~~~Muhasabah bersama dan Salam Mujahadah...!! ~~~
Saturday, January 1, 2011
Jangan, Jangan dan Jangan..(Jangan banyak tanya)
Sekadar Hamba atau Merasai 'title' itu?
Apa bezanya antara manusia yang mengetahui dirinya hamba dan manusia yang merasai dirinya hamba? Manusia pertama sekadar tahu, dan manusia kedua pula bahkan merasa dirinya hamba. Tentu besar bezanya bukan? Marilah kita semua mengajak diri kita merenung sejenak, sekadar 5 minit daripada 1440 minit masa harian kita.
Manusia yang mengetahui dirinya hamba
Boleh dikatakan, semua orang yang mengaku islam mengtahui dirinya hamba. Sebagai contoh, apabila kita menderma kepada mana-mana agensi agama dan kebajikan, nama sang pemberi ditulis sebagai ‘hamba Allah’. Begitu juga di masjid-masjid, apabila ada kehilangan barang, pengumuman pastinya berbunyi ‘kepada mana-mana hamba Allah yang kehilangan ….. sila berjumpa tuan imam utnuk menuntutnya kembali’ .begitulah lebih kurang. Saya juga kadangkala apabila ingin menyembunyikan ‘identiti’saya, saya sekadar mengaku sebagai Abdulllah (hamba Allah dalam bahasa Arab). Oleh itu, bolehlah saya menyatakan bahawa semua orang mengetahui perkara ini.
Tetapi persoalannya, mengapa masih banyak maksiat yang terang, nyata lagi bersuluh sengaja dilakukan oleh kita si hamba Allah ini? Adakah hamba yang sebenar kan melanggar arahan dan suruhan Tuannya sesuka hati, namun apabila ditanya, dia menjawab dia adalah hamba Tuannya itu. Pelik bukan? Sebagai contoh, seseorang amah a.k.a pembantu rumah, tidak selayaknya digelar amah jika segala arahan majikannya a.k.a tuan rumah dilanggar sewenang-wenangnya. Disuruh memasak, dia menonton TV, disuruh membasuh kain, dia membaca komik, disuruh menjaga anak, dia terajang anak, dan apabila cukup bulan , gaji sentiasa mahu. Jika begini gelagat pembantu rumah, tak hairanlah ada yang di’ajar’. Pasti syarikat yang membawa amah jenis ini cepat gulung tikar.Tentu saja tuanya tidak muhu mengaku yang amah itu, ialah amahnya, Manakan tidak? disuruh , ingkar .Sekadar mengaku tidak cukup.
Apa agaknya perasaan kita jika Allah tidak mengaku kita ini adalah hamba-NYA? pasti sedih tak sudah, kita hanya ada SATU TUHAN dan Allah-lah Tuhan kita itu. Tiadalah dua baginya.Nauzubillah min zaalik.
Tetapi, semua amah sepatutnya bukan sekadar tahu dia adalah aman tuannya, tetapi juga merasai dirinya adalah amah tuannya. dengan itu, barulah dia dapat bekerja dengan lebih tekun dan amanah. Bukan sahaja mendapat gaji, bahkan disenangi oleh tuannya.
Manusia yang merasai dirinya hamba
Apabila manusia merasai dirinya adalah hamba Allah, dia akan merasai perasaan memiliki dan dimiliki. Apa yang dimiliki? Amanah.Siapa pula yang memiliki dirinya? Allah tentunya. Maka dengan perasaan ini, akan timbul sifat IHSAN. Apakah itu sifat IHSAN?
“IHSAN ialah kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya dan jika tidak dapat melihat-Nya yakinlah bahawa Dia melihatmu”
(Riwayat al-Bukhari)
Bukan mudah untuk berasa sebegini. Perasaan ini memerlukan kita untuk merasai dan mengetahui tujuan asal kita kesini, dan ke mana kita seterusnya. Saya tidak bercadang untuk memberatkan fikiran dengan perkara-perkara ‘tasawuf’ seperti ini, tetapi ingatlah, Awal agama ialah mengenal Allah. Dan soalan seterusnya ialah, adakah kita berusaha untuk mengenal Allah, Tuan kita?
Jika jawapannya ya, maka teruskanlah wahai saudara, semoga Allah mengizinkan untuk kita mengenali-NYA (Makrifatullah) . Dan jika jawapannya tidak, beristighfarlah, kembalilah, mari ke sini semula, selagi mana matahari tidak terbit daripada Barat dan nyawamu tidak sampai di kerongkongmu, masih ada harapan untuk bertaubat kembali. Semua orang adalah pendosa, maka sebaik-baik pendosa ialah mereka yang selalu bertaubat.
Pilihlah yang mana satu.
Adakah anda memilih untuk sekadar tahu kita semua adalah hamba Allah? , Atau merasai kita adalah hamba Allah? Saya akan memilih yang kedua, dan saya akan berusaha untuk merasai diri saya adalah hamba Allah. Marilah kita bersama-sama berusaha, bukannya banyak, sekadar berusaha untuk MERASAI DIRI KITA ADALAH HAMBA ALLAH Manusia yang mengetahui dirinya hamba..smoga ALLAH redha..
http://khalifah1412h.blogspot.com/2010/12/sekadar-untuk-menjadi-seorang-hamba.html
http://khalifah1412h.blogspot.com/2010/12/sekadar-untuk-menjadi-seorang-hamba.html
Labels:
Kembali kepada Fitrah
Nukilan Seorang Da'ie Penggemar Facebook..
Dengan nama Allah swt yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,,,,
Wahai tuhanku lapangkanlah dadaku,,,
Permudahkanlah segala urusanku,,,
Lepaskanlah segala simpulan yang berada di lidahku,,,
Agar mereka faham kata-kataku,,,
Andai patah sayap rajawali, bertongkat jua ana ..ana kemari, bukan kerana ingin mencari populariti, tapi ingin membawa kita semua agar bersama kita menghayati serta menyelurusi yang akan kita bawakan pada kali ini..
Tidak dinafikan bahawa Facebook semakin menjadi kegilaan ramai pada zaman ini hatta kanak-kanak pada umur 8 tahun pun sudah mempunyai Facebook.
Namun sedarkah kah kalian bahawa zaman kini tidak mengira kaum dan bangsa semuanya semakin menggemari laman social tersebut. Untuk itu, di sini ana melampirkan sebuah situasi yang membawa diri anda merasakan jiwa penulis yang juga seorang daei dan juga penggemar Facebook.
1. PANDANGAN PERTAMA
Aku seorang pemimpin bagi sebuah badan dakwah di institusi aku dan juga boleh dikatakan setiap kali para penuntut mempunyai masalah berkaitan agama dan sebagainya sememangnya mereka akan menghadap padaku. Oleh sebab itu aku amat disegani kerana ilmu agama yang ada padaku. sehinggalah pada suatu hari, temanku memperkenalkan padaku laman social yang dipanggil Facebook. Pada mulanya aku menolak kerana laman itu seolah-olah akan melalaikan aku dan akan menjatuhkan tsiqah aku pada pandangan penuntut di institute yang aku duduki tambahan pula aku memgang jawatan besar dalam badan dakwah. Namun secara tiba-tiba hati syaitanku membisik, “ apalah kau ni, dalam Facebook begitu ramai orang berikhtilat tau, kau pun kenalah join jugak untuk menghalang puak-puak ni,” aku hanya menurut kata hatiku itu dan terus meminta tolong rakanku untuk membuat satu akaun Facebook untukku.
2. DATING
Baru sebulan aku membuat akaun Facebook ku dan seramai beratus-ratus friend yang aku telah ‘confirm’ kan, “rupanya ramai jugak peminat aku,” bisik hati ujubku. Hinggalah pada suatu hari aku mengenali seorang muslimat yang ‘add’ aku. Pada mulanya aku tidak menghiraukan muslimat tersebut biarpun dia selalu menghantar mesej islamik melalui Facebook ku kerana waktu itu aku masih menyedari jawatan apa yang aku sandang dan aku runsing perangai ku ini akan menjadi contoh kepada anak-anak buahku kelak. Sehinggalah pada suatu hari, si dia menghantar mesej,,,
"Assalamualaikum,,,maaf lah jika mesej ana ni menganggu enta,,tapi ana sebenarnya hanyalah seorang insan yang hina yang memerlukan bimbingan bagi menyelusuri jalan hidup yang penuh dugaan ini,,,n ana merasakan hanya enta yang boleh membimbing ana kearah jalan yang betul,,,,asif sekali lagi coz selama ni ana mengganggu enta,,,,ni no fon ana 014-xxxxxxx,,,,wallahualam."
Aku termenung sejenak apabila membaca mesej tersebut. “aku kena tolong dia ni, sebagai seorang daie aku tak boleh menolak pertolongan dia walau dia seorang muslimat,” bisik hatiku dan bermula ketika itu lah aku mula dating di hadapan laptopku dengan Facebook dengan si dia tanpa menyedari syaitan sedaqng ketawa terbahak-bahak di belakangku.
3. KETAGIHAN YANG BERTERUSAN DAN LUASNYA HAMPARAN KE PINTU ZINA
Aku semakin lali dengan Facebook tambahan lagi dengan kehadiran si dia dalam hidupku, aku mengagumi sikapnya yang amat menjaga auratnya dalam Facebook namun dia tanpa segan silu menghantar gambarnya padaku apabila aku meminta daripadanya dan kami saling bertukar-tukar gambar tanpa menghiraukan lagi dosa pahala, ukhwahfillah lah katakan. Rakan ku juga hanya tersenyum melihat aku bila aku sedang asyik melayari Facebook sambil tersenyum-senyum sendirian, “ haa baru kau tau betapa nikmatnya main facebook,” katanya padaku. Aku hanya mengangguk dan asyik melayan muslimatku yang telahpun married denganku melalui Facebook tanpa akad nikah, wali mahupun mas kahwin. Pernah satu ketika aku melayari Facebook bermula pada pukul 9.00 malam hingga 3.00 pagi, akibatnya aku bersolat subuh pada pukul 8.15 pagi keesokannya. Qiamullail yang dulunya aku dirikan juga telah lama aku tinggalkan dek kerana Facebook.4. SAYONARA DAKWAH
Aku semakin hanyut dengan Facebook hinggakan
::: Jawatan yang kusandang kulepaskan
::: Mad’uku telah ku tinggalkan
::: Ibadah sebagai amalanku telahku sengaja lalaikan
::: Al-Quran sebagai perlembagaanku aku permainkan
::: Selawat ke atas Nabi Muhammad saw ku lupakan
::: Tsiqah juga ku hindarkan dari kamus hidupku
Semua ini terus berlanjutan tanpa kusedari dan aku terus lalai dan lalai.
*tatkala nafsu menguasai diri, peranan sebagai seorang daei dilepaskan hanya di hujung jari sahaja. Hebatnya Yahudi.
p/s..inilah hakikatnya..apa kata anda?anda rasa anda mampu menafikannya?jika mampu,tahniah...jika tidak,mari sama2 kita dduk dan muhasabah diri kita...bercakap melalui pengalaman..ye,saye juga pernah jadi seorg penggemar fb..dan kesannya, ia benar2 merosakkan..masih belum terlmbat utk kite muhasabah diri..alhamdulillah,saye dah cube..skarang,giliran anda pulak..smoga ALLAH bantu permudahkan..insyaALLAH,moga ia menjadi satu mujahadah dalam mnentang kerosakan pada diri..salam mujahadah..!! =)
Mukmin dan Kafir...
Pada zaman dahulu ada seorang mukmin dan seorang kafir, kedua-dua mereka pergi menjala ikan. Si kafir mengangkat jala dengan menyebut nama berhalanya lalu dia mendapat banyak ikan manakala si mukmin mengangkat jala dengan menyebut nama Allah, tetapi tidak mendapat satu ikan pun. Orang mukmin itu pun menjala sehingga waktu maghrib maka dia pun dapatlah seekor ikan, tapi malangnya ikan itu telah jatuh kembali ke dalam sungai. Maka kembalilah orang mukmin tanpa mendapat apa-apa ikan dan si kafir pula mendapat banyak ikan.
Melihat hal yang demikian, maka malaikat yang menjaga orang mukmin itu pun sangat kesal dan apabila malaikat itu naik ke langit maka Allah menunjukkan kepada malaikat tersebut tempat yang disediakan oleh Allah untuk oraang mukmin itu, iaitu syurga. Sehingga malaikat itu berkata, “Tidak bererti apa-apa pun penderitaan di dunia ini, apabila dia mendapat tempat di syurga”. Allah juga menunjukkan tempat orang kafir kepada malaikat itu, dan berkatalah malaikat, “Demi Allah tidak berguna apa yang didapatinya di dunia pada hal tempat kembalinya adalah neraka jahanam”.
Pada hari Kiamat Allah tetap akan menolak empat alasan atas empat sebab:
Menolak alasan orang yang kaya jika orang kaya itu berkata, “Kekayaan itu telah menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat melakukan amal ibadat”. Maka Allah akan berkata, “Kekayaan kamu itu tidak sampai dengan kekayaan Nabi Sulaiman, tapi Nabi Sulaiman tidak lalai dari melakukan ibadat”.
Apabila hamba sahaya berkata, “Oleh kerana aku hamba sahaya, maka aku tidak bebas, oleh itu aku tidak dapat beribadat kepadamu”. Lalu Allah berfirman, “Nabi Yusof juga pernah menjadi hamba sahaya, tapi tidak pula dia lalai dari melakukan ibadah”.
Apabila orang miskin berkata, “Kemiskinan inilah yang menyebabkan kami lalai dari beribadat kepadaMu”. Lalu Allah berfirman, “Kamu tidaklah semiskin Nabi Isa tapi Nabi Isa tidak pula lalai dari beribadat kepadaKu”.
Apabila orang yang sakit memberikan alasan dengan mengatakan, “Penyakit itulah yang telah menghalang aku dari beribadat kepadaMu”. Maka Allah berfirman, “Penyakitmu itu tidaklah seteruk seperti penyakit yang dihidapi oleh Nabi Ayub dan penyakit itu tidak menghalangnya dari beribadat kepadaKu”.
Sehinggakan tiada orang lagi dapat memberikan alasan kepada Allah kelak di hari Kiamat.
Thursday, December 30, 2010
Penawar bagi Penyakit Hati...
Semoga anda selalu terhindar dari penyakit hati, serta masalah yang disebabkan olehnya. Hati yang baik dan jujur adalah lebih baik dari segalanya. Dan orang yang paling pandai bermuka-muka di dunia ini, adalah orang yang busuk hatinya.
Pertama
Jangan banyak berbicara yang lara, hanya pada perkara yang perlu.
Kedua
Emosi dapat membuat hidup menjadi tidak tenang. Oleh karena itu kita sebaiknya selalu menjaga emosi kita agar tidak menjurus ke penyakit hati. Beberapa contoh nafsu yang harus kita tundukkan antara lain seperti nafsu akan harta, nafsu seks, nafsu makan, nafsu pangkat, nafsu marah, nafsu mewujudkan impian, dan lain sebagainya. Salah satu cara untuk melatih emosi dan nafsu kita adalah dengan melakukan ibadah puasa, baik puasa sunat maupun puasa wajib ramadhan.
Ketiga
Selalu mengingat Allah SWT. Ada beberapa cara untuk dapat selalu mengingat Allah SWT iaitu seperti dengan rajin solat baik solat wajib lima waktu, solat tahajud, solat dhuha, solat malam, dan lain-lain. Selain zikir, doa dan mengaji atau membaca al-qur'an juga dapat menghindarkan kita dari penyakit hati. Diharapkan dari mengingat Allah SWT kita menjadi takut atas murka Allah SWT jika kita melakukan dosa yang disebabkan oleh penyakit hati dan perbuatan maksiat.
Keempat
Bergaul dengan orang-orang yang soleh. Dengan berteman dengan orang-orang yang penuh dengan penyakit hati hanya akan menulari kita dengan penyakit-penyakit itu sehingga kita akan semakin jauh dari Allah. Salah pergaulan juga dapat menambah dosa akibat perbuatan maksiat samada disedari atau tidak telah kita lakukan. Tetapi apabila kita bergaul dengan orang soleh yang selalu menjaga dan membatasi diri dalam pergaulan agar mereka tidak terjerumus ke lembah maksiat.
" There is a polish for everything that takes away rust, and the polish for the heart is the remembrance of ALLAH "
Penyakit2 Hati..
Penyakit yang paling berbahaya dalam diri seseorang insan. penyakit hati ini bukan boleh operate untuk ubati. kalau operate pun takkan baik kecuali dari diri kita sendiri. sebab penyakit hati, kawan makan kawan… ukhwah berterabur… hati tak mungkin tenang sampai bila-bila.
Kerana penyakit hati jugaklah, seseorang insan tu boleh mati. mati dalam konteks yang dimaksudkan ni bukan mati bila roh diambil dari jasad, tapi mati bila jiwa asyik bercelaru, serabut sebab asyik fikir pasal orang lain dan cara untuk jatuhkan seseorang..
Bagaimana nak hapuskan penyakit hati sebelum merebak menjadi kanser dalam masyarakat kita dan dalam diri kita??
Pengertian Iri Hati, Dengki, Hasut, Fitnah, Buruk Sangka, dan Khianat
Iri hati adalah suatu sifat yang tidak senang akan rezeki dan nikmat yang didapati oleh orang lain dan cenderung berusaha untuk menyainginya. Iri hati yang diperbolehkan dalam ajaran islam adalah iri dalam hal berbuat kebajikan, seperti iri untuk menjadi pandai agar dapat menyebarkan ilmunya di kemudian hari. Atau iri untuk membelanjakan harta di jalan kebenaran.
Dengki adalah sikap tidak senang melihat orang lain bahagia dan berusaha untuk menghilangkan nikmat tersebut. Sifat ini sangat berbahaya kerana tidak ada orang yang suka dengan orang yang memiliki sifat seperti ini.
Hasut adalah suatu sifat yang ingin selalu berusaha mempengaruhi orang lain agar amarah / marah orang tersebut meluap dengan tujuan agar dapat memecah belah persatuan dan tali persaudaraan agar timbul permusuhan dan kebencian antara mereka.
Fitnah lebih kejam dari pembunuhan adalah suatu kegiatan menjelek-jelekkan, menodai, merusak, menipu, membohongi seseorang agar menimbulkan permusuhan sehingga dapat berkembang menjadi tindakkan penindasan pada orang lain tanpa bukti yang kuat.
Buruk sangka adalah sifat yang curiga atau menyangka orang lain berbuat buruk tanpa disertai bukti yang jelas.
Khianat adalah sikap tidak bertanggungjawab atau mangkir atas amanat atau kepercayaan yang telah dilimpahkan kepadanya. Khianat biasanya disertai bohong dengan janji. Khianat adalah ciri-ciri orang munafik. Orang yang telah mengkhianati akan dibenci orang disekitarnya dan kemungkinan besar tidak akan dipercaya lagi untuk memegang suatu tanggungjawab di kemudian hari.
Semoga anda selalu terhindar dari penyakit hati, serta masalah yang disebabkan olehnya.
Read more: http://musafircyber.blogspot.com/2010/12/jenis-penyakit-hati-atau-sifat-buruk.html#ixzz19fGLTP7r
Fitnah Wanita
Islam telah menegaskan kepada kita bahawa suara perempuan adalah aurat yang mesti ditutup dengan diam, kerana suara mereka adalah kunci hati lelaki yang dapat membuka pintu kepada pelbagai fitnah. Atas sebab yang sama Allah melarang perempuan melembut-lembutkan suara di hadapan lelaki, sebab suara yang demikian akan mengundang reaksi tidak baik di hati-hati lelaki yang menghidap penyakit. Maka jika mata suka memandang kepada sesuatu yang cantik dan indah, telinga pula amat gemar mendengar suara yang merdu dan manja. Fitnah yang ditimbulkan suara tidak terbatas kepada suara para penyanyi wanita sahaja, tetapi boleh juga timbul dari suara semua wanita. Hatta dalam solat, berhadapan dengan Allah pun, tidak diharuskan wanita mengangkat dan meninggikan suara sekiranya imam solat tersalah, tapi disuruh menepuk tangan sahaja. Suara wanita ditakuti mengganggu kekhusyukan solat orang lain.
Bergurau senda dengan perempuan adalah salah satu sebab paling kuat untuk mendengar suara mereka, suara yang menjadi pesona luar biasa bagi lelaki. Sering kita terdengar orang berkata: si dia memiliki suara manja, merdu, lunak dan memikat hati dan lain-lain. Atau, dia mempunyai suara serak-serak basah dan berirama dan sebagainya. Kerana tertariknya mereka kepada suara wanita, mereka memandangnya sebagai perkara yang harus dipuja lebih daripada segalanya. Apakah hal seperti itu bukan fitnah namanya? Lebih-lebih lagi apabila kalmat-kalimat yang diucapkannya disertai dengan senyuman yang mengandungi pelbagai makna dan tafsiran. Kebanyakan wanita, setiap kali bercakap akan diikuti dengan senyuman. Ini adalah adat mereka. Dengan cara begini barangkali mereka merasakan harga diri mereka terjaga dan terpelihara. Ini juga termasuk fitnah yang dahsyat!!!
Ada sesetengah wanita gemar bercakap dengan kaum lelaki, mereka tidak merasakan hal itu suatu kesalahan. Di samping bercakap dengan mulut, mereka juga bercakap dengan isyarat mata dan pandangannya. Tetapi ada juga di kalangan wanita yang tidak gemar bercakap dengan kaum lelaki, cukup dengan pandangan mata sahaja. Mereka mengutarakan isi hati mereka melalui mata dan pandangan sahaja. Hubungan antara mata dan hati adalah hubungan yang tidak dapat disembunyikan. Apa yang terdetik di dalam hati akan kelihatan di mata. Di dalam al-Quran telah digambarkan bahawa selamanya hati dan mata mempunyai hubungan yang erat. Allah menjelaskan bahawa setiap yang tersembunyi di dalam relung hati dan yang terkandung di dalam mata adalah jelas dalam ilmu-Nya.
Yang menjadi fitnah bukanlah kerana mata itu indah dan mempesona sahaja, bukan pula kerana wanita itu memiliki bulu mata yang panjang dan alis mata yang lentik sehingga dengan mudah menerobos ke dalam hati tanpa izin, bukan pula kerana anak mata yang hitam berkilat atau yang kebiru-biruan. Tetapi, sebenarnya yang menjadi fitnah itu ialah kemampuan mata wanita itu menyatakan keinginan hatinya, melontarkan pandangan yang lembut, seolah-olah dia memanggil-manggil dan mengajak pada suatu ketika, dan dia menjanjikan sesuatu pada ketika yang lain.
Agar tidak terpengaruh oleh kecantikan dan pesona mata wanita, Islam menyarankan supaya tidak memandang mereka dan menundukkan pandangan bila berhadapan dengan wanita. Demikian juga, kaum wanita juga dituntut supaya tidak memandang lelaki dan mengelakkan diri mereka daripada pandangan kaum lelaki. Hal yang demikian disebabkan kerana dirinya sendiri adalah fitnah yang berganda. Kata orang, fitnah yang timbul dari mata dan dari suara wanita, sama-sama berbahaya. Dan, seorang fitnah itu tahu bahawa mereka memiliki kedua-dua senjata ini. Mereka kadang-kadang menggunakannya tidak kepada yang disuruh dan yang dibolehkan iaitu kepada suami mereka, tetapi mereka menggunakannya kepada yang tidak sepatutnya.
Oleh sebab itu, Islam melarang memandang kepada benda-benda yang haram, seperti seorang wanita memandang kepada lelaki ajnabi dan seorang lelaki memandang kepada wanita. Kerana pandangan mata itu lamanya mungkin cuma satu atau dua saat, namun bekasnya dapat kekal di dalam hati sepanjang hayat!!
Tubuh wanita juga boleh menimbulkan fitnah. Fitnah yang bagaimana? Mempamerkan kecantikan tubuh terutamanya dengan membuka aurat adalah satu fitnah yang pasti. Hal ini akan membawa fitnah bagi setiap lelaki apabila seorang wanita tidak menutup auratnya, apalagi kalau ia memamerkan bentuk tubuhnya yang seharusnya mereka tutupi dan sembunyikan. Apatah lagi dengan ‘trend’ golongan kini yang suka menggayakan busana-busana ‘muslimah’ yang kononnya berpakaian menurut Islam dan berhias berlebih-lebihan (bertabaruj) sehingga menyebabkan lelaki tergoda. Ini juga merupakan suatu fitnah.
Keluar rumah tanpa ada keperluan, atau meninggalkan tanggung jawab rumahtangga merupakan satu fitnah wanita yang timbul dari golongan wanita kini terutamanya yang telah bekerjaya ataupun golongan wanita muada-mudi. Betapa ramai kaum wanita disebabkan mengejar urusan dunia, mereka tinggalkan anak-anak mereka, mereka serahkan urusan anak mereka sepenuhnya kepada pembantu sehingga menimbulkan akibat dimana tidak terjalinnya kasih sayang antara anak dengan ibunya.
Apa yang lebih teruk lagi apabila wanita ingin dijadikan ‘barang dagangan’ atau dalam bahasa yang lebih lembutnya, inginkan diri mereka dipaparkan di dalam iklan, media massa, majalah, televisyen, suratkhabar, dan sebagainya. Bahkan penilaian terhadap mereka dilakukan secara fizikal sahaja yakni pada luaran.
Bercampurgaul antara lelaki dan perempuan dalam berbagai tempat, baik di dalam lingkungan pekerjaan, pendidikan dan sebagainya,mengakibatkan terjadinya perbuatan maksiat seperti zina, pergaulan bebas, perselingkuhan dan lain sebagainya. Hal ini sebenarnya merupakan satu propoganda musuh-musuh Islam, musuh-musuh syariat Islam yang ingin merosakkan umat Islam melalui wanita. Mereka membuka ‘laluan’ pekerjaan yang hanya untuk wanita, sehingga terjadinya pengangguran di kalangan lelaki, akhirnya timbullah kerosakan. Mereka merosakkan aqidah umat Islam melalui wanita dengan menanamkan pelbagai syubhat, diantaranya persamaan taraf lelaki dan wanita.
Adab-adab yang perlu dijaga oleh wanita
i)Pandang Memandang
Firman Allah yang bermaksud :-
“Dan katakanlah olehmu (Muhammad), kepada orang-orang perempuan yang beriman: Hendaklah mereka itu memejamkan setengah daripada pandangan mata mereka….” (Surah An Nur : Ayat 31)
Buraidah r.a. berkata: Bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a. : “Ya Ali! Janganlah kamu ikutkan satu pandangandengan satu pandangan yang kedua, kerana sesungguhnya hanya pandangan yang pertama sahaja (terpandang) dan tidak bagi kamu pandangan yang kedua.”(Riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud, Turmudzy dan Al Hakim)
ii)Bertemu Muka Sendirian
Rasulullah SAW telah bersabda : “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka janganlah ia bertemu sendirian di satu tempat dengan seorang wanita yang tidak ada sertanya mahram daripadanya, kerana sesungguhnya yang ketiganya tentu syaitan.” (Riwayat Imam Ahmad dari Jabir r.a.)
“Janganlah seorang lelaki bertemu sendirian dengan seorang wanita yang tidak halal baginya, kerana bahawasanya yang ketiganya tentu syaitan, kecuali jika dengan mahram.” (Riwayat Imam Ahmad dari Amir bin Rabie’ah r.a.).
iii)Berjabat Tangan
Aisyah r.a. berkata: “Tidak, demi Allah! Tidak pernah Rasulullah s.a.w. menyentuhkan tangannya dengan tangan seorang perempuan lain, hanya ia membai’at mereka itu dengan percakapan.”(Riwayat Imam-Imam Bukhari, Muslim dan Turmudzy).
iv)Pakaian Di Luar Rumah
Firman Allah yang ertinya :
“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan mereka, melainkan barang apa yang telah tampak daripadanya; dan hendaklah mereka itu mengulurkan tudungkepala mereka atas leher dan dada mereka.”(Surah An Nur: Ayat 31)
v) Adab Bermusafir
Sabda Rasulullah SAW :”Tidak halal bagi seorang perempuan yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, jika hendak bepergian sejauh perjalanan sehari dan semalam, melainkan jika bersama seorang mahramnya.” (Riwayat Imam-Imam Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Turmudzy dari sh. Abi Hurairah r.a.)
vi) Hak Pendidikan
Kata Abu Said r.a. : “Ada seorang wanita datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata: “Ya Rasulullah! Orang-orang lelaki telah dapat pengajaran dengan hadith (sabda) engkau, maka itu jadikanlah bagi kita, orang-orang wanita, dari engkau suatu hari yang kita agar dapat datang kepada engkau,agar engkau memberikan pengajaran atas kita dari pada apa yang telah Allah berikan atas engkau (berupa tazkirah).” Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hendaklah kamu sekalian berkumpul pada hari ini di tempat ini.”(Riwayat Imam Bukhari)
vii) Larangan Menunjukkan Perhiasan
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Dan janganlah mereka menghentakkan kaki-kaki mereka, agar diketahui barang apa yang tersembunyi daripada perhiasaan-perhiasan mereka.” (Surah An Nur: Ayat 31)
Ke mana perginya adab-adab ini?
Islam sebenarnya mengangkat darjat wanita, memuliakannya sesuai dengan fitrah yang Allah S.W.T ciptakan, sehingga Islam membuat aturan-aturan yang adil terhadap wanita. Oleh kerana itu, hendaklah kaum lelaki bertaqwa
kepada Allah dalam menghadapi pelbagai fitnah wanita, kerana Rasulullah S.A.W bersabda: “Tidaklah aku tinggalkan fitnah yang lebih besar yang dihadapi kaum lelaki kecuali fitnah para wanita.” (HR Bukhari dan Muslim)
kepada Allah dalam menghadapi pelbagai fitnah wanita, kerana Rasulullah S.A.W bersabda: “Tidaklah aku tinggalkan fitnah yang lebih besar yang dihadapi kaum lelaki kecuali fitnah para wanita.” (HR Bukhari dan Muslim)
Sedarilah duhai para wanita muslimah yang ingin menyelamatkan dirinya dan agamanya dari pelbagai macam fitnah. Tunjukkan kebaikan diri anda dengan memelihara diri dari hal-hal yang terlarang dalam agama. Janganlah terpedaya dengan tipu daya dan gemerlapnya dunia. Wahai para wanita muslimah, jangan kalian tertipu dengan slogan; hak asasi manusia ataupun hak asasi wanita, lalu anda mau menjual diri anda dengan harga yang sedikit.
Anda korbankan diri dan kehormatan anda hanya untuk sekedar memenuhi kehidupan yang sementara ini. Ingatlah bahawasanya kita tidaklah hidup selamanya. Ketika kematian menjemput kita, apakah yang akan kita bawa sebagai bekal di akhirat kelak ? Renungkanlah wahai saudariku, mudah-mudahan dengan mengamalkan wasiat ini akan menjadikan kita golongan orang yang selamat, kerana sesungguhnya kebanyakan dari isi neraka adalah kaum wanita, berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W: “Aku telah melihat syurga dan ku lihat kebanyakan dari penghuninya adalah orang-orang miskin dan aku telah melihat neraka maka kebanyakan dari penghuninya adalah para wanita.” (HR Bukhari dan Muslim).
Ya Rasulullah..!! Wahai Kekasih ALLAH..!!
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda saw, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda saw lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda s.a.w
Di antara kata-kata para sahabat ialah :
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.
- Aku melihat cahaya dari lidahnya..
- Seandainya kamu melihat Baginda,seolah-olah kamu melihat matahari terbit
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira,wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas,raut kening tebal,terpisah ditengahnya.
- Urat darah kelihatan diantara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata,luas kelopaknya,kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung,bercahaya penuh misteri,kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya,indah tersusun,renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata,cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang,terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut.Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar,lebar tapak tangannya,jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna,tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah,kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan orang ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia agung dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Semulia-mulia insan di dunia... untuk mengingatkan kita...
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya.Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah,ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku,orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah,dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara,dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah,Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.Malaikat maut datang menghampiri,tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya.Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril,jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka,para malaikat telah menanti rohmu.Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir,wahai Rasul Allah,aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa saja,kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat,saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik.
Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh.Fatimah terpejam,Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku,hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup,melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis-shalaati, wa maa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukkan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa baarik wa sallim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Subscribe to:
Posts (Atom)












