Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

.....

.....

Friday, March 23, 2012

Biasa atau Luar Biasa?


Mungkin antum perasan, mungkin juga tidak. Fenomena ini sering sangat berlaku dalam kalangan pelajar-pelajar ipt, terutamanya mereka yang bergiat aktif dalam persatuan-persatuan.

“Pergaulan atau ikhtilat yang tidak terjaga.”

Sedih atau ‘selamba la’? Entahlah, saya sendiri bingung bila tengok sahabat-sahabat yang saya hormati kerana peribadi mereka,  ‘bertukar’ menjadi seorang yang tidak menjaga ikhtilat dengan lesen bahawa mereka berbual-bual mengenai program persatuan, mereka dalam satu biro dan memerlukan mereka berjumpa dan berbual antara satu sama lain dan mereka menganggap antara satu sama lain seperti kawan baik. Menung kejap (……..)

Pengalaman ketika meeting, seorang akhi dan ukhti yang mengepalai biro ****** dengan selamba dan tiada rasa bersalah bergurau-gurau dan ‘membawa’ meeting kami keluar sebentar dari topic asal dan sekaligus membuatkan masa meeting dipanjangkan . Saya menyatakan ke-pelik-an saya pada seorang sahabat didalam meeting, “Kenapa mereka nampak selamba? Siap boleh gurau-gurau lagi..” . Dan si sahabat menjawab, “Oh, mereka tu dah lama kerja sama2  dalam biro ni. Kira dah lama kenal la.”


Mendengar jawapan si sahabat, saya diam. Memikirkan sesuatu. Dah lama kenal? Dah lama kerjasama? Boleh gurau-gurau dengan selamba?

Dalam kepala, “Is that a license for all these actions?”

Selain dari tu, biasa juga saya dengar, “Ala, ukhti tu lagi tua dari akhi tu kot..rilek la..gurau selamba je la..” dan sebaliknya.
And yet, this is another ‘license’? Menung lagi (…..)

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.” (at-Tin:3)

Dalam ayat ni ALLAH kata DIA ciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.
Jadi, kalau kita dah diciptakan dengan sebaik-baiknya, mestilah kita akan act selaras dengan standard kita. Bukan macam tu ke?

Misalnya, kita dapat tawaran belajar kat IPTA. IPTA yang bukan calang-calang pula tu. Bila dah masuk study, mestilah kita akan make sure yang performance kita sentiasa cantik.

And on the other side pula,

Mesti kita idamkan pointer 4 flat. Bila dah idamkan 4 flat, automatically we will act and do seperti orang yang nak kan 4 flat. Study smart, revision, consultation dengan lecturer, dan discussion dengan classmates. We do our best just to meet the target.

Yelah, takkan pula kita nak kan 4 flat tapi assignment tak submit, study main-main, tak pernah buat revision, selalu ponteng class dan selalu buang masa. Kan?

Macam tu jugalah kita dalam hidup ni..

ALLAH jadikan kita sebagai sebaik-baik ciptaan dan DIA juga ajarkan kepada kita macam mana sebaik-baik ciptaan ni patut buat agar tidak menjatuhkan standard mereka di mata orang lain, makhluk lain, juga di mata ALLAH sendiri. Juga, diajarkan cara untuk pastikan kita kekal di standard yang sepatutnya, bahkan lebih tinggi. Jadi, tak kan la kita nak buat sesuatu yang hanya akan menjatuhkan standard kita sebagai sebaik-baik ciptaan. Bukan macam tu?

Atau masih tak faham?

 Saya quote dari kata-kata seorang penulis.

“ Secara teorinya Islam yang dibina di atas asas aqidah dan keimanan yang mutlak kepada Allah bertujuan untuk menonjolkan ciri-ciri kemanusiaan dan meninggikan darjat kemanusiaan itu di atas segala darjat yang lain, oleh itu pada praktiknya ia tidak dapat menerima sebarang bentuk pergaulan yang diasaskan di atas ciri-ciri kebinatangan di dalam proses pembentukan dan existensi (wujudiah) masyarakatnya. ”

Clear now?

“Habistu ukhti, macam mana ni. Takkan kena tarik diri dari berpersatuan di ipt?”

Jangan risau, Islam is a religion in which you are free to do whatever you wanna do but remember, that free-will given by ALLAH, will be accountable in the hereafter. Responsibility comes with accountability.

Dalam hal ni, insyaALLAH antum ada beberapa pilihan. Antaranya;

1.     Kekal didalam persatuan antum yang sekarang, dan amar ma’ruf nahi mungkar dari dalam.
2.     Keluar dari persatuan yang sekarang, and go look for another club or society yang mana ahlinya (AJK terutamanya) menjaga ikhtilat dengan cemerlang. InsyaALLAH, ada.
3.     Kekal didalam persatuan antum yang sekarang, dan elakkan diri antum dari pergaulan bebas.

Kita selalu dengar, kebebasan leads to kebabasan. Jadi, hati-hati.
Wallahua’lam..



Jom baca tips menjaga ikhtilat buat mereka yg tidak tahu, yang buat-buat tak tahu, juga buat mereka yang tahu..Tolong jaga Ikhtilat..










~ wrote on march 15 2012,posted on march 23 2012



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments: