Bismillahirrahmanirrahim.
ALLAHU . Ummah ini sedang tenat . Berita yang amat
mendukacitakan seluruh dunia Islam apabila Dr. Mursi ( President of Egypt )
telah di overthrown melalui coup de ‘etat hari ini. Sebagai menggantikan Dr.
Mursi , kepala tentera Egypt telah melantik Adly Mansour , sebagai
presiden Egypt yang haram dengan membawa
ideology secular .
Dunia Islam melabelkan hari ini sebagai hari gelap
Mesir . Islam yang di perjuangkan oleh Ikhwanul Muslimin sekali lagi dicabar .
Sesungguhnya inilah ujian ALLAH buat hamba-NYA yang beriman dan bertaqwa .
Ironinya kes di Mesir ini , kepala tenteranya yang
tidak mempunyai keyakinan untuk menjatuhkan Dr. Mursi melalui coup de ‘etat
telah menggunakan ulama al-Azhar bagi menyokong pihak secular yang mereka
agung-agungkan . Dan alangkah malangnya apabila ‘ulama Azhar itu bersetuju
untuk bersekongkol dengan musuh ALLAH demi kepuasan nafsu serakahnya sendiri .
Ada juga yang berkata bahawa ‘ulama Azhar yang bersekongkol itu tidak lain
hanyalah seorang ‘ulama yang buta politik .
ALLAHU . Dunia Islam sedang bersedih . Mujur ALLAH
berjanji akan sentiasa membantu hamba-NYA yang ikhlas berjuang demi-NYA . Wahai
ALLAH , sesungguhnya kami tiada daya dan upaya melainkan dengan bantuan Engkau
, dapatlah kami mematahkan segala rancangan jahat musuh-musuh MU .
Lihat saja , berapa ramai yang bersorak kegembiraan
apabila Dr. Mursi dijatuhkan . Amerika , Israel , UAE (Abu Dhabi dan Dubai) ,
rejim Syria , Syiah , Saudi , Iran dan golongan secular . ALLAHU . Ummah ini
semakin tenat .
Terfikir seketika , apakah yang akan terjadi kepada
umat Islam yang ditindas ? Bagaimana Palestin? Amankah Syria ? Terbelakah
muslim di Afghanistan ? ALLAH ALLAH ALLAH . Hari ini hari duka . Hanya tangisan
dan doa .
Semua ini meluluhkan hati .
Kini , pemimpin yang al-Quran di dalam dadanya , yang
telah menjadi imam solat bagi rakyatnya
dijatuhkan oleh sekular durjana .
Malang juga di Malaysia apabila media arus perdana
berterusan melabelkan Dr. Mursi sebagai dictator . Dr. Mursi sedikitpun tidak
dianggap sebagai wira oleh arus media perdana negara ini . ALLAHU . Betapa
jahat dan busuknya hati mereka !. Butakah mereka atau sengaja mereka membutakan
mata mereka daripada kebenaran ?! Ah .. Mungkin bukan mata mereka yang buta ,
tetapi HATI mereka !. Mujahidin di Syria juga dilabelkan sebagai pemberontak
dan pengganas ! Gilakah media arus perdana ini ?! Ah , rasa macam nak aku
carik-carik lembaran yang mereka baca di kaca tv dan yang dipaparkan di dada
akhbar !
Kalaulah mereka yang membutakan mata dan hati ini mendengar
kata-kata Dr. Najlaa , isteri kepada Presiden Mesir , Dr. Muhammad Mursi
berkaitan suaminya , mesti setidak-tidaknya timbul rasa simpati dan curiosity
mereka terhadap Dr. Mursi dan Ikhwanul Muslimin .
Isteri Dr. Mursi berkata ;
" Dihari-hari yang penuh dengan ujian , tatkala
aku masuk ke dalam bilik , kelihatan beliau sedang sujud memohon pertolongan
kepada ALLAH dalam keadaan menangis mengadu halnya dan negaranya . Apabila dia
hendak tidur , tangisan itu masih kedengaran walaupun beliau berada di atas
katilnya , sehingga basahnya umpama mandi . Demi ALLAH wahai Dr Mursi, nescaya Allah
tidak akan membiarkan kamu terus bersedih dan meninggalkan kamu tanpa
pertolongan daripada-NYA disebabkan keadaan wajahmu yang bersinar dan hatimu
yang bersih . Maralah wahai Sang Presiden , Demi ALLAH , jika DIA
menggoncangkan Sungai Nil dan laut , nescaya digoncangkan mereka bersamamu !
"
Hasbunallah wani’mal wakil ni’mal maula wa ni’mannasir .
HANCUR KUFFAR MESIR !
Kata Dr. Yusof al-Qaradhawi, "Bagaimana kita boleh
bersabar dengan Mubarak selama 30 tahun, tetapi tidak boleh untuk Mursi selama
setahun?"
SHAME ON YOU WHO SAID THAT YOU’RE A MUSLIM BUT WHAT YOU
PRACTICED IS VICE VERSA!
1 comment:
insha allah pasti islam menang!
Post a Comment