Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

.....

.....

Tuesday, July 10, 2012

al-Fatihah buat Sahabat

Nik Hazman menghembuskan nafas terakhir pukul 6.30 ptg (waktu Makkah) - 8 July 2012

Innalillahi wainna ilaihi rojiuun..

Kita kehilangan seorang lagi pejuang PAS/PR.. al fatihah utk Allahyarham Nik Hazman Nik Hashim yang meninggal di Makkah kerana sakit jantung... Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu 'anhu...moga ditempatkan bersama hamba2-NYA yg soleh.. Allahyarham insan terpilih insyaALLAH, meninggal di bumi yg penuh barakah, tanah suci Makkah..Allah lebih menyayanginya..

Jom renung sejenak hadis2 ini..

Berkata Ibnu Omar r.a: Pada suatu hari aku datang berjumpa Rasulullah s.a.w yang sedang berada di tengah kalangan sahabat yang terkemuka. Lalu berdirilah seorang sahabat daripada Ansar bertanya Rasulullah dengan berkata:

"Ya Rasulullah! Siapakah yang paling pintar dan siapa pula yang paling cerdas akalnya?"

Rasulullah menjawab: "Yang paling cerdas dan yang paling pintar ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan yang paling banyak bekal menghadapi mati. Merekalah yang paling pintar dan yang paling cerdas kerana mereka mendapat kemuliaan di dunia dan kehormatan di akhirat."

Dalam hadis lain Rasulullah bersabda: 
"Perbanyaklah mengingati mati." (Hadis Riwayat: At Thabrani)

Dalam satu hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad dan Hakim pula, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Sebaik-baik manusia menurut pandangan Islam ialah orang yang panjang umur dan baik pekerjaannya. Sejahat-jahat manusia pula ialah orang yang panjang umurnya tetapi jahat pekerjaannya."

Akhir kalam,
"Di mana saja kamu berada pasti mati mendatangi kamu sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang paling kuat." (an Nisa': Ayat 78)

Wallahua’lam..teruskan perjuangan antum.





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed