Nik Hazman
menghembuskan nafas terakhir pukul 6.30 ptg (waktu Makkah) - 8 July 2012
|
Innalillahi
wainna ilaihi rojiuun..
Kita kehilangan
seorang lagi pejuang PAS/PR.. al fatihah utk Allahyarham Nik Hazman Nik Hashim
yang meninggal di Makkah kerana sakit jantung... Allahummaghfirlahu warhamhu
wa'afihi wa'fu 'anhu...moga ditempatkan bersama hamba2-NYA yg soleh..
Allahyarham insan terpilih insyaALLAH, meninggal di bumi yg penuh barakah, tanah suci
Makkah..Allah lebih menyayanginya..
Jom renung
sejenak hadis2 ini..
Berkata Ibnu
Omar r.a: Pada suatu hari aku datang berjumpa Rasulullah s.a.w yang sedang
berada di tengah kalangan sahabat yang terkemuka. Lalu berdirilah seorang
sahabat daripada Ansar bertanya Rasulullah dengan berkata:
"Ya
Rasulullah! Siapakah yang paling pintar dan siapa pula yang paling cerdas
akalnya?"
Rasulullah
menjawab: "Yang paling cerdas dan yang paling pintar ialah orang yang
paling banyak mengingati mati dan yang paling banyak bekal menghadapi mati.
Merekalah yang paling pintar dan yang paling cerdas kerana mereka mendapat
kemuliaan di dunia dan kehormatan di akhirat."
Dalam hadis
lain Rasulullah bersabda:
"Perbanyaklah mengingati mati." (Hadis
Riwayat: At Thabrani)
Dalam satu
hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad dan Hakim pula, Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud:
"Sebaik-baik
manusia menurut pandangan Islam ialah orang yang panjang umur dan baik
pekerjaannya. Sejahat-jahat manusia pula ialah orang yang panjang umurnya
tetapi jahat pekerjaannya."
Akhir kalam,
"Di mana
saja kamu berada pasti mati mendatangi kamu sekalipun kamu bersembunyi di atas
mahligai atau benteng yang paling kuat." (an Nisa': Ayat 78)
Wallahua’lam..teruskan perjuangan antum.
1 comment:
al-fatihah
Post a Comment