Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com

.....

.....

Wednesday, July 3, 2013

Islam Pasti Menang !

Bismillahirrahmanirrahim.

ALLAHU . Ummah ini sedang tenat . Berita yang amat mendukacitakan seluruh dunia Islam apabila Dr. Mursi ( President of Egypt ) telah di overthrown melalui coup de ‘etat hari ini. Sebagai menggantikan Dr. Mursi , kepala tentera Egypt telah melantik Adly Mansour , sebagai  presiden Egypt yang haram dengan membawa ideology secular .

Dunia Islam melabelkan hari ini sebagai hari gelap Mesir . Islam yang di perjuangkan oleh Ikhwanul Muslimin sekali lagi dicabar . Sesungguhnya inilah ujian ALLAH buat hamba-NYA yang beriman dan bertaqwa .

Ironinya kes di Mesir ini , kepala tenteranya yang tidak mempunyai keyakinan untuk menjatuhkan Dr. Mursi melalui coup de ‘etat telah menggunakan ulama al-Azhar bagi menyokong pihak secular yang mereka agung-agungkan . Dan alangkah malangnya apabila ‘ulama Azhar itu bersetuju untuk bersekongkol dengan musuh ALLAH demi kepuasan nafsu serakahnya sendiri . Ada juga yang berkata bahawa ‘ulama Azhar yang bersekongkol itu tidak lain hanyalah seorang ‘ulama yang buta politik .

ALLAHU . Dunia Islam sedang bersedih . Mujur ALLAH berjanji akan sentiasa membantu hamba-NYA yang ikhlas berjuang demi-NYA . Wahai ALLAH , sesungguhnya kami tiada daya dan upaya melainkan dengan bantuan Engkau , dapatlah kami mematahkan segala rancangan jahat musuh-musuh MU .

Lihat saja , berapa ramai yang bersorak kegembiraan apabila Dr. Mursi dijatuhkan . Amerika , Israel , UAE (Abu Dhabi dan Dubai) , rejim Syria , Syiah , Saudi , Iran dan golongan secular . ALLAHU . Ummah ini semakin tenat .

Terfikir seketika , apakah yang akan terjadi kepada umat Islam yang ditindas ? Bagaimana Palestin? Amankah Syria ? Terbelakah muslim di Afghanistan ? ALLAH ALLAH ALLAH . Hari ini hari duka . Hanya tangisan dan doa .

Semua ini meluluhkan hati .

Kini , pemimpin yang al-Quran di dalam dadanya , yang telah menjadi imam solat bagi rakyatnya
dijatuhkan oleh sekular durjana .

Malang juga di Malaysia apabila media arus perdana berterusan melabelkan Dr. Mursi sebagai dictator . Dr. Mursi sedikitpun tidak dianggap sebagai wira oleh arus media perdana negara ini . ALLAHU . Betapa jahat dan busuknya hati mereka !. Butakah mereka atau sengaja mereka membutakan mata mereka daripada kebenaran ?! Ah .. Mungkin bukan mata mereka yang buta , tetapi HATI mereka !. Mujahidin di Syria juga dilabelkan sebagai pemberontak dan pengganas ! Gilakah media arus perdana ini ?! Ah , rasa macam nak aku carik-carik lembaran yang mereka baca di kaca tv dan yang dipaparkan di dada akhbar !

Kalaulah mereka yang membutakan mata dan hati ini mendengar kata-kata Dr. Najlaa , isteri kepada Presiden Mesir , Dr. Muhammad Mursi berkaitan suaminya , mesti setidak-tidaknya timbul rasa simpati dan curiosity mereka terhadap Dr. Mursi dan Ikhwanul Muslimin .  

Isteri Dr. Mursi berkata ;

" Dihari-hari yang penuh dengan ujian , tatkala aku masuk ke dalam bilik , kelihatan beliau sedang sujud memohon pertolongan kepada ALLAH dalam keadaan menangis mengadu halnya dan negaranya . Apabila dia hendak tidur , tangisan itu masih kedengaran walaupun beliau berada di atas katilnya , sehingga basahnya umpama mandi . Demi ALLAH wahai Dr Mursi, nescaya Allah tidak akan membiarkan kamu terus bersedih dan meninggalkan kamu tanpa pertolongan daripada-NYA disebabkan keadaan wajahmu yang bersinar dan hatimu yang bersih . Maralah wahai Sang Presiden , Demi ALLAH , jika DIA menggoncangkan Sungai Nil dan laut , nescaya digoncangkan mereka bersamamu ! "

Hasbunallah wani’mal wakil ni’mal maula wa ni’mannasir .

HANCUR KUFFAR MESIR !

Kata Dr. Yusof al-Qaradhawi, "Bagaimana kita boleh bersabar dengan Mubarak selama 30 tahun, tetapi tidak boleh untuk Mursi selama setahun?"



SHAME ON YOU WHO SAID THAT YOU’RE A MUSLIM BUT WHAT YOU PRACTICED IS VICE VERSA!





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Post a Comment