Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

.....

.....

Saturday, August 27, 2011

" Dilamar, tapi masih ragu kerana..."- Abdillah


 

Alhamdulillah, hampir 3 hari dilanda badai, kini  mulai tenang…semoga ketenangan ini kekal demi kelangsungan hidup sebagai hamba-NYA yang faqir…semoga saja,insyaALLAH…

Hati…ia adalah raja dalam diri kita…jika ia rosak, maka rosaklah kesemuanya…hati sinonim dengan ujian kerana selain dari ujian berbentuk musibah, ujian hati adalah ujian yang besar dan sangat mencabar…


(Disempitkan…)


Ujian hati itu antaranya adalah, apabila seorang nisa’ itu dilamar oleh seorang rijal…maka bermula ‘sesi’ yang mana hati akan memainkan peranannya…hati yang suci, baik dan bersih, adalah mudah baginya utk ‘survive’ dalam ujian ini..sedang hati yang lalai dan kotor, ujian ini  ibarat batu yang menghempap diri…dan susah sekali ingin ‘survive’...tapi tidak pula ia mustahil…cuma perlu pada mujahadah yang kuat…


Dalam situasi diatas, ada 2 golongan yang boleh kita klasifikasikan..golongan pertama, golongan yang apabila dilamar, dia sudah bersedia utk itu…dan golongan kedua pula adalah golongan yang masih tidak bersedia dan sentiasa beralasan…(macam,,,lupakan..huhu)


Perbincangan kali ini lebih menjerumus kearah memberi peringatan, menyedarkan, juga memujuk golongan yang kedua ini...Hmm…jom kita selami kerunsingan2 ini, juga penyelesaiannya…

Hadis Rasulullah yg berbunyi,


Wahai Ali, ada Tiga perkara jangan ditunda-tunda; apabila Solat telah tiba waktunya,Jenazah apabila telah siap penguburannya, dan Perempuan apabila telah datang lelaki yang sepadan meminangnya." – (HR Ahmad)


"Apabila datang kepadamu seorang lelaki datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaqnya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi." – (HR Tarmidzi dan Ahmad)


Mungkin ini hukum alam, wallahua’lam, tapi jika kita mempersulitkan  apa yang dimudahkan ALLAH,  akhirnya kita akan  benar-benar mendapati keadaan yang sulit dan nyaris tak menemukan jalan keluarnya...kita menunda-nunda pernikahan tanpa ada alasan Syar'ie dan akhirnya kita  benar-benar takut melangkah di saat hati sudah sangat menginginkannya...


Kadang-kadang kita takut utk walimah..takut tersalah pilih pasangan..benar, perlu pada istikharah..tapi terkadang dengan istikharah pun masih ada yang ragu..takut benar kalau dapat pasangan yang tak ‘ok’...jadi, mari kita selami ayat ini...

                       

ALLAH berfirman yang maksudnya,


. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)


Kadang-kadang kita takut utk walimah bila memikirkan apa yang akan terjadi dimasa hadapan...takut nanti tiada tawaran pekerjaan, macam mana nak sara keluarga..yang dah ada pekerjaan pula masih ragu-ragu kalau2 kelak dibuang kerja..pendek kata, masalah ekonomi...dan banyak pula yang bermain difikiran tatkala memikirkan hal walimah ni..jadi, mari kita selami pula ayat ini,


ALLAH berfirman yang maksudnya,


“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)


DAN,


“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad, Nasaie, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim )


Jangan khuatir, pertolongan ALLAH itu pasti datang..yakinlah dengan janji-NYA kerana hanya DIA saja yang sentiasa benar dan menunaikan janji-NYA...


JADI,


Perbanyakkanlah berdoa..sesuai dengan firman-NYA yang bermaksud,


‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)


DAN INGATLAH,


Andai kesulitan itu hadir tika berusaha mencari jodoh atau setelah bernikah, maka,


“Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)


DAN ANDAI,


Penantian kita ibarat tiada kesudahan, bahkan makin sulit, maka ingatlah


“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)


DAN JIKA


Anda tergolong dalam golongan mereka yang sedang dalam penantian utk di ijabkabulkan, maka


:: Jangan dilupakan tujuan kita ini diciptakan, yakni untuk mengabdikan diri pada ALLAH, jadi perbanyakkan amal ibadah…


:: Jangan dilupakan juga konsep berdoa dan tawakkal, disamping itu persiapkan diri… bekali diri dengan ilmu, terutamanya ilmu agama…


Ada madah yang berbunyi,


“Menantimu ibarat menenun songket kasih… pedih bersengkang mata, sepuluh jari terluka, namun hasilnya menjadi penawar manis….”


Semoga perkongsian kali ini sedikit sebanyak membantu dan menenangkan hati-hati yang gusar, bimbang, atau ragu…yakinlah dengan janji-NYA kerana janji DIA itu benar dan DIA tidak pernah memungkirinya…



Ilal mardhotillah...destinasi cinta terakhir dan teragung~
note: masih mendidik diri ini juga insyaALLAH... 


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments: