Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

.....

.....

Wednesday, July 6, 2011

‘Subahanallah…sungguh hati ini alpa…’- Insan


Meski pada luaran aku nampak sempurna di mata dunia,

namun ada kalanya aku tewas dalam godaan dan cubaan…

Walaupun berjuta bait-bait kata semangat yang aku lontarkan,

aku jua selalu tersungkur kalah akibat nafsu yang menyapa…

Kadangkala aku juga tewas dalam lautan duniawi,

dan lemas dalam dunia sendiri…


Ku pasrahkan semuanya Ya Allah…

Hanya Engkau yang tahu siapa aku…

Selimutkan aku dengan iman dan taqwa,

agar dapat aku bangkit …

saat diri rebah tersungkur ke bumi,

saat diri dipandang hina,

saat diri ditohmah,

saat hati mula mengenal erti putus asa…


Ujian kepahitan dalam kehidupan,

padanya ada kemanisan, ketenangan, dan kebahagiaan…

Saat kesakitan mencengkam,

sirah nabawiyyah disingkap…

Air mata menghujan,

hati kepiluan,

nadi berdenyut hebat,

zikrullah kencang dibibir,

‘Subahanallah…sungguh hati ini alpa…’


Hati…

biarkan kepahitan itu pergi,

agar kemanisan mengisi…

Biarkan kekecewaan berlalu,

agar kegembiraan mewarnai…

Biarkan kegelisahan lenyap,

jangan biar dirimu hilang semangat…

Biarkan penderitaan itu menyapa,

agar kekuatan dapat dijana kembali…

Biarkanlah diri ini derita,

agar aku tahu kepahitan derita itu…

agar aku sedar kesengsaraan ini…

tak sama, bahkan hanya secebis dari penderitaan kekasih-Mu, Rasulullah s.a.w…


Kita sekadar di persinggahan…

Pada-Nya  pasti kembali…

Ya Allah s.w.t…

Di kedinginan pagi ini…

ku bisikkan untuk-Mu munajatku…

memohon sejuta restu,

merindui maghfirah-Mu,

mardhiah-mu dalam restu,

tulus harapan dari sekeping hatiku,

moga cintaku pada-Mu bukan palsu Ya Allah, Ya Rabbul Izzati…


Ya Allah s.w.t…

Engkau mengetahui hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,

bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,

bersatu memikul beban dakwah-Mu…

hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,

maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya…

kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan jalan-Nya,

penuhkanlah piala hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap,

lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepada-Mu,

hidup, suburkan hati-hati ini dengan ma’rifat tentang-Mu…


Ya Allah s.w.t…

jka Engkau mentaqdirkan mati,

maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada,

dalam perjuangan agama-Mu…

Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong…


Ya Allah s.w.t

Restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Nabi Muhammad,

ahli keluarga baginda, dan sahabat baginda seluruhnya…


Ameen Ya Rab Al Alameen...


Ukhuwah yang dibina atas nama Allah s.w.t tidak mengharapkan balasan apabila memberi…tetapi akan selalu berkongsi air mata dikala suka dan duka. Kesedihan sahabatnya bagai pedang yang menikam, keceriaan sahabat bagai pelangi yang tak kan hilang, kehilangan sahabat bagai hilangnya permata termahal didunia…itulah sunnah jalinan ukhwah…



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, July 4, 2011

Tegurlah dan bersedialah ditegur!


HIKMAH itu ertinya bijaksana. Berhikmah dalam membuat teguran itu bermaksud berusaha menggunakan kaedah terbaik dalam menyampaikan sesuatu teguran agar kumpulan sasaran dapat menerima serta melakukan perubahan berdasarkan teguran yang diberi. Di samping itu, adalah diharapkan teguran tersebut berhasil membawa lebih banyak kebaikan berbanding mudarat.

Justeru, membuat teguran berkenaan perkara yang berkaitan tuntutan hukum agama adalah perlu kerana perintah dan larangan ALLAH itu mengandungi kebaikan buat insan. Apabila hukum agama ditegakkan, maka ia bakal membuahkan kecemerlangan dan kemaslahatan umat.

Walau bagaimanapun, hakikatnya kita hanya mampu berusaha menyampaikan teguran atau nasihat, manakala hidayah untuk menerima dan berubah itu adalah milik ALLAH. ALLAH jua Maha Pemberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.

Niat teguran untuk penambahbaikan

Dalam pada kita hendak melakukan teguran berkenaan sesuatu kesalahan, perkara pertama yang perlu dinilai terlebih dahulu ialah apakah maksud niat kita untuk melakukan teguran tersebut.

Adakah kita menegur demi menjadikan sesuatu keadaan itu lebih baik, atau adakah untuk membidas seseorang itu demi memalukannya? Dan adakah kita ada maksud tersendiri dalam menegur umpamanya demi memelihara kepentingan diri ataupun melepaskan kesalahan sendiri kepada bahu individu lain?

Andainya niat kita tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu teguran itu ditakuti bahawa keburukan yang bakal timbul kelak. Misalannya, hubungan menjadi renggang, kumpulan sasaran semakin hanyut dengan kesalahannya, ataupun mungkin menjurus kepada fitnah.

Tegas dalam santun

Santun dalam membuat teguran itu bermaksud kita menggunakan budi bahasa yang baik serta suasana yang kondusif untuk melakukan teguran. Dengan adanya santun, seseorang itu boleh membuka bicara dengan menanyakan keadaan individu sasaran itu, 
seperti adakah dia sudah makan atau sebagainya.

Kita juga boleh membaca riak muka orang yang ingin ditegur sama ada adakah dia berada dalam keadaan gembira, sedih, keletihan dan sebagainya. Melalui maklumat ini, kita mungkin boleh menilai sama ada ia merupakan waktu yang sesuai untuk menegur.

Namun dalam kesantunan melakukan teguran perlu ada ketegasan. Apa yang ditanggapi sebagai salah tetap salah, walaupun kadang kala pendekatan yang digunakan tidak popular atau tidak disukai oleh orang yang ditegur.

Di samping itu, kita perlu memastikan bahawa kita sentiasa dapat mengawal emosi apabila menegur. Ini kerana apabila emosi dibiarkan menguasai diri, di kala itu bukan akal yang memandu percakapan atau perbuatan kita, sebaliknya nafsu amarah yang mungkin boleh mendorong kita melakukan sesuatu perkara yang di luar dugaan.

Aspek teguran juga perlu jelas, yakni merujuk kepada isu utama yang diperbincangkan.

Teknik teguran XYZ yang dicadangkan oleh seorang ahli psikologi yang bernama Haim Ginott adalah sebuah teknik yang baik untuk dicuba dalam menegur.

Teknik tersebut mencadangkan kepada kita untuk menggunakan frasa berkenaan untuk menegur, “Apabila anda melakukan perkara X, ia membuatkan saya berasa Y, sebaliknya saya lebih menyukai anda melakukan perkara Z”.

Maka apabila sesuatu kesalahan itu ingin diperbetulkan, maka adalah baik untuk kita membincangkan kesalahan tersebut, dan bukannya menyentuh peribadi seseorang itu seperti melabelkannya secara rambang.

Suasana teguran itu juga mungkin bermanfaat jika berada dalam situasi kehadiran individu lain secara minimum, agar keaiban orang yang ditegur itu dapat terpelihara di samping menjaga kehormatannya. Hal ini juga mampu membuatkannya lebih terbuka dalam menerima teguran tersebut.

Pengajaran buat insan lain

Walau bagaimanapun, terdapat situasi di mana sesuatu teguran itu dianggap akan lebih berkesan sekiranya dilakukan secara terbuka, iaitu dengan kehadiran atau pengetahuan orang-orang lain berkenaan teguran tersebut.
Ini kerana tujuan teguran tersebut turut mempunyai maksud pengajaran bermakna yang boleh diteladani oleh orang-orang lain agar mereka berusaha untuk tidak melakukan kesilapan yang serupa di samping memelihara kemaslahatan masyarakat umum.

Misalnya, seorang anak ditegur dan dimarahi oleh si bapa di hadapan anak-anak yang lain kerana si anak pulang ke rumah pada waktu lewat malam. Di sini anak-anak yang lain turut mendapat pengajaran agar tidak melakukan kesalahan yang sama. Si bapa juga dapat menjelaskan pendiriannya secara tidak langsung kepada anak-anaknya.

Teguran yang bersifat umum

Sesuatu teguran itu juga boleh dilakukan secara umum yang diuar-uarkan dalam sesuatu perhimpunan atau melalui media tetapi tanpa menyebut secara terperinci berkaitan butiran teguran itu.

Sebagai contoh, nama dan kisah terperinci tidak dijelaskan sebaliknya hanya dibuat teguran bersifat umum tanpa merujuk kepada mana-mana pihak. Adalah diharapkan agar pihak yang ditegur itu dapat memahami bahawa maksud teguran itu ditujukan kepada dirinya serta menerimanya dengan lapang.

Di samping itu, mungkin akan ada individu lain yang pada asalnya bukan merupakan kumpulan sasaran tetapi turut berasakan bahawa teguran tersebut ditujukan kepada dirinya. Maka itu adalah satu bonus dalam mengguna pakai kaedah teguran ini yang boleh juga bersifat serkap jarang.

Bak kata pepatah, “sesiapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya.”
Percayalah dan Bersedialah… pasti akan berlaku dalam hidup kita pelbagai silap faham dan tidak sama pendapat. Kenapa? Sebabnya kita semua tidak sama tahap kefahamannya terhadap sesuatu perkara.

Namun percaya lah juga… bahawa kita semua yang berselisih dan silap faham tadi akan saling tegur, mengenai kesalahan atau idea yang kurang bernas dalam perbincangan dan mencari solusi sesuatu letak perkara yang dibincangkan.

Tujuan Menegur

“Kau tegur aku atau kau marah aku?”
“Engkau mahu nasihatkan aku atau engkau mahu tohmah caci aku?!”

Dialog di atas cukup menjengkelkan dan ia sering berlaku kepada kita bahkan.
Si penegur atau tukang beri nasihat perlu jelas bahawa perbuatannya hanya satu,tawasau bil Haq wa tawasau bis Sabr. Membetulkan kesilapan dengan memahamkan kebenaran dan mendamaikan dengan kesabaran.

Tua dan Muda

Dalam soal tegur-menegur ini, biasanya golongan muda akan lebih banyak diam, sementara golongan tua atau senior akan lebih superior atau lantang memberikan nasihat. Dalam masyarakat Nusantara ini, sebahagian besar orang muda lebih memberikan autoriti kepada golongan senior untuk menegur dahulu. Walaupun ianya berlaku silap faham dalam kalangan muda.

Jangan patuh buta pada senior. Tegur pada membetulkan kesilapan yang dilakukan. Kepatuhan mutlak hanya buat Rabbul Jalil, ALLAH Penguasa Manusia, Raja Alam ini. Pada manusia kita hanya menurut pada perkara yang disepakati Islam.

Hakikatnya, dalam perihal tegur-menegur ini, tidak mengira umur atau pangkat, tegurlah selagi mana benar dan kena pada caranya.

Masa Menegur & Ilmu

“Engkau takkan tak nasihatkan dia semasa dia buat benda tak senonoh tu!?”, kata si kawan apabila mendengar cerita kawannya yang lain dalam kemungkaran.

Kawan yang seorang ini dengan muka malasnya menjawab balas, “Alahai, biarlah ayah dia yang tegur dia, ayah dia lagi berhak.”

Jika kita mengharap dan memberikan autoriti menegur lebih dahulu kepada golongan senior, maka tujuan menegur itu sukar dicapai. Tambahan kehangatan peristiwa sukar dirasai jika penegur lambat atau tidak kena pada situasi berlakunya perselisihan atau kemunkaran.

Kebenaran, walaupun pahit kadangnya, perlu disampaikan segera, sebab setengah keadaan itu memerlukan kebenaran pada waktu itu juga untuk menatijahkan kebaikan pada semua.

Firman ALLAH Maha Bijaksana yang dapat kita fahami:

“Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..”
(Surah An-Nahl: 125)

Jika merujuk kepada tafsiran Imam al-Qurtubi, beliau menyebut bahawa ayat ini menyuruh para daie supaya menyebarkan dakwah dan memberikan nasihat kepada ‘orang-orang Islam’ secara khususnya dengan cara yang penuh bijaksana, lemah lembut dan penuh strategi. Para daie mestilah menjauhi sifat kasar dan keras ketika menegur dan memberikan nasihat agar orang yang ditegur tidak merasa malu dan melarikan diri sekaligus matlamat dakwah menjadi realiti dan terlaksana.

Al-Qurtubi menambah lagi bahawa hukum menasihati dan menegur sesama muslim secara lemah-lembut dan bijaksana ini kekal sehingga hari kiamat.

Namun pada sejarah Islam, terlihat contoh psikologi persuasif baginda Rasulullah didatangi oleh seorang lelaki yang meminta izin dari baginda untuk berzina. Lalu apakah respon baginda? Adakah Rasulullah mencerca atau memukul atau memaki-hamun lelaki tersebut? Bahkan Rasulullah bertanya lelaki itu kembali, “Adakah engkau suka lelaki lain berzina dengan ibumu atau kakakmu atau adik perempuanmu?” Jawab lelaki itu: “Aku tidak suka ya Rasulullah,” Lantas baginda berkata dengan lembut: “Begitu juga dengan orang lain, mereka jua tidak suka jika engkau berzina dengan mana-mana wanita di kalangan kerabat mereka.”

Itulah dia antara uslub atau kaedah Rasulullah menegur dan berdakwah kepada orang lain. Lalu mengapa kita sering ketepikan tips-tips yang diajarkan oleh Rasulullah SAW Kenapa kita sering ‘berkasar’ ketika menegur saudara-saudari kita sesama muslim? Gunakan budaya menegur sebagai perantaraan untuk menambah kawan dan taulan bukan untuk mencari musuh dan pergaduhan.

Spesifik atau Khusus pada yang Haq

“Jika engkau dah membohong, pastinya yang mengajarnya cikgu engkau di sekolah usang itu.”

“Awak ini tak patut babitkan sekolah kami, yang bersalah hanya dia seorang, jangan kamu buat fitnah terhadap cikgunya pula.”, seorang yang lain meredakan.

Berhati-hati dan berwaspada di waktu menegur atau mengeluarkan kenyataan. Ia bakal mengundang pergaduhan antara kumpulan dan juga bangsa. Ya ALLAH minta dijauhkan.

‘Holier than thou’ / ‘Gua’ lagi mulia dari ‘lu

Bukan diajar oleh cikgu di sekolah, juga bukan Perdana Menteri yang memerintah, dan yang sewaktu dengannya.

 “Inna akramakum indallahi at qakum..” Yang bermaksud “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).” ( Al Hujurat: 13 ).

Sayugia diingatkan di sini agar kita buat usaha kita sebagai manusia & tinggalkan urusan ALLAH SWT kepada ALLAH. Mana kita tahu amalan siapa yang lebih tinggi darjatnya? Mana kita tahu amalan siapa pula yang diterimaNya.

Teguran : Oleh itu, sila berhenti dari mempunyai unsur & sifat sebegini dalam jiwa kita apabila menulis & menjalani kehidupan seharian. Laksanakan haq kita & tinggalkan hak ALLAH untuk ALLAH SWT.

Teguran & Jiwa Besar, Sabar & Husnudzan yang Tinggi.

“Jika engkau mahu nasihatkan anak engkau, mestilah engkau rendahkan suara, tidak mestinya dengan suara kasar teriak, utamanya tegur nasihat engkau itu, hadirkan ia dari jiwa hati engkau yang bersih agar mudah anak mendengar terima. Anak engkau itu bukannya bebal dan pekak telinganya, cumanya nasihat kita mesti ada baik sangka bunyinya pada telinga anak kita itu, tidak terasa di hatinya sedikitpun buruk sangka dari nasihat yang kita sampaikan. Anak kita masih lagi boleh ditegur, bukan Firaun yang mengaku Tuhan sombong.” pesan sahabat yang lebih berpengalaman dalam mendidik anak pada sahabatnya yang seorang ini.

Ya, teguran itu ada kaitannya dengan penerimaan hati dan jiwa. Manusia berhubungan dengan perasaan. Perlu tulus dan ikhlas.

Lainnya, perlu banyak sabar dan bersangka baik terhadap orang yang ditegur. Jelas dahulu dengan kekusutannya, baharu disusun kata dalam nasihat.

Memulakan Teguran

Panggillah dengan apa-apa gelaran yang sesuai, berhentilah merendah-rendahkan orang lain, teruskan berkongsi kerana ia sangat penting buat kita.

Panggillah Abang, Pakcik, Makcik, atau apa jua panggilan sekalipun yang melembutkan hati kepada mereka yang lebih tua. Juga panggillah Anakku, cahaya mataku, Ibuku, ayahku, atau jua kesukaan yang mententeramkan jiwa kepada jiwa pemuda-pemudi kita. Agar keduanya tidak terabai dari menerima kebaikan dari manfaat ditegur.

Menyampaikan Idea dalam Teguran

“Pakcik, saya fikir pakcik sepatutnya….” hingga akhir teguran.
“Bernas atau tidak teguran engkau ini? Atau memandai sahaja?”
Jangan takut orang cabar idea kita.. Kita kena berani menyuarakan pendapat dan pandangan.. otherwise.. kita orang muda ni hilang peranan jika terlalu mengharap hebat dari golongan tua atau senior.

Peluang dan Dendam dalam Teguran

Janganlah kita menggunakan ‘teguran’ atau ‘nasihat’ itu sebagai jalan untuk membalas dendam kepada seseorang.

Di bawah ini saya sertakan beberapa daripada Al Quran yang mana ALLAH telah lama mengingatkan manusia agar sentiasa memohon kepadaNya dan kembali kepadaNya jika berlaku perselisihan pendapat dan silap faham.

Doa Agar Difasihkan Lidah & Dilapangkan Dada untuk Berkomunikasi

Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku. Dan mudahkanlah bagiku, tugasku. Dan bukakanlah simpulan dari lidahku supaya mereka faham perkataanku. (Taha: 25-28)
 
Amalkan ayat ini di permulaan ucapan untuk mendapat kekuatan menyampaikan hasrat hati kepada sesiapa sahaja terutamanya jika dipilih menjadi pemimpin yang bertanggungjawab menyampaikan ucapan dan peringatan kepada masyarakat atau pekerja. Keterangan ayat ini boleh dirujuk daripada kisah Nabi Musa Alaihissalam.

Doa Memohon Ditambah Ilmu

Wahai Tuhanku! Tambahkan ilmuku. (Surah Taha ayat 114)

Ayat ini tidak terbatas untuk orang yang menuntut ilmu secara formal (menuntut ilmu sebenarnya selagi hidup bernafas takkan berakhir) malahan untuk orang yang sedang berkomunikasi dan berinteraksi.

Sebab apa? Sebab mereka terkadang sukar menyampaikan idea dalam perkataan yang mudah, maka eloklah ayat ini dibaca untuk memohon dipermudahkan penyampaian maklumat. Doa ini juga disarankan untuk mengelakkan silap dan salah faham dalam hubungan suami isteri, kawan-kawan dan jug adalam perdebatan.

Menurut At Tibi, ayat ini diturunkan agar Ar Rasul SAW fokus terhadap makna sebenar dari ayat-ayat ALLAH diturunkan kepada baginda dalam penurunan Al-Quran sesuai dengan keadaan semasa. WALLAHualam, ALLAH jua yang lebih mengetahui.

Doa Memohon Dijauhkan Angkara Kezaliman

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah bagi kaum yang zalim. Dan selamatkanlah kami dengan rahmatMu daripada angkara kaum yang kafir.
(Yunus: 85-86)

MENEGUR DAN DITEGUR

Dalam membudayakan sifat memberi dan menerima dalam konteks memajukan diri dan organisasi, ada dua sudut yang perlu dilihat.

 PERTAMA: orang yang menegur atau menasihati dan

 KEDUA: orang yang ditegur atau dinasihati.

Orang yang menegur hendaklah sentiasa ikhlas dalam menegur atau menasihati sesiapa. Janganlah teguran ini disebabkan konflik peribadi. Ingat, teguran bukan HENTAMAN. 

Teguran yang ikhlas dari hati, pasti akan memberikan kesan yang membekas di hati, insha ALLAH. Orang yang menegur juga sebaik mungkin mencari jalan yang terbaik untuk menasihati orang yang hendak dinasihatinya supaya nasihat itu dapat disampaikan dengan berkesan.

Bagi orang yang ditegur, terima sesuatu teguran dan nasihat secara positif dan konstruktif. Analisalah setiap teguran dan nasihat yang diterima. Percayalah, kita tidak rugi sesenpun sekiranya berubah untuk memajukan sendiri. Cuma kadang-kadang ubat yang mujarab biasanya agak pahit, tetapi kesannya SUPERB!

Bagi seorang Muslim, teguran jujur dan baik yang diterima oleh seseorang itu adalah tanda kasih sayang ALLAH. Janganlah berdendam kepada orang yang menegur dan menasihati kita dan sekiranya teguran tersebut dirasakan tidak betul, anggaplah orang yang menegur itu punya niat yang baik walaupun tersalah. Hakikatnya kita manusia; nobody is perfect!

Tegur Menegur dalam berjamaah

Dalam sebuah organisasi berjemaah, amalan tegur menegur dapat memantapkan lagi hubungan ukhuwwah dan gerakerja yang dilakukan. Teguran yang ikhlas adalah motivasi kepada orang yang ditegur dan sebagai agen penambahbaikan terhadap kesilapan-kesilapan yang dilakukan. 

Manakala orang yang menerima teguran perlu menerima teguran dengan berlapang dada. Tidak perlu menyimpan dendam kesumat yang tidak menguntungkan sesiapa. Jika teguran itu dirasakan tidak serasi dengan pemikirannya, atau dirasakan apa yang telah dibuatnya adalah terbaik, maka berbincang dan berhujah dalam suasana yang aman.

Jika teguran itu berdasarkan persepakatan mesyuarat, atau keputusan syura, maka terimalah kesepakatan itu sekalipun bercanggah dengan pendirian diri sendiri. Meskipun pendirian kita benar, bermusyawarah juga ada keberkatannya kerana keputusan bukan bersifat peribadi tetapi melalui pertukaran buah fikiran. Kemungkinan idea kita itu diletakkan oleh ALLAH ke suatu masa yang sesuai, manakala keputusan mesyuarat adalah untuk masa tersebut.

Kerap kali orang yang ditegur mudah berkecil hati, merajuk, mula menjauh diri dari si penegur dan seumpamanya. Ada pula yang menaruh dendam kesumat, menunggu masa sesuai untuk melibas semula, membuat pakatan untuk membuat ‘serangan’ terhadap penegur dan sebagainya. Mereka ini tidak berjiwa besar. Lemah untuk berlapang dada. Tiada kekuatan untuk menerima teguran.

Lihatlah peribadi Saiyidina Umar ketika ditegur didepan khalayak menganai jubah yang dipakainya ketika baru hendak memulakan khutbah. Jika kita ditempat beliau, rasanya si penegur itu terus saja dibelasah atau dimalukan. Tetapi Saiyidina Umar sedikit pun tidak menunjukkan reaksi negatif tersebut malah dengan tenang dia menerima teguran itu sehingga anaknya sendiri bangun membela Umar.

Marilah sama-sama kita saling tegur menegur, dan berlapang dada apabila ditegur. Jernihkan suasana dengan berlapang dada. Jika hati terasa akibat teguran, bertenanglah. Mungkin si penegur belum mahir dalam berhikmah, kita terimalah kerana tidak semua orang sempurna. Untuk menenangkan hati terhadap si penegur, berdoalah untuk kebaikannya. Maka tidak timbul lagi dendam kerana kita telah mendoakan kebaikan kepadanya. Kurang waras jika kita siang hari berdendam kepadanya, malam hari kita doakan kebahagiannya.


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, June 29, 2011

Monolog hati seorang Ikhwah...


Ukhti..
Tidakku mahu bertanya khabarmu,
Kerana ku menunggu,
Tibanya saat aku,
Merasai sendiri jiwamu.

Ukhti..
Tidakku mahu memandangmu,
Kerana ku menunggu,
Tibanya saat aku,
Halal memegang wajahmu.


Ukhti..
Tidakku mahu senyum padamu,
Kerana ku menunggu,
Tibanya saat engkau,
Halal bercanda denganku.

 Ukhti..
Engkau bagiku,
Umpama mawar kembang berduri,
Yang dipagari oleh jernihnya kilauan kristal,
Memancarkan sinar yang hebat,
Apabila sang mentari menyinari,
Dan bagaikan titisan-titisan permata,
Apabila hujan menyirami,
Membuat diriku terpaku,
Terpesona,
Tidakku berani untuk terus memandangnya,
Kerana ku tahu mataku pasti akan silau,
Dek kerana hebatnya sinaran,
Tidakku mahu menyentuhnya,
Walau hanya dengan hujung jari,
Kerana ku tak mahu sinarnya hilang,
Dek kerana bayang-bayang ku.
Jauh sekali untuk memegangnya,
Pagarnya sahaja sudah cukup mengagumkan,
Apatah lagi bunganya..

Ukhti..
Tidakku mahu meluahkan isi hatiku,
Kerana aku dan engkau,
Adalah lelaki dan wanita,
Yang ada batasannya,
Yang harus menjaga hati,
Kerana Islam itu suci.

Ukhti..
Tujuan hidup kita sama,
Teruslah berjuang,
Tulus hanya untuk ALLAH,
Mencintai ALLAH adalah tuntutan,
Cinta ALLAH cinta yang pasti.

Kerana..
Sesuatu yang ku sendiri tidak pasti,
Adakah engkau ditakdirkan untukku,
Semua hanya andai engkau milikku..


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, June 26, 2011

Mujahadah itu Pahit kerana Syurga itu Manis..!!


“Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis”

Satu ungkapan yang sering kita dengar.

Satu perkataan yang acapkali diungkapkan pada saat kita terasa lemah untuk terus berjuang di jalan Allah.

Bukan mudah untuk seorang daie tetap teguh berdiri di jalan Allah.

Bukan senang untuk istiqamah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah dan hamba Allah di muka bumi ini.

Terlalu banyak ujian yang perlu ditempuhi. Pahitnya sebuah mujahadah hanya orang yang melaluinya sahaja merasai.

Untuk meraih keindahan syurga, seseorang itu perlu berkorban. Dalam pengorbanan, seseorang perlu mujahadah. Kerana mujahadah itulah yang terbaik untuk kita.

