata-kata nasihat yang dulu sering
dilontarkan, kini tiada lagi. Kerana bimbang nasihat itu terkena atas batang
hidung sendiri.
Inilah saat diri terumbang-ambing. Hilang
pedoman. Rasa bebas, tapi dalam masa yang sama rasa ‘something’ yang menyedihkan,
yang sukar digambarkan dalam perkataan. Rasa tak tenteram. Bagi yang masih ada
imannya, sedikit sebanyak dia akan lalui perasaan sedih ini, cuma dia akan rasa
seolah x mampu nak lawan kemalasan utk beribadah. Hati pula cuba mengeluarkan ‘hujah2’
utk membenarkan apa yang salah.
Jika ini berlaku pada diri kita, cepat-cepat
berhenti. Hentikan rasa malas nak beribadah. Berhenti keluarkan ‘hujah2’ yang
membenarkan yang salah. Berhenti dimana saja kita sedang berdiri. Pandang belakang.
Muhasabah. Tengok kembali apa yang telah kita tinggalkan dibelakang. Cakap pada
diri, “ Bukankah apa yang dibelakang aku ini apa yang sangat aku cintai dulu?” Saat
tu, saya berdoa semoga ALLAH permudahkan urusan saya, enti, dia dan mereka. Kheir
inshaa ALLAH. J
NOTA TANGAN:
Bila seseorang tu dah berubah menjadi
lebih baik, janganlah kita ungkit kisah lamanya yang banyak kekurangan. Kita x
pernah tahu betapa dia bersusah-payah melupakan kisah lalunya.
Dan,
Bila seseorang itu sudah semakin jauh
dari kebaikan yang sentiasa dia 'amalkan , antum tariklah dia kembali dengan
mengingatkannya akan segala kebaikan yang dia pernah 'amalkan dulu. Ingatkan
dia. Kita manusia, sering terlupa dan terleka.
"Dan berikanlah peringatan,
sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman."
(Az-Dzariyat: 55)
Dan,
Bila kita terima teguran yang membina,
janganlah kita rasa offended by it.
"When someone is correcting us,
they are not to be accused of being judgemental Its a simple reminder, and the
truth hurts..’- Mufti Menk.
~Spread
the peace, spread the love. ~
No comments:
Post a Comment