Saturday, March 31, 2012
Thursday, March 29, 2012
Calon zauji : Yang macam mana?
Sering juga diri ini dilontarkan persoalan yg sedemikian. Ada saja yang bertanya, “anis, calon suami nanti nak yang macam mana?” , “ Apa kriteria2 yg anis lihat pada calon suami?” dan etc. Terkadang rasa malas mahu menjawap soalan yang dilontarkan. Tapi bila di diamkan, bertambah pula sahabat yang datang bertanya. Jadi, untuk meleraikan segala kekusutan persoalan yang timbul, saya akan senaraikan kriteria2 calon suami yang saya inginkan. Sebenarnya bukanlah apa sangat kriteria yang saya lihat, cuma paling tidak pun calon suami saya mesti mempunyai at least 80 % karakter ayah saya.
Ayah saya insan yang macam mana pula? Kalau nak tahu, ayah saya;
Tegas pada tempatnya, bertanggungjawab, rajin, kerja keras demi survival keluarga, kelakar, suka share ilmu, suka bagi tazkirah, akan menegur andai ada yang buat silap, suka baca dan huraikan hadis kepada kami, berebut main game pc dgn anak-anak dia suka cabaran dan sesuatu yang mencabar, pandai bertomoi, nakal romantic, boleh buat semua kerja berat atau ringan, tidak pernah putus asa, tidak kenal erti lelah, tidak pernah mengungkit, mudah bertolak ansur, tidak suka perselisihan, rational, tidak suka meminta bahkan memberi, cemerlang gemilang terbilang kreatif dan inovatif, suka bagi teka-teki yang susah, rajin belikan aiskrim utk kami, repair basikal kami yang rosak, seorang yang tidak berkira, berjuang dijalan ALLAH insyaALLAH, lebih memilih utk berdiam andai ada yang menyakiti, selalu nyanyi lagu p.ramlee utk mak sahabat yang baik dan mesra, sukar menolak jika ada yang datang meminta bantuannya, tidak suka membazir, pandai urus kewangan keluarga, kuat berpegang pada prinsip, and last but not least seorang yang skema tapi hensem, macho dan bergaya..
Ini bukan jawapan bagi persoalan yang dilontarkan..huhu..sebenarnya bukan kriteria calon suami yang saya nak list-kan.. tapi saja nak cerita tentang ke-awesome-an seorang ayah..(kan dah terkena)..=b
In my heart, one can never be him except him. Hargai harta yang paling berharga ini, ayah hanya seorang, dan tiada siapa yang dapat menggantikan ayah didalam hati seorang anak.
Tentang calon suami, insyaALLAH, tidak perlu di-list-kan panjang2 apa kriteria yang dicari. Cukuplah memandang pada diri dan muhasabah. Kerana ALLAH itu tidak pernah mengingkari janji-NYA as stated in Suratun Nisa’ ayat 26.
Wallahua’lam..
Sunday, March 25, 2012
Bangunlah Saudaraku
Bangunlah saudaraku,
nukilan Al Mukhtasim Billah
Sudah lama engkau terlena,
Asyik di atas hamparan dunia,
Kini telah tiba masanya,
Engkau bangkit menyahut seruan Maha Pencipta..
Bangunlah saudaraku,
Dari mainan mimpi semalam,
Yang banyak melalaikan dan suram,
Hanya mengukir keindahan palsu,
Mengkhayalkan malah menipu..
Bangunlah saudaraku,
Jangan biarkan dirimu terus dibawa,
Arus keangkuhan yang cukup menyala,
Dirimu kau sangka amat sempurna,
Sedangkan sempurna milik mutlak Yg Maha Esa..
Bangunlah saudaraku,
Ingatlah sentiasa didalam minda,
Sebab kita diciptakan ke dunia,
Sebagai Khalifah ALLAH Yg Maha Esa,
Bukan sebagai makhluk tidak berguna..
Bangunlah saudaraku,
Masanya tak tahu bila,
Saat Izrail berkunjung tiba,
Jadi kumpullah bekalan seluas angkasa,
Agar pabila kembali,kita berbahagia...
Saturday, March 24, 2012
1 Jamadil Awal 1433H
PENGERTIAN
Jamadil Awal memberi erti permulaan musim sejuk. Dari segi bahasa, ia bermaksud kering atau beku. Bulan ini dinamakan sedemikian adalah kerana dalam bulan tersebut orang Arab pada zaman dahulu mengalami kekeringan air atau air menjadi beku. Pada ketika itu parit, sumur, sungai dan lembah menjadi kering.
PERISTIWA-PERISTIWA PENTING BULAN JAMADIL AWAL
1. Peperangan "Al-'Ashirah" pada tahun kedua Hijrah, dipimpin oleh Baginda s.a.w. Tidak berlaku apa-apa pertempuran disebabkan perjanjian damai yang dimeterai antara Rasulullah s.a.w. dengan Bani Mudlij dan penyokong mereka Bani Hamzah. Baginda s.a.w. bersama sahabat kembali ke Madinah.
2. Peperangan "Zat Ar-Riqa`" pada tahun kedua Hijrah, diketuai oleh Baginda s.a.w. Ianya di satu kawasan di daerah Najd di kediaman Bani Muharib dan Bani Tha`labah dari kaum Ghatafan. Tiada pertempuran dan peperangan yang berlaku, ianya dinamakan Zat Ar Riqa' (yang mempunyai cebisan kain) kerana para sahabat membalut kaki-kaki mereka dengan cebisan kain kerana kepanasan bumi Najd.
3. Perutusan sekumpulan tentera Islam yang diketuai oleh Muhammad bin Maslamah ke "Al-Qussah" seramai 10 orang. Ianya bertujuan memerangi Bani Tha`labah, tetapi perutusan tersebut telah diserang hendap oleh seratus orang Badwi dan membunuh kesemua perutusan itu kecuali Muhammad bin Maslamah yang mendapat kecederaan parah sehingga orang-orang Badwi menyangkanya telah mati. Sekumpulan Badwi yang lain telah membawa beliau ke Madinah untuk mendapatkan rawatan di sana.
4. Peperangan Mu'tah pada tahun kelapan Hijrah. Ianya disebabkan oleh pembunuhan yang dilakukan oleh Syarahbil bin `Amr Al-Futhaniy terhadap seorang utusan Rasulullah s.a.w. iaitu Al-Harith bin `Umair Al-Azdiy dari kaum Bani Lahab. Beliau diutus oleh Baginda s.a.w. membawa sepucuk surat kepada Maharaja Rom atau Pembesar Busra tetapi dia telah ditahan dan diikat oleh Syarahbil lalu dibunuhnya. Rasulullah s.a.w. amat murka dengan pembunuhan tersebut kerana mengikut peraturan pada zaman itu seseorang utusan tidak boleh diapa-apakan sehinggalah dia pulang ke tempat asalnya. Baginda s.a.w. menghantar sekumpulan tentera yang dikepalai oleh Zaid bin Harithah dan berpesan "sekiranya Zaid terkorban, dia hendaklah diganti oleh Ja'afar bin Abi Talib, sekiranya dia terkorban juga Abdullah bin Abi Rawahah akan memimpin tentera tadi". Kesemua sahabat tadi syahid di dalam peperangan itu lalu ianya dipimpin oleh Khalid bin Al-Walid yang telah mengundurkan tentera Islam secara tersusun dan kemas tanpa mengalami apa-apa kehilangan jiwa dan kekalahan.
5. Peperangan Ajnadain pada tahun kelima belas Hijrah. Ianya berlaku di antara tentera Islam yang dipimpin oleh Amru bin Al-`As, Abu `Ubadah bin Al-Jarrah dan Syarahbil bin Hasanah dengan tentera Rom yang dikepalai oleh Wardan di kawasan Ajnadain di Timur Yerusalem (Al-Quds). Tentera Rom tewas di dalam peperangan itu dan pemimpin mereka Wardan juga mati di situ. Ianya berlaku berhampiran bandar Ramallah dan membuka jalan untuk pembukaan bandar Palestin.
6. Kematian Asma' binti Abu Bakar As-Siddiq yang digelar "Zat An-Nitoqain", salah seorang yang dijanji masuk ke syurga Allah s.w.t. dan merupakan orang perempuan kedua yang memeluk Islam selepas Khadijah binti Khuwailid. Beliau meninggal pada tahun 73 Hijrah semasa berumur seratus tahun. Merupakan ibu kepada Abdullah bin Az-Zubair yang telah dibunuh oleh Al-Hajjaj Ath-Thaqafiy.
7. Kematian Abdullah bin Az-Zubair pada 17 Jamadil Awal tahun ke 73 Hijrah yang merupakan anak kaum Muhajirin yang pertama dilahirkan di Madinah semasa penghijrahan orang Islam Mekah ke Madinah. Bapanya Az-Zubair bin Al-`Awwam sepupu Nabi s.a.w. dan ibunya Asma' binti Abu Bakar As-Siddiq, emak saudaranya `Aishah binti Abu Bakar. Beliau syahid dibunuh oleh Al-Hajjaj bin Yusuf pembesar kerajaan Bani Umaiyah.
AMALAN DI BULAN JAMADIL AWAL
Amalan-amalan ibadat sama ada yang fardhu mahupun yang sunat di bulan Jamadil Awal adalah sama dengan bulan-bulan yang lain. Tiada amalan-amalan yang khusus yang dianjurkan oleh Islam dalam bulan ini. Walau bagaimanapun, kita diminta untuk meningkatkan amalan dari masa ke semasa walau dalam bulan mana sekalipun.
Terdapat banyak lagi amalan sunat yang masih kita tak buat atau tak berkesempatan buat. Maka pada bulan ini adalah masa yang sesuai untuk kita mengamalkan ibadah-ibadah sunat yang kita tidak berkesempatan untuk melakukannya sebelum ini. Disamping kita menjaga dan meningkatkan kualiti amalan-amalan wajib, kita juga mesti cuba memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang kita ketahui. Amalan-amalan sunat adalah penampung atau pelengkap kepada amalan-amalan wajib kita.
Diantara amalan-amalan sunat yang menjadi amalan Rasulullah saw sepanjang tahun ialah solat tahajjud, solat qabliah dan ba`diah, puasa Isnin / Khamis, sedekah, membaca Al-Qur`an dan lain-lain lagi.
SUMBER : www.al-azim.com
Oleh Bahagian Buhuth dan Fatwa, Jabatan Mufti Melaka.
Rujukan;
1. Diari Perancangan Eksekutif Islam 1424-1425H/2004 terbitan Al-Hidayat Publishers
2. Mawsu'ah 1000 Huduth Islami oleh Abdul Halim Al-'Afifi terbitan Awwaq Syarqiyah, Beirut.
Friday, March 23, 2012
Biasa atau Luar Biasa?
Mungkin antum perasan, mungkin juga tidak. Fenomena ini sering sangat berlaku dalam kalangan pelajar-pelajar ipt, terutamanya mereka yang bergiat aktif dalam persatuan-persatuan.
“Pergaulan atau ikhtilat yang tidak terjaga.”
Sedih atau ‘selamba la’? Entahlah, saya sendiri bingung bila tengok sahabat-sahabat yang saya hormati kerana peribadi mereka, ‘bertukar’ menjadi seorang yang tidak menjaga ikhtilat dengan lesen bahawa mereka berbual-bual mengenai program persatuan, mereka dalam satu biro dan memerlukan mereka berjumpa dan berbual antara satu sama lain dan mereka menganggap antara satu sama lain seperti kawan baik. Menung kejap (……..)
Pengalaman ketika meeting, seorang akhi dan ukhti yang mengepalai biro ****** dengan selamba dan tiada rasa bersalah bergurau-gurau dan ‘membawa’ meeting kami keluar sebentar dari topic asal dan sekaligus membuatkan masa meeting dipanjangkan . Saya menyatakan ke-pelik-an saya pada seorang sahabat didalam meeting, “Kenapa mereka nampak selamba? Siap boleh gurau-gurau lagi..” . Dan si sahabat menjawab, “Oh, mereka tu dah lama kerja sama2 dalam biro ni. Kira dah lama kenal la.”
Mendengar jawapan si sahabat, saya diam. Memikirkan sesuatu. Dah lama kenal? Dah lama kerjasama? Boleh gurau-gurau dengan selamba?
Dalam kepala, “Is that a license for all these actions?”
Selain dari tu, biasa juga saya dengar, “Ala, ukhti tu lagi tua dari akhi tu kot..rilek la..gurau selamba je la..” dan sebaliknya.
And yet, this is another ‘license’? Menung lagi (…..)
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.” (at-Tin:3)
Dalam ayat ni ALLAH kata DIA ciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.
Jadi, kalau kita dah diciptakan dengan sebaik-baiknya, mestilah kita akan act selaras dengan standard kita. Bukan macam tu ke?
Misalnya, kita dapat tawaran belajar kat IPTA. IPTA yang bukan calang-calang pula tu. Bila dah masuk study, mestilah kita akan make sure yang performance kita sentiasa cantik.
And on the other side pula,
Mesti kita idamkan pointer 4 flat. Bila dah idamkan 4 flat, automatically we will act and do seperti orang yang nak kan 4 flat. Study smart, revision, consultation dengan lecturer, dan discussion dengan classmates. We do our best just to meet the target.
Yelah, takkan pula kita nak kan 4 flat tapi assignment tak submit, study main-main, tak pernah buat revision, selalu ponteng class dan selalu buang masa. Kan?
Macam tu jugalah kita dalam hidup ni..
ALLAH jadikan kita sebagai sebaik-baik ciptaan dan DIA juga ajarkan kepada kita macam mana sebaik-baik ciptaan ni patut buat agar tidak menjatuhkan standard mereka di mata orang lain, makhluk lain, juga di mata ALLAH sendiri. Juga, diajarkan cara untuk pastikan kita kekal di standard yang sepatutnya, bahkan lebih tinggi. Jadi, tak kan la kita nak buat sesuatu yang hanya akan menjatuhkan standard kita sebagai sebaik-baik ciptaan. Bukan macam tu?
Atau masih tak faham?
Saya quote dari kata-kata seorang penulis.
“ Secara teorinya Islam yang dibina di atas asas aqidah dan keimanan yang mutlak kepada Allah bertujuan untuk menonjolkan ciri-ciri kemanusiaan dan meninggikan darjat kemanusiaan itu di atas segala darjat yang lain, oleh itu pada praktiknya ia tidak dapat menerima sebarang bentuk pergaulan yang diasaskan di atas ciri-ciri kebinatangan di dalam proses pembentukan dan existensi (wujudiah) masyarakatnya. ”
Clear now?
“Habistu ukhti, macam mana ni. Takkan kena tarik diri dari berpersatuan di ipt?”
Jangan risau, Islam is a religion in which you are free to do whatever you wanna do but remember, that free-will given by ALLAH, will be accountable in the hereafter. Responsibility comes with accountability.
Dalam hal ni, insyaALLAH antum ada beberapa pilihan. Antaranya;
1. Kekal didalam persatuan antum yang sekarang, dan amar ma’ruf nahi mungkar dari dalam.
2. Keluar dari persatuan yang sekarang, and go look for another club or society yang mana ahlinya (AJK terutamanya) menjaga ikhtilat dengan cemerlang. InsyaALLAH, ada.
3. Kekal didalam persatuan antum yang sekarang, dan elakkan diri antum dari pergaulan bebas.
Kita selalu dengar, kebebasan leads to kebabasan. Jadi, hati-hati.
Wallahua’lam..
Jom baca tips menjaga ikhtilat buat mereka yg tidak tahu, yang buat-buat tak tahu, juga buat mereka yang tahu..Tolong jaga Ikhtilat..
~ wrote on march 15 2012,posted on march 23 2012
Friday, March 9, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)