“Dan barangsiapa berjihad , maka sesungguhnya jihadnya itu untuk dirinya sendiri. Sungguh , Allah Maha Kaya(tidak memerlukan sesuatu)dari seluruh alam.”
( Al-‘Ankabut:6)

Sesungguhnya jihad itu untuk diri kita sendiri. Allah telah sediakan syurga yang cukup indah sehingga tidak akan pernah terlintas di benak fikiran kita. Setiap kesusahan pasti ada kesenangan!

Tajuk kali bukanlah untuk menceritakan mengenai kepahitan sebuah mujahadah dan keindahan syurga, tapi ana tertarik sekali untuk berkongsi input yang ana dapat dari kuliah maghrib baru-baru ini. Bagaimana untuk mujahadah?


Rukun mujahadah

Sebagaimana solat dan puasa, mujahadah juga ada rukun-rukunnya. Dalam mujahadah ada empat rukun yang perlu kita amati dan insyaallah amalkan demi memperoleh kejayaan melawan nafsu dan syaitan.


1. Ber’uzlah

Yang bermaksud menyendiri. Walaubagaimanapun menyendiri di sini bukanlah bermaksud menjauhkan diri daripada masyarakat sepertimana yang dilarang di dalam Islam. ‘Uzlah di sini bertujuan bersendirian dan memuhasabah diri untuk membersihkan jiwa dan hati dari segala noda-noda hitam yang bertapak dalam hati.


2.Diam

Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bertemu Abu Zar r.a. Baginda S.A.W telah bersabda: “Abu Zar! Mahukah aku khabarkan kepadamu dua perkara yang mana mengamalkannya adalah terlalu mudah dan sangat berat pada neraca timbangan berbanding amalan lain?”
Abu Zar r.a telah berkata: “Ya Rasulullah S.A.W khabarkanlah.”
Baginda S.A.W bersabda: “Biasakanlah diri untuk berakhlak mulia dan berdiam diri. Demi zat jiwa Muhammad S.A.W ditangannya! Tidak ada amalan yang dilakukan oleh semua makhluk yang sebaik kedua-dua amalan ini.”[Hadis riwayat Baihaqi]


3.Menahan Lapar
Sabda Rasulullah S.A.W: “Ke atas kamu semua(digalakkan) dengan kesedihan sesungguhnya dengan kesedihan itu membuka (menyedarkan) hati. Maka mereka menjawab, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah sedih itu? Bersabda nabi S.A.W: “Tundukkan jiwa kamu semua dengan berlapar dan dahaga.”[Hadis riwayat At-Tabrani]


4.Berjaga malam

“Sesungguhnya bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa) dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan.” ( Al-Muzzammil:6)


Benar, bukan mudah untuk mujahadah. Bukan mudah untuk berperang dengan bisikan nafsu syaitan. Pelbagai ujian perlu ditempuh. Namun begitu, susah tidak bermakna kita tidak mampu. Allah tidak akan membebani hamba-hambaNya dengan sesuatu yang tak sanggup kita hadapi. Allah lebih mengetahui tentang diri kita. Allah selalu beri yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

Usah ragu, jangan berlengah lagi dan berhenti beralasan kerana syurga menanti kita di sana. Selamat berjuang!




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, June 22, 2011

Luahan Hati...?


Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.

Apalah gunanya aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.

“Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.”

Aku juga tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

“Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?”

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah.

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.

“Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.”

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.

Di mana saja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.

Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Ilahi.”

Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.

“Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.”

Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

“Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku kerana-Nya.”

Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga..


DAN,

InsyaALLAH, aku kini masih mampu lagi berhadapan dengan dilema yang hadir...kerana aku yakin pada cinta dan bantuan yg SATU...semoga hatiku juga hati antum semua sentiasa dipegang oleh-NYA...


Salam mujahadah buat akhi dan ukhti yang aku cintai kerana ALLAH..
wallahua'lam...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed